Khamis, 7 Ogos 2014

Soalan 14: Untuk sesiapa yang masih meragui Imam Ahmad Al-Hassan (as)

Soalan 14: بسم الله الرحمن الرحيم
﴿وَإِذْ قَالَ مُوسَى لِقَوْمِهِ يَا قَوْمِ إِنَّكُمْ ظَلَمْتُمْ أَنْفُسَكُمْ بِاتِّخَاذِكُمُ الْعِجْلَ فَتُوبُوا إِلَى بَارِئِكُمْ فَاقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ عِنْدَ بَارِئِكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ إِنَّهُ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ﴾

Dan (ingatlah), ketika Musa berkata kepada kaumnya: "Hai kaumku, sesungguhnya kamu telah menganiaya dirimu sendiri karena kamu telah menjadikan anak lembu (sembahanmu), maka bertaubatlah kepada Tuhan yang menjadikan kamu dan bunuhlah dirimu. Hal itu adalah lebih baik bagimu pada sisi Tuhan yang menjadikan kamu; maka Allah akan menerima taubatmu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang".[8]
         
Kepada yang bermurah hati, Al-Syed Ahmad Al-Hassan, washi dan rasul Imam Mahdi (as),
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Saya adalah seorang Syiah yang mendengar seruan Tuan dan meluangkan banyak masa, bukan kerana saya mempercayainya atau mempercayai Tuan, namun kerana kemungkinan bertemu dengan Imam Mahdi melalui Tuan. Saya telah bosan menyembah berhala manusia, mereka yang memanggil diri mereka Marja’, dan mereka sememangnya hanyalah debu, kerana saya berasa sangat teruja mendengar kenyataan Tuan untuk memusnahkan berhala-berhala ini yang tertancap di dada umat Muhammad (sawas), jadi saya benar-benar berharap Tuan, demi datuk Tuan jika Tuan seorang keturunan Nabi, doakanlah saya agar mendapat penghormatan, walaupun sekadar dalam mimpi, untuk bertemu Imam Mahdi (as), yang menjadi seolah-olah bayang yang dikejar namun tidak dijumpai. Tuan, saya berasa sangat sedih kerana keterpisahan beliau dengan kami, atau boleh Tuan katakan, jauhnya saya dari beliau. Saya tidak mempedulikan apa pun kecuali dapat berjumpa beliau, saya mahu menjadi seorang manusia yang dikehendaki oleh Allah dan rasulNya, saya mohon kemaafan jika mengambil banyak masa Tuan, tetapi saya melihat Tuan sebagai cahaya harapan dari dari tempat yang jauh, dan terima kasih. Al-Salamu 3alaikum. Saudara Tuan di sisi Allah


Abu Maryam,
23/Rabi3 Al-Awwal/1426 H

Jawaban: 
بسم الله الرحمن الرحيم، والحمد لله رب العالمين. 
Saudara Abu Maryam, saya berlindung kepada Allah dari Al-Ana (keakuan) hamba yang miskin, yang bergantung kepada kekuasaan Tuhannya.

Saya menyeru saudara dan sesiapa sahaja yang mencari kebenaran untuk mengangkat kapak seperti mana Ibrahim dan menggunakannya untuk memusnahkan kesemua berhala yang disembah selain Allah SWT, termasuklah berhala yang berada dalam diri saudara, iaitu Al-Ana (keakuan-ego).

Dan perbanyakkanlah berzikir mengingat Allah, dan ketahuilah tidak kira berapa banyak saudara lakukannya, saudara tidak akan melepasi orang-orang yang lalai sehinggalah saudara patuh (walak) kepada Waliy (khalifah) Allah dan menjadi salah seorang dari orang-orang yang bersujud (patuh).

Dan kurangkanlah minat saudara kepada dunia, dan ketahuilah tidak kira betapa saudara cuba menjauhkan diri darinya, saudara akan masih berminat padanya sehingga saudara menempuh jalan mendaki lagi sukar, dan membebaskan diri saudara dari neraka dunia dan akhirat.

Diriwayatkan dari Aban Bin Taghlib, dari Abi Abdillah (as): Aku berkata kepada beliau: Semoga aku menjadi tebusan untuk mu, tentang ayat:

﴿فَلَا اقْتَحَمَ الْعَقَبَةَ﴾
Tetapi dia tiada menempuh jalan yang mendaki lagi sukar.. – [Al-Balad 90:11]

Lalu beliau menjawab: Barangsiapa yang diberi penghormatan oleh Allah dengan dijadikan Wilayah kami, telah bertugas dengan bersungguh-sungguh menempuh kesukaran, dan kamilah kesukaran itu, yang mana seseorang menempuhnya akan terselamat. Kemudian beliau diam seketika dan berkata kepada ku: Mahukah kamu memanfaatkan suatu perkataan yang lebih baik untuk kamu dari seluruh dunia dan isinya? Aku berkata: Ya, semoga aku menjadi tebusan mu. Beliau bersabda : Firman Allah: ﴿فَكُّ رَقَبَةٍ﴾ bebaskanlah seorang hamba, kemudian beliau berkata: Setiap manusia adalah hamba kepada neraka, kecuali kamu dan sahabat kamu, kerana Allah menjadikan kamu bebas dari neraka dengan menjadikan kamu (walak - patuh - ikut - taat) Wilayah Ahl Al-Bait. Dan Isa (as) bersabda:

“Berbahagialah orang yang tidak ada alasan untuk menolak Aku!.” Matthew 11:6

Korbankanlah diri mu di antara tangan-tangan Tuhan mu agar kamu dapat menang di hari ini dan esok, segelas yang kamu tidak akan dahaga lagi setelah minum darinya,
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
﴿إِنَّا أَعْطَيْناكَ الْكَوْثَرَ * فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ * إِنَّ شانِئَكَ هُوَ الأَبْتَرُ﴾

Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. * Maka dirikanlah shalat karena Tuhanmu; dan berkorbanlah. * Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus. [Al-Kautsar108:1-3]

Diriwayatkan dari Imam Al Ridha (as), (aku mendengar bapaku Musa Bin Jaafar, berkata: Aku mendengar bapaku Ja'far bin Muhammad, berkata: Aku mendengar bapaku Muhammad bin Ali berkata: Aku mendengar bapaku Ali Bin Al-Hussein, berkata: Aku mendengar bapaku Al-Hussein bin Ali, berkata: Aku mendengar bapaku Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib (as), berkata: aku mendengar Nabi (sawas) bersabda: Aku mendengar Allah AWJ berfirman: لا إله إلاّ الله - La ilaha illa Allah adalah kubu ku, jadi barang siapa yang memasuki kubuku adalah selamat dari siksaan Ku.” Lalu beliau (as) memanggil kami dan berkata: “Dengan syarat, dan akulah syaratnya.” [10]

Dan Al-Haq (kebenaran itu) aku katakan kepadamu, aku adalah syaratnya.

Aku datang kepada mu mewakili Imam al Mahdi (as), dan ia bukanlah kemahuan ku, ia adalah kemahuan orang yang mengutus ku, kerana barangsiapa yang tidak menerima ku, maka dia tidak menerima bapa ku. Dan sebenarnya, barangsiapa yang tidak bermurah dengan anak, maka dia tidak akan bermurah dengan bapanya.

Aku tidak akan merungut tentang kamu kepada Allah, namun datukku, Rasulullah (S) akan merungut kerana baginda menyebutku di dalam wasiatnya, mengenai namaku, nasabku dan sifatku.

Begitu juga dengan bapa-bapa ku, para Imam (as), mereka menyebutku namaku, nasabku dan sifatku serta tempatku.

Begitu juga dengan darah Al Hussain(as) yang ditumpahkan di Karbala kerana Allah, kerana bapaku (as) dan aku.

Begitu juga dengan Isy3iya (Isaiah), Armiya (Jeremiah), Danial dan Yuhana (Yohannes) Al-Barbariy, kerana mereka telah menjelaskan perkara ini kepada manusia di bumi pada tahun-tahun yang lampau, dengan semua ini, kamu masih gagal (untuk mengakui ku)?

Aku mahukan kehidupan dan keselamatan mu, jadi dokonglah aku dengan dirimu, maka berbahagialah mereka mengorbankan dirinya di antara tangan Tuhannya, berbahagialah orang yang tidak ada alasan untuk menolakku, dan berbahagialah orang yang terasing, yang gila pada (pandangan) penduduk bumi, dan waras (berakal) pada (pandangan) penduduk langit.

Jika kamu mahu berjumpa Imam al Mahdi (as), maka bacalah doa ini selepas tengah malam selama 40 hari:

بسم الله الرحمن الرحيم
(
اللهم أنت دليل المتحيرين، ومفزع المكروبين، وغياث المستغيثين، مالي إله غيرك فأدعوه، ولا شريك لك فأرجوه، صلِ على محمد وآل محمد واجعل لي من أمري فرجاً، واهدني لأقرب من هذا رشداً، قرعت بابك، وأنخت رحلي بساحة قدسك وجنابك، طالباً شهادتك، وأنا العبد الخسيس الذليل وأنت الرب العزيز الجليل، بيّن لي أمر أحمد الحسن بأوضح بيان، وأفصح لسان، فإن كان وليك، صدّقته وبايعته ونصرته، وإن كان عدوك، كذبته وحاربته، يا من أوحى للحواريين وشهد لهم بأنّ عيسى (ع) رسوله

Bismillah ar Rahman ar Rahim

Ya Allah, Kau adalah penunjuk bagi yang terkeliru, dan pelindung kepada mereka yang tertekan, dan pembantu kepada mereka yang mencari bantuan, aku tidak punya Tuhan selain dari Mu untuk diseru dan tiada sekutu bagi mu untuk ku rayu, hantarkanlah solawat dan salam kepada Muhammad dan keluarga Muhammad dan jadikan kesenangan ke atas urusan ku, serta pandulah aku ke jalan yang benar yang lebih benar dari jalan ini, aku mengetuk pintu MU, aku berkampung di halaman Mu yang suci sesudah perjalanan ku, memohon kesaksian dari Mu, dan aku adalah hamba yang hina dan rendah sementara Kau adalah Tuhan, yang paling mampu dan agung, jadikanlah urusan Ahmad al Hassan jelas bagi ku dengan pernyataan yang paling jelas dan lidah yang paling fasih, maka jika beliau adalah khalifah mu, aku akan mengimani beliau dan memberi bai’ah kepada beliau serta mendokong beliau, dan jika beliau adalah musuh Mu, aku tidak akan beriman dengan beliau dan akan ku perangi beliau. Wahai Kau yang memberi ilham kepada pengikut Isa untuk bersaksi bahawa Isa adalah RasulMu,

﴿وَإِذْ أَوْحَيْتُ إِلَى الْحَوَارِيِّينَ أَنْ آمِنُوا بِي وَبِرَسُولِي قَالُوا آمَنَّا وَاشْهَدْ بِأَنَّنَا مُسْلِمُونَ﴾

Dan (ingatlah), ketika Aku ilhamkan kepada pengikut Isa yang setia: "Berimanlah kamu kepada-Ku dan kepada rasul-Ku". Mereka menjawab: Kami telah beriman dan saksikanlah (wahai rasul) bahwa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang patuh (kepada seruanmu)". [11]

Bersaksilah untuk ku dan jadikanlah urusan ini jelas pada ku, demi rambut dan daging dan darah dan tulang dan apa yang dibawa oleh bumi dariku memberi kesaksian yang kesaksian mu adalah kesaksian yang paling besar,

﴿قُلْ أَيُّ شَيْءٍ أَكْبَرُ شَهَادَةً قُلِ اللَّهُ شَهِيدٌ بَيْنِي وَبَيْنَكُمْ﴾

Katakanlah: "Siapakah yang lebih kuat persaksiannya?" Katakanlah: "Allah". Dia menjadi saksi antara aku dan kamu. [12]

Wahai Tuhan yang menunjukkan diriNya kepada orang kafir akan risalah Muhammad (s), dengan kesaksian:

﴿وَيَقُولُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَسْتَ مُرْسَلاً قُلْ كَفَى بِاللَّهِ شَهِيداً بَيْنِي وَبَيْنَكُمْ﴾

Berkatalah orang-orang kafir: "Kamu bukan seorang yang dijadikan Rasul". Katakanlah: "Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dan kamu,". [13]

﴿أَمْ يَقُولُونَ افْتَرَاهُ قُلْ إِنِ افْتَرَيْتُهُ فَلا تَمْلِكُونَ لِي مِنَ اللَّهِ شَيْئاً هُوَ أَعْلَمُ بِمَا تُفِيضُونَ فِيهِ كَفَى بِهِ شَهِيداً بَيْنِي وَبَيْنَكُمْ وَهُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ﴾

Bahkan mereka mengatakan: "Dia telah mengada-adakannya". Katakanlah: "Jika aku mengada-adakannya, maka kamu tiada mempunyai kuasa sedikitpun mempertahankan aku dari (azab) Allah itu. Dia lebih mengetahui apa-apa yang kamu percakapkan tentang Al Quran itu. Cukuplah Dia menjadi saksi antaraku dan antaramu dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". [14]

﴿قُلْ كَفَى بِاللَّهِ شَهِيداً بَيْنِي وَبَيْنَكُمْ إِنَّهُ كَانَ بِعِبَادِهِ خَبِيراً بَصِيراً﴾

Katakanlah: "Cukuplah Allah menjadi saksi antara aku dan kamu sekalian. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mengetahui lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya". [15]

Jadi mereka menolak kesaksian Mu, bersaksilah untuk ku Ya Tuhanku, kerana aku tidak akan menolak kesaksian Mu, dan aku bersaksi bahawa rukya (mimpi) ini adalah benar dari Mu, inspirasi Mu yang terkehadapan, dan kata-kata Mu yang telah Kau lebihkan ke atas dunia, wahai Kamu yang memuji Ibrahim dan menjadikan nubuwwah dari anak-anak beliau. Kerana beliau mempercayai rukya (mimpi), kemudia Kau berfirmanL

﴿وَنَادَيْنَاهُ أَنْ يَا إِبْرَاهِيمُ * قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ﴾

Dan Kami panggillah dia: "Hai Ibrahim,* sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. [16]
              
Dan Kau telah memuji Mariam, apabila Kau berfirman:

﴿وَمَرْيَمَ ابْنَتَ عِمْرَانَ الَّتِي أَحْصَنَتْ فَرْجَهَا فَنَفَخْنَا فِيهِ مِنْ رُوحِنَا وَصَدَّقَتْ بِكَلِمَاتِ رَبِّهَا﴾

dan (ingatlah) Maryam binti Imran yang memelihara kehormatannya, maka Kami tiupkan ke dalam rahimnya sebagian dari ruh Kami, dan dia membenarkan kalimat Rabbnya [17]

Wahai yang berbicara dengan Muhammad (s) dan berfirman:

﴿نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ أَحْسَنَ الْقَصَصِ بِمَا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ هَذَا الْقُرْآنَ وَإِنْ كُنْتَ مِنْ قَبْلِهِ لَمِنَ الْغَافِلِينَ @ إِذْ قَالَ يُوسُفُ لَأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَباً وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ﴾

Kami menceritakan kepadamu kisah yang paling baik dengan mewahyukan Al Quran ini kepadamu, dan sesungguhnya kamu sebelum (Kami mewahyukan)nya adalah termasuk orang-orang yang belum mengetahui. * (Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: "Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku". [18]
                                                  
Jadi Kau telah menamakan rukya (mimpi-mimpi) ini dalam penceritaan terbaik di dalam kitab suciMu, dan Kau telah memuji mereka yang beriman kepadanya dari waliMu, NabiMu, dan RasulMu, dan Kau telah hinakan mereka yang tidak mempercayainya dan mengatakan mimpi ini sebagai mimpi samar, kemudian Kau berfirman lagi dengan firman Mu yang benar:

﴿اقْتَرَبَ لِلنَّاسِ حِسَابُهُمْ وَهُمْ فِي غَفْلَةٍ مُعْرِضُونَ * مَا يَأْتِيهِمْ مِنْ ذِكْرٍ مِنْ رَبِّهِمْ مُحْدَثٍ إِلَّا اسْتَمَعُوهُ وَهُمْ يَلْعَبُونَ * لاهِيَةً قُلُوبُهُمْ وَأَسَرُّوا النَّجْوَى الَّذِينَ ظَلَمُوا هَلْ هَذَا إِلَّا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ أَفَتَأْتُونَ السِّحْرَ وَأَنْتُمْ تُبْصِرُونَ * قَالَ رَبِّي يَعْلَمُ الْقَوْلَ فِي السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ * بَلْ قَالُوا أَضْغَاثُ أَحْلامٍ بَلِ افْتَرَاهُ بَلْ هُوَ شَاعِرٌ فَلْيَأْتِنَا بِآيَةٍ كَمَا أُرْسِلَ الْأَوَّلُونَ﴾

Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya).* Tidak datang kepada mereka suatu ayat Al Quran pun yang baru (di-turunkan) dari Tuhan mereka, melainkan mereka mendengarnya, sedang mereka bermain-main, *(lagi) hati mereka dalam keadaan lalai. Dan mereka yang zalim itu merahasiakan pembicaraan mereka: "Orang ini tidak lain hanyalah seorang manusia (jua) seperti kamu, maka apakah kamu menerima sihir itu, padahal kamu menyaksikannya?"* Berkatalah Muhammad (kepada mereka): "Tuhanku mengetahui semua perkataan di langit dan di bumi dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui". * Bahkan mereka berkata (pula): "(Al Quran itu adalah) mimpi-mimpi yang kalut, malah diada-adakannya, bahkan dia sendiri seorang penyair, maka hendaknya ia mendatangkan kepada kita suatu mukjizat, sebagai-mana rasul-rasul yang telah lalu di-utus". [19]

Orang kebanyakan dan pengawal firaun berkata:

﴿أَضْغَاثُ أَحْلامٍ وَمَا نَحْنُ بِتَأْوِيلِ الْأَحْلامِ بِعَالِمِينَ﴾

Mereka menjawab: "(Itu) adalah mimpi-mimpi yang kosong dan kami sekali-kali tidak tahu menta'birkan mimpi itu". [20]

Yusuf mengimani mimpi (rukya) dan menafsirkannya, dan Kau telah memujinya dan berfirman:

﴿يُوسُفُ أَيُّهَا الصِّدِّيقُ﴾

"Yusuf, hai orang yang amat dipercaya.” [21]

اللهم اجعلني كأوليائك وأنبيائك ورسلك، أصدق بالرؤيا، طلائع وحيك وكلماتك التي تفضلت بها على العالمين، وأحسن القصص في كتابك، ولا أنقض عهدك ولا أخلف وعدك

Ya Allah, jadikanlah aku seperti wali Mu, Nabi dan Rasul yang mengimani mimpi, yang terkehadapan dalam inspirasi Mu, dan kata-kata mu yang telah Kau pilih ketimbang dunia, dan riwayat yang terbaik di dalam kitab suci Mu, dan aku tidak menolak kesaksian Mu dan tidak juga aku memungkiri janji Mu.

Kemudian, sebutlah:

أغثني يا رب بحق فاطمة، ارحمني يا رب بحق فاطمة، اهدني يا رب بحق فاطمة

Selamatkanlah aku ya Tuhan di atas hak Fatimah, kasihanilah aku Ya Tuhan, di atas haknya Fatimah, tunjukilah aku ya Tuhan di atas haknya Fatimah


                                                                               
Ahmad Al-Hassan



✡✡✡✡✡
_______________
[8] – Al-Baqarah 2:54.
[9] – Al-Kafi: Jilid 1 halaman 430, Bihar Al-Anwar: Jilid 24 halaman 285.
[10] – 3uyun Akhbar Al-Ridha (as): halaman 145, Bihar Al-Anwar: Jilid 3 halaman 7.
[11] – Al-Maidah 5:111.
[12] - Al-An3aam 6:19.
[13] – Al-Ra3d 13:43
[14] – Al-Ahqaf 46:8
[15] – Al-Isra’ 17:96
[16] – Al-Shaafaat 37:104-105.
[17] – Al-Ta7rim 66:12.
[18] – Yusuf 12:3-4
[19] – Al-Anbia’  21:1-5
[20] - Yusuf 12:44.
[21] - Yusuf 12:46.

Tiada ulasan: