Halaman

Ahad, 8 Mac 2015

Soalan 228: Nasihatilah Saya


Soalan 228: Nasihatilah Saya
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Selawat dan salam atas Saidina Muhammad dan keluarga yang disucikan, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan

Dan lagi ... seluruh cahaya Allah di muka bumiNya, kepada  keturunan ‘Itrah yang sholeh.

Saidi wa Maulai, semoga ibu dan bapa ku menjadi tebusan tuan, saya berharap bahawa Yang Maha Tinggi lagi Maha Kuasa tidak memberatkan tuan membaca dan memberi maklum balas kepada surat ini, tuan lebih utama dari diri saya sendiri, dan saya tidak punyai sesuatu melainkan kerendahan dan penyerahan atas urusan (perintah) tuan. Saya inginkan dari tuan, Saidi, supaya menasihati saya, ibu dan saudara-saudara saya dalam iman yang tingga dengan saya, tuan lebih berpengetahuan daripada kami mengenai keadaan kami dan tuan lebih tahu apa yang lebih baik bagi kami dalam urusan kami.

Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.       
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته              
Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya
.

Dihantar oleh: Yusuf bin Mohammad, Maghribi

Jawapan:
           
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
                                                      
Anda berkata anda tinggal dengan ibu bapa anda dan ini adalah satu nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada anda. Maka saya nasihatkan berbuat baiklah kepada ibu bapa anda dan senangkan hati mereka dalam redha Allah Yang Maha Suci, dan saya memberi nasihat dan mencadangkan dengan kata-kata saya supaya berjuang melawan diri dari dijangkiti musuh-musuh manusia, berjuang melawan diri sendiri dan menolong Tuhan mu, dan menjadikan ia jihad anda dalam kerja-kerja (amalan) yang diredhai Tuhan mu Yang Maha Suci. Ia tidak akan memudharatkan dan memberi manfaat kepada anda dengan kebencian dan keredhaan penciptaan (makhluk) penduduk bumi walaupun mereka berkumpul melainkan iradahNya Yang Maha Suci.


Ahmad Al-Hassan




✡✡✡✡✡

Tiada ulasan:

Catat Ulasan