Halaman

Ahad, 1 Mac 2015

Soalan 141: Bacaan dari paraa Imam

Soalan 141: Bacaan dari paraa Imam


Ada sebahagian yang keliru atas bacaan sebenar,

﴿تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم (بِكُلِّ أَمْرٍ)﴾

Pada bacaan (بكُلِّ أَمْرٍ - Bikulli Amrin) sebagai ganti bacaan (من كل أَمْرٍ Min Kulli Amrin) Adakah ia bacaan Imam Mahdi (Semoga Allah menempatkannya di Bumi)?
                    


Jawapan:
           
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
                           
Bacaan yang betul adalah (بِكُلِّ أَمْرٍ - Bikulli Amrin), Ini adalan bacaan Nabi Muhammad (S) dan para Imam selepas baginda (as) Jika pada masa ini masyarakat Islam tidak membantah Qiraat Tujuh (tujuh bacaan) dengan bacaan yang berbeza dalam banyak tempat di dalam Al-Quran yang membawa makna berbeza pula dan dibaca oleh tujuh jenis bacaan yang bukan makshumin, adakah bacaan mereka lebih baik dari bacaan makshumin. Sepatutnya lebih utama bagi masyarakat Islam menerima bacaan yang dibaca oleh para Imam (as) kerana mereka adalah maksumin yang disucikan. Bacaan (بكُلِّ أَمْرٍ - Bikulli Amrin) ini diterima daripada mereka (as). Rujuklah dalam riwayat-riwayat, dan bacalah sebagaimana Muhammad (S) membacanya. Janganlah dibungkus yang sesat dengan yang sesat, Tetapi kebanyakan manusia tidak memikirkannya [283].


Al-Syed Ahmad Al-Hassan      
Washiy dan utusan Imam Mahdi (as)




✡✡✡✡✡
                                                           
______________________________
[283] – Dari Al-Sakuni, dia berkata: Aku mendengar Aba Ja'far (as) berkata: (..... dan tidak datang dari rumah-rumah para imam, rumah-rumah kami, melainkan ia adalah tempat mikraj malaikat pada firman Allah AWJ:
(تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم بكُلِّ أَمْرٍ * سَلَامٌ).
(Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya dengan segala urusan.* kesejahteraan.) Aku berkata?. من كل أمر Beliau berkata بكل أمر, lalu aku berkata? Inikah yang diturunkan? Beliau berkata: Ya!) Madinah Al-Ma3ajas - oleh Al-Syed Hashim Al-Bahrani: Jilid 2:halaman 449, Bihal Al-Anwar: Jilid 52:halaman 97.
Dan Abi Basir, Abi Abdillah (as), beliau berkata, FirmanNya AWJ:
((خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ
"lebih baik daripada seribu bulan" adalah Sultan Bani Umayyah. dan berkata: Satu malam dari Imam yang adil adalah lebih baik daripada seribu bulan pemerintahan Bani Umayyah, dan berkata:
تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم
"turun malaikat dan roh padanya dengan izin Tuhan mereka, iaitu dari sisi Tuhan mereka ke atas Muhammad dan Aali Muhammad (as)
بكُلِّ أَمْرٍ سَلَامٌ
Dengan segala urusan kesejahteraan ) Bihal Al-Anwar: Jilid 52:halaman 96. (Pengulas).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan