Halaman

Khamis, 8 Januari 2015

Selain Daripada Di Atas

Selain Daripada Di Atas :

Dan dalam usaha untuk memperhatikan Hakikat dan Kebenaran mengenal Rasulullah (sawas) dangan Zat al-Ilahiyah SWT, dan tajalli dan penzahiran pada baginda (sawas) dalam penciptaan, contoh ini perlu dipertimbangkan: ada perbezaan di antara pengetahuan mengenal api dengan hanya melihatnya sahaja, dengan orang yang telah dibakar di dalam api sehingga dia sendiri menjadi api. Dan ini adalah martabat (makam) Rasul yang mulia (sawas) apabila dibukakan untuknya yang seperti lubang jarum, kerana dia adalah di antara dua keadaan, keadaan fana’ (lebur) dan yang tidak tinggal baginya daripada nama tidak rupa bentuk dan tiada tinggal apa-apa melainkan Allah Al-Wahidu Al-Qahhar (Maha Esa Maha Penakluk), dan keadaan di mana dia kembali kepada "Aku" dan perwatakan (syakhshiyah).

Dan jika Hadis Al Mi'raj sebelum ini tidak mencukupi untuk kamu, kemudian saya bawakan kamu Surat Al-Fath, Yang Maha Kuasa berfirman:

إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُّبِينًا ۞ لِّيَغْفِرَ لَكَ اللَّـهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَيَهْدِيَكَ صِرَاطًا مُّسْتَقِيمًا.

{Sesungguhnya Kami telah membuka bagimu pembukaan yang jelas nyata * supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus,} [1].

Dan makna di dalam ayat ini bukanlah membuka Mekah, walaupun pembukaan Mekah adalah antara perkara yang perlu bagi pembukaan ini, sesungguhnya pembukaan di al-Malakut diikuti dengan pembukaan di al-Syahadah, jadi apakah dia pembukaan Alam Al-Lahut?! Antara Zat al-Ilahiyah dengan Muhammad (sawas), dan ia adalah mengangkat sesuatu dari al-Hijab .

Dan mengehadkan ayat ini hanya kepada pembukaan Mekah adalah penyalahgunaan, dan mengalihan ayat ini kepada selain daripada apa yang dimaksudkan, di mana ia telah digunakan dalam kala lampau {(إِنَّا فَتَحْنَا) Sesungguhnya, kami telah buka} yang bermaksud: bahawa pembukaan berlaku dalam tempoh sebelum diturunkan ayat ini, atau semasa [tempoh masa] ayat itu diturunkan, manakala pembukaan Mekah berlaku dua tahun selepas ayat itu diturunkan.

Juga, sesungguhnya pembukaan ini adalah alasan untuk pengampunan dosa Rasul-rasul, yang tidak dapat dipisahkan dari dia (apa yang mendahului, dan yang akan mengikuti), dan dosa ini - seperti apa yang telah dibentangkan (sawas), adalah kecacatan kegelapan yang tiada makhluk bebas daripadanya, kerana sesungguhnya, Cahaya Dia SWT sahaja, yang tiada kegelapan di dalamnya.

Dari Hisham bin Salim , beliau berkata: "Aku masuk berjumpa Abi Abdullah (Imam Ja'far Al Sadiq a.s), lalu dia berkata: “Adakah kamu menjelaskan Allah?” Jadi aku kata: “Ya.” Beliau (as) berkata: “Bawalah ia kepadaku.” Maka saya berkata: “Dialah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat."(هو السميع البصير) Beliau (as) berkata: “Ini adalah sifat-sifat melibatkan makhluk.” Aku berkata: “Jadi bagaimana tuan menjelaskanNya?” Beliau (as) berkata: “Dia adalah cahaya tanpa kegelapan padanya ...' "[2].

Dan kerana mengangkat hijab dan pembukaan yang jelas dan fana’-nya Rasul Mulia dalam Zat al-Ilahiyah, dia menjadi wajah Allah, dan kalimah sempurna-Nya. Dalam erti kata lain: baginda menjadi nama Allah dalam ciptaan-Nya, [dan menjadi] Nama-Nya yang terbaik dalam ciptaan-Nya

Dan ini adalah martabat ketiga untuk nama-Nya SWT, dan adalah Hujjah Allah, shalawatu Allah ‘alaihim, dari para Imam dan Nabi-nabi dan Aushiak dan Rasul-rasul - setiap daripada mereka dengan mengambil kira martabat dan keakrabannya [kepada Allah] - mewakili wajah Allah, dan Nama-Nya yang terbaik, daripada mereka adalah cermin yang mencerminkan Asma’ al-Husna, dan mereka adalah yang telah mempunyai akhlak dengan akhlak Allah SWT (Maha Suci Maha Tinggi).

Diriwayatkan oleh Al Sadouq dalam 'Al Tauhid' dan dalam  Al 3iyun dari Al Huruwi: dia berkata: "Saya berkata kepada Ali bin Musa Al Rida (as ): Wahai Anak Rasul Allah! (sawas) Apa yang dimaksudkan dengan berita yang diriwayatkan: bahawa ganjaran bagi [mengucap] "(لا إله إلاّ الله) Tidak ada Tuhan selain Allah" adalah melihat ke arah wajah Allah?” Jadi dia (as) berkata: “Wahai Abu Al Shalt ! Sesiapa yang menggambarkan Allah sebagai mempunyai wajah seperti wajah-wajahnya telah kafir, tetapi, wajah Allah adalah Nabi-nabi dan Hujjah-hujjah dan Rasul-rasul Nya,(Selawat Allah ke atas mereka). '"[3].

Al Kulayni meriwayatkan dalam Usul Al Kafi: dari Muawiyah bin 3ammar, dari Abi Abdullah (as) dalam FirmanNya Azza wa Jall: {(وَلِلّهِ الأَسْمَاء الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا) Hanya bagi Allah asmaa-ul husna, maka bermohonlah kepada-Nya } [1], dia (as) berkata: ' . ... Demi Allah, kamilah Asma’ al-Husna, yang Allah tidak menerima amalan hamba-hambaNya melainkan dengan mengenali kami' [2]. Dan perkhabaran dalam maknanya ini banyak dan meluas.





______________________________
 [1] Al-Quran Surah Al-Fath 48: 1 & 2
[2] Tauhid Al Sadouq : P. 146. Bihar Al Anwar : V. 4, P. 70
[3] Tauhid Al Sadouq : P. 117. 3ioun Akhbar Al Rida (as ): V. 2, P. 106.




Terpulang Kepada Kita Untuk Mengetahui:


Terpulang kepada kita untuk mengetahui bahawa setiap martabat yang lebih rendah adalah satu tajalli dan kezuhuran untuk martabat yang lebih tinggi daripada Nama -Nya SWT (Maha Suci Maha Tinggi), bagi nama Allah atau Zat al-Ilahiyah, ia adalah tajalli dan kezuhuran Hakikat atau Kebenaran atau Nama Yang Maha Besar (al-Ism Al-A’dzam) atau "Huwa" (Dia). Dan Muhammad (sawas) adalah satu Hakikat dan Kebenaran bagi Zat al-Ilahiyah dalam penciptaan, atau nama Allah dalam Penciptaan. Adapun Ar-Rahman, Al-Rahim, maka keduanya adalah salah satu nama menyatakan rahmat dan keduanya tidak dapat dipisahkan, sesungguhnya, di antara keduanya satu-satunya perkara yang berbeza adalah keluasan dan kesangatan sahaja, dan keduanya adalah pintu Zat al-Ilahiyah, atau nama Allah, dan tajalli dan kezuhuran Hakikat atau Kebenaran keduanya di dalam penciptaan, mereka adalah Ali dan Fatimah (‘alaihima salaam), pintu ke kota Ilmu, atau Muhammad (sawas). Allat swt berfirman: {( قُلِ ادْعُوا اللَّهَ أَوِ ادْعُوا الرَّحْمَنَ أَيّاً مَا تَدْعُوا فَلَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى) Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al-asmaaul husna . ". } [3], manakala Al-Rahim adalah merangkumi dalam Ar-Rahman.

Oleh itu, ketiga-tiga nama: "Allah, Ar-Rahman, Al-Rahim", ianya adalah tunggak nama al-asmaa al-A’dzam, dan untuk ini adalah Ali (as) yang meninggal dunia menghadap Tuhannya, Jibra 'el menyeru: “Telah musnah tiang-tiang Hidayah”  - yang bererti di alam ini - dengan perginya yang ketiga dari mereka iaitu Ali (as), selepas dia telah didahului oleh Muhammad (sawas) dan Fatimah (as).

Dan kerana kepentingan ketiga-tiga nama ini, bahkan, kerana bangkitnya penciptaan dan Langit dan Bumi dengan keberkatannya, telah dibuka dengannya Surah Al-Fatihah, bahkan, Al-Quran, atau kitab catatan, seperti mana kitab sejagat (al-Takwin) telah dibuka olehnya, untuk yang pertama Allah swt, cipta adalah cahaya Muhammad, Ali dan Fatimah (as), seperti yang diriwayatkan dalam hadits [2]. Dan mereka - seperti yang telah dijelaskan - cahaya: Allah, Ar-Rahman , Al-Rahim, satu per satu, dan Allah Lebih Mengetahui, lagi Maha Bijaksana, dan tidak diberikan kepada kita pengetahuan kecuali sedikit .




.
______________________________
[1] Al-Quran Surah Al-'A’raaf 7:180
[2] Al Kafi : V. 1, P. 144. Kelantan Al Anwar : V. 25 , P. 5.
[3] Al-Quran Surah Al- 'Isra ' 17:110


Tiada ulasan:

Catat Ulasan