
DIA
MEMBAWA NASH LANTIKAN DARI ALLAH DAN RASUL
DIA MEMBAWA ILMU DAN HIKMAH DARI ALLAH
SERUAN DAKWAHNYA BAI'ATU lILLAH
MAKA DIA ADALAH KHALIFAH ALLAH AL-MAHDI
DIA MEMBAWA ILMU DAN HIKMAH DARI ALLAH
SERUAN DAKWAHNYA BAI'ATU lILLAH
MAKA DIA ADALAH KHALIFAH ALLAH AL-MAHDI
Peraturan
  Mengenal Hujah Allah 
a-   Perlantikan
  atau wasiat Rasulullah 
بسم الله
  الرحمن الرحيم 
والحمد لله
  رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً. 
Setelah kita mengetahui
  kewujudan peraturan Ilahi dalam mengenali Khalifah Allah di muka bumiNYA
  sepertimana yang disebutkan di dalam Al-Quran dan juga ditunjukkan oleh para
  Nabi dan Rasul Alaihimussalam. Maka perlulah kita memanfaat dan beramal
  dengan peraturan Ilahi di zaman kemunculan yang suci ini iaitu zaman keluarga
  Muhammad kerana mereka yang tidak mempraktikkan peraturan ini adalah terdiri
  daripada pengikut-pengikut Iblis (la) sepertimana yang diterangkan sebelum
  ini.  
 | 
  
 
c.   
  Seruan mentaati khalifah Allah. – bai’atu Lillah 
6.   
  Siapa yang menyeru supaya beriman dengan Al-Mahdi dan apakah tindakan
  penyeru (Al-Mahdi) dan umat manusia. 
 | 
 
Di dalam kitab injil juga diterangkan tentang Nabi Isa (as) telah  menguatkan dakwaannya bahawa Nabi-nabi terdahulu di kalangan Bani Israel telah menyebutkannya, memberi khabar gembira tentangnya dan berwasiat tentangnya dan disebut namanya dalam kitab Taurat. Dia (as) datang untuk mengajarkan Al-kitab dan hikmah sambil menegakkan panji Ketaatan kepada Allah dan menuntut kekuasaan dan ketuanan Allah SWT di atas muka bumiNYA.   
Oleh itu, sekiraNya datang pemilik kebenaran Ilahi iatu pemegang wasiat dan pembawa berita gembira yang dikhabarkan oleh para Nabi Allah dan juga rasul-rasul terdahulu, maka akan diketahui peribadi tersebut melalui tiga perkara ini: 
Jika
  dikaji peraturan Ilahi ini secara terperinci, kita akan dapati
  bahawa nash lantikan Ilahi atas Adam (as) sampai membawa pada wasiat
  yang membolehkan wujud khalifah terdahulu melantik khalifah berikutnya. Ia
  adalah nash (lantikan) selepas seorang khalifah kepada khalifah lain dengan
  perintah Allah. Ini adalah tugas wajib untuk menetapkan orang sesudahnya
  sebagai khalifah Allah di bumi-Nya. Firman Alah 
﴿إِنَّ اللَّـهَ
  يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا﴾
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan
  amanat kepada yang berhak menerimanya [Al-Nisaa’ 4:58]  
Nash
  mestilah dari Allah atau melalui lisan RasulNya. Khalifah yang dilantik mesti
  menunjukkan nash lantikannya. Kerana setiap orang yang meninggalkan kebaikan
  mesti berwasiat kepada warisnya sebelum dia di datangi maut: 
﴿كُتِبَ
  عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ إِن تَرَكَ خَيْرًا الْوَصِيَّةُ
  لِلْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ بِالْمَعْرُوفِ ۖ حَقًّا عَلَى
  الْمُتَّقِينَ﴾ 
Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara
  kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan kebaikan (khairan),
  berwasiat untuk ibu-bapak dan karib kerabatnya secara ma'ruf, (ini adalah)
  kewajiban atas orang-orang yang bertakwa. [Al-Baqarah 2:180].  
Apakah
  kebaikan yang paling besar. Ia adalah menyelamatkan umat manusia dari
  kesesatan selama-lamanya. Itulah kebaikan yang paling besar yang ditinggalkan
  Muhammad Rasulullah (S), ia akan menyelamatkan umatnya dari kesesatan
  selamanya dan baginda adalah orang yang yang paling bertaqwa. Mungkinkah
  baginda tidak berwasiat. Mari kita lihat ketika baginda gering beberapa hari
  sebelum kematian: 
Hadits ini diriwayatkan oleh Ahmad dari hadits
  Ibnu Abbas di dalam Musnadnya, dan diriwayatkan perawi hadits lain, dan
  Muslim meriwayatkan dalam Kitab Al-Wasiat dari Shahihnya dari Sa3id bin
  Jubair dari jalan yang lain oleh Ibnu Abbas, 
، قال: ( يوم الخميس وما يوم الخميس ، ثم جعل تسيل دموعه حتى
  رؤيت على خديه كأنها نظام اللؤلؤ ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وآله :
  إئتوني بالكتف والدواة ، أو اللوح والدواة ، أكتب لكم كتابا لن تضلوا بعده أبدا
  ، فقالوا : إن رسول الله يهجر). 
Ia
  berkata: “Hari khamis, tahukah kamu ada apa hari khamis itu kemudian Ibnu
  Abbas menangis hingga aku melihat air matanya mengalir seperti butiran
  mutiara. Ibnu Abbas berkata Rasulullah (S) bersabda “Berikan kepadaku tulang
  belikat dan tinta (dakwat) atau Loh (papan tulis) dan dakwat aku akan
  menuliskan sesuatu untuk kalian agar kalian tidak akan tersesat setelahnya
  selama-lamanya. Kemudian mereka berkata Rasulullah (S) meracau.  
al-Bukhari juga meriwayatkan hadis yang sama dengan tambahan
  Rasulullah menjawab " Pergi kalian ! Aku lebih baik dari apa yang kalian
  katakan !" 
Jadi apakah Rasulullah tidak
  menuliskan wasiatnya kerana tidak dibawakan pena dan kertas? Bukankan ada
  selang beberapa hari sebelum sampai hari Isnin. Tidakkah mustahil rasulullah
  tidak berwasiat.  Walaupun ada yang
  mengatakan dalam bab Siasah rasulullah tidak berwasiat. Jauh seorang rasul
  dari perbuatan seperti itu. 
Sekarang dibawakan wasiat bertulis
  dari Rasulullah SAW Versi pendek diriwayatkan oleh anak-anak Fatimah: 
Daripada
  Abi Abdillah as (Jaafar bin Muhammad), daripada bapa-bapanya terdahulu,
  daripada Amirul Mukminin Ali a.s, telah berkata: Rasulullah (S) telah
  bersabda kepada Ali di malam sebelum kewafatannya; Wahai Bapa Hassan (Ali
  a.s) bawakan lembaran tulis dan dakwat, maka Rasulullah (S) mencatatkan
  wasiatnya sehinggalah ia sampai ke butiran berikut, dan bersabda; Wahai Bapa
  Hassan sesungguhnya akan ada selepasku duabelas orang Imam dan selepas mereka
  duabelas orang Mahdi. Engkau wahai Ali adalah yang pertama dari duabelas imam
  tersebut. Dan hadis tersebut berterusan sehingga sampai kepada sabda, dan
  hendaklah diserahnnya kepada anaknya Muhammad Al Mustahfiz dari keluarga
  Muhammad alaihis salam. Begitulah duabelas orang Imam, setelah itu akan
  adanya duabelas Mahdi. Maka apabila maut menghampirinya, hendaklah dia
  serahkannya (Imamah) kepada anaknya Mahdi yang pertama, baginya tiga nama:
  nama seperti namaku dan nama bapaku iaitu Abdullah dan Ahmad, dan nama
  ketiganya adalah Al-Mahdi. Dan dia adalah yang pertama beriman. Bihar Al
  Anwar jilid 53 ms 147, Ghaybah Al Toosi ms 150, dan Ghayat Al Maram jilid 2
  ms 241.  
Boleh
  dilihat wasiat bertulis dari Rasulullah (S) Versi panjang [1]. 
Ada hadits sahih
  menerangkan Pemuda itu (Khalifah Allah Al-Mahdi) adalah ahli bait Rasulullah
  (S) selayaknyalah wasiat bertulis itu datang dari ahli bait. Cuma di kalangan
  umat Islam tidak ada yang tidak mempedulikan Ahl Bait walaupun Allah SWT
  telah berfirman: 
﴿إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّـهُ لِيُذْهِبَ
  عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا﴾ 
Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan
  dosa dari kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya. [Al-Ahzab
  33:33]. 
Jika
  tidak selepas peristiwa yang meremukkan hati Rasulullah pada hari khamis itu
  membuat para sahabat tertanya-tanya ada yang mengatakan Rasulullah (S)
  berwasiat dan ada yang mengatakan tidak berwasiat Sehingga sebahagian besar
  umat islam tidak mempunyai wasiat bertulis Rasulullah (S) dalam sejarah
  penulisan hadits. 
Para
  ulamak Mazhab Imamiyah dan masyarakat syiah ramai pula (sekarang) yang
  menolak hadits wasiat bertulis Rasulullah (S) ini. Mereka yang menolak hadits
  wasiat bertulis ini sama seperti orang ahli kitab yang menyembunyikan
  kebenaran pada hal ia di sebut dalam lebih sepuluh tempat dari kitab-kitab
  hadits mereka.  
Sudah
  tentu kita tidak hairan jika Para ulamak Mazhab Al-Sunnah dan masyarakat
  sunni menolaknya. Cuma perlu diingat peringatan Allah pada ayat wasiat di
  atas dan kedudukan wasiat di sisi Allah dalam surah Al-Baqarah 2:180 yang di
  bawakan di atas menyebutkan kutiba –diwajibkan - dan haqqan - adalah
  suatu kewajiban -. 
Begitu juga terdapat banyak
  hadits yang menyatakan  siapa Al-Mahdi
  yang menyokong hadits wasiat di atas: 
Dia
  dari Quraisy, Bani Hasyim, Itrah Nabi dan Anak Keturunan Fatimah 
a)
  Dari Bani Kinanah, Bani Quraisy, Bani Hasyim 
عن قتادة، قال : قلت لسعيد بن المسيب: المهدي حق
  ؟ قال: حق. قلت: ممن ؟ قال: من كنانة. قلت: ثم ممن ؟ قال: من قريش. قدم أحدهما
  علىالاخر. قلت:  ثم ممن ؟ قال: من بني
  هاشم . قلت: ثم ممن ؟ قال: من ولد فاطمة( 
Dari Qatadah: “Aku bertanya kepada Said bin
  Musayab, “Apakah Al-Mahdi itu haq (benar)?”Dia menjawab,“Benar”, Aku
  tanyakan.“Dari siapa (asalnya)?” Katanya,“Dari Kinanah.” Aku tanya
  lagi,“Kemudian dari siapa?”Katanya, “Dari Quraisy” lebih awal dari keduanya. Aku
  tanya lagi “Kemudian dari siapa?” Katanya “Dari bani Hasyim” Aku tanya“Terus
  dari siapa?” Katanya, “Dari anak keturunan Fatimah”.Rujukan: Aqad Ad Darar Fi
  Akhbar Al Muntazar, Halaman 22 
b)
  Dari Ahlulbait Nabi saw 
أخرج أحمد بن حنبل
  بسنده عن علي،قال: قال رسول الله   )صلى الله عليه
  وآله): (المهدي منا أهل ألبيت يصلحه الله في ليلة( 
Ahmad bin Hanbal menyampaikan dari Fadhl bin Dakin
  dari Yasmin Al-‘Ajali dari Ibrahim bin Muhammad Al-Hanafiah dari bapanya dari
  Ali:“Rasulullah saw bersabda, “Mahdi berasal dari kami Ahlulbait. Allah akan
  mempersiapkannya dalam satu malam.” 
