Halaman

Rabu, 28 Januari 2015

30 01 2015


30 01 2015
الخطبة الاولى
بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين
وصلى الله على محمد وال محمد الائمة والمهديين وسلم تسليما

 وَالْحَمْدُ لِلَّـهِ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُون ،
اَشْهَدُ أن لا اله إلا الله و حده لا شريك له، و اَشْهَدُ اَنّ مُحَمّدًا عبده ورسله ، و اَشْهَدُ اَنّ عَليّا وّ الْاَئِمَةٍ مّنْ وّلْدِهِ حُجَجُ الله ، و اَشْهَدُ اَنّ الْمَهْدی وَ الْمَهْديّينَ مِنْ وّلْدِهِ حُجَجُ الله ،
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ،

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.
                                                                         
Saudara-saudara ansar Allah sekelian, Allah SWT berfirman
                                       
اعوذ بالله مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

وَلَقَدْ خَلَقْنَاكُمْ ثُمَّ صَوَّرْنَاكُمْ ثُمَّ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ لَمْ يَكُن مِّنَ السَّاجِدِينَ 

Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami bentuk tubuhmu, kemudian Kami katakan kepada para malaikat: "Bersujudlah kamu kepada Adam", maka merekapun bersujud kecuali iblis. Dia tidak termasuk mereka yang bersujud. [Al-A3raaf 7:11] 

Allah SWT berkali-kali berfirman tentang perintah sujud yang dingkari Iblis (laknahu Allah), di rakam di dalam Al-Quran. Iblis sentiasa merendahkan perintah sujud kepada Khalifah Allah itu

Allah SWT berfirman

قَالَ أَرَأَيْتَكَ هَـٰذَا الَّذِي كَرَّمْتَ عَلَيَّ لَئِنْ أَخَّرْتَنِ إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ لَأَحْتَنِكَنَّ ذُرِّيَّتَهُ إِلَّا قَلِيلًا

Dia (iblis) berkata: "Terangkanlah kepadaku inikah orangnya yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, niscaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil".[Al-Israa’17:62] 

Iblis minta ditangguhkan azab kepadanya sampai hari kiamat, tetapi ia hanya diberi tangguh
إِلَىٰ يَوْمِ الْوَقْتِ الْمَعْلُومِsampai kepada hari yang telah ditentukan waktunya.".

dan firmanNya SWT  yang bermaksud

Dan sesungguhnya iblis telah dapat membuktikan kebenaran sangkaannya terhadap mereka lalu mereka mengikutinya, kecuali sebahagian orang-orang yang beriman. [Sabaa’ 34:20] 

Sehungga Allah akan memenuhi neraka Jahannam itu seperti firmanNya

لَأَمْلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنكَ وَمِمَّن تَبِعَكَ مِنْهُمْ أَجْمَعِينَ

Sesungguhnya Aku pasti akan memenuhi neraka Jahannam dengan jenis kamu dan dengan orang-orang yang mengikuti kamu di antara mereka kesemuanya. [Shaad 38:85] 

Saudara-saudara ansar Allah sekelian

Kitab Ma'al Abdus Soleh adalah dialog Syeikh Abu Hassan dengan Imam Ahmad Al Hassan a.s, berikut adalah sebahagian petikannya

Telah berkata Imam Ahmad Al Hassan a.s:

Beramallah dengan seluruh kemampuan kalian kerana ia adalah peperangan terhadap Iblis, dia (iblis) ingin membawa bilangan yang paling besar ke neraka jahanam...manusia akan melihat (realiti) dunia sedetik setelah kematian, sesuatupun yang hampir tidak pernah mengetahui darinya. Dia ingin merealisasikan janjinya dengan menyesatkan manusia. Walaupun dia tidak mampu menangguhkan Hari yang Dijanjikan, tetapi dia ingin merealisasikan janjinya untuk menyesatkan seluruh umat manusia melainkan orang-orang yang terpilih untuk membantu Al-Qoim a.s yang mendatangi Iblis lantas memenggal lehernya di masjid Kufah.

Mereka adalah golongan yang sedikit sepertimana yang disebutkan tentang mereka oleh Keluarga Muhammad (alaihimusslam) di dalam banyak riwayat mereka. Mereka adalah seperti garam di dalam makanan dan seperti celak di mata, beringatlah dan beringatlah. Juga di dalam kitab-kitab terdahulu dan di dalam kitab suci, kerana kebanyakan manusia mendakwa, tetapi hanya sedikit dari mereka yang terpilih

Kegagalan terakhir (iblis)  adalah menangguhkan persemukaan terakhir dan terlaksanalah janji Ilahi dengan kemenangan 313 orang ke atas diri mereka sendiri, yang tidak dapat menjadikan dia lembut daripada matlamatnya, selama mana dia telah berjanji untuk menyesatkan umat manusia. Kemenangan kalian adalah dengan menunjukkan hidayah kepada manusia, menunjukkan hidayah kepada mereka dan bukan hanya setakat menegakkan hujah ke atas mereka. Beramallah, berkerjalah (berdakwahlah) dengan seluruh kemampuan kalian untuk menunjukkan hidayah buat mereka. Aku berpesan kepada kalian agar berjihad memerangi Iblis dengan seluruh kemampuan kalian. Aibkan dia (Iblis) dan aibkan tenteranya dari kalangan manusia dan jin.

Ketikamana saya (Syeikh Abu Hassan) bertanya tentang kesengsaraan pukulan yang diterima oleh Iblis laknatullah, Imam a.s berkata: Tidakkah kamu pernah membaca di dalam hadis dan athar: Apabila bersujud anak Adam, maka menjadi hitamlah wajah Iblis. (Lihat Al Kafi, jilid 3, ms 264 dan Al Khisal oleh As Shaduq, ms 616).

Aku ceritakan buat kamu rukya (mimpi) yang telah aku lihat tidak berapa lama sebelum ini, barangkali ianya dapat menjelaskan lagi perkara ini buat kamu: Aku telah melihat tentera yang besar yang aku pimpini dan telah berlaku peperangan yang besar, di mana terdapat ramai yang syahid dari kalangan tentera ansar, ruh-ruh mereka naik serta rupa ruh-ruh mereka sangatlah cantik. Para anbiya' berdiri di pintu langit menyambut mereka dan tersangat gembira dengan ruh-ruh mereka. Dari kalangan anbiya' itu adalah nabi Ibrahim (a.s) dan dia tersangat gembira, dan mereka (para anbiya') telah berkata: Ini tidak pernah diperolehi sejak Allah menjadikan Adam, kemenangan bilangan yang sebegini besar ke atas Al-Ana, dunia, hawa nafsu dan syaitan... mimpi tamat.

Apa yang aku ingin kamu fahami darinya adalah supaya mengikut Hujjah Allah dengan seteliti mungkin, kerana ia dapat menghitamkan wajah Iblis. Sujud yang ditolak oleh Iblis adalah sujud yang menjadikan wajahnya hitam, kerana telah menolak sujud kepada khalifah Allah dan berjanji untuk menyesatkan umat manusia dengan membawa mereka supaya menolak sujud kepada khalifah Allah. Apakah perkara yang lebih menghitamkan lagi wajah Iblis selain daripada penentangan terhadap matlamat dan tujuannya?

Oleh itu, ia adalah sepertimana yang mula-mula aku katakan: Beramallah, berkerjalah (berdakwahlah)  untuk menunjukkan hidayah kepada manusia, jadikanlah mereka bersujud sepertimana Malaikat dan aibkanlah Iblis yang mahukan mereka mengikutnya dalam menolak bersujud kepada khalifah Allah.

Apabila saya meminta doa daripada Imam (a.s) supaya Allah Taala menuliskan kita dari kalangan orang-orang yang sujud kepada khalifahNYA di atas muka bumiNYA, maka Imam a.s berkata:

اللهم يَجْعَلْنَا جَمِيْعًا مِنَ السَّاجِدِيْنَ لَلسَّاجِدُ الأِوَّلُ وَالعَابِدُ الأِوَّلُ وَالمُسْلِمُ الأِوَّلُ وًالنَّاطِقُ إذَا خَرَسَتِ الآلْسَنُ فِي عَرَصَاتِ القِيَامَة

Ajjahumma Yaj3alna Jami3an mina s-Sajidina Lissajid ul-Awwal, Wa l-3abid ul-Awwal, Wa l-Muslim ul-Awwal Wa n-Nathiqu Iza Kharasat il-Alsanu Fi 3arashaat il-Qiamah

Ya Allah jadikanlah kami semua dari kalangan orang-orang yang sujud untuk yang pertama sujud, hamba-hamba yang pertama dan muslim pertama serta berbicara ketikamana kelunya lidah di lapangan hari kiamat.


بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
﴿قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ * لَا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ * وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ * وَلَا أَنَا عَابِدٌ مَّا عَبَدتُّمْ * وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ * لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ ِينِ﴾

=====================================
Khutbah kedua:
=====================================
الخطبة الثانية : 

بِسْمِ اللهِ الرَّحَمٰنِ الرَّحِيْمِ. والحمد لله رب العالمين
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ لآَ اِلٰهَ اِلاَّ هُوَ الْوَاحِدُ الصَّمَدُ الَّذِيْ لَمْ يَتَّخِذْ صَاحِبَةً وَّلاَ وَلَدًا*  وَّ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَ رَسُوْلُهُ الْمُجْتَبٰي وَ اَنَّ عَلِيًّا اَمِيْرُ الْمُؤْمِنِيْنَ وَ سَيِّدُ الْوَصِيِّيْنَ وَ اَنَّ ذُرِّيَّتَهُ الْمَعْصُوْمِيْنَ اَئِمَّتُنَا *

بِسْمِ اللهِ الرَّحَمٰنِ الرَّحِيْمِ
اُوْصِيْكُمْ عِبَادَ اللهِ بِتَقْوَي اللهِ  *
Aku berwasiat kamu, hamba hamba Allah supaya bertakwa kepada Allah

وصلى الله على محمد وال محمد الائمة والمهديين وسلم تسليما...

Saudara-saudara ansar Allah sekelian

Di dalam kitab Ma'al Abdus Soleh oleh Imam Ahmad Al Hassan a.s,

Menyebut - Apakah Qalb (Hati) Manusia Memahami atau Menyedari Dengannya

Banyak disebutkan tentang Qalb dalam firman Allah Taala:

اعوذ بالله مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

وَيُشۡهِدُ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا فِى قَلۡبِهِ

Dan dipersaksikannya kepada Allah isi hatinya. (Al Baqarah: 204)

وَلَـٰكِن لِّيَطْمَئِنَّ قَلْبِيۖ

Akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku. (Al Baqarah: 260)

إِذۡ جَآءَ رَبَّهُ ۥ بِقَلۡبٍ۬ سَلِيمٍ

Ketika dia mematuhi perintah Tuhannya dengan hati yang suci murni. (As Saaffat: 84)

Dan banyak lagi ayat-ayat lain. Adapun riwayat-riwayat yang menyebutkan Qalb adalah tersangat banyak, menerangkan bahawa orang mukmin menyedari atau memahami dengan hatinya. Qalbnya adalah suci bersih serta Arasy Allah dan lain-lain lagi.Jadi, apakah makna Qalb (hati)?

Saya telah bertanya kepada Abdus Soleh (a.s): Apakah diketahui bahawa seorang insan itu menyedari atau memahami dengan hatinya, saya sangat pasti ia bukanlah hati Qalb yang dikenali oleh manusia. Jadi apakah ia?

Maka dia (a.s) menjawab pertanyaanku: Benar, seseorang insan itu menyedari atau memahami dengan Qalbnya. QALB ADALAH ROH yang setiap insan mukmin menyedari atau memahami kalimat Allah menurut keadaan Qalbnya. Barangsiapa yang Qalbnya wujud di langit kedua sahaja, maka kesedaran atau kefahamannya adalah lebih kurang berbanding insan yang Qalbnya wujud di langit ketiga, begitulah seterusnya.

Dan Dia swt berfirman,

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ ۖ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ

{Dan sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa bisikan jiwanya kepadanya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya} [Surah Qaaf, 50:16].

Apakah yang dimaksudkan dengan "hati" dan "urat lehernya "?

Seorang lelaki itu bermakna manusia yang beriman kepada Allah dan hujjah Allah di bumi -Nya. Dan hatinya bermakna tanda (hujjah) kepada penciptaan, oleh itu hati adalah Imam Maksum, dan diumpamakan kesempurnaan (kemaksuman) adalah pada hati, kerana hati Imam menguruskan hal-hal alam semesta, sepertimana cara hati menguruskan hal-hal badan manusia.

Urat Leher Imam Maksum, adalah tali Allah yang kukuh, dan pintu di mana limpahan Ilahi diberikan kepada penciptaan. Oleh itu kemaksuman adalah ciptaan yang paling dekat kepada manusia yang beriman, dan orang yang beriman sangat-sangat berkehendakkan pertolongannya untuk memenuhi keperluan di sisi Allah SWT.

Ayat ini menjelaskan kepada manusia bahawa Allah adalah lebih dekat kepada kamu daripada para Nabi, Rasul-Rasul, dan Imam-Imam as dan jika kamu beralih kepada mereka untuk memenuhi keperluan kamu, Allah akan campur tangan di antara kamu dan mereka. Dengan ini, apakah kamu akan mengambil mereka sebagai tuhan-tuhan yang lain dari Allah, pada hal sepatutnya kamu perlu menjadikan mereka cara untukmendekatkan diri pada Allah, untuk memenuhi keperluan dan memberi syafaat di sisi Allah, kerana mereka as tiada syafaat, dan tidak boleh bercakap kecuali dengan izin Allah swt,

لَا يَسْبِقُونَهُ بِالْقَوْلِ وَهُمْ بِأَمْرِهِ يَعْمَلُونَ

{Mereka tidak mendahuluiNya dan mereka bekerja dengan perintah-Nya}. [Al Anbiyaa' 21:27]

Jadi, bagaimana Allah akan membenarkan mereka untuk memberi syafaat misalnya kepada seorang lelaki buta yang tidak melihat Allah, "Buta adalah mata yang tidak melihat Kamu."

Dia swt berfirman,

مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ

{Siapakah orangnya yang dapat memberi syafaat di sisiNya melainkan dengan izin-Nya}, [Al-Baqarah 2:255]

dan Dia swt berfirman,

لَا يَتَكَلَّمُونَ إِلَّا مَنْ أَذِنَ لَهُ الرَّحْمَٰنُ وَقَالَ صَوَابًا

{Tidak mereka berkata-kata melainkan yang telah diizinkan baginya oleh Al-Rahman, serta ia berkata benar.}. [S. An-Nabaa 78:38]

اَللّهُمَّ كُنْ لِوَلِيِّكَ الْحُجَّةِ بْنِ الْحَسَنِ صَلَواتُكَ عَلَيْهِ وَعَلى آبائِهِ وَ وُلْدِ هِیَ احمد الحسن في هذِهِ السّاعَةِ وَفي كُلِّ ساعَةٍ وَلِيّاً ‏وَحافِظاً وَقائِداً وَناصِراً وَدَليلاً وَعَيْناً حَتّى تُسْكِنَهُ أَرْضَكَ طَوْعاً وَتُمَتِّعَهُ فيها طَويلاً

Ya Allah jadikanlah bagi Waliy Mu Al-Hujjah bin Al-Hassan, selawat Mu ke atasnya dan ke atas bapa-bapanya dan anak-anaknya Ahmad Hassan, pada saat ini dan pada setiap saat dan sebagai Waliy, penjaga, ketua, penolong, penunjuk dan pembantu sehingga Engkau tempatkannya di bumi Mu secara sukarela dan kenikmatan yang berpanjangan di dalamnya.



                                                                                                                                                
اِنَّ اللهَ وَ مَلٰئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَي النَّبِيِّ يَآَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَ سَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا،* اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰي مُحَمَّدٍ سَيِّدِ الْمُرْسَلِيْنَ  *وَ عَلٰي عَلِيٍّ اَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ وَ عَلٰي فَاطِمَتَ الزَّهْرَآءِ بِنْتِ مُحَمَّدٍ*  وَّ عَلَي الْحَسَنِ الْمَقْتُوْلِ بِسَمِّ الْجَفَا  *وَ الْحُسَيْنِ الشَّهِيْدِ بِكَرْبَلاَ * وَ عَلِيِّ بْنِ الْحُسَيْنِ ذِي الْمِحَنِ وَ الْعَنَآءِ  *وَ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ جَعْفَرِ بْنِ مُحَمَّدٍ  *وَّ مُوْسَي بْنِ جَعْفَرِ  *وَ عَلِيِّ بْنِ مُوْسٰي  *وَ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ عَلِيِّ بْنِ مُحَمَّدٍ  *وَ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ  *وَ الْحُجَّةِ الْقَآئِمِ بِالْحَقِّ الْمُنْتَظَرِ الْمَهْدِيِّ ، الَّذِيْ بِبَقَآئِهِ بَقَيْتِ الدُّنْيَا وَ بِيُمْنِهِ رُزِقَ الْوَرٰي،* وَ عَلٰي اَحْمَدٍ الْحَسَنِ اليَمانِي * وَصِيَّ وَ الرَّسُولَ الإمامَ الْمَهْدِيُّ مَكَّنَ اللهُ لَهُ فِيْ الأرْضِ، اللّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ، رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا، رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا ۖ إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

اللّهُمَّ أَعِزَّ الاسلامَ والمسلمين اللهم انْصُرِ الإسلامَ وَالمسلمين ، اللّهُمَّ انْصُرْ اِخْوانَناَ مِنْ أنصارُ الإمامَ الْمَهْدِيُّ المُسْتَضْعَفِينَ وَالمَظْلُومِينَ، اللّهُمَّ انْصُرْ اِخْوانَناَ مِنْ أنصارُ الإمامَ الْمَهْدِيُّ في ماليزيا وسنغافورة وفي تايلاند وفي مصر وفي سوريا وَفي ايران وفي العراق وَفي كُلِّ مَكانَ وَفي كُلِّ زَمانَ ، اللّهُمَّ انْصُرْهُمْ على عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ ، وَأَهْلِكِ الكفرةَ والكافرين والشركَ والمشركين والنفاقَ والمنافقين والظُلْمَ والظالمين وَدَمِّرْ أَعْداءَكَ أَعْدَاءَ الدِين مِنَ العلماء غير العاملين والمستعمِرِين والمستكبرين ، يا رب العالمين

اِنَّ اللهَ يَأْمُرُكُمْ بِالْعَدْلِ وَ الْاِحْسَانِ وَ اِيْتَآءِ ذِي الْقُرْبٰي وَ يَنْهٰي عَنِ الْفَحْشَآءِ وَ الْمُنْكَرِ وَ الْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكُرُوْنَ.

اعود بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
إِذا جاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَ الْفَتْحُ
وَ رَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْواجاً
فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَ اسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كانَ تَوَّاباً



Tiada ulasan:

Catat Ulasan