Halaman

Rabu, 4 Mac 2015

Apakah Makna Kami Lupakan


Soalan 147: Apakah Makna Kami Lupakan



Dia SWT berfirman:

﴿مَا نَنْسَخْ مِنْ آيَةٍ أَوْ نُنْسِهَا نَأْتِ بِخَيْرٍ مِنْهَا أَوْ مِثْلِهَا أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ﴾

Ayat mana saja yang Kami nasakhkan, atau Kami jadikan (manusia) lupa kepadanya, Kami datangkan yang lebih baik daripadanya atau yang sebanding dengannya. Tidakkah kamu mengetahui bahwa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu? [289],
                          
apakah makna (ننسها - Kami lupakan) dalam ayat di atas? Dan bagaimanakah kelupaannya?

Allah menolong sesiapa yang menolongNya..

Jawapan:
                  
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam.    

Dia SWT berfirman:

﴿سَنُقْرِئُكَ فَلا تَنْسَى * إِلَّا مَا شَاءَ اللَّهُ﴾

Kami akan membacakan (Al Quran) kepadamu (Muhammad) maka kamu tidak akan lupa, * kecuali kalau Allah menghendaki. [290]

Iaitu: kecuali kalau Allah menghendaki akan menjadikan kamu lupa, iaitu di Alam Jasmani ini. Dan ayat-ayat yang belum dibacakan Al-Rasul (S) di Alam Jasmani ini kepada manusia telah memberi kesan dalam meningkatkan diri Al-Rasul (S) dan mengembalikan baginda kepada Al-Haqiqah, dan dengan itu Al-Rasul (S) akan menerima ayat-ayat yang baik bagi orang yang beriman bagi mereka yang menolong Allah yang akan menolongnya, ayat-ayat ini adalah pilihan satu langkah ke hadapan ke arah pertolongan Ilahi, ia adalah seperti ayat-ayat (yang sepertinya) dari arah (segi) hidayah, tetapi lebih dekat kepada memenangkan urusan Allah dan pertolongan kepada agama Allah (yang baik darinya).

Serta semua imam adalah tanda bagi Muhammad (S), kerana imam yang datang adalah imam -imam yang menerima arahan hidayah, yang baik untuk kamu (baik darinya); kerana ia adalah satu langkah ke hadapan ke arah kelapangan (Al-Faraj) dan pertolongan agama Allah dan memenangkan agama yang benar atas segala agama [291].

                         
Al-Syed Ahmad Al-Hassan      
Washiy dan utusan Imam Mahdi (as)



✡✡✡✡✡

______________________________
[289] – Al-Baqarah 2:106.
[290] – Al-A3la 87:6-7.
[291] - Dari Syahwiyah bin Abdullah Al-Jilab, dia berkata, telah ditulis kepada Abu Al-Hassan di dalam surat: (Aku mahu bertanya tentang yang terkemudian selepas Abi Jaafar dan aku bimbang perkara ini tidak menyedihkan kamu, Bahawa Allah AWJ tidak menyesatkan sesuatu kaum selepas diberi hidayah sehingga jelas kepada mereka apa yang mereka takutkan, dan sahabat kamu selepasku Abu Muhammad anakku dan dia mempunyai apa yang kamu perlukan, mendahulukan apa yang dikehendaki Allah dan melewatkan apa yang dikehendaki Allah,
(مَا نَنسَخْ مِنْ آيَةٍ أَوْ نُنسِهَا نَأْتِ بِخَيْرٍ مِّنْهَا أَوْ مِثْلِهَا)
(Ayat mana saja yang Kami nasakhkan, atau Kami jadikan (manusia) lupa kepadanya, Kami datangkan yang lebih baik daripadanya atau yang sebanding dengannya.) Al-Kafi: Jilid 1:halaman 328.
Dia AWJ berfirman::
(مَا نَنسَخْ مِنْ آيَةٍ أَوْ نُنسِهَا نَأْتِ بِخَيْرٍ مِّنْهَا أَوْ مِثْلِهَا أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ اللّهَ عَلَىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ * أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ اللّهَ لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللّهِ مِن وَلِيٍّ وَلاَ نَصِيرٍ)
(Ayat mana saja yang Kami nasakhkan, atau Kami jadikan (manusia) lupa kepadanya, Kami datangkan yang lebih baik daripadanya atau yang sebanding dengannya. Tidakkah kamu mengetahui bahwa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu? * Tiadakah kamu mengetahui bahwa kerajaan langit dan bumi adalah kepunyaan Allah? Dan tiada bagimu selain Allah seorang pelindung maupun seorang penolong.),
Imam (as) berkata: Muhammad bin Ali bin Musa Al-Redha (as) berkata: (Ayat mana saja yang Kami nasakhkan dengan mengangkat atau melupakan hukumannya dengan mengangkat tulisannya - telah diikuti - dan dipeliharanya dari hati dan hati kamu, Wahai Muhammad seperti firmanNya:
(سَنُقْرِؤُكَ فَلَا تَنسَى * إِلَّا مَا شَاء اللَّهُ)
(Kami akan membacakan (Al Quran) kepadamu maka kamu tidak akan lupa, * kecuali kalau Allah menghendaki)
Jika Dia melupakan kamu dikeluarkan dari hati kamu sebutannya dijauhkan dengan yang lebih baik darinya, Maksudnya lebih baik bagi kamu, yang kedua ini lebih besar pahalanya bagi kamu dan untuk memperbaiki dari ayat pertama digantikan atau yang sepertinya iaitu yang sepertinya dalam mengislah (memperbaiki) kamu, kerana tidak akan diganti dan tidak akan diubah, melainkan untuk tujuan kita memperbaiki kamu) Bihar Al-Anwar: Jilid 4:halaman 104.
Kata Mohammed bin Ali Al-Baqir (dan dengan apa yang Allah kadarkan pada nasakh dan diturunkan untuk mengislah kamu dan memberi manafaat kepada kamu supaya kamu beriman dan disediakan kepada kamu ganjaran apabila kamu membenarkannya, Dia melakukan apa yang dia kehendaki, apa yang mengislah dan baik kepada kamu, dan kemudian berkata: Adakah kamu tidak mengetahui, wahai Muhammad, bahawa Allah kepunyaanNya langit-langit dan bumi, Dia memiliki kedua-duanya dengan kudratNya menjalankannya di bawah kehendak-Nya tidak akan mendahului yang kemudian serta tidak terkebelakang apabila kehadapan, dan kemudian Allah Taala berfirman: Tidakkah kamu wahai orang-orang Yahudi, orang-orang yang mendustakan dan orang yang tidak beriman dengan Muhammad (S) menggantikan syari’at dengan yang lain dari Allah dan menyamakan dengan Allah Taala dari mengikuti Waliy pengislah kamu, jika tuhan kamu yang tidak menunjukkan kepada kamu untuk perbaikan (pengislahan), dan tidak penolong yang menolong kamu selain dari Allah yang dapat menghalang azab siksaanNya) Bihar Al-Anwar: Jilid 4:halaman 104. (pengulas).



Tiada ulasan:

Catat Ulasan