Halaman

Selasa, 27 Januari 2015

Soalan 78:Al-Jufr (kod= perlambangan) Al-Ahmar (merah) dan Al-Abyadh (putih),

Bahagian II
Persoalan Al-3aqaidiyah (Kepercayaan)


Soalan 78:
السلام عليكم
Salam atas kamu.

Perkataan dari Ahl Al-Bayt (as) bahawa mereka yang mempunyai Al-Jufr (kod= perlambangan) Al-Ahmar (merah) dan Al-Aswad (hitam) Al-Abyadh (putih), dan Al-Ahmar (merah), apakah kunci-kunci kod-kod itu? Mengapa dinamakan dengan warna-warna ini?

Penyoal: Hashim - Iraq

Jawapan:
           
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan

Imam Musa bin Ja'far (as) berkata: (tidak dapat melihat dalam Al-Jufr (perlambangan) melainkan pada Nabi atau washiy Nabi), maka kunci-kunci kepada perlambangan adalah Khalifah Allah di muka bumi [143], dan warna putih dinisbahkan kepada taqiyah, dan warna merah dinisbahkan kepada pembunuhan dan darah ([144]).



✡✡✡✡✡
                                                           
______________________________
[143] – Dari Abu Al-Hasan Al-Kadzim (as), dia berkata: (Ali anakku yang paling besar dan mendengarkan kepada mereka perkataanku dan dan mengurus mereka untuk urusanku yang kulihat dalam Kitab Al-Jufr dan Al-Jami’ah dan tidak melihat padanya melainkan nabi atau washiy Nabi) Bihar AL-Anwar Jilid 49 halaman 20.. (Pengulas).
[144] – Dari Rafid Maula Abi Habairah, dari Abi Abdillah (as) berkata: Dia berkata kepadaku: (Wahai Rafid bagaimana jika kamu melihat sahabat-sahabat Al-Qaim telah memusnahkan khemah-khemah mereka di masjid di Kufah, dan kemudian keluar bentuk-bentuk baru, Dia akan menjadi keras terhadap orang-orang Arab. katanya: Aku berkata: Semoga jiwaku jadi tebusan tuan, apakah dia? Beliau berkata: Penyembelihan. Aku berkata: Apa yang  menyenangkan mereka, dengan apa yang dijalankan Ali bin Abi Talib (as) pada Ahl Al-Sawad? Beliau berkata: Tidak wahai Rafid, Bahawa Ali berjalan pada Al-Jufr Al-Abyadh, dan dia berhenti, dan dia tahu bahawa dia akan muncul kepada syiahnya selepasnya, dan Al-Qaim berjalan pada Al-Jufr Al-Ahmar dan ia adalah penyembelihan, dan dia tahu bahawa dia tidak muncul pada Syiahnya) Bihar Al-Anwar: Jilid 25 halaman 318.

Di sini, Encik Ahmed Hassan berkata dari Al-Jufr Putih ia adalah Taqiyah, kerana kalau tidak, ada kebimbangan Imam-imam (as) ke atas Syiah mereka dan agama Al-Muhammadiy yang berjalan pada Al-Jufr Merah, tetapi kerana kekurangan pertolongan dan negara Penzalim, perlindungan para Imam (as) dari penindasan pada taqiyah dan Dan mula menyebarkan ajaran agama melalui perakapan dan dakwah-dakwah, ziarah dan lain-lain dari cara mengeluarkan ilmu agama ilahi Al-Mohammadi yang sebenar. Sementara Imam Mahdi (as) berjalan pada Al-Jufr Merah ia adalah berperang dan membasmi penzalim dan orang-orang munafik, kerana dia tahu bahawa negara Penzalim telah berakhir dan bahawa pengikut-pengikutnya (syi’ahnya) tidak akan dikuasai oleh mereka yang zalim selepas ini, tidak ada kebimbangan membawa pertelingkahan kepada mereka, kerana apa yang dilakukan oleh Imam Mahdi (as) kepada orang-orang munafik. (Pengulas).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan