Halaman

Rabu, 4 Februari 2015

Soalan 219: Kafarah Termakan Yang Haram.dan Keperluan Berhujjah




Soalan 219: Kafarah Termakan Yang Haram.dan Keperluan Berhujjah
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
بسم الله الواحد القهار
Dengan nama Allah, Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.

Salam atas Saidi, Maulai, Washiy dan Utusan Imam Mahdi. Semoga selawat Tuhanku  atasnya.

Tuan, Wahai anak Rasulullah (S): Tuan, di sini, saya tuliskan beberapa soalan yang berlegar dalam fikiran saya dari Allah dan merayu kepada tuan untuk menjawabnya, jika boleh, kerana tuan lebih tahu untuk mengislah kemi dari diri kami sendiri.

1. Firman Allah (AWJ) dalam Kitab yang mulia:

﴿وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا رَبَّنَا أَرِنَا الَّذَيْنِ أَضَلَّانَا مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ نَجْعَلْهُمَا تَحْتَ أَقْدَامِنَا لِيَكُونَا مِنَ الْأَسْفَلِينَ﴾

Dan orang-orang kafir berkata: "Ya Tuhan kami perlihatkanlah kepada kami dua jenis orang yang telah menyesatkan kami (iaitu) sebahagian dari jinn dan manusia agar kami letakkan keduanya di bawah telapak kaki kami supaya kedua jenis itu menjadi orang-orang yang hina".[15].

Jika tuan ingin, Ya Maulai memberitahu saya mengenai kedua-dua yang mereka minta kerana setiap kali saya membaca ayat ini saya merasakan mereka adalah yang pertama dan kedua.

2. Tuan, Wahai anak Rasulullah (S) pada suatu hari saya telah makan daging tanpa menentukan halal haramnya, dan walaupun saya tidak tahu yang ia halal atau haram saya telah memakannya, besar kemungkinannya saya telah makan yang haram, saya bermohon kepada tuan, Ya Maulai pertamanya tuan mintakan pengampunan untuk saya, kemudian saya ingin tahu kafarah dosa ini.

3. Orang-orang Sunni mendakwa bahawa Umm Kulthum (as) telah berkahwin dengan Khalifah Kedua, dan kami yakin bahawa ia adalah satu pembohongan. Bahawa telah diriwayatkan bahawa Umar bin Uzhainah berkata: Dikatakan kepada Abi Abdillah (as): Bahawa orang-orang menghujjah kepada kami dengan mengatakan bahawa Amir Al-Mukminin (as) mengahwinkan Si-Fulan dengan anak perempuannya Ummu Kultsum, dan dia duduk bersandar dan berkata: (Siapa yang berkata begitu? bahawa sesetengah orang mendakwa bahawa tiadalah mereka mendapat petunjuk ke jalan yang benar, Subhana Allah apa yang dinisbahkan kepada Amirul Mukminin (as)? Yang menukar antara dia dan dan anaknya keselamatkannya? Bohong! Tidak berlaku apa yang mereka katakan ..? .) [16], ... maka merela menimbulkan syak wasangka ini dan bertanya tidakkah Khalifah Kedua adalah suami kepada Saidah (as). Siapakah sebenar suaminya??? Jika boleh, Ya Maulai maklumkanlah kepada kami sesuatu yang megembirakan hati kami, kerana demi Allah soalan ini menyebabkan keraguan tetapi soalan kami adalah untuk lebih meredakan hati kami.

Hakikat sebenar bagi hamba yang fakir lagi berdosa dan serba kurang dalam membantu Tuan

Muhammed Syarif – Maghribi

Jawapan:
           
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.

Jawapan soalan 1:

﴿وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا رَبَّنَا أَرِنَا الَّذَيْنِ أَضَلَّانَا مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ نَجْعَلْهُمَا تَحْتَ أَقْدَامِنَا لِيَكُونَا مِنَ الْأَسْفَلِينَ﴾

Dan orang-orang kafir berkata: "Ya Tuhan kami perlihatkanlah kepada kami dua jenis orang yang telah menyesatkan kami (iaitu) sebahagian dari jinn dan manusia agar kami letakkan keduanya di bawah telapak kaki kami supaya kedua jenis itu menjadi orang-orang yang hina" [17],

Kedua-duanya adalam imam-imam sesat. Yang pertama dari mereka dari kalangan manusia, yang disesatkan oleh Iblis, yang yang kedua adalah Al-Jahil. Adapun yang kedua dari mereka adalah dari golongan jin dan dia menyesatkan kebanyakan manusia dan jin, dan dia adalah Iblis (laknahuAllah).

Jawapan soalan 2: Saya bermohon kepada Allah agar memberi kejayaan kepada kamu dan mengampunkan kamu, dan jika kamu mahu menebus dan membersihkan jasad kamu daripada yang haram hendaklah kamu berpuasa dan kurangkan makan sehingga mencairkan apa yang terbina dari yang haram kemudian dibina pula jasad dengan yang Halal.



Dan makanan yang haram memberi kesan kepada jantung (hati), kerana ia mengalir di dalam darah dan sebahagian besarnya sampai ke jantung (hati) jasmani di dalam dada, dan dada adalah kedudukan (tempat) yang menghubungkan roh dan jasad, dan makanan yang baik juga memberi kesan yang baik pada jantung (hati) manusia dan hubungannya kepada Kerajaan Lelangit (Malakut Al-Samawaat) dan rukya (mimpi-pengelihatan) ke dalam Malakut Al-Samawaat. Ini adalah peringatan Allah SWT bagi sesiapa yang mencari hidangan dari langit, jika mereka ingkar mereka akan dihukum dengan azab yang tidak pernah dikenakan di seluruh alam:

﴿قَالَ اللَّهُ إِنِّي مُنَزِّلُهَا عَلَيْكُمْ فَمَنْ يَكْفُرْ بَعْدُ مِنْكُمْ فَإِنِّي أُعَذِّبُهُ عَذَاباً لا أُعَذِّبُهُ أَحَداً مِنَ الْعَالَمِينَ﴾؛

Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menurunkan hidangan itu kepadamu, barangsiapa yang kafir di antaramu sesudah (turun hidangan itu), maka sesungguhnya Aku akan menyiksanya dengan siksaan yang tidak pernah Aku timpakan kepada seorangpun di antara umat manusia". [Al-Maidah 5:115] 

dan kerana hidangan langit adalah makanan halal dan baik dan memberi kesan kepada jantung-hati maka ia melihat Kerajaan Lelangit (Malakut Al-Samawaat) yang akan menenteramkan hati-hati mereka dengan (makanannya) itu, dan untuk ini diri-diri mereka memberi alasan mencari hidangan langit untuk menenteramkan hati-hati mereka:

﴿قَالُوا نُرِيدُ أَنْ نَأْكُلَ مِنْهَا وَتَطْمَئِنَّ قُلُوبُنَا﴾

Mereka berkata: "Kami ingin memakan hidangan itu dan supaya tenteram hati kami.” [Al-Maidah 5:113] 

Tidaklah ia bermaksud bagi sebenar-benar mukjizat (keajaiban) seperti mukjizat-mukjizat yang banyak diperlihatkan oleh Isa (as) dan tidaklah dikhususkan bagi hidangan langit sebagai mukjizat yang menyebabkan hati tenteram tanpa sesuatu yang lain, tetapi yang menyebabkan hati tenteram adalah makanan (hidangan) langit yang halal, baik lagi berkat yang membuat mereka melihat ke dalam Kerajaan Lelangit (Malakut Al-Samawaat):

﴿إِذْ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ يَا عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ هَلْ يَسْتَطِيعُ رَبُّكَ أَنْ يُنَزِّلَ عَلَيْنَا مَائِدَةً مِنَ السَّمَاءِ قَالَ اتَّقُوا اللَّهَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ * قَالُوا نُرِيدُ أَنْ نَأْكُلَ مِنْهَا وَتَطْمَئِنَّ قُلُوبُنَا وَنَعْلَمَ أَنْ قَدْ صَدَقْتَنَا وَنَكُونَ عَلَيْهَا مِنَ الشَّاهِدِينَ * قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا أَنْزِلْ عَلَيْنَا مَائِدَةً مِنَ السَّمَاءِ تَكُونُ لَنَا عِيداً لِأَوَّلِنَا وَآخِرِنَا وَآيَةً مِنْكَ وَارْزُقْنَا وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ * قَالَ اللَّهُ إِنِّي مُنَزِّلُهَا عَلَيْكُمْ فَمَنْ يَكْفُرْ بَعْدُ مِنْكُمْ فَإِنِّي أُعَذِّبُهُ عَذَاباً لا أُعَذِّبُهُ أَحَداً مِنَ الْعَالَمِينَ﴾

Ingatlah), ketika pengikut-pengikut Isa berkata: "Hai Isa putera Maryam, sanggupkah Tuhanmu menurunkan hidangan dari langit kepada kami?". Isa menjawab: "Bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang yang beriman * Mereka berkata: "Kami ingin memakan hidangan itu dan supaya tenteram hati kami dan supaya kami yakin bahawa kamu telah berkata benar kepada kami, dan kami menjadi orang-orang yang menyaksikan hidangan itu * Isa putera Maryam berdoa: "Ya Tuhan kami turunkanlah kiranya kepada kami suatu hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami yaitu orang-orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan Engkau; berilah kami rezeki, dan Engkaulah pemberi rezeki Yang Paling Utama". * Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menurunkan hidangan itu kepadamu, barangsiapa yang kafir di antaramu sesudah (turun hidangan itu), maka sesungguhnya Aku akan menyiksanya dengan siksaan yang tidak pernah Aku timpakan kepada seorangpun di antara umat manusia". [18]



Jawapan soalan 3: Suami Umm Kultsum adalah Muhammad bin Ja'far bin Abi Talib, semoga Allah berbelas kasihan ke atas kamu, kamu membenarkan mereka mengheret kamu dengannya, dan apakah hubungan ini benar atau palsu, bukankah isteri Firaun dari anak keturunan para nabi yang diterangkan oleh rasul-rasul bahawa dia salah seorang wanita terbaik di dunia [19], bukankah isteri Nuh dan isteri Lut termasuk orang-orang yang kafir [20], walaupun kamu telah berkata bahawa suaminya Si Fulan, maka adakah mereka akan puas dengan kata-kata kamu malah mereka tinggalkan pemalsuan mereka kepada kamu?

Jika kamu mahu mengatasi mereka yang khilaf (berlainan pendapat) dan menghujah mereka dengan sempurna, berhujjah dengan mereka menggunakan peraturan mengenal Al-Hujjah (Qanun Makrifah Al-Hujjah).


Ahmad Al-Hassan



✡✡✡✡✡

________________________
[15] Fushshilat 41:29 
[16] - Kheraúj dan Jeraúh: 2:00 c 825, Sailor Lampu: c 42 p 88..
[17] Fushshilat 41:29.
[18] Al-Maidah 5:112-115.
[19] - diriwayat oleh Al-Shaduq dalam Al-Khashal: dari Ibn Abbas, katanya: Rasulullah (S) melukis empat garisan dan kemudian bersabda: (wanita terbaik di Syurga adalah Maryam binti Imran dan Khadijah binti Khuwailed, Fatima binti Mohammed, dan Asiah binti Muzahim isteri Firaun) Al-Khashal: halaman 206.
[20] – ﴿ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلاً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا اِمْرَأَةَ نُوحٍ وَاِمْرَأَةَ لُوطٍ كَانَتَا تَحْتَ عَبْدَيْنِ مِنْ عِبَادِنَا صَالِحَيْنِ فَخَانَتَاهُمَا فَلَمْ يُغْنِيَا عَنْهُمَا مِنَ اللَّهِ شَيْئاً وَقِيلَ ادْخُلَا النَّارَ مَعَ الدَّاخِلِينَ﴾  
Allah membuat isteri Nuh dan isteri Luth sebagai perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang saleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat kepada suaminya (masing-masing), maka suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun dari (siksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya): "Masuklah ke dalam jahannam bersama orang-orang yang masuk (jahannam)". [Al-Tahrim 66:10] 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan