Halaman

Rabu, 25 Februari 2015

Soalan 258: Fiqh Wudhuk dan Shalat


Soalan 258: Fiqh Wudhuk dan Shalat
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang,

Tuan yang mulia –dengan segala hormat ..
Saya mempunyai soalan untuk mencari jawapannya:

Soalan pertama: Apakah tertib wajib wuduk? Atau yang mana patut didahulukan dan dikemudiankan atau antara basuh dan sapu?

Soalan kedua: Allah berfirman:

﴿... إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلاةِ فاغْسِلُواْ وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُواْ بِرُؤُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَينِ﴾

... apabila kamu hendak mengerjakan shalat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan kakimu sampai dengan kedua buku lali,  [94],


Kaki di sini termasuk celah-celah (jari), dan yang terdapat lekuk-lekuk pada permukaan dan jari-jari, maka saya faham bahawa ia perlu dibersihkan. Adapun menyapu hanya untuk kepala sahaja. melainkan, saya mempunyai kekeliruan lain, iaitu boleh bertujuan untuk menyapu kepala kamu (hujung kepala kamu) dan kaki kamu, iaitu sapulah hujung kepala kamu kaki kamu (wau yang didatangkan di sini untuk penguat,  misalnya Wa Iiyaka – Wa Iiyana dan WaIiyakum, dan lain-lain), jadi apakah hukum menyapu kepala?

Soalan ketiga: Apakah hukum menjamakkan (himpun) solat? Jika ia dibolehkan untuk melaksanakan segala solat pada waktunya, maka yang mana diutamakan, pada waktunya atau jamak lebih utama?

Soalan Keempat: Apakah hukum sujud pada turbah (tanah)? Adakah ia wajib? Saya sujud pada (sejadah) permaidani yang diperbuat daripada tikar (jerami) dan tidak pada turbah (tanah) dan pada saya ada tujuh anggota sujud di atas tikar, yang tidak boleh dimakan atau dipakai. Apakah hukumnya pada kamu, apakah solat tidak sah? Yang tidak pada turbah (tanah)?

Soalan Kelima: Saya ingin menyoal tentang perbezaan masyarakat Islam pada Rukya Syariah pada anak bulan  (Al-Hilal). Mana yang kita hendak ikut? Adakah wajib setiap Muslim melihat anak bulan dengan matanya sendiri dengan yakin?

Soalan Enam: Allah berfirman:

﴿أَتِمُّواْ الصِّيَامَ إِلَى الَّليْلِ﴾

sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam [95]
,
Apakah yang dimaksudkan dengan waktu ini? Adakah kemunculan bintang yang pertama di langit sebagai sempadan masuknya malam barulah berbuka puasa?

Soalan ketujuh: Allah berfirman:

                                          ﴿حَافِظُواْ عَلَى الصَّلَوَاتِ والصَّلاَةِ الْوُسْطَى﴾                                         

Peliharalah semua shalat(mu), dan (peliharalah) Shalat Wusthaa.  [96],

Apakah dia Shalat Wusthaa?

Soalan Kelapan: Zakat dan Khumus (Satu perlima): Sebutan Zakat dalam Al-Quran disertai dengan perkataan Shalat, manakala Khumus disebut hanya sekali. Apakah wajib bagi Muslim membayar Zakat semua hartanya setiap tahun atau Khumus dibatalkan dari dikenaikan? Atau kedua-duanya?

Saya pada setiap bulan Ramadan telah mengira harta dan perhiasan saya dan membayar zakatnya pada yang teratas asnabnya dan memastikan kewajaran asnab pada setiap tahun. Dan memastikan untuk dibayar kepada umat Islam yang berhak (Syiah atau Sunni) Adakah ini satu kesilapan?

Saya meminta anda untuk menjawab soalan-soalan ini, dan sehingga bertemu lagi dalam satu lagi kumpulan soalan semoga Allah membalas jasa tuan.

Dihantar oleh: Fida Hussain Ahmed

Jawapan:
           
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.

Jawapan soalan 1:

Yang pertama: Tertib wajib dalam wuduk, dimulakan dengan mencuci muka, kemudian dahulukan tangan kanan dari tangan kiri, dan Ketiga menyapu kepala, dan akhirnya kedua-dua kaki. Jika silap, ambil wuduk semula - samada dengan sengaja atau dengan tidak sengaja – jika air wuduk telah kering, Jika masih basah sambung semula pada yang silap mengikut tertib.

Yang Kedua: wajib berterusan, iaitu tidak menghubungkan antara basuh dan sapu dengan berselang melakukannya satu demi satu sebagai satu kerja iaitu berwuduk, maka apabila membasuh muka, diikuti dengan membasuh kedua-dua tangan dan kemudian diikuti dengan menyapu kepalanya dan kemudian diikuti dengan menyapu kedua-dua kakinya tanpa berhenti atau cuai.

Yang ketiga: Yang tardhu dalam basuhan sekali, dua kali sunat, dan yang ketiga bid’ah, dan tidak ada ulangan dalam menyapu.

Keempat: memperbaiki basuhan yang dipanggil cara membersih, misalnya lemak. dan terdapat cincin di jari atau tali, air sampai pada semua yang ada di bawahnya. Jika ia longgar, disyorkan (mustahab) menanggalkannya.

Jawapan soalan 2: Jika, mengikut kaedah-kaedah Bahasa Arab manusia meletakkan pada kecenderungan yang paling dekat adalah benar (sahih), maka bacaan berbaris bawah (kasrah) yang betul dan bukan berbaris atas (fathah), tetapi jika memilih baris atas, hendaklah dibaca bersama-sama dengan menukar (kepala kamu) yang dengan penukaran itu memberi kesan kesalahan

Jawapan soalan 3: Dari gelincir rembang matahari (zawal) hingga matahari terbenam untuk waktu Dzohor dan ‘Ashar. Dikhususkan waktu Dzohor diawalkan perlaksanaannya, dan waktu ‘Ashar pula pada akhirnya (selepasnya), dan di antara dua waktu itu dikongsi bersama. Dan juga apabila matahari telah tenggelam masuklah waktu Maghrib, dan Dikhususkan waktu diawalkan untuk mendirikannya dengan kadar tiga rakaat, kemudian dikongsi bersama bersama dengan Shalat ‘Isyak sehinggan pertengahan malam dan sebagai pilihan hingga terbit fajar bagi yang bermasalah. Dikhususkan waktu ‘Isyak dengan kadar empat rakaat. Dan di antara terbit fajar kedua – sinar cahaya di kaki langit – hingga terbit matahari, adalah waktu bagi Shalat Subuh.

Dan mengetahui Zawal (gelincir rembang matahari): apabila wujud sedikit bayang,

Tenggelam Matahari: hilang bulatan, hilangnya pandangan warna merah dari Timur lebih baik untuk memastikan lagi hilangnya bulatan matahari, dan sebaik-baik amalan shalat adalah pada awal waktunya, dan Shalat ‘Isyak adalah lebih afdhal ditangguhkan sehingga hilangnya mega (warna) merah senja Maghrib, dan Shalat ‘Ashar satu jam atau dua jam dari gelincir (zawal) matahari, kerana panjangnya hari dan dari melalaikannya.

Waktu Nawafil (Shalat-shalat Nafilah) setiap hari:

Untuk Dzohor: dari Zawal-hingga lepas setengah jam.

Untuk ‘Ashar: satu jam setengah atau dua jam setengah, mengikut panjang hari, maka terkeluar waktunya dan telah terpakai untuk Nafilah walaupun dengan satu rakaat, jika disuntukkan dengan yang fardhu ia diringankan.. Dan jika belum shalat lagi, pada awal dengan shalat fardhu. kemudian datang dengan shalat Nafilah. Tidak boleh didahulukan (shalat Nafilah) sebelum Zawal melainkan pada hari Jumaat. Dan ditambahkan Nafilah-nya empat rakaat, dua daripadanya untuk Zawal.
.
Nafilah Maghrib: Selepas hilangnya merah senja (Maghrib) iaitu sekadar mendirikan shalat fardhu. Jika sampai waktunya itu tidak boleh dirikan Nafilah sepanjang tempoh itu, dimulakan dengan shalat fardhu.

Dua rakaat sambil duduk selepas Shalat ‘3isyaa’. Dan memanjangkan waktunya di sepanjang waktu shalat fardhu dan sepatutnya membuat kedua-duanya untuk nawafil terakhirnya (penutup)..

Shalat Malam: Selepas tengah malam. dan lebih afdhal hampir ke terbit fajar. Tidak boleh didirikan sebelum tengah malam, melainkan untuk musafir yang menghalang kepentingannya, atau kemudaannya menghalang kepalanya dari lembap (memberatkannya), dan masa yang terbaik mendirikannya adalah di penghujung sebelum terbit fajar kedua. Apabila terbit (fajar) tidak terpakai lagi sekadar empat (rakaat), dimulakan dengan dua rakaat (nafilah) Subuh sebelum shalat fardhu sehingga terbit mega (cahaya) kemerah-merahan di sebelah timur, dilaksanakan shalat fardhu. Jika telah terpakai sekadar empat (rakaat), sempurnakan dengan ringan walaupun telah terbit fajar. Dan waktu dua rakaat (nafilah) Fajr (Subuh) selepas terbit fajar pertama. Dan dibolehkan shalat sebelumnya. Masanya lebih afdhal selepasnya disepanjang masa itu sehingga terbit mega (cahaya) merah, dan kemudian akan menjadi shalat fardu lebih utama.



Adalah dibolehkan mengqadhakan (ganti) lima Shalat Fardu di sepanjang masa, tetapi jangan menyempitkan Shalat Fardu semasa, dan juga shalat-shalat fardhu yang lain, dan dirikan shalat Nawafil (qadha) sebelum masuk waktu shalat fardhu, demikianlah yang ditetapkan.

Jawapan soalan 4: Tidaklah menjadi syarat sah shalat dengan bersujud pada tanah atau tanah sempena Al-Hussein (Turbah Al-Husseiniyah) secara khusus.

Tidak dibolehkan sujud selain pada tanah, seperti kulit, bulu, rambut dan kain. Juga tidak dibolehkan sujud pada sesuatu yang berasal dari tanah jika ia galian, seperti garam dan batu akik, emas, perak dan arang kecuali terdesak (dharurat). Juga tidak dibolehkan sujud pada apa yang tumbuh dari bumi, jika boleh dimakan seperti roti, buah-buahan, atau pakaian seperti kapas dan linen. Juga tidak dibolehkan sujud pada lumpur (kotoran). Maka jika terpaksa, dibolehkan sujud pada kertas, dan makruh pada kertas yang ada tulisan, dan jangan sujud pada sesuatu dari tubuh badan. Maka jika yang menghalangnya adalah panas untuk sujud di atas tanah sujudlah pada pakaiannya, tetapi jika tidak boleh sujudlah pada tapak tangannya. Dan yang telah dinyatakan, tetapi adalah dalam kedudukan yang istimewa daripada bahagian depan, bukan pada tempat lain masjid. Dan mengambil kira: tentang milikan, atau yang diberi izin, dan yang bebas dari najis. Jika najis dalam kedudukan adalah terhad, seperti rumah dan yang serupa dangannya, dan tidak tahu tentang kedudukan najisnya jangan sujud pada mana-mana bahagian daripadanya. Boleh sujud pada kedudukan pelepasan untuk menghindari kesusahan.

Jawapan soalan 5: melihat anak bulan difardhukan mengikut Imam Al-Haq untuk menyatukan manusia pada hari yang satu.

Jawapan soalan 6: Dibolehkan berbuka apabila masuk waktu Shalat Maghrib.

Jawapan soalan 7: Shalat Al-Wusthaa adalad Shalat hari Jumaat dan wilayah yang beredar pada Al-Falak, iaitu Al-Imamah dan Al-Hidayah.

Jawapan soalan 8: Bagi Zakat dan Khumus serta ibadah yang lain telah diperincikan dalam Kitab Syarai3 Al-Islam (Hukum Syara3 Islam). Zakat sumbernya berbeza daripada Khumus juga boleh di baca di sana. Saya ingin terangkan lebih lanjut soalan saudara.
.

Ahmad Al-Hassan



✡✡✡✡✡
                                                           
______________________________
[94] – Al-Maidah 5:6.
[95] – Al-Baqarah 2:187.
[96] - Al-Baqarah 2:238.
[97] - yang merujuk kepada orang muda yang menghalangnya daripada berdiri menghidupkan malam sangat berat panggilan tidur mendahului shalatnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan