Halaman

Ahad, 10 Ogos 2014

Soalan 28: Mengenai Nasab Al-Syed Ahmad Al-Hassan

Soalan 28:
28: بسم الله الرحمن الرحيم
 
والحمد لله رب العالمين، واللعنة الدائمة على أعداء الدين

Dan Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, dan kutukan yang berterusan ke atas musuh-musuh agama.

Soalan pertama: dari tangan ulamak Al-Marajik manakah Al-Sayyid yang mulia belajar, dan dia dari negara mana?

Soalan Kedua: adakah ini bermakna bahawa beliau terus dari sulbi Al-Imam, dan bagaimana perkahwinan Al-Imam dijalankan (Semoga ruh-ruh kami menjadi tebusannya)? dan apa nama ibunya, yang bermaksud ibu kepada As-Sayyid dan ibunya dari mana? Sila jawab soalan kami dan dengan dokumen, dan kami ada soalan-soalan lain berdasarkan jawapan anda.

Shalih Al-Mayahiy - Iraq
4 / Rabi3 Al-Tsani / 1426 H

Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم،
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang

الحمد لله على بلائه وعظيم نعمائه … اللهم صلِّ على محمد وآل محمد

Segala puji bagi Allah atas ujianNya dan nikmatNya yang besar .... Ya Allah, selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam Alykom WarhmatuAllah wabrkatuh

Jawapan soalan 1: Al-Syed Ahmad Al-Hassan belajar dari tangan Imam Al-Mahd (as) dan dia tidak belajar atau diajar oleh Marajik kerana dia adalah penyampai dari Imam Al-Mahdi (as), dan orang yang menyampai serta membuka jalan kepada beliau (as), dan dia dari daerah Basrah, Iraq.

Jawapan soalan 2: Al-Syed Ahmad Al-Hassan adalah dari keturunan Imam Al-Mahdi (as), dan tidak terus dari pinggangnya. Perkahwinan Imam Al-Mahdi (as) dan keturunannya dibuktikan di dalam kitab (Al-Rad Al-Hasim - Jawapan tegas kepada mereka yang menafikan keturunan Al-Qa'im), perkataan anak adakalanya disebut untuk anak secara langsung dari sulbi manusia (bapa), dan adakalanya ia disebut untuk anak dari zuriat keturunan.

Sepertimana Al-Hassan dan Al-Hussain serta seluruh para Imam (as) disebut sebagai menjadi anak-anak Rasulullah (S) sedang mereka tidak secara langsung anak-anak baginda, akan tetapi dari keturunannya dan dari belahan tubuh anak baginda, Fatimah Al-Zahraa (as). Dan begitulah juga Imam Al-Mahdi (as) yang dinyatakan di dalam beberapa perkhabaran sebagai (anak Fatimah) dan dia tidak secara langsung anaknya tetapi dia adalah dari keturunan beliau ....

Dan Yang Maha Tinggi berfirman dalam Surah Yusuf pada hikayat dari kata-kata Yakub (as) kepada anaknya Yusuf:

﴿وَكَذَلِكَ يَجْتَبِيكَ رَبُّكَ وَيُعَلِّمُكَ مِنْ تَأْوِيلِ الْأَحَادِيثِ وَيُتِمُّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَعَلَى آلِ يَعْقُوبَ كَمَا أَتَمَّهَا عَلَى أَبَوَيْكَ مِنْ قَبْلُ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْحَاقَ إِنَّ رَبَّكَ عَلِيمٌ حَكِيمٌ﴾

Dan demikianlah Tuhanmu, memilih kamu dan diajarkan-Nya kepadamu sebahagian dari ta'bir mimpi-mimpi dan disempurnakan-Nya nikmat-Nya kepadamu dan kepada Aali (keluarga) Ya'qub, sebagaimana Dia telah menyempurnakan nikmat-Nya kepada dua orang bapakmu sebelum itu, (yaitu) Ibrahim dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. [70]

Adalah diketahui bahawa Nabi Allah Ibrahim (as) bukan bapa kepada Yusuf (as) secara langsung, walaupun ia disifatkan sebagai bapanya ...

والحمد لله وحده
dan segala puji bagi Allah semata-mata.

Nadzim Al-3uqaili
Ansar Al-Imam Al-Mahdi (a.s).
  


✡✡✡✡✡

---------------------------
 [70] – Yusuf 12:6.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan