Halaman

Jumaat, 19 Disember 2014

Soalan 415: Soalan Abu Muhaame - Palestin

Soalan 415: 
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
 Ya Allah! Berilah selawat atas Muhammad dan keluarga Muhammad.

Saudara-saudara yang dikasihi yang bekerja dengan Al-Syed Ahmad Al Hassan, saya berharap untuk mereka segala kebaikan.

Saya membaca di dalam Kitab ‘Al-Jawab Al-Munir 3ibra Al-Atsir Jilid 3' dan tidak perasan ada ayat

(الصائم يتم صيامه في كل يوم من أيام رمضان...)
(Orang yang berpuasa melengkapkan puasanya pada hari-hari dari hari-hari Ramadhan ...)

Dan apa yang saya tidak sedar pada kata-kata Syed Ahmad Al Hassan: Ramadhan tanpa tambahan perkataan “Bulan”. Kerana saya dapati dalam riwayat-riwayat daripada Ahl Al-Bait (as) bahawa Ramadan adalah Nama dari Nama-nama Allah dan adalah haram kepada kita untuk mengatakan Ramadhan datang atau Ramadan [telah] berlalu. Oleh itu, saya ingin penjelasan dari anda, dan semoga Allah memberikan kita kejayaan dan anda berjaya dengan hak Muhammad dan keluarga Muhammad.

Pengirim: Abu Muhaame - Palestin

Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktirafan.
                                          

Semoga Allah memberikan anda kejayaan dalam semua perkara yang baik, hari-hari Ramadhan adalah dalam Bulan Ramadan, oleh itu, tidak ada perbezaan jika anda mengatakan Bulan Ramadhan atau Hari Ramadan. Sebab kita katakan hari-hari Allah, bagaimanapun, kami tidak mengatakan Allah adalah datang atau Allah [telah] berlalu, kerana sesungguhnya yang berlalu (pergi) dan yang datang adalah sifat-sifat yang baharu (makhluk), oleh itu, dapat memahami perbezaannya. Dan Semoga Allah memberikan anda kejayaan dalam semua perkara yang baik pada hari akhirat dan Dunia ini.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dan Salam sejahtera ke atas kamu serta rahmat Allah dan keberkatan-Nya.

Ahmad Al Hassan
Zhul-Hijjah, 1430 Hijrah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan