Halaman

Khamis, 29 Januari 2015

Soalan 87: Penerangan lanjutan mengenai Al-Jufr (kod=perlambangan)

Soalan 87: Penerangan lanjutan mengenai Al-Jufr (kod=perlambangan)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.            
Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya    

 
Tuan telah menjawab pertanyaan saya; Bahawa tidak dapat melihat dalam Al-Jufr (perlambangan) melainkan pada Nabi atau washiy Nabi, melalui hadits oleh Maulana Imam Musa bin Ja'far (as) dan bahawa kunci-kunci kepada perlambangan adalah Khalifah Allah AWJ di muka bumi, dan warna putih dinisbahkan kepada taqiyah, dan warna merah dinisbahkan kepada pembunuhan dan darah.

Soalan 1: Adakah semua nabi-nabi dan washiy-washiy (as) dimasukkan ke dalam Hadits, atau tidak?

Soalan 2: Adakah hadits ini menunjukkan bahawa sekatan dan batasan dalam pertimbangan Al-Jufr?

Soalan 3: Adakah hadits ini merujuk kepada tiada pertimbangan dalam Al-Jufr oleh orang-orang luar dari kalangan para nabi dan aushiak (as)? Jika jawapannya tidak Siapakah orang-orang ini? Apakah kelayakan mereka? Sifat-sifat mereka? Di mana dan bagaimana mereka melihat Al-Jufr?

Al-Quran Al-Karim ,tidak menyentuhnya melainkan mereka yang disucikan. Adakah ini terpakai bagi Al-Jufr? Adakah Ilmu-ilmu dari Al-Jufr tidak sama dengan Kitab Al-Quran Al-Karim?

Saya mengharapkan jawapannya. Dan Salam hormat dan kesejahteraan kepada peribadi Ahmad Al-Hassan dan saudara-saudaranya,

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته            
Dan Salam atas kamu rahmat Allah serta keberkatanNya
Tidak mengapa kita melakukan pelbagai peranan selagi matlamat kita satu dan ia adalah kerja dalam berkhidmat dengan Maulana Imam Mahdi (a.j) dan menyediakan kezuhurannya dan kemenangannya. Semoga Allah memberi balasan kepada orang yang berbuat baik.


Penyoal: Hashim Iraq

Jawapan:
           
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan

Jawapan 1: setiap utusan mesti mengetahui semua yang diperlukan umatnya yang diutus kepadanya dengan hukum-hakam yang terdapat di dalam Al-Jufr.
Jawapan 2: melihat kepada semua yang diperlukan umatnya dari ilmu yang terdapat dalam Al-Jufr terhad pada yang diutus dari para nabi dan washiy-washiy.
Jawapan 3: Terdapat peribadi yang boleh diberikan oleh Allah penerangan berhubung dengan sesuatu dalam Al-Jufr dan keberkatan Al-Jufr yang turun dari langit, firmanNya SWT:

﴿وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ﴾

Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya. [155],

dan di dalam ayat menerangkan (sifat) mereka.

Jawapan 4: Yang menyentuh yang disebut dalam ayat:

﴿لا يَمَسُّهُ إِلَّا الْمُطَهَّرُونَ﴾

tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan. [156]

bermaksud yang bermakrifah (pengetahuan).

Umat tidak perlu padanya kerana tidak mengenalinya (tidak menyentuhnya) Melainkan rasul-rasul (yang diutus) kerana mereka adalah (orang-orang yang disucikan [157].





✡✡✡✡✡
                                                           
______________________________
[155] – Al-A3raaf 7:96.
[156] – Al-Waqi3ah 56:79.
[157] - telah disebut dalam riwayat dengan membawa maksud seperti ini yang diriwayatkan dari perdebatan Ibn Abbas dengan Muawiyah, pada fasal Aali Muhammad (as): (... Ya Muawiyah, Umar bin Al-Khattab menyuruh aku dalam perintahnya kepada Ali ibn Abi Talib (as) aku mahu menulis Al-Quran dalam mushaf. Maka lantiklah kami apa yang diwajibkan dari Al-Quran, beliau berkata: Biarlah Allah memukul leherku sebelum dia memukulnya. Aku katakan: tidak?, beliau (as) berkata: Sesungguh Allah berfirman:
(لَّا يَمَسُّهُ إِلَّا الْمُطَهَّرُونَ)
(tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan.)
Iaitu tidak dapat mencapainya keseluruhnya kecuali orang-orang yang disucikan, bahawa ia kepada kami yang dihapuskan Allah daripada kami kekejian dan menyucikan kami sesuci-sucinya, dan firmanNya lagi
(ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا)
(Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami,)
Maka kamilah yang dipilih Allah dari hamba-hambaNya dan kamilah pilihan Allah dan kamilah dicontohkan melalui teladan dan kamilah tempat turun wahyu. Maka Umar marah dan berkata: bahawa Ibn Abi Talib, dia dianggap tidak ada seorangpun berilmu selain dia, maka barangsiapa yang membaca sesuatu dari Al-Quran dibawa kepada kami dari dia. Jika seorang lelaki sedang membaca Al-Quran yang lain dari tulisannya selain yang ditulisnya. Maka dikatakan: Ya Muawiyah: dia kehilangan sesuatu dari Al-Quran telah berdusta dia bersama masyarakat ramai....) Bihar Al-Anwar:Jilid 33 halaman 270.
Dalam riwayat ini, Imam Ali (as) berkata kepada umar: (adalah mustahil untuk tidak dengan cara itu, tetapi saya datang kepada Abu Bakr untuk menegakkan hujjah atas kamu, supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat: Sesungguhnya kami mengenainya termasuk orang-orang yang lalai, atau mengatakan: Tidak datang kepada kami. Dan bahawa Al-Quran yang ada padaku tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan dan aushiak dari anak-anakku, Umar berkata: Akan dipersembahkan pada waktu yang ketahui. Beliau (as) berkata:.Ya, apabila bangkit AL-Qaim dan anakku akan menunjukkan dan membawanya kepada manusia, maka dijalankan sunnah baginda (S). Mu3jam Ahadits Al-Imam Al-Mahdi (as) oleh Al-Syeikh Ali Al-Kurani Al-3amaliy: Jilid 3 halaman 126 . (Pengulas).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan