Halaman

Isnin, 1 Disember 2014

Soalan 74: Makna Makshum pada Ayat Thahirah

Soalan 74:  Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Sayyed Ahmad Al Hassan A.S.

Assalamualaikum warahmatullah Wabarakatuh:

Saya mempunyai seorang sahabat Sunni yang meletakkan pada saya beberapa hujah-hujah yang mengelirukan saya, dan ia adalah pada Kalam Allah

﴿ِإنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيراً﴾.

(Sesungguhnya Allah hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - wahai "Ahl Al-Bait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).) [Al-Ahzab 33:33].

Apakah keinginan ini mempunyai bentuk? Dan jika ya, adakah bermaksud ia telah ditentukan? dan Imam Al-Baqir dan Al-Shadiq menafsirkan 'keji (cemar)' di sini bermaksud ''keraguan''. Adakah ini bermakna penyucian dari keraguan itu bererti Maksum?

Pengirim: Syimaa’ Hasan Ali

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم، والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً

Ya, ia adalah kehendak Allah SWT, yang dijelaskan olehNya

﴿إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئاً أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ﴾

(Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia..) 36:82.

Tetapi memenuhi kehendak Ilahiyah dalam ayat tersebut (Sesungguhnya Allah hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).) bukanlah melalui penaklukan (Al-Qahhar) dan dalam keadaan paksaan (Al-Jabbar) melakukan ketaatan dan meninggalkan dosa (maksiat), tetapi dengan mendedahkan hakikat kebenaran kepada mereka di atas sebab keikhlasan kepada-Nya SWT, dan mereka berpegang teguh setelah Allah SWT melindungi mereka. Oleh itu, jika kebenaran dunia ini didedahkan kepada manusia dan dia melihatnya sebagai bangkai reput yang direbutkan oleh anjing-anjing dan seperti peluh babi di tangan pesakit kusta, lalu bagaimana mungkin ia mendekatinya??!!.


Dan berikut ini adalah contoh yang boleh menjelaskan kepada anda makna kemaksuman: Jika ada seorang lelaki buta yang ingin menyeberangi jalan yang sesak dengan selamat, dia mesti mendapatkan bantuan daripada orang yang celik, dan ia juga harus memberikan pergelangan tangannya kepada orang yang celik itu sehingga boleh memegang pergelangan tangannya dan menolongnya menyeberangi jalan dengan selamat. Dalam contoh ini, yang buta telah berpegang kepada yang celik, dan orang yang buta dalam contoh ini adalah seperti para maksumin, dan orang yang celik itu pula menjadi pelindung / pengawal untuk orang yang buta (maksum). Dan para nabi dan para washiy adalah orang-orang yang memohon bantuan kepada Allah SWT supaya Dia membawa mereka ke tempat yang selamat, dan mereka adalah orang-orang yang menghulurkan tangan mereka kepada Allah SWT sehingga Dia memegang tangan mereka. Dan jika seorang hamba Allah yang berada di timur atau di barat melakukan perkara yang sama seperti apa yang mereka lakukan dan berserah kepada Allah SWT, Allah SWT akan melindunginya, tetapi banyak orang cuai dalam mencari Allah SWT dan menghulurkan tangan mereka kepadaNya, tetapi dalam masa yang sama mereka juga mendakwa bahawa mereka tahu dan melihat jalan dengan jelas. Dan tangan Allah sentiasa diberikan kepada semua orang sepanjang masa, dan tidak ada pertalian kerabat di antara Dia dan sesiapa sahaja melainkan Dia adalah pencipta mereka, tetapi manusia atas sebab keinginannya sendiri telah melepaskan tangan mereka daripada Allah SWT

✡✡✡✡✡

---------------------------------------------
[117] – Yaa Sin 36:82.
[118] – Al-Ahzab 33: dari ayat 33.
[119] - Imam Ali (as): (Demi Allah, kehidupan duniawi kalian ini adalah lebih hina di mata aku berbanding peluh babi di tangan pesakit kusta" [Nahj al-Balaghah, jilid 4, halaman 52-53.] .
[120] - Ali bin Al-Hussein (as) berkata: (Imam daripada kami hanya imam-imam makshum, dan tidak (makshum) sempurna pada zahir penciptaan maka mereka akan dikenal, oleh itu tidak jadi yang demikian melainkan telah ditetapkan. Maka telah ditanya kepadanya: Wahai anak Rasulullah, apakah makna makshum? Dia berkata: ia adalah berpegang pada tali Allah, dan tali Allah adalah Al-Quran, keduanya tidak akan berpisah hingga ke hari kiamat, dan imam memberi petunjuk kepada Al-Quran dan Al-Quran memberi petunjuk ke Imam, dan itulah firman Allah SWT:
(إِنَّ هَـذَا الْقُرْآنَ يِهْدِي لِلَّتِي هِيَ أَقْوَمُ)
(Sesungguhnya Al Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus) [Al-Israa’ 17:9]) Bihar Al-Anwar:. jilid 52, halaman 194.
Dan Hussein Al-Asyqar, berkata: Aku berkata kepada Hisham bin Al-Hakam: Apakah ertinya kata-kata kamu: bahawa tidak akan menjadi imam melainkan yang ma'shum, dia berkata: Aku bertanya kepada Aba Abdillah (as) tentang hal itu dan beliau berkata: (ma'sum adalah pemeliharaan Allah dari segala yang diharamkan Allah, dan Allah Tabaraka Wa Ta’ala telah berfirman,
وَمَن يَعْتَصِم بِاللّهِ فَقَدْ هُدِيَ إِلَى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ)
(Barangsiapa yang berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sesungguhnya ia telah diberi petunjuk kepada jalan yang lurus. [Aali Imraan 3:101]) Bihar Al-Anwar:. jilid 52, halaman 194.. (Pengulas).

[121] - Baginda (S), berkata: (Jika hamba mendekati Allah, Allah akan mendekatinya, dan sesiapa yang mendekati Nya kadar sejengkal, Dia mendekati Nya sehasta, dan sesiapa yang mendekati Nya kadar sehasta, Dia mendekati Nya sedepa, dan sesiapa yang datang kepada-Nya dengan berjalan, Dia datang dengan berlari anak kepadanya, dan sesiapa yang mengingatiNya berkumpulan, Dia mengingatnya dalam kumpulan yang lebih mulia, sesiapa yang mensyukuri-Nya dan terima kasihNya akan lebih bersinar lagi, dan jika hambaNya mahu memberi kebaikan, akan dibukakan mata hatinya, Akan diperlihatkan apa yang ia hilang (ghaib) darinya) Mustadrak AlWasail - Oleh Al-Mirza Al-Nawawi: jilid 5, halaman 297. (Pengulas).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan