Halaman

Khamis, 16 Oktober 2014

Soalan 526: Misteri Tenggelamnya anak Nabi Nuh (as)


Soalan 526:
Sebuah pertanyaan tentang Perkara-perkara besar: Di manakah anak Nuh (as) ketika ayahnya memanggilnya dengan berkata:

يَا بُنَيَّ ارْكَب مَّعَنَا وَلَا تَكُن مَّعَ الْكَافِرِينَ
     
{"Hai anakku, naiklah (ke kapal) bersama kami dan janganlah kamu berada bersama orang-orang yang kafir".!} [Surah Hud 11:42],

karena ayat yang mulia menyebutkan bahawa ia telah dipisahkan (selain dari mereka)? Dan semoga Allah membalas Tuan dengan yang terbaik dari ganjaran.

Ya Tuan, ketahuilah bahawa tidak ada seorang pun telah memberikan saya jawapan kepada soalan ini sehingga sekarang. Semoga Allah menafaatkan Tuan untuk manfaat Islam dan Muslimin, dan anak-anak yatim dari keluarga Muhammad, selawat dan salam Allah ke atas mereka. Semoga Tuan sentiasa kekal selamat.

Pengirim: Rasheed Al-Asady, Iraq

Jawapan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
         
Dan pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam
Ya Allah dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad para Imam dan Mahdi-mahdi dan sepenuh pengiktirafan

Semoga Allah memberikan kejayaan kepada anda dengan segala kebaikan. Dia bukan anak dari sulbinya, tetapi ia adalah anak tirinya, anak isterinya. Dan dia tidak tinggal bersama Nuh (as) di rumahnya, dan dia pula tidak beriman pada Nuh (as), begitu juga ibunya. Dan Nabi Nuh (as) tidak meminta isterinya ia juga tidak mengatakan bahawa dia dari keluarganya kerana dia menyatakan pada Nuh (as) bahawa dia tidak beriman dengan dakwahnya (as).

Bagi anak lelakinya itu, atau anak tirinya (anak kepada isteri), dia selalu berasa malu dengan Nuh (as), dan ia tidak pula secara terbuka menyatakan bahawa dia tidak beriman dengan dakwah Nabi Nuh (as). Tetapi ketika air bah itu datang dan ketika saat perpisahan tiba, beliau memilih untuk menyertai ibunya, dan dia berpaling dari Nabi Allah Nuh (as), maka ia binasa. Dan sebab mengapa Nabi Nuh (as) bertanya kepadanya adalah kerana anak tirinya itu menunjukkan simpati terhadap Nabi Nuh (as). Maka Allah menjelaskan kepada Nabi Nuh (as) yang anak tirinya bukan seorang mukmin yang jujur ​​dan ia adalah seorang munafik menyembunyikan kekufurannya pada Nuh (as) dan apa yang menghalang beliau secara terbuka menyatakan dia tidak beiman kepada Nabi Nuh (as) adalah kerana malu kepada Nabi Nuh (as) karena Nabi Nuh (as) yang membesarkannya.

Oleh itu, apabila Allah SWT mengatakan bahawa dia telah dipisahkan, Ia bermakna Dia terpisah dari agama Nabi Nuh (as), yang bermaksud bahawa dia tidak berada di atas agama Nabi Nuh (as), dan juga ia telah dipisahkan dari tempat Nabi Nuh (as), kerana dia tidak tinggal bersama dia, dan ia bukan dari keluarga Nabi Nuh (as), karena keluarga Nabi Nuh (as) orang yang beriman dengan dakwahnya.

Dia SWT berfirman:

﴿وَهِيَ تَجْرِي بِهِمْ فِي مَوْجٍ كَالْجِبَالِ وَنَادَى نُوحٌ ابْنَهُ وَكَانَ فِي مَعْزِلٍ يَا بُنَيَّ ارْكَب مَّعَنَا وَلاَ تَكُن مَّعَ الْكَافِرِينَ * قَالَ سَآوِي إِلَى جَبَلٍ يَعْصِمُنِي مِنَ الْمَاء قَالَ لاَ عَاصِمَ الْيَوْمَ مِنْ أَمْرِ اللّهِ إِلاَّ مَن رَّحِمَ وَحَالَ بَيْنَهُمَا الْمَوْجُ فَكَانَ مِنَ الْمُغْرَقِينَ * وَقِيلَ يَا أَرْضُ ابْلَعِي مَاءكِ وَيَا سَمَاء أَقْلِعِي وَغِيضَ الْمَاء وَقُضِيَ الأَمْرُ وَاسْتَوَتْ عَلَى الْجُودِيِّ وَقِيلَ بُعْداً لِّلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ * وَنَادَى نُوحٌ رَّبَّهُ فَقَالَ رَبِّ إِنَّ ابُنِي مِنْ أَهْلِي وَإِنَّ وَعْدَكَ الْحَقُّ وَأَنتَ أَحْكَمُ الْحَاكِمِينَ * قَالَ يَا نُوحُ إِنَّهُ لَيْسَ مِنْ أَهْلِكَ إِنَّهُ عَمَلٌ غَيْرُ صَالِحٍ فَلاَ تَسْأَلْنِ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنِّي أَعِظُكَ أَن تَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ * قَالَ رَبِّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَسْأَلَكَ مَا لَيْسَ لِي بِهِ عِلْمٌ وَإِلاَّ تَغْفِرْ لِي وَتَرْحَمْنِي أَكُن مِّنَ الْخَاسِرِين﴾

{Dan bahtera itu berlayar membawa mereka dalam gelombang laksana gunung. Dan Nuh memanggil anaknya, sedang anak itu berada di tempat yang jauh terpencil: "Hai anakku, naiklah (ke kapal) bersama kami dan janganlah kamu berada bersama orang-orang yang kafir." * Anaknya menjawab: "Aku akan mencari perlindungan ke gunung yang dapat memeliharaku dari air bah!" Nuh berkata: "Tidak ada yang melindungi hari ini dari azab Allah selain Allah (saja) Yang Maha Penyayang". Dan gelombang menjadi penghalang antara keduanya; maka jadilah anak itu termasuk orang-orang yang ditenggelamkan.* Dan difirmankan: "Hai bumi telanlah airmu, dan hai langit (hujan) berhentilah," dan airpun disurutkan, perintahpun diselesaikan dan bahtera itupun berlabuh di atas bukit Judi, dan dikatakan: "Binasalah orang-orang yang zalim". * Dan Nuh berseru kepada Tuhannya sambil berkata: "Ya Tuhanku, sesungguhnya anakku termasuk keluargaku, dan sesungguhnya janji Engkau itulah yang benar. Dan Engkau adalah Hakim yang seadil-adilnya".* Allah berfirman: "Hai Nuh, sesungguhnya dia bukanlah termasuk keluargamu (yang dijanjikan akan diselamatkan), sesungguhnya (perbuatan)nya perbuatan yang tidak baik.[] Sebab itu janganlah kamu memohon kepada-Ku sesuatu yang kamu tidak mengetahui (hakekat)nya. Sesungguhnya Aku memperingatkan kepadamu supaya kamu jangan termasuk orang-orang yang tidak berpengetahuan".* Nuh berkata: Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari memohon kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui (hakekat)nya. Dan sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaku, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaku, niscaya aku akan termasuk orang-orang yang merugi".} [Surah Hud 11:42-47]

Ahmad Al-Hassan
Nisfu Syaaban 1431 Hijriah


✡✡✡✡✡
_________
[] Catatan penerjemah: "ia adalah perbuatan jahat " berarti dia adalah dari kerja Syaitan, bermakna dia adalah dari tentera syaitan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ini rujuk Soalan 22 dalam Al-Mutasyabihat Jilid 1, ia telah diterjemahkan dan anda boleh mendapatkannya insyaAllah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan