Halaman

Khamis, 4 September 2014

KEAKUAN DAN PEMBUKAAN YANG JELAS - Pengenalan

KEAKUAN
DAN
PEMBUKAAN YANG JELAS

Ditulis: Misy3al Al Musa - Kuwait
[Ansar Imam Mahdi (as)]


 


Diterjemahkan ke Bahasa Inggeris: Ossama Hasan Al Ansary
Diterjemahkan ke Bahasa Melayu: Aba Al-Hussaini



Dari Kitab

(الأنــا والفتح المبين)
The ‘’I’’ And The Clear Opening


Ditulis: Misy3al Al Musa - Kuwait
Diterjemahkan ke Bahasa Inggeris: Ossama Hasan Al Ansary
Diterjemahkan ke Bahasa Melayu: Aba Al-Hussaini




Versi Ansar Imam Mahdi (as)

(الأنــا والفتح المبين)
The ‘’I’’ and the clear Opening
Keakuan dan Pembukaan Yang Jelas



Editisi Pertama
1435H –2014 M



Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai
Seruan Al-Syed Ahmad Al-Hassan
Sila lawati:www.almahdyoon.org
`






Kebaktian



Kepada Pemilik masa dan zaman

Dan Kepada Maulaku dan Ketuaku Yamani Aali Muhammad, dan Mahdi Pertama, Imam Ahmad Al-Hassan (as)

Kepada arwah para syuhada ansar

Untuk keluarga tertindas yang meringkuk di penjara Penzalim

Kepada Ansar di Timur dunia dan Baratnya

Ya Allah, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku,

Ya Allah kurniakanlah aku makrifah kepadaMu, kerana jika aku tidak dapat makrifah padaMu aku tidak kenal UtusanMu,

Ya Allah kurniakanlah aku makrifah (perkenalkan) kepada UtusanMu, kerana jika aku tidak dapat makrifah pada UtusanMu aku tidak kenal HujjahMu,

Ya Allah kurniakanlah aku makrifah kepada HujjahMu kerana jika aku tidak dapat makrifah pada HujjahMu, aku tidak dapat makrifah (mengenal) agamaku.

Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada (surga) ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk. 

Dan segala puji bagi Allah dan segala hal.

Ya Allah  jadikanlah kami sebagaimana yang Kau sukai, dan janganlah jadikan kami sebagaimana yang kami sukai.

Ya Allah berikanlah kepada kami kemanisan pengabdian kepada Mu, dan dan ajarkan kepada kami mentaaatiMu penurutan, walaupun sekarang.
                    






Pengantar Penterjemah


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
الحمد لله رب العالمين .وصلى الله على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيرا


Saudara-saudari.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Salam ke atas tuan-tuan dengan rahmat Allah dan keberkatanNya.
Segala pujian bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.
Dan Selawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, Aimmah dan Mahdiyyin serta limpahan salam pengiktirafan sebanyak-banyaknya.


Ya Allah aku berlindung denganMu dari sifat keakuan, keegoan dan Al-Ana. Sifat yang menjauhkan aku dariMu, terutama Aku yang berjinak-jinak dengan Si Jahil yang Engkau cipta yang tidak mengenal amar perintahMu, dia yang gelap zulumat itu. Berilah Aku hidayah yang sepadan dengan diriku yang Engkau kehendaki.

Ada terlalu banyak buku-buku atau kitab-kitab yang di hasilkan oleh para ansar (ansar Imam Mahdi (as) yang menjadi pengikut Imam Ahmad Al-Hassan Al-Yamani (as)) dari seluruh dunia. Sebelum ini RISALAH YAMANI DAN WASIAT AR-RASUL oleh Anis Kotia telah saya, Alhamdu Lillah terjemahkan terus dari Bahasa Inggeris. Kini saya cuba, Insya’ Allah menterjemahkan pula buku yang diterbitkan bertajuk Al-Ana Wa Al-Fat7 Al-Mubin (Al-Ana wal Fathul Mubin) dalam Bahasa Arab dan ditulis oleh Misy3al Al Musa, seorang ansar Kuwait dan diterjemahkan ke Bahasa Inggeris bertajuk The ‘’I’’ And The Clear Opening oleh Ossama Hasan Al Ansary yang saya terjemahkan ke Bahasa Melayu: dan diberikan tajuk Keakuan dan Pembukaan Yang Jelas. Sebarang kesalahan penterjemahan adalah dari kekurangan yang ada pada saya dan bukannya dari kesalahan versi-versi Arab dan Inggeris terdahulu.

Mudah-mudahan usaha yang tidak seberapa ini memberi kefahaman kepada saya khususnya dan boleh dipanjangkan kepada saudara jika ia boleh difahami. Saya mohon berbanyak maaf atas kekurangan yang ada di sepanjang perterjemahan ini.

Wassalam. Wa Fi Amanillah.

         
 Aba Al-Hussaini
Zhu Al-Qa3idah 1435


Pengenalan



Hubungan seorang Muslim dengan Allah SWT adalah berdasarkan kepada kepentingan diri, sama ada keinginan kepada syurga, atau takut dengan hukumanNya SWT. Pemikiran kita telah dijajah dan dipenjarakan oleh para fuqahak di akhir zaman (ulamak tidak beramal) yang telah menyifatkan Allah SWT, di antara dua yang berikut..
         
1- Sama ada Dia melihat kesalahan-kesalahan dan dosa-dosa untuk dihukum
2- Atau Dia melimpahkan kurnia dan rahmat, seolah-olah hubungan antara Allah SWT dan hambaNya adalah bersyarat. Manusia berani menghadkan ibadahnya kerana prinsip faedah dan kepentingan diri, terus bekerja keras pada jalan ulamak tidak beramal yang batil yang menonjolkan konsep ibadat mereka dan memaksakannya kepada masyarakat yang jahil.

Mereka telah menyifatkan Allah SWT sementara itu mereka tidak sedar mereka bertindak sebagai tuhan yang perlukan sembahan dan kerja-kerja (amalan) hamba untuk membantunya, meninggikan diri lebih daripada yang disifatkan kepada yang jahil. Sesungguhnya ini adalah satu kepentingan ala perniagaan yang dikaitkan dengan Ego – Al-Ana – Keakuan  manusia yang hidup dan mati untuk  Keakuannya. Tidak ada perbezaan di antara hubungan ini dengan sebuah gerakan penyembelih terkutuk ISIS Sufyani dengan tuannya, yang percaya bahawa tindakan kebinatangnya (subhuman) akan menjanjikan kepadanya syurga dan 70 dara !!!

Ramai orang-orang yang percaya bahawa menangisi Imam Al Hussain (as) akan memberi kita rahmat abadi dan keampunan, sama seperti golongan paderi yang telah mendakwa bahawa untuk diselamatkan, seseorang hanya perlu percaya kepada Jesus (Isa as)). Mereka seperti orang yang menerima hadiah daripada sebuah syarikat dan menyalahgunakannya untuk mengaut keuntungan diri sendiri, kerana tahu bahawa dia mempunyai jaminan nafkah untuk perkara itu dan dia boleh melakukan apa saja yang diingini daripadanya.

Imam Ahmed Al Hassan (as) berkata dalam sebuah khutbahnya (Dan apabila mereka misalnya berkata: Kami telah menangisi Al-Hussain, dan menangis atas Hussain akan menjanjikan kita syurga: Allah SWT, hanyalah akan dikatakan kepada mereka, wahai ulamak batil, Sesungguhnya amalan kamu telah terhapus seperti debu yang berterbangan

﴿وَقَدِمْنَا إِلَىٰ مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَّنثُورًا﴾

(Dan kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan.) Al-Furqaan 25:23,

kerana kamu tidak menangis untuk Al-Hussain (as) yang sebenar, tetapi sesungguhnya kamu telah menangisi ke atas Al-Hussain dalam khayalan kamu, dia tidak mempunyai hubungan dengan Al-Hussain bin Ali, bukan dari dekat atau dari jauh, dan amalan kamu telah hilang seperti debu yang berterbangan, sama seperti dia yang keluar dengan sebatang besi dan ditanamnya di padang pasir dan dituangkan atasnya petroleum, kemudian dia berkata, Sesungguhnya saya telah menanam pokok di taman dan disiram dengan air segar. Akhirnya beliau akan dapati bahawa kerjanya tidak mempunyai nilai, debu yang berterbangan. dan kamu (para ulamak) adalah seperti orang-orang yang mendahului kamu, kamu menuntut bahawa kamu mengatasi Pemilik Al-Haq atas iman, dan kamu tidak menerima bahawa Pemilik Al-Haq mewakilkan kamu, tetapi kerana kesucian jiwanya dan keikhlasannya kepada kamu memerintahkan kamu supaya mengikutinya, di mana walaupun Allah SWT mahu pendekatan (manhaj) ini dilebihkanNya, Iblis menterbalikkannya dengan cara yang mudah. Pada hal untuk memahami tujuannya kepada semua orang yang sepatutnya memahami firmanNya

﴿وَمَا أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ مِنَ الْمُرْسَلِينَ إِلَّا إِنَّهُمْ لَيَأْكُلُونَ الطَّعَامَ وَيَمْشُونَ فِي الْأَسْوَاقِ ۗ وَجَعَلْنَا بَعْضَكُمْ لِبَعْضٍ فِتْنَةً أَتَصْبِرُونَ ۗوَكَانَ رَبُّكَ بَصِيرًا﴾

(Dan Kami tidak mengutus rasul-rasul sebelummu, melainkan mereka sungguh memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar. Dan kami jadikan sebahagian kamu cubaan bagi sebahagian yang lain. Mahukah kamu bersabar?; dan adalah Tuhanmu maha Melihat.) Al-Furqaan 25:20.

Dan kami telah jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain supaya kamu bersabar? Jauh dari itu, sesungguhnya jika orang yang sebelum mereka bersabar, sepatutnya orang-orang pada hari ini akan bersabar

           أَتَوَاصَوْا بِهِ﴾  بَلْ هُمْ قَوْمٌ طَاغُونَ ﴿

(Apakah mereka saling berpesan tentang apa yang dikatakan itu. Sebenarnya mereka adalah kaum yang melampaui batas. 51:53.

 - Khutbah Imam Ahmed Al Hassan (as) dalam bulan Muharam.

Tetapi, Adakah terdapat perangkap yang ketiga yang kita tidak menyedarinya? Atau terperangkap kerana telah hilang dari kita?! Adakah manusia mampu bekerja di sisi Tuhan, tanpa meminta balasan?! Atau tidak melihat pada dirinya sendiri?!

Imam Ahmed Al Hassan (as) mengatakan (Sehingga apabila kita akan tetap melihat diri kita sendiri, Demi Allah, jika Dia SWT membuatkan saya dari permulaan sehingga akhir masa, kemudian dimasukkan dia ke dalam api neraka, DIA telah melakukan kebaikan kepada saya, dan apakah kebaikan yang lebih besar daripada DIA memperlakukan saya walaupun untuk seketika,. apa yang perlu ialah kita tidak peduli melainkan untuk satu perkara iaitu DIA mengangkat (membuang) dari halaman hitam ''Keakuan'' kita ini (ego, Al-Ana) yang hampir tidak mahu berpisah dari kita). – Kitab Ma3a 3abdu Soleh, Jilid 1 halaman 86.

Sesungguhnya kewujudan Manusia itu sendiri dianggap Imam-imam (as) satu dosa, bahkan bagi diri mereka sendiri. Mereka telah melihat diri mereka berdosa dengan kewujudan Allah SWT. Kemudian, bagaimana pula keadaan kita?!!! Terutamanya dalam zaman di mana kita berlumba-lumba memenuhi yang kononnya keperluan (sangkaan semata-mata), yang juga dilihat sebagai mengeluarkan sebahagian dari dugaan kemahuan dan keperluan.
                    
Sebagai contoh: pakaian; Memang benar ia untuk menutup badan, tetapi datang pula saya untuk merenung warna dan reka bentuk (fesyen) dan ... .. pakaian ini. Keperluan ini disertai oleh beberapa perkara yang serupa. Dalam keadaan itu, kita adalah di antara dua perkara:

1- Apa yang kita lihat
2- Apa dorongan zaman (semasa) / kecenderungan (trend – minat) kepada kita.

Hasilnya adalah bahawa, jiwa kita, diseret dan dirantai, ia sama ada diseret oleh hawa nafsu kita sendiri, atau ia diseret mengikut kepentingan awam. Saudara boleh bayangkan wahai pembaca sekelian mengenai perkara-perkara itu dengan makanannya, keinginan-keinginan, minuman, percakapan, tindakan-tindakan, perselisihan, pergerakan, diam, pengetahuan dan usaha mendapatkannya dan lain-lain lagi.

Kita melihat kepada masyarakat dan berusaha untuk bergabung dengan masyarakat ini yang mengabaikan kehendak Allah SWT, tetapi atas alasan apa? Alasan bahawa perkara-perkara yang dinyatakan di atas itu adalah duniawi dan yang remeh-temeh, seolah-olah ketika mengatakannya kita tidak menyedarinya [Allah SWT tidak ada urusan dalam hal ini!, Kita tidak berusaha untuk melibatkan Dia SWT dalam perkara-perkara bodoh duniawi kita]. Oleh itu, kerana kejahilan kita melakukan jenayah besar dengan menetapkan apa yang baik untuk Allah, apa yang kita patut diberikan kepadaNya dan apa yang kita tidak patut berikan dalam hal KetuhananNya, Maha Suci Allah daripada apa yang kita tetapkan!!! Sesungguhnya ini adalah syirik yang dilakukan oleh sebahagian besar penduduk dunia, bukan sahaja oleh orang-orang Islam yang tersesat.

Dengan itu, kita ketepikan Allah SWT pada masa dan bahagian tertentu dalam kehidupan kita, dan kita melihat perkara-perkara ini sebagai perkara remeh dan kita percaya bahawa dengan berbuat demikian kita telah meninggikan Dia dengan perkara-perkara ini, dan kita lupa bahawa Allah SWT adalah pencipta segala-galanya dan wujud pada setiap tempat dan pada setiap masa.

Nampaknya, kita hanya memberi tumpuan kepada ''Aku” (Al-Ana) dan tidak mengendahkan Allah dengan kelalaian tersebut. Yang bermakna melalaikan “DIA”.

Dengan kewujudan ukuruan masa kini dan masa depan ''DIA'' yang kita ketepikan (secara terang-terangan dan tersembunyi), bagaimana kita boleh melihat kepada ''DIA”? Apa yang diperlukan dari kita kemudian kita dapat memberi tumpuan kepada ''Dia / Huwa''??


Dari Imam Ahmad Al Hassan (as) (Manusia dituntut untuk bergerak ke arah makrifat bagi mengetahui bahawa dia tidak mampu mencapai makrifat. Bahawa Kesempurnaan (Allah) yang dihadapkan kepadanya oleh Maha Suci DIA (HUWA), sesungguhnya yang dikehendaki oleh Maha Suci Dia adalah untuk menyampaikan manusia kepada hakikat ini, yang mana ia adalah makrifat sebenar. Sesungguhnya Maha Suci Dia menghadap kepada kita dengan Kesempurnaan Mutlak (Allah) untuk menyampaikan kepada kita, hakikat bahawa kita tidak mampu mencapai makrifat. Seterusnya, kita mengetahui hakikat yang menjadikan kita, dan kita mengetahuiNya apabila kita mengetahui sepenuhnya ketidakmampuan kita dalam mencapai makrifatNya. Makrifat ketidakmampuan kita itulah hakikat makrifat iaitu "Barangsiapa kenal dirinya akan kenal Tuhannya". - Kitab Ma3a 3abdu Soleh, Jilid 2 halaman 16.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan