Halaman

Selasa, 17 Mac 2015

Soalan 316: Taufiq hasil dari Ikhlas


Soalan 316:
السلام عليكم
Pada firman Allah SWT:

﴿وَلَيْسَ الذَّكَرُ كَالأُنثَى﴾

dan anak lelaki tidaklah seperti anak perempuan. [46],

mengapa Al-Quran mendahulukan anak lelaki dari anak perempuan?

S 2: Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,

بسم الله الرحمن الرحيم


إلهي ما ألذّ خواطر الإلهام بذكرك على القلوب، وما أحلى المسير إليك بالأوهام في مسالك الغيوب


(Ya Tuhanku, apa yang lebih lazat dari rasa ilham mengingatMu di hati, dan apa yang lebih manis dari berjalan kepadaMu dengan khayalan laluan keghaiban).
      
السلام عليكم ورحمة الله                
Salam atas kamu dan rahmat Allah,
saya ingin memahami petikan munajat ini, Bolehkah tuan tolong jelaskan?
Terima kasih pada tuan.

Q 3: Salam atas kamu dan rahmat Allah serta keberkatanNya
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته             

(Wanita adalah segala kejahatan, dan kejahatan padanya adalah pasti).
1.  Setakat manakah sahihnya sanad dan matan hadits ini, diriwayatkan dari Amir Al-Mukminin (as) seperti yang terdapat dalam (Nahj Al-Balaghah) dan (Gharar Al-Hakam)?
2.  Jika hadits ini sahih, apakah maknanya dan apakah faktor sejarah mengenainya?

Terima kasih pada tuan.

Dihantar oleh: Khalifah bin Ahmad - Arab Saudi


Jawapan:
               
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.

Jawapan S 1: Anak lelaki didahulukan; kerana mereka dijanjikan dengan anak lelaki iaitu Isa (as) apabila yang datang adalah Maryam (as) mereka terkejut kerana dia adalah anak perempuan, dan mereka tahu bahawa Isa dari keturunan mereka, dan Allah menjadikan Isa (as) dari Maryam (as), membenarkan (mengesahkan) apa yang janjikan kepada mereka.

﴿فَلَمَّا وَضَعَتْهَا قَالَتْ رَبِّ إِنِّي وَضَعْتُهَا أُنثَى وَاللّهُ أَعْلَمُ بِمَا وَضَعَتْ وَلَيْسَ الذَّكَرُ كَالأُنثَى وَإِنِّي سَمَّيْتُهَا مَرْيَمَ وِإِنِّي أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ﴾

Maka tatkala isteri 'Imran melahirkan anaknya, diapun berkata: "Ya Tuhanku, sesunguhnya aku melahirkannya seorang anak perempuan; dan Allah lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu; dan anak laki-laki tidaklah seperti anak perempuan. Sesungguhnya aku telah menamai dia Maryam dan aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk. [47].

Jawapan S 2: (Ya Tuhanku, apa yang lebih lazat dari rasa ilham mengingatMu di hati, dan apa yang lebih manis dari berjalan kepadaMu dengan khayalan laluan yang ghaib).

Dengan keikhlasan manusia mendapat taufik (dijayakan) lantaran zikir hakiki, dan dengan zikir dapat dijayakan kepada makrifat dan jalan makrifat ilham. Hasil daripada ilham meningkatkan makrifah dan penerimaan untuk meneruskan perjalanan manusia kepada Allah dengan peningkatan keikhlasan insan, dan juga taufiq yang turun atasnya dari Allah dan kemudian ditingkatkan ilham kepadanya dari Allah dan makrifah tentang manusia dan sebagainya sehingga manusia mengetahui bahawa hakikat makrifat adalah ketidakupayaan (tidak mampu) untuk mengenal hakikat pada dasarnya (Al-Kunh).
               
Jawapan S 3: Tidak betul.    


Ahmad Al-Hassan
1430 H



✡✡✡✡✡


________________________      
[46] – Aali Imran 3:36.
[47] – Aali Imran 3:36

           

Tiada ulasan:

Catat Ulasan