Rujukan:
  Musnad Ahmad, Juz 1, Halaman 84; Sunan Ibnu Majah, Juz 2, Halaman 1367 
c)
  Dari Itrah Nabi saw 
اخرج أحمد في مسنده بسنده عن أبي سعيد
  أنرسول الله (صلى الله عليه وآله)  قال:(تملأ الآرض ظلما وجورا
  ثم يخرج رجل من عترتي يملك سبعا أو تسعا في ملأ الآرض قسطا وعدلا( 
Disebut dalam Musnad Ahmad, dari Abi Sa’id bahawa
  Rasulullah saw bersabda: “Bumi akan dipenuhi dengan kezaliman dan
  ketidakadilan, kemudian muncul seorang dari itrahku, dia akan memenuhi bumi
  selama tujuh atau Sembilan (tahun) dengan kemakmuran dan keadilan.” Rujukan:
  Musnad Ahmad, Juz 3, Halaman 28 
حدثنا أحمد بن إبراهيم
  ثنا عبد الله بن جعفر الرقي ثنا أبو المليح الحسن بن عمر عن زياد بن بيان عن علي
  بن نفيل عن سعيد بن المسيب عن أم سلمة قالت سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم
  يقول : المهدي من عترتي من ولد فاطمة 
Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin
  Ibraahiim: Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Ja’far Ar-Raqiy:
  Telah menceritakan kepada kami Al-Hasan bin ‘Umar, dari Ziyaad bin Bayaan,
  dari ‘Aliy bin Nufail, dari Sa’iid bin Al-Musayyib, dari Ummu Salamah, ia
  berkata: Aku mendengar Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam
  bersabda: “Al-Mahdi itu berasal dari keturunanku dari anak Fathimah” [Diriwayatkan
  oleh Abu Daawud no. 4284; dishahihkan oleh Al-Albaaniy dalam Shahih
  Sunan Abi Daawud, 3/20-21]. 
d)
  Dari Anak Keturunan Fatimah 
عن أم سلمة رضي الله عنها، قالت: سمعت رسول الله
  (صلى الله عليه وآله) ، يقول : (المهدي من عترتي، من ولد فاطمة) رضي الله عنها .
  أخرجه الإمام داود سليمان بن الآشعث السجستاني في سننه، والإمام أبو عبد الرحمن
  النسائي في سننه، والإمام الحافظ أبو بكر البيهقي، والإمام أبو عمرو الداني، رضي
  الله عنهم،): 
Dari Ummu Salamah (ra) katanya: Aku mendengar
  Rasulullah saw bersabda: “Al-Mahdi berasal dari itrahku, dari anak
  keturunan Fatimah.” Disebut oleh Al-Imam Daud Sulaiman bin Al-Asy’ats
  Al-Sajastani dalam Sunannya, dan Al-Imam Abu Abdu Rahman Al-Nasa`i dalam
  Sunannya,Al-Imam Al-Hafidz Abu Bakar Al-Baihaqi dan Al-Imam Abu ‘Amr Al-Dani
  (ra). Rujukan: Aqad Ad Darar Fi Akhbar Al Muntazar, Halaman 15 
Dalam hadits wasiat itu
  menyebutkan: sesungguhnya akan ada selepasku duabelas orang Imam dan selepas
  mereka duabelas orang Mahdi 
Mahdi pertama
  bernama  Ahmad 
Yang pertama beriman
  dengan Imam Mahdi 
Untuk faham lebih lanjut sila
  baca Dua
  Mahdi Yang berbeza 
------------------------------- 
[1] Versi penuh wasiat
  Rasulullah (S) beserta dengan sanadnya dan juga sumber-sumber yang
  meriwayatkannya: 
أخبرنا
  جماعة عن أبى عبد الله الحسين بن علي بن سفيان البزوفرى عن علي بن سنان الموصلي
  العدل عن علي بن الحسين عن أحمد بن محمد بن الخليل عن جعفر بن محمد المصرى عن
  عمه الحسن بن علي عن أبيه عن أبى عبد الله جعفر بن محمد عن الباقر عن أبيه ذى
  الثفنات سيد العابدين عن أبيه الحسين الزكي الشهيد عن أبيه أمير المؤمنين عليهم
  السلام قال قال رسول الله صلى الله عليه وآله في الليلة التي كانت فيها وفاته
  لعلي (ع) يا أبا الحسن احضر صحيفة ودواة فاملى رسول الله صلى الله عليه وآله
  وصيته حتى انتهى إلى هذا الموضع فقال يا علي انه سيكون بعدي اثنى عشر أماما ومن
  بعدهم اثنى عشر مهديا فانت يا علي اول الاثنى عشر الامام سماك الله في سمائه
  عليا المرتضى وأمير المؤمنين والصديق الاكبر والفاروق الاعظم والمأمون والمهدي
  فلا تصلح هذه الاسماء لاحد غيرك يا علي أنت وصيي على اهل بيتي حيهم وميتهم وعلى
  نسائى فمن ثبتها لقيتني غدا ومن طلقتها فانا برئ منها لم ترني ولم ارها في عرصات
  القيامة وانت خليفتي على امتي من بعدي فإذا حضرتك الوفاة فسلمها إلى ابني الحسن البر
  الوصول فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابني الحسين الشهيد المقتول فإذا حضرته
  الوفاة فليسلمها إلى ابنه سيد العابدين ذى الثفنات علي فإذا حضرته الوفاة
  فليسلمها إلى ابنه محمد الباقر فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى أبنه جعفر الصادق
  فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى أبنه موسى الكاظم فإذا حضرته الوفاة فليسلمها
  إلى أبنه علي الرضى فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى أبنه محمد التقة التقي فإذا
  حضرته الوفاة فليسلمها إلى أبنه علي الناصح فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى أبنه
  الحسن الفاضل فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى أبنه محمد المستحفظ 
من
  آل محمد صلى الله عليه وعليهم فذلك اثنى عشر أماما ثم يكون من بعده اثنى
  عشر مهديا فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى أبنه اول المهديين له ثلاثة
  اسامي اسم كأسمي واسم أبى وهو عبد الله وأحمد والاسم الثالث المهدى وهو اول
  المؤمنين 
Daripada Abi Abdillah Al
  Hussain bin Sufyan, daripada Ali bin Sinan Al Musili, daripada Ali bin Al
  Hussain, daripada Muhammad bin Al Khalil, daripada Jaafar bin Ahmad Al Masri,
  daripada bapa saudaranya Al Hassan bin Ali, daripada bapanya, daripada Abi
  Abdillah Jaafar bin Muhammad, daripada bapanya Al Baqir, daripada bapanya Ali
  Zainal Abidin, daripada bapanya Al Hussain Al Syahid, daripada bapanya Amirul
  Mukminin Alaihis salam telah berkata: Rasulullah saaw bersabda kepada
  Ali as dimalam sebelum kewafatan baginda: “Wahai Abul Hassan (Ali as) bawakan
  lembaran kertas dan dakwat. Maka Rasulullah saaw telah menyebutkan wasiatnya
  untuk dicatatkan sehinggalah ia sampai kepada noktah berikut, baginda saaw
  bersabda: Wahai Ali sesungguhnya akan ada selepasku duabelas orang Imam dan selepas
  mereka duabelas orang Mahdi. Engkau wahai Ali adalah yang pertama daripada
  duabelas orang Imam tersebut. Allah menamakan engkau di langitnya; Ali Al
  Murtadha, Amirul Mukminin, Siddiq Al Akbar, Faruq Al A’zham, Al Makmun, dan
  Al Mahdi, tiada siapapun dibenarkan memakai nama-nama ini. Wahai Ali, engkau
  adalah pemegang wasiatku ke atas Ahlulbaitku ketika mereka masih hidup
  mahupun setelah mereka mati, dan ke atas isteri-isteriku: barangsiapa yang
  engkau kekalkan dia, maka dia akan bertemu denganku besok, barangsiapa yang
  engkau ceraikan dia, maka aku berlepas diri daripadanya, dan dia takkan dapat
  melihatku dan aku tidak melihatnya pada hari kiamat. Engkau adalah khalifahku
  ke atas umatku selepasku, apabila maut menghampirimu, maka hendaklah
  diserahkannya (khilafah) kepada anakku Hassan al-Birr al-Wusul. Dan apabila
  maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anakku Hussein
  as-Syahid az-Zakiy al-Maqtul. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah
  diserahkannya kepada anaknya penghulu segala abid Ali zu as-Safanat. Dan
  apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya
  Muhammad al-Baqir. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan
  kepada anaknya Ja’afar al-Sadiq. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah
  diserahkannya kepada anaknya Musa al-Kadhim. Dan apabila maut menghampirinya,
  maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Ali al-Ridha. Dan apabila maut
  menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad
  al-Thiqah at-Taqiy. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah
  diserahkannya kepada anaknya Ali al-Nasih. Dan apabila maut menghampirinya,
  maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Hassan al-Fadhil. Dan apabila
  maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad
  yang terpelihara daripada keluarga Muhammad. Maka itulah dua belas imam, dan
  akan datang selepasnya dua belas Mahdi. 
Dan apabila maut
  menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya iaitu Muqarrab yang
  pertama (sesetengah sumber menyebutkan Mahdi yang pertama). Baginya tiga nama
  : nama seperti namaku dan nama bapaku, iaitu Abdullah dan Ahmad. Dan namanya
  yang ketiga adalah Al Mahdi, dia adalah yang pertama beriman.” 
1.    Sheikh
  Al Toosi menyebutkan riwayat wasiat ini di dalam kitabnya Al Ghaibah ms 150
  beserta himpunan riwayat bagi menguatkan bahawa Imamah adalah untuk Ahlulbayt
  a.s. Kemudian Sheikh Al Toosi memperkuatkan lagi riwayat ini dengan
  riwayat-riwayat wasiat yang lain di dalam kitab yang sama pada ms 156. Ianya
  adalah himpunan riwayat yang digunapakai sebagai dalil untuk menguatkan
  tuntutannya bahawa Imamah adalah di kalangan Ahlulbayt a.s. Dia mengatakan
  bahawa riwayat ini adalah sahih kerana Syiah Imamiyah meriwatkannya secara
  tawatur iaitu orang yang terkemudian meriwayatkan dari orang terdahulu tanpa
  terputus. Jalan pentashihannya adalah satu sepertimana terdapat di dalam
  kitab-kitab Imamiyah dan juga melalui manuskrip-manuskrip Amirul Mukminin Ali
  a.s  
2.    Sheikh
  Al Hurr Al Amili di dalam kitabnya Ithbat Al-Huda, jilid 1, ms 549, hadis no.
  376. 
3.    Sheikh
  Al Hurr Al Amili di dalam kitabnya Al Iqadh, ms 393. 
4.    Sheikh
  Hassan bin Sulaiman Al Hilli di dalam kitabnya Mukhtasar Al Bashair, ms 159. 
5.    Al
  Allamah Al Majlisi di dalam kitab Bihar Al Anwar, jilid 53, ms 147, hadis no.
  6 (secara ringkas), dan jilid 36, ms 81, hadis no. 81 (secara terperinci
  tanpa rangkap “Apablia maut menghampirinya”) 
6.    Sheikh
  Abdullah Al Bahrani di dalam kitabnya Al ‘Awalim, jilis 1, ms 370, hadis no.
  59. 
7.    Sayyid
  Hashem Al Bahrani di dalam kitabnya Ghayat Al-Maram, jilid 1, ms 370, hadis
  no. 59. 
8.    Sayyid
  Hashem Al Bahrani di dalam kitabnya Al insaf, ms 222. 
9.    Al
  Faydh Al Kashani di dalam ktabnya Nawadir Al Akhbar, ms 294. 
10. Sheikh Mirza Al
  Noori di dalam kitabnya Al Najm Al Thaqib, jilid 2, ms 71. 
11. Sayyid Muhammad
  Muhammad Sadiq Al Sadr menyebutkannya di dalam kitabnya Tarikh Ma Ba’da
  Dhuhur, ms 641. 
12. Sheikh Al Miyanji
  di dalam kitabnya Makatib Al Rasul, jilid 2, ms 96. 
13. Sheikh Al Kurani
  di dalam kitab Mukhtasar Mu’jam Ahadis Al Imam Al Mahdi. 
 | 
 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan