Halaman

Sabtu, 9 Ogos 2014

Soalan 26:Tugas dan tanggung jawab

Soalan 26: :بسم الله الرحمن الرحيم

Al-Syed Ahmad Al-Hassan, semoga Allah memberikan Tuan kekuatan dalam membantu Waliy-Nya dan Al-Qaim dengan Urusan-Nya ...

Saya menyeru manusia untuk menyokong Tuan dan saya menerangkan kepada mereka Fikrah Pergerakan Ansar tetapi tanpa apa-apa jawapan daripada mereka. Soalan saya: Adakah ia Taklif (saya bertanggung jawab) dalam dakwah ini atau adakah ia penambahbaikan (islah) untuk diri saya yang rendah? Adakah saya sepatutnya mengambil persetujuan Imam Al-Mahdi (as) dalam perkara ini? Sila jelaskan arah (sifat) saya mengikut pandangan Imam sendiri dan apa yang dia nasihatkan kepada saya dan bagaimanakah persetujuan diambil (عجل الله له الفرج وسهل له المخرج - semoga Allah mempercepatkan pelepasan untuknya dan memudahkan kemunculan beliau). Dan Allah sahaja yang tahu berapa banyak saya gembira dengan doa ini. Saya mohon Tuan mendoakan untuk saya agar mendapat taufiq dalam memahami maknanya dan mendapat manfaat daripadanya untuk terus menyokong Imam yang ditindas dan dianiaya.

3ala' Razaq
5 / Rabi3 Al-Tsani / 1426 H.


Jawapan: بسم الله الرحمن الرحيم.
Segala puji adalah bagi Allah atas ujianNya dan nikmat yang besar dariNya.... Ya Allah selawat atas Muhammad dan Aali Muhammad

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته,

Tiap-tiap orang yang beriman dengan Risalah Ahmad Al-Hassan dari Imam Al-Mahdi (as) adalah bertanggungjawab untuk berdakwah (menyeru) ketentuan ini, menyokong, menyertai dan mengikutinya, serta mengikut pimpinan daripada Syed Ahmad sendiri, atau melalui wakil-wakil yang dilantik.

Apa-apa kebenaran (keizinan) dari Syed Ahmad Al-Hassan adalah keizinan dan kebenaran Imam Al-Mahdi (as) kerana dia adalah Timbalan (Wakil) Khas dan menyampaikannya dari beliau (as). Saya memohon kepada Allah untuk memberikan kita semua taufiq untuk menyokong kebenaran dan pemegang kebenaran (Sohib Al-Haq).....
والحمد لله وحده
dan pujian adalah untuk Allah semata-mata.


Nadzim Al-3uqaili
Ansar Al-Imam Al-Mahdi (a.s).




✡✡✡✡✡

Tiada ulasan:

Catat Ulasan