Halaman

Sabtu, 21 Mac 2015

Soalan 328: Mengatasi Al-Ana, Cara Berdakwah dan Amalan Waktu Maghrib

Soalan 328: Mengatasi Al-Ana, Cara Berdakwah dan Amalan Waktu Maghrib

1. Dalam Surah Al-Shaaffaat Allah AWJ memberitahu kita dengan memarahi kaum Luth di waktu pagi, dan di waktu malam

﴿وَإِنَّكُمْ لَتَمُرُّونَ عَلَيْهِم مُّصْبِحِينَ @ وَبِاللَّيْلِ أَفَلَا تَعْقِلُونَ﴾

Dan sesungguhnya kamu benar-benar akan melalui mereka di waktu pagi, @ dan di waktu malam. Maka apakah kamu tidak memikirkan? [77], 


Maka bagaimanakah petikan ini, kebendaan atau Malakut? Adakah ia perlu dilakukan dengan rasa kesedihan dan pilu dan pada waktu Maghrib?



2. Bagaimana saya boleh mengatasi Al-Ana (Aku)? Adakah dengan berterusan berdoa (membaca) ayat Al-Kursiy dan ayat-ayat Al-Hasyr untuk berfungsi, adakah tanda ia berfungsi? Tolong tunjukkan saya jalan yang paling singkat, dan saya berharap doakan untuk saya dan untuk saudara-saudara yang mengharapkan taufiq.

3. Tunjukkan wahai Maula kata pembuka yang utama untuk bercakap tentang dakwah Yamani supaya disahut oleh hati-hati bukannya keengganan, saya dapati wahai Maula ramai orang memberikan reaksi positif pada mulanya (sesi pertama) hampir suka dan kemudian dalam sesi kedua tiada langsung?


Dihantar oleh: Zainab

Jawapan:
      
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
                    
Jawapan S 1: saya telah menjawab soalan ini sebelum ini, dianggap bahawa mereka yang bertanggungjawab untuk laman web ini telah mengutusnya kepada anda lama dahulu.

Ada pun waktu Maghrib adalah masa apabila Iblis (la3nahu Allah) menyebarkan tenteranya dan lebih baik bagi orang mukmin mengucapkan zikir berikut pada waktu ini

 لَا إِلَـٰهَ إِلَّا اللَّـهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَه ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ، وَيُمِيتُ وَيُحْيِي وَهُوَ حَيُّ لَا يَمُوتُ بِيَدِهِ الْخَيْرِ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ


(tidak ada Tuhan selain Allah semata-mata (Esa) tiada sekutu bagiNya, padaNya pujian, Yang menghidupkan yang mati, dan mematikan yang hidup, dan Dia Hidup tidak mati, di tanganNya kebaikan dan Dia Berkuasa atas segala sesuatu)

sepuluh kali.

Jawapan S 2: Ketika beribadat dan berdoa hakikatnya adalah pada jalan (sedang) memerangi Al-Ana, tetapi bukanlah memerangi Al-Ana hanya dengan beribadah dan berdoa, tetapi mestilah dengan ikhlas melakukannya, dan mestilah mendahulukan kehendak Allah atas kehendak manusia bahkan sehingga tiada lagi kehendak manusia dan tiada lagi yang tinggal pada manusia melainkan kehendak Allah dan beramal dengannya.

Jawapan S 3: Anda bukanlah memberi petunjuk (hidayah) kepada mereka tetapi menyampaikan kepada mereka dan anda mempunyai dalil-dalil (keterangan) yang mencukupi untuk membuktikan (menegakkan) kebenaran kepada sesiapa sahaja dan kepada mana-mana golongan (mazhab) pun, bahkan anda juga mempunyai dalil-dalil (keterangan) untuk membuktikan (menegakkan) kebenaran anda walaupun kepada orang-orang Buddha dan Hindu, lebih utama dari orang-orang Yahudi dan Kristian dan umumnya pada mazhab umat Islam dan lain-lain, Tetapi biarkan ia menjadi asas urusan penciptaan bagi tugas anda dengan manusia, mereka merosakkan diri mereka sendiri dan menunjukkan apa yang ada dalam batin (dalaman) mereka.

Dan juga kerana ikhlas dan untuk mendekatkan diri kepada Allah dan mencari redhaNya adalah asas untuk kerja (amalan) anda dan anda menyampaikan kepada manusia untuk mendapat keberkatan kerja (amalan) anda dan menjadikannya lebih baik. Semoga Allah memberikan taufiq (kejayaan) pada anda dan meneguhkan langkah anda dan membantu anda dalam menjayakan agamaNya.


Ahmad Al-Hassan


✡✡✡✡✡

______________________________
[77] – Al-Shaaffaat 37:137-138




Tiada ulasan:

Catat Ulasan