Halaman

Selasa, 3 Mac 2015

Soalan 144: Soalan Yang Waham (Keliru)


Soalan 144: Soalan Yang Waham (Keliru)

Syurga dicipta dari Nur (cahaya) Al-Hussein (as), dan Imam Hussein (as) berusaha untuk masuk ke syurga, bagaimana masuk keseluruhan (Al-Hussein (as)) ke dalam sebahagian dari (syurganya)?


Jawapan:
           
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Soalan ini tidak betul, kerana tidak bermakna diciptakan syurga dari Nur (cahaya) Al-Hussein (as), maka syurga adalah sebahagian daripada Al-Hussein (as).

Muhammad (S) dicipta dari Nur Allah SWT, jika mengikut cara pemikiran soalan ini, adakah Muhammad (S) sebahagian daripada Allah SWT ?! [287].

Al-Hussein (as) masuk ke dalam Syurga-syurga Jasmani (di (Langit) Pertama) dan Syurga-syurga Al-Mitsaliyah Al-Malakutiyah, Adapun di Alam Nur (langit ketujuh Al-Aqaliyah Al-Kulliyah) Al-Hussein (as) adalah syurga. Lihat Mutasyabihaat: 1, 2, 3.4, dan saya bermohon kepada Allah supaya memberikan kepada kamu gambaran yang lebih jelas lagi.


Al-Syed Ahmad Al-Hassan      
Washiy dan utusan Imam Mahdi (as)



✡✡✡✡✡

______________________________
[287] - Soalan ini adalah hasil daripada kelamahan melihat peraturan benda-benda (Jisim-jisim), dan ketidakpastian fikiran bahawa peraturan sebahagian dan keseluruhan Alam Malak (Alam Jasmani) sendiri adalah sepenuhnya pula di dalam Alam Malakut, Alam Aqal (Al-Kulliyah), Alam Jabarut dan Alam Al-Lahut, yang patut difahamkan; kerana setiap Alam mempunyai peraturannya tersendiri, Alam Malak pula adalah Alam Jisim-jisim kebendaan padat, dan Alam Malakut itu ialah alam mitsal-mitsal halus, sementara Alam Aqal adalah alam cahaya dan hakikat, tanpa jisim-jisim dan mitsal-mitsal, ia hanyalah hakikat-hakikat dan cahaya-cahaya bertindih antara satu sama lain yang seimbang (tidak berat sebelah) antara satu sama lain.
Sebagai contoh, Jibril (as) dalam Alam Malakut tubuhnya sesuai dengan kehalusan Malakut, tetapi jika dia mahu muncul ke alam dunia kebendaan seperti ia datang menyerupai Dahyah Al-Kalbi salah seorang sahabat Rasulollah (S) atau menyerupai seekor burung ... dan sebagainya, apabila kembali ke Malakut kembali kepada jisim Malakut; kerana benda=benda tidak wujud dalam Alam Malakut, kerana setiap Alam mempunyai peraturannya yang tersendiri.
Telah diriwayatkan bahawa Allah menciptakan langit dan bumi dari Nur Mohammad (S), Ali (as) Fatimah, Al-Hassan dan Al-Hussein (as),
Dari Al-Rasul Muhammad (S), baginda bersabda: (... Apabila Allah hendak mencipta ciptaanNya diambil dari Nur ku lalu mencipta darinya Arasy Jadi Arasy itu daripada Nur ku, dan Nur ku daripada Nur Allah, dan Nur ku lebih utama daripada Arasy, kemudian diambil dari Nur saudara ku Ali dicipta daripadanya malaikat Jadi malaikat itu daripada Nur Ali, dan Nur Ali dari Nur Allah, dan lebih utama dari para malaikat, kemudian diambil dari Nur anak perempuan ku, lalu dicipta langit-langit dan bumi darinya, Jadi langit-langit dan bumi daripada Nur anak ku Fatimah, dan Nur anak ku Fatimah daripada Nur Allah, dan anak ku Fatimah lebih utama dari langit-langit dan bumi, kemudian diambil dari Nur anak ku Al-Hassan, lalu dicipta darinya matahari dan bulan, jadi matahari dan bulan daripada Nur anak ku Al-Hassan, Nur Hassan daripada Nur Allah, dan Al-Hassan adalah lebih utama daripada matahari dan bulan, dan kemudian diambil dari Nur anak ku Al-Hussein lalu dicipta darinya Syurga dan Hur Al-‘Ain (bidadari-bidadari bermata jeli), jadi syurga dan Hur Al-‘Ain daripada Nur anak ku Al-Hussein, dan Nur anak ku Al-Hussein dari Nur Allah, dan anak ku Al-Hussein adalah lebih utama daripada Syurga dan Hur Al-‘Ain...) Bihar Al-Anwar:. Jilid 51 halaman 10.
Allah menciptakan langit dan bumi, dari Nur Fatimah (as), oleh itu dalam mempertimbangkan soalan ini tidak mungkin bagi Fatimah (as) untuk masuk ke dalam langit-langit dan bumi, kerana langit-langit dan bumi adalah sebahagian (juzuk) daripada Nur Fatimah (as) !!!
Malah, mereka hidup di atas bumi dan mati dan dikuburkan di dalamnya, maka soalan ibi tidak betul pada asasnya, untuk mengandaikan (memahami) bahawa peraturan alam kebendaan adalah sama dengan peraturan alam-alam yang lebih tinggi.
Bahkan dalam peraturan alam kebendaan mungkin bagi sesuatu juzuk (sebahagian) mengandungi keseluruhan daripada bahagian tertentu, misalnya cermin, kanta mata atau kamera adalah bahagian yang sangat kecil yang tidak boleh diabaikan dari alam ini, tetapi cermin, mata atau kamera boleh terkandung (merakam) alam keseluruhannya dari segi imej, Maka janganlah bertanyakan sesuatu yang menghasilkan waham (kekeliruan) yang tidak bertanggungjawab. (Pengulas).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan