Halaman

Selasa, 24 Mac 2015

20 03 2015

20 03 2015
KHUTBAH PERTAMA
                                                                                                 
 بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ * الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ * وَالْحَمْدُ لِلَّـهِ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُون ،  
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
أشهد ان لا إله إلا الله و حده لا شريك له، و أشهد أن محمدا عبده ورسله ، و أشهد ان عليا و الأئمة من ولده حجج الله ، و أشهد أن المهدي و المهديين من ولده حجج الله،
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ، 
       
Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.

Wahai ansar Allah,
Wahai ansar Imam Mahdi     
Wahai ansar Imam Mahdi Pertama sekelian


Dan alam dunia (alam Jasmani) yang mengelilingi tubuh manusia dibahagi kepada:

·         benda-benda mati  
·         tumbuh-tumbuhan,
·         haiwan dan
·         manusia lain.

Dan hubungan manusia dengan dunia sama ada sesuai atau tidak sesuai. kerana didapati manusia - sebagai contoh - suka memiliki tanah, emas, perak, ladang-ladang, haiwan-haiwan, dan suka memenuhi keinginan syahwatnya dengan jantina berlawanan. Allah SWT berfirman


اعود بالله من الشيطان الرجيم
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

﴿زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآبِ﴾

{Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).} [6 Aali Imran 3:14]


Dan manusia membenci didedahkan kepada kerosakan, seperti tewas di medan perang, akibat yang mungkin dilalui dari Jihad. Allah SWT berfirman


{Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.} {7 Al-Baqarah 2:216}


Dunia ini dibandingkan dengan akhirat adalah berlawanan (dharrah), kedua-duanya tidak akan pernah bersatu (berhimpun) di dalam hati seorang manusia selamanya. Kerana kedua-duanya berada dalam dua arah yang berlawanan, jika seseorang berpaling kepada salah dari keduanya, ia telah membelakangkan pada yang satu lagi, dan tidak mungkin bagi seseorang boleh menyatukan (menghimpun) dunia dan akhirat pada matanya (pandangan) atau hatinya. Yang Maha Kuasa berfirman:


{Barang siapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barang siapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagianpun di akhirat.} [9 Al-Shuraa 42:20]

Dan Yang Maha Kuasa berfirman:

{ Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang kami kehendaki bagi orang yang kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka jahannam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir. * Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik.} [10 Al-Israa 17:18 & 19]


Dan dari gabungan jisim-jisim (alam dunia) ini yang mengelilingi manusia dan Nafs (diri) manusia - khususnya di celah-celah kelemahan yang terdapat dalam dirinya - menjadi senjata syaitan (laknahu Allah).
                                                                    
Ia adalah asas wabak penyakit dan rumah penyakit, oleh karena itu, jika tidak terdapat lubang (celahan/kelemahan) di dalamnya yang sesuai keinginan hawa nafsu dunia ini, dan tidak terdapat di dalamnya penyakit hati iaitu keakuan (Al-Ana - Ego), maka Syaitan tidak akan mempunyai jalan atas manusia [untuk merayunya], oleh itu, melalui kesihatannya anak Adam akan hidup sihat, dan dengan penyakitnya dia sakit dan melalui sakitnya dia mati.

Dan Syaitan (laknahu Allah), akan menggunakan apa yang ada di dalamnya, iaitu keakuan (Al-Ana - Ego), untuk menusuknya, maka senjata syaitan datang dari diri manusia itu dan tikaman berlaku di dalamnya. Atau Syaitan (laknahu Allah) akan menggunakan apa yang ada di dunia ini untuk menusuk Diri di lubang (di celah- celah kelemahan)-nya.

Sekarang kita tahu senjata syaitan dan susunannya dari apa yang digunakan pada diri manusia dan persekitarannya. Dan dengannya kita mengetahui pengertian Jihad diri adalah jihad Al-Akbar (besar). Oleh kerana pertahanan (benteng) Diri dalam peperangan ini akan menolong mengalahkan syaitan, dan menghancurkan senjatanya.

Bagi menerangkan mengenai senjata-senjata dari Kegelapan, Al-Jahil dan Syaitan, Riwayat dari Aali Muhammad (as), menerangkan tentera Jahil dan tentera Akal (bijak), untuk dikurniakan kepada orang mukmin dengan tentera 3aqal selepas membuang tentera Jahil sehingga 3aqalnya menjadi sempurna, dan dilindungi (dibentengi) oleh Allah dari senjata-senjata syaitan.

Diriwayatkan dari Al-Syeikh Al-Kulaini di dalam (Al-Kafi) dari sebahagian sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin Hadid, dari Sama3ah bin Mihran bahwa ia berkata:

" Aku di sisi Abi 'Abdallah (as) bersama pengikutnya ketika berlaku perbincangan mengenai 3aqal dan Jahil telah mula di antara mereka. Kemudian Abu Abdillah berkata," Kenalilah 3aqal dan tenteranya, dan kenalilah jahil dan tenteranya, supaya Kamu mendapat petunjuk (hidayah)."

Maka Sama3ah berkata, Aku berkata, "Semoga jiwaku menjadi tebusan tuan, kami hanya kenl apa yang tuan kenalkan kepada kami"

Abu Abdillah (as) berkata, "Allah AWJ menciptakan 3aqal dan ia adalah penciptaan pertama dari ruh-ruh (Al-Ruhaniyin) di sebelah kanan Arasy daripada cahayaNya. Dia (SWT) berfirman kepadanya, "Berjalanlah," lalu ia berjalan, dan Dia kemudian memanggilnya, "Marilah kemari," maka ia datang, lalu Allah Tabaraka Wa Taala berkata, "Aku telah menciptakan kamu dengan penciptaan yang agung, dan Aku memuliakan kamu atas segala ciptaan-Ku.

Katanya (as) lagi "Kemudian diciptakan Jahil, dari kegelapan Laut Masin. Dia (SWT) berfirman kepadanya, "Berjalanlah," lalu ia berjalan, dan Dia kemudian memanggilnya, "Marilah kemari," tetapi dia tidak datang. Dia SWT berfirman kepadanya, "Kamu menyombongkan diri" Lalu ia laknat (dikutuk). Kemudian dicipta untuk 3aqal tujuh puluh lima tentera, maka apabila Jahil melihat apa yang telah dimuliakan oleh Allah kepada 3aqal dan apa yang telah diberikan itu, Jahil menyembunyikan permusuhannya dan berkata, "Ya Tuhan, ia adalah ciptaan seperti ku, Engkau menciptakannya, memuliakannya dan memperkuatnya, dan aku bertentangan dengannya, dan aku tidak mempunyai kekuatan dengannya, kurniakanlah aku tentera seperti Engkau telah kurniakan padanya, maka Dia SWT berkata, "Ya. maka, jika kamu ingkar selepas ini, Aku akan mengusir kamu dan tentera kamu dari rahmat-Ku. "Ia [jahil] berkata, "Aku ridha." Maka Dia telah dikurniakan kepadanya tujuh puluh lima tentera.

Maka diberikan kepada 3aqal dengan lebih tujuh puluh lima tentera untuk menentang tentera Jahil, sebagai contoh

1 Kebaikan ia merupakan Menteri 3aqal, menentang kejahatan dan ia adalah Menteri Jahil
2 Iman menentang Kufr (kafir)
3 Menganut lawan Keengganan
4 Harapan menentang berputus asa
5 Keadilan lawan Kezaliman .... dan seterusnya


اللّهُمّ أَهْلَ الْكِبْرِيَاءِ وَالْعَظَمَةِ، وَأَهْلَ الْجُودِ وَالْجَبَرُوتِ، وَأَهْلَ الْعَفْوِ وَالرّحْمَةِ، وَأَهْلَ التّقْوَى وَالْمَغْفِرَةِ،:  وَلِمُحَمّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِه ذُخْراً وَ شَرِفاً كَرامَةً وَمَزِيداً * أَنْ تُصَلّيَ عَلَى مُحَمّدٍ وَآلِ مُحَمّدٍ كَأَفْضَلِ ما صَلَّيْتَ عَلَى عَبْدٍ مِنْ عِبَادِكْ وَ صَلِّ عَلَى مَلَائِكَتِكَ وَ رَسُلِكَ
وَ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ اَلاَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالاَمْواتِ* اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ مِنْ خِيْرٍ مَا سَألَكَ عِبَادُكَ المُرْسَلُونَ * وَ أَعُوذَ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا عَاذٍ بِهِ عِبَادِكَ المُرْسَلُونَ).

اعود بالله من الشيطان الرجيم
                                                         بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ ﴿١ مَلِكِ النَّاسِ ﴿٢ إِلَـٰهِ النَّاسِ ﴿٣مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ ﴿٤ الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ﴿٥ مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ ﴿٦

KHUTBAH KEDUA

بِسْمِ اللهِ الرَّحَمٰنِ الرَّحِيْمِ. اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ لآَ اِلٰهَ اِلاَّ هُوَ الْوَاحِدُ الصَّمَدُ الَّذِيْ لَمْ يَتَّخِذْ صَاحِبَةً وَّلاَ وَلَدًا*  وَّ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَ رَسُوْلُهُ الْمُجْتَبٰي وَ اَنَّ عَلِيًّا اَمِيْرُ الْمُؤْمِنِيْنَ وَ سَيِّدُ الْوَصِيِّيْنَ وَ اَنَّ ذُرِّيَّتَهُ الْمَعْصُوْمِيْنَ اَئِمَّتُنَا *  اُوْصِيْكُمْ عِبَادَ اللهِ بِتَقْوَي اللهِ  *
وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Wahai hamba Allah, saya menasihati saudara semua supaya bertakwa kepada Allah serta saya berpesan kepada saudara semua untuk taat kepada -Nya. Saya menyeru saudara semua (dan diri saya) supaya melakukan perbuatan-perbuatan baik sebelum hari yang tidak dapat dielakkan datang, sebelum kematian meragut kita; tidak mungkin untuk kita melarikan diri dari kematian itu.

Wahai ansar Allah,
Wahai ansar Imam Mahdi    
Wahai ansar Imam Mahdi Pertama sekelian

Ada orang bertanya mengenai sifat Mahdi Pertama iaitu Imam Ahmad Al-Yamani (as). Soalannya berbunyi:

Khataman Al-Nubuwah (Mohor Kenabian), dan Mahdi Pertama adalah yang pertama daripada 313, dan dia dari Basrah, dan dia mempunyai tanda di pipi kanannya, dan dia mempunyai kelemumur di kepalanya, dan tubuhnya seperti susuk tubuh Musa bin Imran (as), dan di belakangnya ada Mohor Kenabian, dan dia terdapat di dalam wasiat Rasulullah (S), dan dia adalah yang paling berilmu di kalangan penciptaan, selepas Imam-imam, tentang Al-Quran dan Taurat dan Injil, dan pada awal kemunculannya beliau adalah seorang pemuda, Rasulullah (S) bersabda: ".... kemudian beliau menyebut seorang pemuda dan bersabda, jadi jika kamu melihatnya berbaiah kepadanya kerana dia adalah Khalifah Al-Mahdi "

Adakah terdapat mohor jelas di belakang Al-Yamani (as) yang boleh dilihat dengan mata dan padanya ada wasiat seperti yang telah disampaikan dalam riwayat ini? Bagaimana pula dengan sifat-sifat yang lain seperti kelemumur di kepala, adakah jelas boleh dilihat?


Jawapan Imam Ahmad (as).:
بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

Bagi Mohor Kenabian, ia ada di belakang (badan) setiap washiy dari Aushiak Muhammad (S) dari Imam-imam dan Mahdi-mahdi (as), dan ia adalah Mohor Rasulullah Muhammad (S). Adapun adakah ia zahir (jelas) pada zahir penciptaan (pada badan) atau tidak?. Tetapi, ia mungkin dizahirkan Allah (menjadikannya jelas) bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan dijadikannya jelas supaya ia boleh dilihat. Selain itu, ia mungkin diperlihatkan oleh Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya sama seperti rukya (semasa tidur) atau Kasyaf (semasa jaga).

Bagi tanda dan kelemumur dan persamaan bentuk tubuh Musa (as), maka ini adalah jelas dan boleh dilihat dengan mata. Begitu juga, terdapat tanda-tanda lain, dan ia adalah tanda-tanda, sebahagiannya sentiasa boleh dilihat dengan mata dan kekal, tetapi keadaannya berubah, kerana mungkin peredaran darah boleh mempengaruhinya kadang-kadang untuk menunjukkan satu peristiwa yang berlaku pada masa lalu, dan sebahagiannya tidak dapat dilihat dengan mata tetapi Allah tunjukkan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya

Bagi Mohor Kenabian, diharapkan saudara tahu bahawa Allah mungkin boleh membuat suatu tanda jelas yang boleh dilihat dengan mata di belakang Al-Makshum sebagai petunjuk Mohor Kenabian, tetapi ia bukanlah Mohor Kenabian yang sebenar, sebaliknya, ia hanyalah menjadi petunjuk (isyarat) padanya; kerana Mohor Kenabian bukanlah pada jasad benda yang fana (binasa), tetapi, ia adalah dalam ruh, dan darinya memancarkan sinar cahaya ke langit-langit dari ia dilihat oleh malaikat dan hamba-hamba Allah yang shalih yang dikehendaki Allah untuk mendedahkan (kasyaf) hijab dari penglihatan mereka supaya mereka boleh melihat tanda-tanda kekuasaan-Nya, Yang Maha Suci Allah lagi Maha Tinggi.
        
 اِنَّ اللهَ وَ مَلٰئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَي النَّبِيِّ يَآَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَ سَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا،* اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰي مُحَمَّدٍ سَيِّدِ الْمُرْسَلِيْنَ  *وَ عَلٰي عَلِيٍّ اَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ وَ عَلٰي فَاطِمَتَ الزَّهْرَآءِ بِنْتِ مُحَمَّدٍ*  وَّ عَلَي الْحَسَنِ الْمَقْتُوْلِ بِسَمِّ الْجَفَا  *وَ الْحُسَيْنِ الشَّهِيْدِ بِكَرْبَلاَ * وَ عَلِيِّ بْنِ الْحُسَيْنِ ذِي الْمِحَنِ وَ الْعَنَآءِ  *وَ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ جَعْفَرِ بْنِ مُحَمَّدٍ  *وَّ مُوْسَي بْنِ جَعْفَرِ  *وَ عَلِيِّ بْنِ مُوْسٰي  *وَ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ عَلِيِّ بْنِ مُحَمَّدٍ  *وَ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ الْحُجَّةِ الْقَآئِمِ بِالْحَقِّ الْمُنْتَظَرِ الْمَهْدِيِّ ، الَّذِيْ بِبَقَآئِهِ بَقَيْتِ الدُّنْيَا وَ بِيُمْنِهِ رُزِقَ الْوَرٰي،* وَ عَلٰي اَحْمَدٍ الْحَسَنِ اليَمانِي* وَصِيَّ وَ الرَّسُولَ الإمامَ الْمَهْدِيُّ  *مَكَّنَ اللهُ لَهُ فِيْ الأرْضِ،* اللّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ، رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا،* رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا ۖ إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

اللّهُمَّ أَعِزَّ الاسلامَ والمسلمين اللهم انْصُرِ الإسلامَ وَالمسلمين ، اللّهُمَّ انْصُرْ اِخْوانَناَ مِنْ أنصارُ الإمامَ الْمَهْدِيُّ المُسْتَضْعَفِينَ وَالمَظْلُومِينَ، اللّهُمَّ انْصُرْ اِخْوانَناَ مِنْ أنصارُ الإمامَ الْمَهْدِيُّ في ماليزيا وسنغافورة وفي تايلاند وفي مصر وفي سوريا في ايران وفي العراق في كُلِّ مَكانَ وَفي كُلِّ زَمانَ ، اللّهُمَّ انْصُرْهُمْ على عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ ، وَأَهْلِكِ الكفرةَ والكافرين والشركَ والمشركين والنفاقَ والمنافقين والظُلْمَ والظالمين وَدَمِّرْ أَعْداءَكَ أَعْدَاءَ الدِين مِنَ العلماء غير العاملين والمستعمِرِين والمستكبرين ، يا رب العالمين
                                           
اِنَّ اللهَ يَأْمُرُكُمْ بِالْعَدْلِ وَ الْاِحْسَانِ وَ اِيْتَآءِ ذِي الْقُرْبٰي وَ يَنْهٰي عَنِ الْفَحْشَآءِ وَ الْمُنْكَرِ وَ الْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكُرُوْنَ.


اعود بالله من الشيطان الرجيم
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّـهِ وَالْفَتْحُ ﴿١ وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّـهِ أَفْوَاجًا ﴿٢ 
فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا﴿٣






Tiada ulasan:

Catat Ulasan