Halaman

Sabtu, 20 Disember 2014

Soalan 417: Bertauhid

Soalan 417:
       
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani gigih,

Assalamualaikum, Wahai Pemegang Amanah dan Utusan Imam Ahmad Al-Hassan Al-Yamani dan rahmat Allah serta keberkatan-Nya.

Ya tuan,

روى علي بن إبراهيم، عن أبيه، عن النضر بن سويد، عن هشام بن الحكم، أنه سأل أبا عبد الله (ع) عن أسماء الله واشتقاقها، الله مما هو مشتق ؟ قال: فقال لي: (يا هشام، الله مشتق من إله، والإله يقتضي مألوهاً والاسم غير المسمى، فمن عبد الاسم دون المعنى فقد كفر ولم يعبد شيئاًَ، ومن عبد الله الاسم والمعنى فقد كفر وعبد اثنين، ومن عبد المعنى دون الاسم فذاك التوحيد، أفهمت يا هشام ؟ قال: فقلت: زدني، قال: إن لله تسعة وتسعين اسماً فلو كان الاسم هو المسمى لكان كل اسم منها إلهاً، ولكن الله معنى يدل عليه بهذه الأسماء وكلها غيره. يا هشام، الخبز اسم للمأكول، والماء اسم المشروب، والثوب اسم للملبوس، والنار اسم للمحرق، أفهمت يا هشام فهما تدفع به وتناضل به أعداءنا والمتخذين مع الله جل وعز غيره. قلت: نعم، قال: فقال: نفعك الله به وثبتك يا هشام. قال هشام: فهو الله ما قهرني أحد في التوحيد حتى قمت مقامي هذا)

diriwayatkan daripada Ali bin Ibrahim daripada bapanya, daripada Al-Nadhir bin Suwaid, (Dari Hisham bin Al-Hakam, bahawa dia bertanya kepada Aba Abdillah (as) tentang nama-nama Allah dan nama "Allah" itu apa asalnya, dari mana terbitnya, dia (as) berkata: Ya Hisham, "Allah" berasal daripada "ilah", dan ilah diperlukan kepada yang berpaling (bergantung) padanya, dan nama bukan pada sebutan namanya. Oleh itu, sesiapa yang menyembah nama tanpa makna, sesungguhnya dia telah kafir dan tidak menyembah sesuatu, dan sesiapa yang menyembah nama dan makna, sesungguhnya dia telah syirik dan telah menyembah kedua-duanya. dan sesiapa yang menyembah makna tanpa nama, maka sesungguhnya inilah Tauhid. Adakah kamu faham? Ya Hisham. Katanya. Aku berkata: Tambahlah untukku, kemudian Beliau (as) berkata: Bagi Allah 99 nama, oleh itu, jika nama-nama adalah sebutan nama-nama yang diberikan, maka setiap nama akan menjadi Tuhan. Tetapi "Allah" adalah makna yang nama-nama ini tunjukkan, dan semua nama-nama ini berbeza-beza. Ya Hisham, roti adalah nama untuk apa yang dimakan, dan air adalah nama untuk apa yang diminum, dan pakaian adalah nama untuk apa yang dipakai, dan api adalah nama untuk apa yang terbakar. Adakah kamu faham wahai Hisham? Kefahaman yang dengannya kamu boleh mempertahankan diri dan melawan musuh-musuh kita, yang mengambil selain Allah, Azza wa Jalla sebagai Tuhan. Aku menjawab: Ya. Kemudian Beliau (as) berkata : Semoga Allah memberi manfaat kepada kamu dengannya dan meneguhkan kamu, Ya Hisham. Beliau (as) berkata: Demi Allah, tidak ada yang mengalahkan aku dalam Tauhid dengan peganganku dengan makam ini)"[19]
                    
Dan diriwayatkan daripada Abi al-Hassan al-Ridha (as): Dia adalah diri-Nya dan diri-Nya adalah Dia, Kudrat-Nya tetingkap, dengan itu, Dia tidak perlu menamakan diri-Nya, bagaimanapun, Dia memilih untuk diri-Nya nama-nama supaya yang lain dapat menyeru dengan-Nya. Kerana, jika Dia tidak diseru dengan namaNya Dia tidak akan dikenali, dan [nama] yang pertama Dia pilih untuk diri-Nya adalah Al-3aliy Al-3adzim (Yang Tinggi dan Yang Agung), kerana Dia adalah Maha Tinggi dari segala sesuatu , maknanya Allah, dan Nama-Nya Al-3aliy (Yang Tinggi) dan Al-Azim (Yang Agung) adalah Nama-Nama-Nya yang pertama, yang lebih tinggi di atas segala sesuatu. "[20]

Ya tuan, saya bertanya kepada tuan satu soalan dengan rasa rendah dan hina, untuk saya mengenal Tauhid (Hakikat) yang telah ditunjukkan oleh datuk tuan Imam Al-Hammam Ja'far bin Muhammad al-Shadiq (as) dalam Hadis yang mulia itu, itu adalah soalan yang pertama.

Dan soalan kedua:
diriwayatkan daripada Abi al-Hassan al-Ridha (as): Dia adalah diri-Nya dan diri-Nya adalah Dia, Kudrat-Nya tetingkap, dengan itu, Dia tidak perlu menamakan diri-Nya, bagaimanapun, Dia memilih untuk diri-Nya nama-nama supaya yang lain dapat menyeru dengan-Nya. Kerana, jika Dia tidak diseru dengan namaNya Dia tidak akan dikenali, dan [nama] yang pertama Dia pilih untuk diri-Nya adalah Al-3aliy Al-3adzim (Yang Tinggi dan Yang Agung), kerana Dia adalah Maha Tinggi dari segala sesuatu , maknanya Allah, dan Nama-Nya Al-3aliy (Yang Tinggi) dan Al-Azim (Yang Agung) adalah Nama-Nama-Nya yang pertama, yang lebih tinggi di atas segala sesuatu"

Saya sangat berharap untuk tahu daripada Maulai Al-Yamani, menjelaskan hadith ini iaitu penjelasan yang akan membuat saya tahu Nama Yang Mulia bagi Makrifat dan Hakikat.

Dan soalan ketiga: Ya Tuan, Ya Yamani, adakah kehidupan selepas kematian dengan jasmani atau rohani?
والسلام عليك ورحمة الله وبركاته.
Dan Salam ke atas kamu dan rahmat Allah serta keberkatan-Nya.

Pengirim: Arif - Iraq

Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktirafan.
.
Soalan-soalan yang berkaitan Al-Tauhid, jawapannya akan diterbitkan dalam Kitab 'Tafsir Surat Al-Tauhid ', insya Allah; ia akan diterbitkan tidak lama lagi dengan izin Allah(sekarang sudah diterbitkan dan terjemahan bebasnya). Dan saya bermohon kepada Allah agar Dia memberkati anda dengan pemulihan dan kesejahteraan, Dia adalah pelindungku dan Dia tempat berlindung orang-orang yang soleh, dan bahawa dia memperbaiki semua urusan anda.

Dan ketahuilah bahawa Dunia adalah rumah (tempat) bala’ (percubaan) dan ujian, dan ia adalah hari-hari di mana kita tidak ingat apa yang telah berlalu dari hidup kita. Walaupun satu permintaan daripada anda bahawa anda bercakap mengenai tahun-tahun yang telah berlalu dari kehidupan anda, anda tidak akan dapat berkata-kata lebih daripada satu jam atau beberapa jam. Pada hal, kehidupan kurang daripada satu jam atau beberapa jam, ia harus mengingatkan bahawa manusia tidak mempedulikannya.

﴿قَالَ كَمْ لَبِثْتُمْ فِي الْأَرْضِ عَدَدَ سِنِينَ * قَالُوا لَبِثْنَا يَوْماً أَوْ بَعْضَ يَوْمٍ فَاسْأَلْ الْعَادِّينَ * قَالَ إِن لَّبِثْتُمْ إِلَّا قَلِيلاً لَّوْ أَنَّكُمْ كُنتُمْ تَعْلَمُونَ * أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثاً وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ﴾

{Allah bertanya: "Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi?" * Mereka menjawab: "Kami tinggal (di bumi) sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang menghitung". * Allah berfirman: "Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan sebentar saja, kalau kamu sesungguhnya mengetahui"  * Allah berfirman: "Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan sebentar saja, kalau kamu sesungguhnya mengetahui" * Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? } [21].

Semoga Allah memberikan anda kejayaan, Tulislah Ayat Al-Kursiy dengan kunyit (warna kuning kemerahan) di atas kertas dan bawalah ia bersama anda, dan juga tulis Surah Yaa Siin dan Surah Al-Wāqi’ah dengan kunyit pada sehelai kertas dan letakkan kertas itu di dalam air sehingga tulisnya larut (hilang) di dalam air dan [kemudian] mandi dengan air itu dan jangan biarkan sisa air mengalir ke tempat yang najis, sebaliknya, kumpulkan sisa air itu dan buangkannya di tempat yang suci dan mohonlah kepada Allah untuk kesihatan yang sempurna.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Dan Salam atas kamu dan rahmat Allah serta keberkatan-Nya.

Ahmad Al Hassan
Akhir Safar, 1431 Hijrah



✡✡✡✡✡

______________________________
[1] Al Kafi, jilid 2, halaman 97, hadits 2
[2] Al Kafi, jilid. 1, halaman 113, hadits. 2.
[3] Al-Quran Surah Al-Mu'minuun 23:112-115.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan