Halaman

Ahad, 21 Disember 2014

Soalan 424: Rukya dan kasyaf Al-Malakut Al-Samawaat

Soalan 424:
Apakah tafsiran ayat yang mulia ini:

; ﴿ثُمَّ ارْجِعِ الْبَصَرَ كَرَّتَيْنِ يَنقَلِبْ إِلَيْكَ الْبَصَرُ خَاسِأً وَهُوَ حَسِيرٌ﴾

{Kemudian pandanglah sekali lagi niscaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itupun dalam keadaan payah.} [35].

Pengirim: Adham Al Tha'ei - Iraq


Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktirafan.

Dia SWT berfirman:

﴿الَّذِي خَلَقَ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ طِبَاقاً مَّا تَرَى فِي خَلْقِ الرَّحْمَنِ مِن تَفَاوُتٍ فَارْجِعِ الْبَصَرَ هَلْ تَرَى مِن فُطُورٍ * ثُمَّ ارْجِعِ الْبَصَرَ كَرَّتَيْنِ يَنقَلِبْ إِلَيْكَ الْبَصَرُ خَاسئاً وَهُوَ حَسِيرٌ﴾

{Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang? * Kemudian pandanglah sekali lagi niscaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itupun dalam keadaan payah.} [36].

Dalam ayat-ayat ini, Allah SWT menjelaskan kepada hamba-Nya bahawa Dia menciptakan Langit dengan susunan yang tepat dan terdapat peraturan-peraturan Ilahiyah yang memerintahnya, supaya boleh dimasukkan dari yang dituliskan Allah kepada mereka dan untuk menghadapnya dan menaikkan padanya. Oleh itu, tidak ada kecacatan di dalamnya di mana seseorang itu dibenarkan masuk, atau mendengar [sesuatu] dari khabar, atau mencapai apa yang ada di dalamnya dari Kebijaksanaan Ilahiyah dalam usaha untuk mnyedarkan (menarik) manusia dengannya. Maka tidak ada kenaikan ke langit melainkan dengan  kekuasaan dari Allah, sesuai dengan undang-undang (peraturan) Allah SWT, yang berkesan kepada semua hamba-hamba-Nya.

Bagi syaitan pengendap dari kalangan Umat Manusia dan jin, di sana terdapat perkara yang menghalang mereka dan menjadikan mereka tidak dapat masuk ke dalam Kerajaan Langit:

﴿وَلَقَدْ زَيَّنَّا السَّمَاء الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَجَعَلْنَاهَا رُجُوماً لِّلشَّيَاطِينِ وَأَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابَ السَّعِيرِ﴾

{Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu alat-alat pelempar syaitan, dan Kami sediakan bagi mereka siksa neraka yang menyala-nyala..} [37]

Dan ini menafikan kepada orang-orang yang mendakwa bahawa syaitan dapat peluang mengetahui berita awal dari Kerajaan Langit, (dengan mereka mengatakan bahawa jika orang yang beriman melihat betapa mutawatirnya dan yang membimbing mereka kepada Khalifah Allah, bahawa ia adalah mungkin dari syaitan).
                                                        
Oleh itu, mereka menjadikannya sebab untuk mereka menolak berita (khabar) dari Langit yang menolak pada hamba-hamba Allah, yang menghadap kepada Allah, supaya mereka boleh mengenal kebenaran. Oleh itu, Allah SWT di sini menolak balas kepada mereka yang memutuskan jalan Allah dari para ulama yang tidak beramal, dan yang menyebabkan mereka terhalang dari [memasuki] Kerajaan Langit (Al-Malakut Al-Samawaat)  - oleh apa yang tangan mereka usahakan - mereka cuba jika boleh menghalang semua orang dan juga menyesatkan mereka. Dan untuk ini, mereka cuba memperbodohkan Kerajaan Langit dengan segala apa yang mereka boleh untuk menggoda manusia dan menghalang mereka daripada bertawajjuh (menghadapkan diri) ke Kerajaan Langit, dan [daripada mendapat] rukya (mimpi) yang benar dari Allah.
Sesungguhnya engkau melihat mereka pada hari ini sangat-sangat cuba untuk menjatuhkan rukya (penglihatan) dan kasyaf, yang merupakan jalan para Nabi menerima wahi (ilham) dari Allah Yang Maha Suci. Sesungguhnya diutus setiap para Nabi (as) untuk memimpin manusia untuk mendengarkan (perkhabaran) dari Kerajaan Langit (Al-Malakut Al-Samawaat). Tetapi semua ulama sesat melawan mereka di sepanjang perjalanan sejarah dengan cuba untuk menjatuhkan Al-Malakut [Kerajaan Langit] dan rukya-rukya, yang ditetapkan oleh kejahilan manusia.

Bagi orang yang sibuk dengan dunia, kedatangan para Nabi yang mencari dan mengasyikkan diri mereka dengan Al-Malakut], supaya mereka melihat pada Al-Malakut.maka para ulama (fuqahak) sesat berusaha  seperti yang mereka lakukan hari ini, untuk mengekalkan manusia seperti mereka, dan menghalang mereka daripada melangkah ke hadapan supaya mereka mendengar Kalimat Allah. Dan ini adalah dengan mencemarkan nama Kerajaan Langit dan rukya-rukya, yang malangnya memperbodohkan manusia, walaupun ia adalah jalan yang membuka untuk mengenal kebenaran dari Allah dan untuk mendengar Kalimat Allah SWT, Oleh itu, yang rugi sebenarnya ialah dia yang kehilangan Jalan Yang Adung ini dari Jalan Makrifah, dan musibah dan kesulitan adalah untuk sesiapa yang mengikuti ulama sesat dan buta yang hampir-hampir tidak pernah melihat tangan mereka sendiri.

Semoga Allah menjayakan kamu dalam semua kebaikan, dan menjadikan kamu di antara orang-orang yang melihat dan mendengar Kalimat Allah, Yang Maha Suci, dan menolongNya.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Salam ke atas kamu dan rahmat Allah serta keberkatan-Nya.

Ahmad Al Hassan
Rabi3 Al-Awaal, 1431 Hijrah


✡✡✡✡✡


______________________________
[1] Surah Al-Mulk 67:4.
[2] Surah Al-Mulk 67:3 & 4.
[3] Surah Al-Mulk 67:5.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan