Halaman

Rabu, 6 Ogos 2014

Soalan 3: Isa ber solat di belakang Al-Mahdi

Soalan 3: Bagaimana kamu boleh katakan bahawa Nabi Isa (as) akan kembali di akhir zaman dan bersolat di belakang seseorang yang kamu katakan bukan seorang Nabi dan namanya adalah Muhammad Al-Mahdi? Bagaimana seorang Nabi boleh bersolat di belakang manusia yang bukan seorang Nabi?

 Rita George, - wanita Kristian
16/Safar/1426 H

 Jawaban: 
بسم الله الرحمن الرحيم، والحمد لله رب العالمين.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Saudari, bersolatnya Nabi Allah Isa bin Maryam (as) dibelakang Imam Al-Mahdi dapat diambil dengan dua cara:

Pertama: Bahawa Imam al Mahdi (as) berkedudukan lebih tinggi dari Nabi Allah Isa (as), dan sudah semestinya beliau bukan lebih baik melainkan beliau mempunyai makam (martabat) Nubuwah, dan dalam masalah ini, makanya tidak ada tempat untuk kekeliruan yang anda bangkitkan. Dan walaupun katakan saya mempercayai sedemikian, saya akan tetap juga bangkitkan kemungkinan kedua dan menjawabnya.

Kedua: Bahawa Isa adalah lebih utama dari Imam Mahdi, dan jika di dalam masalah ini, kekeliruan yang anda bangkitkan akan mempunyai “kedudukan” dalam pencarian kebenaran.

Dan jawabannya ada di dalam Taurat dan Injil atau Perjanjian Lama dan Baru, yang juga ada di dalam Quran.

Dari Taurat atau Perjanjian lama, saya pilihkan untuk anda kisah Sa’ul (Thalut) dan Daud (as), Daud adalah seorang Nabi dari Anbiak Allah dan lebih utama dari Thalut, namun pada permulaannya, Daud (as) adalah seorang tentera di bawah pimpinan Thalut, dan merupakan seorang pengikut beliau. Ini kerana Thalut (Sa’ul) (as) adalah raja lantikan Allah. Daud (as) membunuh Jalut (atau Jaliyat) (laknahu Allah)  semasa beliau menjadi salah seorang dari tentera Thalut. Bacalah Samuel I Bab 17 di dalam Taurat dan kisah Thalut di dalam Al-Quran Al-Karim.

Dan dari Injil atau Perjanjian Baru, saya pilihkan untuk saudari kisah Isa (as) dan Yahya (atau Yohannes). Isa adalah lebih utama dari Yahya namun Isa (as) telah dibaptiskan oleh Yahya (atau Yohannes), walaupun ia adalah berkaitan perkara mentaqdis, membersihkan dan menyucikan,  dan pada makam (martabat) ini, Yahya (atau Yohannes) adalah hujjah Allah ke atas Isa (as). Menurut Injil Matthew Bab 3:
13. Maka datanglah Yesus dari Galilea ke Yordan kepada Yohanes untuk dibaptis olehnya.
14. Tetapi Yohanes mencegah Dia, katanya: "Akulah yang perlu dibaptis oleh-Mu, dan Engkau yang datang kepadaku?"
15. Lalu Yesus menjawab, kata-Nya kepadanya: "Biarlah hal itu terjadi, karena demikianlah sepatutnya kita menggenapkan seluruh kehendak Allah." Dan Yohanes pun menuruti-Nya.
16. Sesudah dibaptis, Yesus segera keluar dari air dan pada waktu itu juga langit terbuka dan Ia melihat Roh Allah seperti burung merpati turun ke atas-Nya,  [1]

Dan di dalam kedua masalah ini, Daud dan Isa keduanya adalah lebih baik dari Yohannes dan Thalut, dan segala puji bagi Allah SWT.

Ahmad al Hassan


✡✡✡✡✡

------------
[1] - Injil Matius, bab III: 13-16.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan