Halaman

Selasa, 16 September 2014

Soalan 217: Mengapa Al-Mahdi tidak muncul di video. Berdosakah orang-orang yang dakwah Islam tak sampai kepadanya. Dosa dan azab yang kekal.

Soalan 217: Mengapa Al-Mahdi tidak muncul di video. Berdosakah orang-orang yang dakwah Islam tak sampai kepadanya. Dosa dan azab yang kekal.

Salam atas kamu
Mengapa Sohib Al-Zaman tidak muncul dalam pita video supaya boleh meyakinkan hati pencinta beliau dan menjadi hujjah ke atas orang yang mendustakan dengan tempatnya tidak akan didedahkan?

Apakah berdosa orang-orang yang Al-Quran tidak sampai kepadanya?

Bagaimana Allah mengazab kita sedangkan Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, kerana melakukan dosa itu dalam masa yang terhad dengan azab yang tidak terhad yang selama-lamanya (Neraka, kekal di dalamnya selama-lamanya)?

Apakah dalil yang membuktikan bahawa manusia mempunyai roh dan bahawa ia akan dibangkitkan selepas mereka mati dan Dan bukankah ia hanya jasad, yang berakhir menjadi tanah (debu)?

Pengirim: Fuad

Jawapan:
Jawapan Soalan 1: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengsihani

Pujian tertentu bagi Allah Tuhan sekalian alam Ya Allah, Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Aali Muhammad Imam-imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktarafan.

Adakah kamu fikir bahawa hanya jika seseorang itu keluar dalam pita video dan mengatakan bahawa dia adalah Al-Mahdi, segala-galanya akan berakhir dan manusia membenarkannya dan akan beriman dengan Al-Mahdi orang-orang yang mendustakan Al-Mahdi??? !!! Pernahkah kamu membaca Al-Quran ?? Dan adakah kamu mendengar tentang Nabi bernama Nuh, dan adakah kamu tahu berapa lama dia menyeru (berdakwah) kaumnya, adakah kamu tahu berapa ramai yang beriman kepadanya?? Dan adakah kamu mendengar Ibrahim, Musa, Isa serta Muhammad (S), dan adakah kamu tahu berapa ramai manusia yang menderita yang dimusnahkan pandangan mereka dalam perkara itu, dan kehidupan ini???

Jawapan Soalan 2: Kamu maksudkan, apakah berdosa orang-orang yang tidak sampai Al-Quran kepada orang-orang yang meninggal dunia dalam kafir dengan kenabian Muhammad (S) ... Dan perkara ini saya dijelaskan dalam salah satu kitab bertajuk, Pencerahan Dakwah Para Rasul, dan saya bawakan kepada kamu beberapa panduan dari buku ini:

Pencerahan dari pembukaan Surah Yusuf:
Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿إِذْ قَالَ يُوسُفُ لَأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَباً وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ * قَالَ يَا بُنَيَّ لا تَقْصُصْ رُؤْياكَ عَلَى إِخْوَتِكَ فَيَكِيدُوا لَكَ كَيْداً إِنَّ الشَّيْطَانَ لِلْإِنْسَانِ عَدُوٌّ مُبِينٌ * وَكَذَلِكَ يَجْتَبِيكَ رَبُّكَ وَيُعَلِّمُكَ مِنْ تَأْوِيلِ الْأَحَادِيثِ وَيُتِمُّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَعَلَى آلِ يَعْقُوبَ كَمَا أَتَمَّهَا عَلَى أَبَوَيْكَ مِنْ قَبْلُ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْحَاقَ إِنَّ رَبَّكَ عَلِيمٌ حَكِيمٌ﴾

((Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: "Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku".* Ayahnya berkata: "Hai anakku, janganlah kamu ceritakan mimpimu itu kepada saudara-saudaramu, maka mereka membuat makar ((rancangan) untuk membinasakan)mu. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia". * Dan demikianlah Tuhanmu, memilih kamu dan diajarkan-Nya kepadamu sebahagian dari ta'bir mimpi-mimpi dan disempurnakan-Nya nikmat-Nya kepadamu dan kepada keluarga Ya'qub, sebagaimana Dia telah menyempurnakan nikmat-Nya kepada dua orang bapakmu sebelum itu, (yaitu) Ibrahim dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.) [7]  

Dalam ayat-ayat ini, perjalanan Yusuf (as) kepada Allah bermula, ia adalah satu peringatan dari Allah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana kepada Yusuf (as) mengenai hakikat (kenyataan) bahawa dia naik dalam Alam Al-Zhar (Zharrah) dan dia lupa dari disebabkan hijab jasad apabila Allah menciptakannya dan menurunkannya ke dunia gelap (Alam Jisim-jisim) ini.

Dan Maha Tinggi berfirman:

وَلَقَدْ عَلِمْتُمُ النَّشْأَةَ الْأُولَى فَلَوْلا تَذَكَّرُونَ﴾

(Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui penciptaan yang pertama, maka mengapa kamu tidak ingat?) [8],

yang bermakna kamu telah dicipta di Alam Al-Zhar (Zharrah) dan Allah telah menguji kamu:

﴿وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنْ بَنِي آدَمَ مِنْ ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَى أَنْفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَى شَهِدْنَا أَنْ تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَذَا غَافِلِينَ * أَوْ تَقُولُوا إِنَّمَا أَشْرَكَ آبَاؤُنَا مِنْ قَبْلُ وَكُنَّا ذُرِّيَّةً مِنْ بَعْدِهِمْ أَفَتُهْلِكُنَا بِمَا فَعَلَ الْمُبْطِلُونَ﴾

(Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa (diri) mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lalai (lupa) terhadap ini.",* atau agar kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya orang-orang tua kami telah mempersekutukan Tuhan sejak dahulu, sedang kami ini adalah anak-anak keturunan yang (datang) sesudah mereka. Maka apakah Engkau akan membinasakan kami karena perbuatan orang-orang yang sesat dahulu?") [9].

Dan ayat ini mempunyai jawapan untuk mereka yang mengatakan apakah berdosa sesiapa yang tidak sampai Islam padanya dan tidak sampai risalah dari langit seperti mereka yang tinggal di kawasan hutan di Afrika atau di hujung bumi atau di daerah yang jauh dari Rasul-rasul (as), dan ayat yang pertama telah menjawab dan mengesahkan bahawa manusia telah pun diuji dan semua orang telah mengambil maqam mereka dan telah dijelaskan keadaan dan kelayakan mereka, dan pada penjelasan ayat kedua bahawa mereka beralasan dalam mengikuti kesesatan nenek moyang mereka di bumi ini atau kerana mereka tinggal di tanah yang tidak disentuh oleh Nabi dan kebenaran tidak sampai dan tiada seorang pun daripada mereka telah menyampaikannya tentangnya; kerana itulah Allah berkata kepada mereka "Aku telah menguji kamu di Alam Al-Zhar (Zharrah) dan Aku mengetahui keadaan kamu dan kelayakan kamu, oleh itu jangan mengatakan:
(Sesungguhnya orang-orang tua kami telah mempersekutukan Tuhan sejak dahulu, sedang kami ini adalah anak-anak keturunan yang (datang) sesudah mereka. Maka apakah Engkau akan membinasakan kami karena perbuatan orang-orang yang sesat dahulu?)
Maksudnya: Allah telah berkata kepada mereka "Aku lebih mengetahui bahawa jika datang para nabi, washiy-washiy dan Rasul-rasul kepada kamu dan mereka menyampaikan risalah langit kepada kamu, nescaya kamu tidak akan percaya kepada mereka dan tidak akan membenarkan mereka,

﴿وَلَوْ عَلِمَ اللَّهُ فِيهِمْ خَيْراً لَأسْمَعَهُمْ وَلَوْ أَسْمَعَهُمْ لَتَوَلَّوْا وَهُمْ مُعْرِضُونَ﴾

(Kalau sekiranya Allah mengetahui kebaikan ada pada mereka, tentulah Allah menjadikan mereka dapat mendengar. Dan jikalau Allah menjadikan mereka dapat mendengar, niscaya mereka pasti berpaling juga, sedang mereka memalingkan diri (dari apa yang mereka dengar itu)..) [10]

Adapun orang-orang yang mengatakan mengapa tidak ditetapkan pada orang-orang kafir di tanah (bumi) yang dikirimkan risalah-risalah dan utusannya? Maka jawapannya ialah bahawa penyampaian adalah diberikan kepada orang-orang yang diberi keutamaan dari orang-orang yang tidak menerima keutamaan dan tidak patut menerimanya. Dan kamu tahu dari pengetahuan sebelumnya, iaitu dia tidak akan menerimanya dengan yakin, jadi menyampaikan kepadanya akan menghasilkan keputusan yang telah disimpulkan (ada), dan oleh itu ia tidak berbahaya untuk mencadangkannya pada sebahagian daripada mereka untuk menjelaskan bahawa yang lain adalah sama dengan orang-orang yang kebenaran telah disampaikan tetapi mereka tidak menerimanya.

Maka ditunjukkan ke atas sebahagian daripada mereka untuk menyempurnakan hujjah dan supaya tidak ada alasan bagi orang-orang yang berkata: (Sesungguhnya orang-orang tua kami telah mempersekutukan Tuhan sejak dahulu, sedang kami ini adalah anak-anak keturunan yang (datang) sesudah mereka.) kerana mereka telah diperlihatkan dan ditawarkan kebenaran dan mereka memilih kesesatan bapa-bapa mereka atas bimbingan Rasul-rasul

: ﴿وَكَذَلِكَ مَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ فِي قَرْيَةٍ مِنْ نَذِيرٍ إِلَّا قَالَ مُتْرَفُوهَا إِنَّا وَجَدْنَا آبَاءَنَا عَلَى أُمَّةٍ وَإِنَّا عَلَى آثَارِهِمْ مُقْتَدُونَ﴾

(Dan demikianlah, Kami tidak mengutus sebelum kamu seorang pemberi peringatanpun dalam suatu negeri, melainkan orang-orang yang hidup mewah di negeri itu berkata: "Sesungguhnya kami mendapati bapak-bapak kami menganut suatu agama dan sesungguhnya kami adalah pengikut jejak-jejak mereka".) [11]

Sebaliknya, mereka jadikan kesesatan nenek moyang mereka sebagai bimbingan dan kebenaran:

﴿بَلْ قَالُوا إِنَّا وَجَدْنَا آبَاءَنَا عَلَى أُمَّةٍ وَإِنَّا عَلَى آثَارِهِمْ مُهْتَدُونَ﴾

(Bahkan mereka berkata: "Sesungguhnya kami mendapati bapak-bapak kami menganut suatu agama, dan sesungguhnya kami orang-orang yang mendapat petunjuk dengan (mengikuti) jejak mereka".
") [12]

Jawapan Soalan 3: Pertama: Kamu perlu tahu apakah dia azab, selepas itu kamu mempunyai pilihan untuk menolak atau tidak:

Baca ayat ini:

﴿لَقَدْ كُنْتَ فِي غَفْلَةٍ مِنْ هَذَا فَكَشَفْنَا عَنْكَ غِطَاءَكَ فَبَصَرُكَ الْيَوْمَ حَدِيدٌ﴾

("Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan lalai dari (hal) ini, maka Kami singkapkan daripadamu tutup (yang menutupi) matamu, maka penglihatanmu pada hari itu amat tajam!") [13]

Dan ketahuilah bahawa azab tidak lain hanyalah mendedahkan hakikat kepada manusia dan meninggalkan mereka dan apa yang mereka telah pilih untuk diri mereka sendiri, Untuk sesiapa yang memilih bumi (dunia) dan kehidupan dunia ini sahaja, akan didedahkan pilihan mereka. Akan disingkap tutupan supaya mereka dapat melihat hakikat diri mereka, seperti mereka melihat tiap-tiap hasad (kedengkian) dikelilingi oleh semua keinginan terlarang adalah nanah dan batang-batang besi yang membelenggunya, dan tidak ada orang lain selain dia, dirinya. Dunia ini adalah ambang neraka jahanam tetapi kamu tidak mengetahuinya. Sebaliknya, kamu berfikir (percaya) bahawa ia adalah syurga selama-lamanya dan itulah sebabnya kamu tidak sabar-sabar untuk memiliki dan meraih sebanyak yang boleh dimiliki daripadanya.

Sekarang, adakah kamu dapati keadilan yang lebih besar daripada keadilan Allah SWT, kerana Dia tidak akan melakukan sesuatu yang buruk kepada kamu, bahkan Dia hanya akan nyatakan pilihan kamu. Bagi sesiapa yang memilih dunia ini atau meraih kebendaan hendaklah tinggal di dalamnya atau berpindah ke tempat yang lebih rendah daripadanya di dalam neraka jahanam dan itu adalah pilihannya. Hanya yang Allah akan lakukan adalah membuang tabir manusia supaya dia melihat realiti dan melihat dan mengetahui pilihannya. Dan juga walaupun membuang tabir (menyingkap hijab) adalah dari keperluan-keperluan (kelaziman) peredaran Al-A3dzam (yang agung) dari kecenderungan akhirat.

Sekarang, azab bukanlah pada hakikatnya selain daripada pilihan kamu. Dan telah diberi amaran kepada kamu Dia SWT daripada pilihan ini tetapi kamu adalah orang-orang tidak suka kepada nasihat.

Jawapan Soalan 4: Jika Allah telah menetapkan (mengesahkan) kepada kamu maka tetaplah ia kepada kamu apa yang telah diberitahu kepada kita, dan jika kamu kafir kepada Allah maka diberitahu kepada kita supaya menetapkan (mengesahkan) kepada kamu kewujudan-Nya, walaupun saya berkata; butalah mata yang tidak melihat Dia Yang Maha Suci.




✡✡✡✡✡


----------------------------------
[7] - Yusuf 12: 4 - 6
[8] - Al-Waqiah 56:62.
[9] - Al-A3raaf 7:172-173.
[10] - Al-Anfal 8:23.
[11] - Al-Zukhruf 43:23.
[12] - Al-Zukhruf 43:22.

[13] - Qaf 50:22

Tiada ulasan:

Catat Ulasan