Halaman

Rabu, 3 Disember 2014

Soalan 157: Jangan sujud kepada matahari dan bulan

Soalan 157: Jangan sujud kepada matahari dan bulan
       

Soalan 157: Allah SWT berfirman,

﴿وَمِنْ آيَاتِهِ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ وَالشَّمْسُ وَالْقَمَرُ لا تَسْجُدُوا لِلشَّمْسِ وَلا لِلْقَمَرِ وَاسْجُدُوا لِلَّهِ الَّذِي خَلَقَهُنَّ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ﴾

{Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah sujud kepada matahari maupun bulan, tapi sujudlah kepaada Allah Yang menciptakannya, Jika Dialah yang kamu hendak sembah.} [305]

Apakah matahari dan bulan? Dan adakah sujud kepada keduanya haram? Dan adakah sesiapa yang sujud kepada keduanya dan kerana itu ia menjadi haram?

Abu Mushtafa – Basrah

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم، والحمد لله رب العالمين

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah banyaknya, lagi amat Penyayang,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam

Pada zahir ayat ia jelas dan tidak memerlukan penjelasan. Dan ada orang-orang yang beriktikad sedemikian atau beriktikad ketuhanan mutlak (Uluhiyah Muthallaqah) kepada matahari dan bulan, iaitu Hujjah Allah dan WashiyNya pada setiap zaman, terutamanya Muhammad (S) dan Ali (as). Dan saya sebelum ini telah menjelaskan kisah Ibrahim yang disebut dalam Al-Quran. [306]

Jadi apa yang dilarang adalah sujud kepada mereka seolah-olah mereka mempunyai ketuhanan mutlak (Uluhiyah Muthallaqah), dan apa yang diperlukan adalah untuk menganggap mereka arah (kiblat) kepada Allah SWT, yang bermaksud bahawa melalui mereka, Allah dikenali. [307]


Bagi yang menjisimkan yang membawa kesesatan daripada umat yang tersembunyi kepada beriktikadkan dengan ketuhanan (Uluhiyah) matahari dan bulan di alam Jasmani (dunia fizikal), dan penyelewengan ini berasal dari urusan dalam Kerajaan Langit (Malakut AL-Samawaat), bermakna matahari adalah Hujjah Allah dan bulan adalah WashiyNya, atau khususnya, Muhammad (S) dan Ali (as).

Ahmad Al-Hasan
Washiy dan Utusan-Imam Al-Mahdi (as)
                 

✡✡✡✡✡

---------------------------------
[305] – Fushshilat 41:37
[306] - Dalam permulaan Juzuk 1 dari Al-Mutasyabihaat, sila rujuk.
³ Imam Abi Abdillah (as) bahawa dia berkata, "Kami adalah para penguasa Allah, khazanah ilmu Allah, penyimpan wahyu Allah dan ahli agama Allah. Kitab Allah turun ke atas kami, dan kami Allah disembah. Dan jika tidak kerana kami, Allah tidak akan dikenali. Dan kami adalah pewaris para nabi Allah dan keturunannya. "Basair Al-Darajat oleh Al-Saffar, halaman 81.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan