Halaman

Selasa, 2 Disember 2014

Soalan 155: Tuhan di langit dan Tuhan di bumi

Soalan 155: Tuhan di langit dan Tuhan di bumi

Soalan 155: Allah SWT berfirman,

﴿وَهُوَ الَّذِي فِي السَّمَاءِ إِلَهٌ وَفِي الْأَرْضِ إِلَهٌ وَهُوَ الْحَكِيمُ الْعَلِيمُ﴾

{Dan Dialah Tuhan di langit dan Tuhan di bumi dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui [300 Al-Zukhruf 43:84]}

Mengapa dibezakan Tuhan di langit dan Tuhan di bumi, sedangkan Allah SWT adalah Tuhan Yang Maha Esa di langit dan di bumi?

Mukhtar Yusuf - Basrah

Jawapan:
الجواب: بسم الله الرحمن الرحيم، والحمد لله رب العالمين
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah banyaknya, lagi amat Penyayang
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam

Ini bermakna ketuhanan mutlak adalah untuk Allah SWT di langit dan di bumi, yang bertentangan dengan kenyataan mereka yang mengatakan bahawa ketuhanan mutlak bagi Allah SWT adalah di langit manakala ketuhanan mutlak di bumi adalah untuk Isa (as) atau para Hujjaj (as), sama seperti apa yang berlaku pada masa para Imam (as), sebagaimana orang-orang yang mendakwa bahawa diri mereka dan keturunan mereka (as) [para Imam] adalah tuhan di bumi, yang bererti bahawa mereka mempunyai ketuhanan mutlak di bumi.

Dan mereka (as) berlepas diri menolak kenyataan ini dalam hadits-hadits dari riwayat mereka (as). Rujuk kepada apa yang diriwayatkan dari Syeikh Al-Kulaini dalam kitab Al-Kafi, dari Imam Al-Shadiq (as). ²

Ahmad Al-Hasan
Washiy dan Utusan-Imam Al-Mahdi (as)


✡✡✡✡✡

---------------------------------
[300] - Al-Zukhruf 43:84
[301] - Hisham bin al-Hakam berkata, "Abu al-Shakir Daishani berkata kepadaku, 'Terdapat dalam Al-Quran satu ayat iaitu hujah kami terhadap kamu.' Aku bertanya, 'Ayat apa?' Beliau menjawab,
وَهُوَ الَّذِي فِي السَّمَاء إِلَهٌ وَفِي الْأَرْضِ إِلَهٌ

'Ia adalah: {dan Dia lah Tuhan yang di langit dan Tuhan di bumi.} Maka, aku tidak tahu bagaimana menjawabnya. Semasa aku mengerjakan Haji aku memberitahu (Imam) Aba Abdillah (as), maka dia berkata, 'Ini adalah kata-kata seorang kafir (zindiq) yang berniat jahat. Apabila kamu kembali kepadanya tanya apakah nama kamu di Kufah; dia akan berkata Fulan. Kemudian tanya kepadanya apakah nama kamu di Basrah; Ia akan berkata Fulan. Kemudian katakan: Demikianlah Allah Tuhan kami; Dia adalah Tuhan di langit, Tuhan di bumi, Tuhan di lautan, Tuhan di padang pasir, dan Tuhan di semua tempat. dia berkata: Kemudian aku kemukakan kepada Aba Syakir apa di beritahu pada ku kepadanya, dia berkata: ini telah disebutkan dari Hijaz " Al-Kafi Jilid. 1 halaman 128.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan