Ketiga: Persoalan Pemikiran
Pertama  Persoalan
Al-Syeikh Al-Mufid rahimahu Allah
Al-Syeikh Al-Mufid rahimahu Allah berkata:
•: «Lisan kami menafikan bahawa nabi-nabi
(as) cenderung untuk tidur pada waktu-waktu sholat sehingga dia menamatkannya, yang
menyukarkan mereka selepas itu, dan mereka tidak mempunyai aib dan kekurangan,
kerana ia bukanlah manusia yang sentiasa dikuasai oleh tidur, kerana tidur
bukanlah suatu keaiban begitulah juga dengaan kelupaan, kerana ia adalah kekurangan
dari kesempurnaan dalam diri manusia. Ia adalah satu kelemahan yang dibezakan
dengan yang datang secara tiba-tiba. Ia mungkin suatu kelakuan terganggu (lupa)  pada sesuatu masa, seperti kelakuan yang
lain, dan tidur tidak akan terjadi melainkan dari perbuatan Allah SWT, dan bukan
dari kekuatan hamba atas keadaan itu, walaupun ia adalah kekuatan mereka ia tidak
tertakluk oleh kekurangan dan keaiban pemiliknya, sesuatu yang umum bagi semua
manusia. Kelupaan tidaklah seperti itu, kerana ia boleh dielakkan daripadanya. Dan
kita dapati hukama’ (orang-orang bijak) menjauhkan harta mereka dan rahsia-rahsia
dari orang yang mempunyai kelupaan dan kelalaian. Dan tidak menahan diri dari
menyimpannya pada seseorang yang kadang kala tertidur, dan tidak menahan diri
dari menyimpannya pada seseorang yang dihinggapi penyakit dan jatuh sakit. Dan
kami mendapati para ulama (fuqaha) yang meninggalkan atau membuang apa yang
diriwayatkan mengenai kelupaan daripada hadits tersebut, melainkan mereka
melibatkan orang lain dengan kewaspadaan, kepintaran, kebijaksanaan dan
berhemah. Dia tahu perbezaan antara kelupaan dengan tidur yang telah kami
nyatakan. Jika benar Rasulullah (S) lupa di dalam sholat baginda, ia adalah satu
contoh di mana walaupun disampaikan sebelum melengkapkannya dan pergi sebelum disempurnakannya, dan manusia menyaksikan perkara
itu dan di sekelilingnya mengetahui ia dari pihaknya, Dalam berpuasa pula ia
tidak membatalkannya walaupun makan dan minum di siang hari pada bulan Ramadhan
di kalangan para sahabat kerana mereka menyaksikan dan menyedari baginda tersilap
dan baginda memberi peringatan
atasnya, dengan memberhentikan apa yang diperolehi dan dibenarkan dari berhubungan
dengan isteri-isteri dalam bulan Ramadhan di siang hari dan yang tidak percaya
kepadanya lupa dalam apa jua larangan sehingga mereka menginjak perkara-perkara
yang diharamkan atasnya dari orang perempuan, dan dia lupa kerana dia sangka mereka
adalah isteri-isterinya dan lebih dari itu untuk lebih merendahkan lagi wanita
mahramnya secara tidak sengaja (lupa). Dan lupa dari membayar zakat dengan
melambat-lambatlan waktunya dan dibayar kepada yang bukan berhak menerimanya secara
tidak sengaja (lupa)., dan mengeluarkan dari sebahagian daripadanya yang
dibayar kerana lupa. Dan lupa ketika haji walaupun sedang memakai ihram, bersa’ei
sebelum tawaf dan tidak diberi perhatian melontar di Jamrah, dan lebih dari itu
lupa dalam segala amalan syari’ah supaya mengubahnya dari yang ditentukan, membuang
waktu, didatangkan bukan dari yang sebenarnya, dan tidak menafikan untuk
melupakan arak yang dilarang lalu meminumnya secara tidak sengaja (lupa) atau menganggap
bahawa meminumnya adalah halal, maka berjaga-jagalah mengenainya kerana ia telah diterangkan... hingga akhir.» [74] 
Penerangan Persoalan Al-Syeikh Al-Mufid, Yang Pertama: 
Lupa adalah sifat
  kekurangan dari kesempurnaan dalam diri manusia. Ia sejenis aib yang menimpanya,
  dan ia boleh dielakkan daripadanya. Maksud Persoalan: Bahawa Khalifah Allah sepatutnya
  yang pertama menjaga diri daripada keaiban yang kita boleh kaitkan dengan manusia
  supaya mengelakkannya. Bagaimana boleh bagi Khalifah Allah dapat mengeluarkan
  sesuatu yang mana-mana manusia boleh elakkan iaitu sifat lupa. 
Jawapan kepada Persoalan: Ulasan Al-Syeikh
  Al-Mufid ini tidak benar, kerana manusia tidak dapat mengelakkan diri dari
  lupa sepenuhnya. Ini disebabkan otak biologi dan keupayaannya adalah terhad
  untuk memberi tumpuan dan penjagaan. Ia merosot apabila bertambahnya
  perkara-perkara yang perlu diberi tumpuan dan perhatian. Bagi sholat ia boleh
  menyebabkan tumpuan kepada mengingati Allah dan khusyu’ dalam sholat kepada
  lupa bilangan rakaat, dan ini telah menjadikan seseorang lupa akan bilangan rakaat dalam sholatnya, ibi lebih baik dari orang yang tepat bilangan
  rakaatnya tanpa mengingat dan khusyu’ sholatnya. Dengan demikian, tidaklah
  boleh dinilai dengan lupa bilangan rakaat ditentukan sebagai aib (kecacatan) dari
  yang menimpanya kerana ia boleh dielakkan daripadanya. 
Juga: Akal fikiran tidak
  dapat melindunginya daripada kelupaan dan kelalaian secara mutlak, melainkan
  cahaya yang tiada kegelapan padanya (iaitu Pembicara Mutlak), dan adalah
  Ketuhanan Mutlak, Maha Tinggi Allah Yang KetinggianNya tidak terbanding, dari
  berbilang-bilangnya Ketuhanan Mutlak. Oleh itu, segala yang dibina atas kelupaan
  perkara yang boleh dielakkan daripadanya adalah tidak betul. Perumpamaan bagi
  orang yang lupa tidak kira pada ucapan mereka mahupun yang ditinggalkan orang
  bijaksana lagi amanah, ia adalah perkataan yang keluar berdasarkan pada batasan
  tabi’ei disebabkan kelupaan dan kelalaian, pencampuran ini dibuat secara
  membuta tuli, Maka tidak ada ucapan padanya tetapi pada berlakunya kelupaan dan
  kelalaian, walaupun sekali atau dua kali, dan ini terjadi pada ramai orang
  dan ia bergantung pada orang lain atas ucapan mereka
  dan tertinggalnya amanah (tugas-tugas) itu.  Tidak dianggap orang bijak bagi yang lupa dalam sholatnya
  atau lupa dalam tawafnya apakah masuk dalam pusingan kelapan atau terlupa
  sesuatu yang disembunyikan lalu menjumpainya, dia tidak layak (sesuai) untuk dipercayai
  atau tidak boleh bergantung pada ucapannya. 
Penerangan Persoalan
  Al-Syeikh Al-Mufid, Yang Kedua: 
Khalifah Allah contoh ikutan
  bagi orang yang beriman, jika boleh diterima Khalifah Allah lupa dalam sholat
  atau ibadah untuk menjadi contoh ikutan. Iaitu: jika dibenarkan Khalifah Allah
  lupa dan lalai bagi mengesahkan perintah Allah terhadap manusia untuk
  mengikutinya dalam segala keadaan. 
Jawapan kepada Persoalan:  Persoalan ini tidak tepat; kerana Allah
  tidak memerintahkan untuk mengikuti perbuatan KhalifahNya tanpa mengenal
  sebab-musabbabnya. Mana boleh ditinggalkan yang
  wajib jika datang waktunya dan ada sesuatu sebab (keuzuran), seperti meninggalkan
  sholat wajib yang datang waktunya ketika melintasi tanah lalu turun bencana dari
  Allah seperti yang telah diterangkan, dan telah melakukan apa yang tidak
  dibenarkan kepada orang lain melakukannya (yang dilarang dalam Syari’ah) hanya
  dikhususkan kepadanya seperti kekalnya Rasulullah lebih dari empat orang isteri dalam
  penjagaan baginda, dan boleh berbuka kerana sakit yang sangat terpaksa seperti
  ulser (gastrik) atau keracunan atau sebarang penyakit luar biasa, sebagai contoh. Adakah
  boleh orang-orang mukmin berbuka dengan alasan bahawa Al-Ma'sum telah berbuka
  dan ia adalah ikutan, atau Al-Ma'sum telah meletakkan kain rentang menulisnya
  saya sakit hari ini dan saya berbuka. 
Kesimpulannya: Al-Ma'sum bukanlah
  ikutan mutlak dalam semua perbuatan dan keadaannya, tanpa memahami keadaan-keadaan
  atau persoalan perbuatannya, terutamanya jika ia menimbulkan tanda tanya kepada
  yang menyaksikannya. 
Untuk lupa dan tertinggal
  khususnya, para mukallaf (mereka yang diberati syarak) mesti mengetahui
  bahawa perbuatan Al-Ma'sum akibat daripada lupa atau tertinggal ini supaya
  menganggap tidak dibenarkan mentauladani perbuatan ini. Pada asasnya
  perbuatan manusia adalah betul, tidak lupa atau tidak lalai sehingga ia jelas
  bertentangan, melainkan apabila benar perkiraan seorang manusia untuk
  melakukannya. 
Jadi, Khalifah Allah tidak
  membawa sesuatu perbuatan dari perbuatan-perbuatannya sebagai tertinggal atau
  lupa sehingga ia jelas ada bukti (dalil) bahawa dia lupa atau tertinggal. 
Aqidah kita dalam mengikut
  Al-Ma'sum; Bahawa mengikutinya dengan yakin yang dapat menyelamatkan pemiliknya,
  jika Rasulullah Muhammad (S) sholat Subuh empat rakaat atau sholat Dzohor dua
  rakaat, Maka mengikutinya lebih sah dan lebih dekat dengan petunjuk dan
  bimbingan, dan membantahnya adalah suatu kebodohan dan kelemahan dalam keyakinan
  dari orang-orang yang melakukannya, kerana sesungguhnya sholat, rukuk dan
  sujud adalah mengingat Allah di dalamnya. 
 | 
 
Penerangan Persoalan Al-Syeikh Al-Mufid, Yang Ketiga:
Bahawa jika benar Khalifah
  Allah lupa dalam sholatnya untuk ia boleh lupa dalam setiap ketaatan dan
  melakukan semua yang dilarang (haram) dengan tidak sengaja (lupa). 
 | 
 
Jawapan kepada Persoalan: Pada persoalan ini akan membina kepada
anggapan yang salah; kerana ia bersama dengan kelupaan dan kelalaian, tidak wujud
sesuatu yang namanya maksiat (durhaka) atau haram (dilarang), Maka kedurhakaan
(maksiat) dan melakukan yang dilarang yang perlu dicapai; perlu untuk
menyediakan tujuan dan matlamat, dan ia tidak tersedia sekiranya berlaku kelupaan
dan kelalaian. Tambahan pula, persoalan ini tidak betul; kerana ia terbina atas
asas bahawa Khalifah Allah lupa dan lalai seperti manusia lain dan yang bukan maksum
(terpelihara) dari melakukan maksiat, dan ini tidaklah dikatakan seseorang itu pengikut
Muhammad dan Aali Muhammad (as).
Atau orang-orang yang ragu
  percaya pada terpeliharanya kepribadian mutlak bagi Al-Hujjah dari lupa
  dan lalai, oleh itu ia dianggap sebagai sebahagian daripadanya dan pergi kepada
  semua arah dan menyempurnakan segala sesuatu, dan pendapat terpeliharanya
  kepribadian terang-terang suatu kebatilan, di mana ia mengharuskan berbilang-bilangnya
  Ketuhanan mutlak. 
Dengan demikian: 
Terpeliharanya dari lupa bukan
  pada peribadi, tetapi ia terpelihara oleh penjaga luaran dan pemberi
  peringatan luaran, dan ia bukan ajaran falsafah, tetapi
  menurut Hikmah Ilahiyah, Khalifah Allah tidak perlukan terpelihara dari
  kelupaan melainkan yang berkenaan dengan penyampaian (tabligh) agama Allah SWT,
  bagi perkara-perkara yang lain mereka tidak terpelihara secara luaran tetapi
  masih terpelihara kepribadian secara umum dari kelupaan yang mencegah dari terjadinya kelupaan. Dan telah diterangkan atas
  perkara-perkara ini yang bergantung kepada penjaga kepribadian secara umum
  dari kelupaan, dan dinyatakan bahawa kepribadian mereka tidaklah serba
  lengkap [75], contohnya, dijadikan kepribadian yang terpelihara
  dari lupa dengan kadar tujuh puluh peratus atau lapan puluh peratus atau
  sembilan puluh peratus, dan ini adalah terpeliharanya kepribadian secara umum,
  Jika kadar peratusan tertentu, tetapi ianya mencukupi pada
  perkara tertentu untuk mengelakkan berlakunya kelupaan, iaitu ia tidak
  memerlukannya - walaupun ia tidak lengkap - kepada penjaga luaran dari
  kelupaan untuk mencapai penjagaan penuh daripada kelupaan pada sumber tersebut,
  dan sebabnya adalah dirujuk kepada tahap kejelasan perkara itu yang
  berkadaran bagi manusia. Untuk menjelaskan perkara yang terakhir ini selalu
  terjadi dengan melihat kepada perkara bilangan rakaat dalam sholat – perkara yang
  menjadi pertikaian di antara mereka -, ia sebenarnya terletak di antara
  perbuatan sholat, ia adalah Azan, Iqamah, Takbir, bacaan, ruku' dan zikir di
  dalamnya, sujud, dan zikir di
  dalamnya, qunut dan tasyahhud. Ini banyak jenis perbuatannya dan dengan itu munculkan
  sebilangan rakaat di antaranya tidak seperti munculnya untuk menahan diri
  daripada makan dan minum antara perbuatan orang berpuasa yang tidak melebihi berhadapan
  dengannya secara umum, perbuatan ini adalah perbuatan yang lain. Untuk itu manusia
  umumnya mudah terlupa dalam sholat selalunya, tetapi lupa jarang berlaku bagi
  orang yang berpuasa dengan makan atau minum dan secara tidak sengaja. 
Bahkan di dalam sholat ia sangat
  lama disibukkan dengan perbuatan-perbuatan sholat, ia memberi kesan sehingga
  munculnya perbuatan-perbuatan lain pada orang yang sedang sholat, Berlama-lama
  dalam sujud atau khusyuk ketika berzikir pada seseorang boleh membawa kepada
  tidak ingat bilangan rakaat yang telah didirikannya; kerana otaknya sibuk dan
  khusyuk memikirkan Allah dari memberi tumpuan kepada pengiraan bilangan rakaat,
  Maka khusyuk dan asyik dengan mengingati Allah menimbulkan kemungkinan lupa
  jumlah rakaat bagi sholat orang yang bersholat,  Dan yang pasti mengutamakan keasyikan dengan zikir
  dan khusyuk sehingga membawa kepada kemungkinan yang tinggi untuk lupa bilangan
  rakaat, dan tentulah tidak lebih baik dalam sholat yang tidak khusyuk,
  walaupun orang yang bersholat itu tepat bilangan rakaatnya. 
Juga dalam contoh yang
  lain: seseorang yang bertawaf dengan khusyuk dan asyik mengingati Allah dan dengan
  tangisan, atau bertawaf dengan perlahan-lahan yang membolehkan seseorang itu khusyuk
  dan asyik dengan mengingati Allah, atau tempoh masa dalam bertawaf dihabiskan
  untuk mengingat bilangan pusingan tawaf yang telah dibuatnya, Maka lupalah dia
  akan bilangan pusingan tawafnya yang ketujuh lalu masuk pusingan kelapan [76]. 
Di sini saya sepenuhnya
  percaya bahawa ternyata masalah lupa adalah rumit dan
  dikaitkan dengan beberapa pembolehubah (berbagai faktor), tidak boleh dinilai
  bahawa kelupaan itu sentiasa menunjukkan kekurangan orang yang lupa itu dalam
  kemungkinan mencapai kesempurnaan bagi seorang manusia, dan lupa tidak boleh
  dibandingkan dengan ketentuan lain, atau untuk mengatakan bahawa sesiapa yang
  lupa di sini mesti akan lupa di sana pula, dan tidak boleh dikatakan bahawa
  orang yang tidak lupa dalam perkara tertentu adalah lebih baik daripada yang
  lain kerana ia telah mengalami lupa, walaupun jika kita mahu untuk
  membayangkan kerumitan masalah ini hendaklah mengambil kira bilangan pemboleh
  ubah (punca-pinca) yang saya telah gariskan setakat ini dalam masalah kelupaan
  dan kelalaian, bagaimana boleh untuk menerima - fikiran - dari seseorang yang
  meragukan mengenai masalah lupa tanpa dihubungkan antara punca-punca dan
  keadaannya yang datang kepadanya?!!!! Sebenarnya inilah masalah kemuskilannya,
  jika mereka sedar akan kewujudan semua faktor-faktor perkembangan ini akan
  berubah-ubah dalam masalah apabila ia berkunjung untuk dipersoalkan. 
---------------------- 
[74] Nabi Tidak Lupa -  Al-Syeikh Al-Mufid . 
[75] Sebelumnya telah
  diterangkan dalam tajuk kelalaian diambil dari Kitab "Perjalanan Musa
  (as) 
[76]. Seperti yang
  diriwayatkan oleh Amir Al-Mukminin 
 | 
 

Tiada ulasan:
Catat Ulasan