Halaman

Khamis, 19 Mac 2015

Soalan 322: Dakwah Mukminat (Aurat) dan bentuk Azab Allah

Soalan 322:

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,

ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم،
اللهم صل على محمد والأئمة والمهديين وسلم تسليماً.



Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung,
Ya Allah selawat atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
                    
Salam atasmu wahai Tuan, Maula dan Hujah, dan salam atas washiy dan Rasul-nya, Imam Ahmad Al-Hassan (as), dan salam atas orang yang beriman, lelaki dan perempuan para ansar yang mendapat rahmat Alllah dan berkatNya dan dan salam ke atas tuan.

Saya mempunyai beberapa masalah dan Semoga Allah menjayakan tuan:

Pertama: Aku berlindung dengan Allah daripada diri saya sendiri, saya menjadi ketagih kepada bilik Ansar Imam Mahdi (as), dan saya mempunyai banyak komen daripada mereka yang bersalah apabila saya menerima mikrofon, dan saya mendengar bahawa bapa saya yang tercinta Imam Ahmad (as) berkata bahawa suara wanita bukanlah aurat dan Allah Maha Mengetahui, roh ku di hadapan kakimu sebagai tebusan tuan dan Maula ku, kepentingan ku yang tidak mempunyai murka Tuhanku atasku dan tidak mendurhakai perintahmu atau menjadi penghalang di jalan orang-orang yang mahu petunjuk, pada mu tuan dihadapkan mereka yang tidak layak menerima jawapan tuan.

Kedua: Apakah perbezaan di antara Al-Risalah dan Al-Wilayah? Di dalam Al-Mutasyabihaat tuan berkata: Bahawa Mahdi Pertama baginya dua kedudukan, apakah makna dua kedudukan itu?

Ketiga: Bolehkah wanita berdakwah kepada orang ramai dakwah yang mulia ini sendiri tanpa memberitahu keluarganya? Atau ia hendaklah ada muhrim bersamanya atau kebenarannya?

Keempat: Apakah makna bahawa Fatimah (as) adalah Al-Tin (buah tin) dalam Surah "Wa Al-Tin Wa Al-Zaitun?"

Kelima: Apa yang maksudkan dengan ayat ini sebagai seorang yang paling baik fikirannya?

﴿فَطَافَ عَلَيْهَا طَائِفٌ مِّن رَّبِّكَ وَهُمْ نَائِمُونَ @ فَأَصْبَحَتْ كَالصَّرِيمِ @ فَتَنَادَوا مُصْبِحِينَ @ أَنِ اغْدُوا عَلَى حَرْثِكُمْ إِن كُنتُمْ صَارِمِينَ @ فَانطَلَقُوا وَهُمْ يَتَخَافَتُونَ @ أَن لَّا يَدْخُلَنَّهَا الْيَوْمَ عَلَيْكُم مِّسْكِينٌ @ وَغَدَوْا عَلَى حَرْدٍ قَادِرِينَ @ فَلَمَّا رَأَوْهَا قَالُوا إِنَّا لَضَالُّونَ @ بَلْ نَحْنُ مَحْرُومُونَ @ قَالَ أَوْسَطُهُمْ أَلَمْ أَقُل لَّكُمْ لَوْلَا تُسَبِّحُونَ @ قَالُوا سُبْحَانَ رَبِّنَا إِنَّا كُنَّا ظَالِمِينَ @ فَأَقْبَلَ بَعْضُهُمْ عَلَى بَعْضٍ يَتَلَاوَمُونَ @ قَالُوا يَا وَيْلَنَا إِنَّا كُنَّا طَاغِينَ @ عَسَى رَبُّنَا أَن يُبْدِلَنَا خَيْراً مِّنْهَا إِنَّا إِلَى رَبِّنَا رَاغِبُونَ @ كَذَلِكَ الْعَذَابُ وَلَعَذَابُ الْآخِرَةِ أَكْبَرُ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ﴾

lalu kebun itu diliputi malapetaka (yang datang) dari Tuhanmu ketika mereka sedang tidur, @ maka jadilah kebun itu hitam seperti malam yang gelap gulita. @ lalu mereka panggil memanggil di pagi hari:  @ "Pergilah diwaktu pagi (ini) ke kebunmu jika kamu hendak memetik buahnya". @ Maka pergilah mereka saling berbisik-bisik. @ "Pada hari ini janganlah ada seorang miskinpun masuk ke dalam kebunmu". @ Dan berangkatlah mereka di pagi hari dengan niat menghalangi (orang-orang miskin) padahal mereka (menolongnya). @ Tatkala mereka melihat kebun itu, mereka berkata: "Sesungguhnya kita benar-benar orang-orang yang sesat (jalan), @ bahkan kita dihalangi (dari memperoleh hasilnya)". @ Berkatalah seorang yang paling baik pikirannya di antara mereka: "Bukankah aku telah mengatakan kepadamu, hendaklah kamu bertasbih (kepada Tuhanmu)?"  @ Mereka mengucapkan: "Maha Suci Tuhan kami, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang zalim". @ Lalu sebahagian mereka menghadapi sebahagian yang lain seraya cela mencela. @ Mereka berkata: "Aduhai celakalah kita; sesungguhnya kita ini adalah orang-orang yang melampaui batas". @ Mudah-mudahan Tuhan kita memberikan ganti kepada kita dengan (kebun) yang lebih baik daripada itu; sesungguhnya kita mengharapkan ampunan dari Tuhan kita.@ Seperti itulah azab (dunia). Dan sesungguhnya azab akhirat lebih besar jika mereka mengetahui. [48].
      
Keenam: Apakah perbezaan di antara Muslim dan Mukmin? Adakah terdapat jenis-jenis setiap daripada mereka dan darjat-darjat yang berbeza-beza? Oleh kerana dalam Al-Mutasyabihaat Saidi dan Maula berkata "dunia adalah penjara bagi orang mukmin" adalah berbeza dari yang lain orang-orang Mukmin yang berwilayah (AL-Mawalin)?

Semoga Allah memberi ganjaran kepada mu untuk Muhammad dan Aali Muhammad (as). Jika disampaikan surat ini kepada Saidi Ahmad (as) maka bagi Allah puji dan syukur, dan jika saudara ansar yang akan menjawab pun Insya Allah Khair. Semoga Allah memberi taufiq kepada mereka bagi keredhaanNya dan bekerja di tangan Waliy (Pemimpin) Ahmad (as).

Dihantar: Zainab – UAE

Jawapan:
      
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
                    
Jawapan Pertama, untuk suara wanita dan makhluk boleh bercakap dengan lelaki dan bagaimana mereka bercakap dengan lelaki, ini adalah di antara ayat Al-Qurannya, Dia SWT berfirman:

﴿يا نِسَاء النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِّنَ النِّسَاء إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلَا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلاً مَّعْرُوفاً﴾


Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik, [49] .

﴿.... وَإِذَا سَأَلْتُمُوهُنَّ مَتَاعاً فَاسْأَلُوهُنَّ مِن وَرَاء حِجَابٍ ذَلِكُمْ أَطْهَرُ لِقُلُوبِكُمْ وَقُلُوبِهِنَّ وَمَا كَانَ لَكُمْ أَن تُؤْذُوا رَسُولَ اللَّهِ وَلَا أَن تَنكِحُوا أَزْوَاجَهُ مِن بَعْدِهِ أَبَداً إِنَّ ذَلِكُمْ كَانَ عِندَ اللَّهِ عَظِيماً﴾

.... Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir. Cara yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka. Dan tidak boleh kamu menyakiti (hati) Rasulullah dan tidak (pula) mengahwini isteri-isterinya selama-lamanya sesudah ia wafat. Sesungguhnya perbuatan itu adalah amat besar (dosanya) di sisi Allah. [50].

﴿فَكُلِي وَاشْرَبِي وَقَرِّي عَيْناً فَإِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ الْبَشَرِ أَحَداً فَقُولِي إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَنِ صَوْماً فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنسِيّاً﴾

maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah: "Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusiapun pada hari ini". [51].

Ayat-ayat di atas jelas membenarkan wanita bercakap dengan lelaki, tetapi bersyarat untuk menerangkan kebenaran, Insya-Allah, dan ayat yang terakhir menjelaskan bahawa Mariam (as) telah bercakap kepada mereka, tidak menghalang bercakap dengan mereka kemudiannya, tetapi hanya ketika itu dia enggan bercakap dengan mereka, kerana dia bernazar untuk berpuasa, dan oleh itu pada ketika itu dia hanya tidak akan berkata-kata dengan seorang pun daripada mereka seperti ayat tersebut.

Dan juga, jika dibaca sirah Al-Zahra’ (as) dan Zainab (as) maka kedua mereka (as), bercakap dan mempertahankan hak Khalifah Allah di muka bumiNya dan berhadapan dengan Taghut penzalim dan pengikut mereka, dan juga Al-Zahra’ (as) dipukul kerana mempengaruhi orang ramai menentang Taghut penzalim yang merampas hak Khalifah Allah di muka bumiNya dan banyak mendapat kesan buruk, lalu mereka hendak membakar rumahnya, membunuhnya dia dan anak-anaknya, serta memecah masuk ke rumahnya dan merosakkan setiap sisi, tidak berhenti dari kesakitannya dan penderitannya dan terus mempertahankan kebenaran sehinggalah menemui syahidnya. (selawat Allah ke atasnya), manakala Zainab (as) kedudukannya sebelum kejadian Karbala, di mana kemudiannya seperti kedudukan ibunya Al-Zahra’ (as).

Hakikatnya wanita apabila berhadapan dengan Taghut penzalim pasti mereka didera dalam bentuk yang berbeza, kerana mereka syaitan dan benih dari syaitan, dan syaitan juga mendorong mereka, apa yang dituntut daripada mukminah bahawa ia tidak tertakluk untuk berkata-kata dan diteguhkan Zat Allah dan dalam menghadapi Taghut penzalim, maka jika didapati seorang dari mereka menyatakan perkataan-perkataan yang agak panas atau didatangkan riwayat yang tidak wajar dibincangkan antara lelaki dengan wanita maka tolaklah ia dengan berhemat dan tegas, maka apabila anda berada di Paltalk (bicara di Internet), sebagai contoh, dengan tertib dan beritahu dia, sebagai contoh: (jika anda Ibn Al-Halal, apakah kamu berani atau hanya cuba berani kepada perempuan), atau mana-mana ungkapan yang menghinanya seperti kamu katakan kepadanya: (kamu seperti apa yang kamu sifatkan dan contohkan, Allah Taala berfirman:

﴿أَمْ تَحْسَبُ أَنَّ أَكْثَرَهُمْ يَسْمَعُونَ أَوْ يَعْقِلُونَ إِنْ هُمْ إِلَّا كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ سَبِيلاً﴾

atau apakah kamu mengira bahwa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya. [52],

kamu lebih sesat dari binatang ternak itu), untuk mengelakkan diri mereka kerana berani pada mukminat dan mengira ucapan mereka ucapan yang ditolak, ini jika mereka percaya bahawa hukuman bahasa dikendalikan dengan beradab, dan mereka tidak peduli dan hanyalah diselang-seli dengan pengusiran tetapi mereka perlu mendapat malu kerana menghina Allah, mudah-mudah mereka akan terhalang, bahkan mereka menggunaksn jalan-jalan syaitan untuk menghalang mukminat daripada berjihad dan meninggikan Kalimah Allah yang Tertinggi dan menghalang mereka daripada dipertingkatksn (martabat), Dengan itu syaitan (laknahu Allah) mahu mencapai niat jahat daripada kekasaran ini untuk menghalang mukminat daripada mencontohi Al-Zahra’ (as) dan Zainab (as).

Memang sukar untuk anak perempuan yang berani terhadap mereka makhluk Allah yang jahat ke atas mukminat ini untuk menjawab dengan bersih dengan kata-kata atau perumpamaan atau perbincangan dengan akhlak yang tidak boleh diterima atau dengan kata-kata lucah, tetapi saya tidak boleh dan tidak dapat menahan mukminat daripada mencontohi Al-Zahra’ (as) dan Zainab (as), bahkan saya mesti menyeru bahawa pendekatan ini adalah jalan yang diberkati, walaupun mengalami bahaya, bagi mereka sebaik-baik kemuliaan Al-Zahra’ (as), Zainab (as), Khadijah (as) Fatimah binti Asad (as), Narjis (as), dan Maryam (as), dan Asia isteri Firaun dan senarai panjang nama-nama wanita-wanita yang bertahan dengan kedudukan yang diberkati dalam membantu kebenaran dan telah mengalami bahaya di jalan Allah SWT.

C Kedua, Al-Risalah, ia adalah agama yang dihantar (diturunkan) untuk menetapkan akidah yang baru, dan Al-Wilayah adalah menegakkan Hakimiyah Allah dan Wilayah Khalifah Allah.

Jika kita rujuk kepada permulaan Islam, yang didatangkan Al-Risalah kepada Muhammad (S), telah membawa masalah untuk menyampaikan agama yang baru dan menetapkan iktikad agama baru, yang telah membawa Al-Risalah untuk disampaikan, diperteguh dan disebarkan kepada Al-Wilayah dan diperkatakan mengenainya, tetapi tumpuan adalah pada Al-Risalah yang datang bersamanya dan membetulkan iktikad-iktikad yang rosak dan menyebarkan Aqidah yang benar yang datang bersamanya, adapun Al-Wilayah dan Hakimiyah Allah dan menegakkannya, yang telah dipikul oleh Imam Ali (as) dan Fatimah (as) dan Imam-imam (as) selepas mereka.

Al-Wilayah, yang telah dibawa oleh Muhammad (S) di dalam Risalahnya, tetapi ditugaskan Ali (as) dan Fatimah (as) menegakkannya.

Al-Rasul Muhammad (S), yang datang dengan Al-Risalah Islam dan menegakkannya pada hakikatnya juga adalah Imam. Imam Ali (as), yang menegakkan Al-Wilayah juga adalah Rasul dari Muhammad (S). Ini telah diterangkan dalam Kitab Al-Nubuwah Al-Khatimah.

Adapun Mahdi Pertama membawa dua perkara bersamanya, yang pertama adalah  Al-Risalah dan memperbetul iktikad-iktikad yang rosak dan menegakkan Iktikad Al-Mahdiyin. dan kedua menegakkan Al-Wilayah dan Hakimiyah Allah, yang telah diselewengkan oleh semua manusia. Sekarang, seperti yang anda tahu, tidak ada yang mengatakan hakikat Al-Wilayah, sementara Al-Maraji3 yang sesat, mereka telah mengatakan dengan lidah mereka dan hari ini telah mengingkari Al-Wilayah Hakimiyah Allah ini sehinggakan mereka mencanangkan dan menggesa kepada Hakimiyah Al-Nas (Ketuanan Manusia), Syura (permesyuaratan) dan pilihan raya. Tetapi samaada pendekatan mereka adalah dengan mengenepikan Al-Wilayah dan tanpa bersembunyi kesepakatan mereka pada hari ini adalah pendekatan Shura dan pilihan raya dan mereka memasukkan ke dalamnya melalui bayangan taklid (tiru – ikut) mereka dengan membentuk parti-parti dan kumpulan-kumpulan, dan tiap-tiap parti merasa bangga dengan apa yang ada pada sisi mereka (masing-masing).
.
Bagi Mahdi Pertama, ia memenuhi peranan Muhammad (S) dan peranan Ali (as), iaitu Al-Risalah dan Al-Wilayah, dan ini yang ditulis dalam Al-Mutasyabihaat yang anda sebutkan.

Jawapan Ketiga, telah diterangkan dalam jawapan terdahulu mengenai kerja-kerja wanita dalam menyampaikan (berdakwah) agama ilahi kepada manusia.

Jawapan Keempat: Nabi Muhammad (S) makan dari buah-buahan Syurga iaitu Buah Tin Syurga dan Allah menciptakan di sulbi Muhammad (S) dari Buah ini nutfah Fatimah (as).

Jawapan Kelima} Firman Allah SWT

﴿إِنَّا بَلَوْنَاهُمْ كَمَا بَلَوْنَا أَصْحَابَ الْجَنَّةِ إِذْ أَقْسَمُوا لَيَصْرِمُنَّهَا مُصْبِحِينَ @ وَلَا يَسْتَثْنُونَ @ فَطَافَ عَلَيْهَا طَائِفٌ مِّن رَّبِّكَ وَهُمْ نَائِمُونَ @ فَأَصْبَحَتْ كَالصَّرِيمِ @ فَتَنَادَوا مُصْبِحِينَ @ أَنِ اغْدُوا عَلَى حَرْثِكُمْ إِن كُنتُمْ صَارِمِينَ @ فَانطَلَقُوا وَهُمْ يَتَخَافَتُونَ @ أَن لَّا يَدْخُلَنَّهَا الْيَوْمَ عَلَيْكُم مِّسْكِينٌ @ وَغَدَوْا عَلَى حَرْدٍ قَادِرِينَ @ فَلَمَّا رَأَوْهَا قَالُوا إِنَّا لَضَالُّونَ @ بَلْ نَحْنُ مَحْرُومُونَ @ قَالَ أَوْسَطُهُمْ أَلَمْ أَقُل لَّكُمْ لَوْلَا تُسَبِّحُونَ @ قَالُوا سُبْحَانَ رَبِّنَا إِنَّا كُنَّا ظَالِمِينَ @ فَأَقْبَلَ بَعْضُهُمْ عَلَى بَعْضٍ يَتَلَاوَمُونَ @ قَالُوا يَا وَيْلَنَا إِنَّا كُنَّا طَاغِينَ @ عَسَى رَبُّنَا أَن يُبْدِلَنَا خَيْراً مِّنْهَا إِنَّا إِلَى رَبِّنَا رَاغِبُونَ @ كَذَلِكَ الْعَذَابُ وَلَعَذَابُ الْآخِرَةِ أَكْبَرُ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ﴾

Sesungguhnya Kami telah mencubakan mereka (musyrikin Mekah) sebagaimana Kami telah mencuba pemilik-pemilik kebun, ketika mereka bersumpah bahawa mereka sungguh-sungguh akan memetik (hasil)nya di pagi hari, @ dan mereka tidak menyisihkan (hak fakir miskin),@ lalu kebun itu diliputi malapetaka (yang datang) dari Tuhanmu ketika mereka sedang tidur, @ maka jadilah kebun itu hitam seperti malam yang gelap gulita. @ lalu mereka panggil memanggil di pagi hari:  @ "Pergilah di waktu pagi (ini) ke kebunmu jika kamu hendak memetik buahnya". @ Maka pergilah mereka saling berbisik-bisik. @ "Pada hari ini janganlah ada seorang miskinpun masuk ke dalam kebunmu". @ Dan berangkatlah mereka di pagi hari dengan niat menghalangi (orang-orang miskin) padahal mereka (menolongnya). @ Tatkala mereka melihat kebun itu, mereka berkata: "Sesungguhnya kita benar-benar orang-orang yang sesat (jalan), @ bahkan kita dihalangi (dari memperoleh hasilnya)". @ Berkatalah seorang yang paling baik pikirannya di antara mereka: "Bukankah aku telah mengatakan kepadamu, hendaklah kamu bertasbih (kepada Tuhanmu)?"  @ Mereka mengucapkan: "Maha Suci Tuhan kami, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang zalim". @ Lalu sebahagian mereka menghadapi sebahagian yang lain seraya cela mencela. @ Mereka berkata: "Aduhai celakalah kita; sesungguhnya kita ini adalah orang-orang yang melampaui batas". @ Mudah-mudahan Tuhan kita memberikan ganti kepada kita dengan (kebun) yang lebih baik daripada itu; sesungguhnya kita mengharapkan ampunan dari Tuhan kita.@ Seperti itulah azab (dunia). Dan sesungguhnya azab akhirat lebih besar jika mereka mengetahui. [53].

Ayat-ayat ini menceritakan kisah pengajaran dan menerangkan hal orang-orang yang juga menghadap para rasul.

Ceritanya adalah: Bahawa sekumpulan orang mempunyai dusun (kebun), dan mereka mahu mengutip buah-buahan, dengan tidak membayar zakatnya dan tidak memberikan apa-apa kepada golongan miskin dan golongan yang memerlukan, Allah mengirim padanya dan membinasakan hasil buah-buahannya  dengan tidak meninggalkan sedikit pun dari padanya, seperti yang berlaku sekarang apabila tumbuhan-tumbuhan melawas dan pertanian diberhentikan suatu (tempoh) yang selalunya pada hari-hari di musim sejuk akibat suhu yang terlalu rendah sehingga tidak tinggal samada pokok-pokok atau buah-buahnya melainkan yang rosak, atau kerana kerosakan apabila diserang serangga seperti belalang atau haiwan seperti tikus ladang yang akan memakan pokok-pokok atau buah-buahan, atau kedua-duanya.

﴿لَيَصْرِمُنَّهَا﴾
akan memetik (hasil)nya:
Iaitu menuai buah-buahan, dan adalah memetik dan memotong.
﴿فَأَصْبَحَتْ كَالصَّرِيمِ﴾ :
maka jadilah kebun itu hitam seperti malam yang gelap gulita.
iaitu seperti tanah yang ditanam dan dituai dengan memotong buah-buahan, tidak ada tinggal hasil buah-buahan untuk dituai.
﴿قَالَ أَوْسَطُهُمْ﴾  
Berkatalah seorang yang paling baik pikirannya di antara mereka.
Iaitu Yang paling adil di antara mereka.
Ini adalah akibat yang mereka dapat iaitu azab duniawi yang Allah turunkan kepada mereka, kerana mereka menjadi kedekut (bakhil) dengan apa yang Allah telah jadikan dia sebagai pengeluar makanan ruji untuk mereka yang memerlukan barangan (hasil) yang Allah berikan kepada mereka menguruskannya. Pada hakikat bahawa azab duniawi tidak diturunkan dengan begitu sahaja, Allah SWT mengetahui bahawa mereka akan mendapat manfaat dan mengambil pengajaran atau menurunkan azab kepada sebahagian daripada mereka dengannya, dan mengajar dan menjelaskan kepada mereka selepas diturunkan azab duniawi yang membinasakan harta mereka

Tatkala mereka melihat kebun itu, mereka berkata: "Sesungguhnya kita benar-benar orang-orang yang sesat (jalan), @ bahkan kita dihalangi (dari memperoleh hasilnya)".@ Berkatalah seorang yang paling baik pikirannya di antara mereka: "Bukankah aku telah mengatakan kepadamu, hendaklah kamu bertasbih (kepada Tuhanmu)?"  @ Mereka mengucapkan: "Maha Suci Tuhan kami, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang zalim". @ Lalu sebahagian mereka menghadapi sebahagian yang lain seraya cela mencela. @ Mereka berkata: "Aduhai celakalah kita; sesungguhnya kita ini adalah orang-orang yang melampaui batas". @ Mudah-mudahan Tuhan kita memberikan ganti kepada kita dengan (kebun) yang lebih baik daripada itu; sesungguhnya kita mengharapkan ampunan dari Tuhan kita.@ Seperti itulah azab (dunia). Dan sesungguhnya azab akhirat lebih besar jika mereka mengetahui.

Ayat-ayat in menerangkan bahawa zakat dalam pembangunan kehidupan (rezeki), dan mengelakkan Zakat dan mengelakkan perbelanjaan (infaq) kepada fakir-miskin dan anak-anak yatim mungkin menjadi punca rezeki yang betul (halal).
Dan ia juga menerangkan bahawa azab duniawi kepada manusia mungkin dalam bentuk harta (wang) dan ekonomi sebagai amaran supaya mereka kembali kepada kebenaran

﴿وَلَنُذِيقَنَّهُمْ مِنَ الْعَذَابِ الْأَدْنَى دُونَ الْعَذَابِ الْأَكْبَرِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ﴾

Dan Sesungguhnya Kami merasakan kepada mereka sebahagian azab yang dekat (di dunia) sebelum azab yang lebih besar (di akhirat), mudah-mudahan mereka kembali (ke jalan yang benar).[54],

dan mungkin juga ia adalah suatu bentuk yang boleh ditafsirkan sebagai tidak diazab dengan mengatakan secara zahirnya mengalami bencana (alam) semula jadi, atau mengalami krisis ekonomi, atau perjalanan planet secara tidak sengaja membinasakan (kehidupan) manusia, atau wabak aneh yang tidak dikenal sebelumnya, datang dan membinasakan (kehidupan) manusia, atau .. atau .. sesiapa yang ingin mentafsirkan azab kerana ia bukanlah hukuman bagi keingkarannya pada rasul yang telah diturunkan azab kerana mendustakannya tidak akan melaksanakan hujah untuk mengetahuinya, tetapi orang-orang yang ingin belajar dan mengenal kebenaran itu akan mengatakan ia adalah azab dan akan melihat apa yang diusahakannya dan apa yang dikerjakannya oleh kezaliman tangannya, sama ada menzalimi hujah dari para Hujaj Allah atau menentang apa yang dibawa oleh para Hujaj Allah  dari memrbelanjakan (infaq) ke atas golongan fakir dengan mengeluarkan Zakat

Berkatalah seorang yang paling baik pikirannya di antara mereka: "Bukankah aku telah mengatakan kepadamu, hendaklah kamu bertasbih (kepada Tuhanmu)?"  @ Mereka mengucapkan: "Maha Suci Tuhan kami, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang zalim".

Walaupun keterangan di atas sudah mencukupi, tetapi tidak mengapa kita bertanya apa yang berlaku pada kaum Quraisy oleh tamparan Allah kepada mereka dengan perumpamaan ini? Pada hakikatnya, mereka hanya ditimpa kesusahan ekonomi kerana doa Nabi Muhammad (S) bahawa mereka dijangkiti tempoh (kemarau) seperti zaman Yusuf (as), Maka Allah memberi iktibar dari ayat-Nya Yang Maha Suci, tetapi adakah Kaum Quraisy dahulu dan sekarang mengambil pengajaran dengan ayat-ayat tersebut dan dapat memberi manfaat kepada mereka? Pastilah dahulunya ada yang mengambil pengajaran dan begitu juga sekarang, tetapi berapa ramai dari mereka yang mengambil iktibar dan pengajaran, berapa ramai orang-orang yang akan mengatakan kepada mereka – iaitu yang bijak daripada mereka atau yang berakal di kalangan mereka - yang paling baik fikirannya  [hendaklah kamu bertasbih]
Dengan mengatakan
[Mereka mengucapkan: "Maha Suci Tuhan kami, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang zalim".]

Jawapan Keenam: Muslim, mengikut istilah yang digunakan di kalangan manusia yang mengucapkan atas kesaksian dua kalimah Syahadah. Tetapi makna sebenar adalah yang membuat penyerahan kepada Allah dan KhalifahNya, dan ia mengikut darjat-darjat. Adapun mukmin adalah yang membenarkan Allah dan KhalifahNya, dan ia juga mengikut darjat-darjat.


Ahmad Al-Hassan
Shaaban kebaikan 1430 H



✡✡✡✡✡


________________________      
[48] – Al-Qalam 68:19-33.
[49] – Al-Ahzab 33:32.
[50] – Al-Ahzab 33:53.
[51] – Maryam 19:26.
[52] - Al-Furqan: 44.
[53] - Al-Qalam 68:17-33.
[54] – Al-Sajdah 32:21

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan