Halaman

Khamis, 7 Ogos 2014

Soalan 12: Apakah sifat-sifat yang menjadikan anda layak untuk tugasan ini?

Soalan 12: Kepada Syed Ahmad Al-Hassan. Salam hormat.

Apakah sifat-sifat yang menjadikan anda layak untuk tugasan ini? Atau apakah sifat-sifat yang membezakan anda dengan Syiah yang lain, yang membuatkan Mahdi anda memilih anda sebagai wakilnya?

Rita George,
25/Rabi3 Al-Awwal/1426 H

Jawaban: 
بسم الله الرحمن الرحيم، والحمد لله رب العالمين

Apabila Allah berfirman kepada Musa (as): Jika kamu datang untuk bermunajat (berdoa), maka datanglah bersama dengan seseorang yang lebih rendah darjatnya untuk menemani kamu.

Jadi apabila Musa (as) melihat seseorang, beliau tidak berani untuk mengatakan dirinya lebih baik dari orang tersebut, lalu beliau mula mempertimbangkan jenis yang lebih rendah dan apabila beliau melihat seekor anjing liar, beliau  memutuskan untuk membawa anjing itu menemani beliau. Lalu beliau melilitkan tali di leher anjing tersebut, namun di pertengahan jalan, Musa melihat kepada anjing tersebut dan berkata: Aku tidak tahu dalam bahasa apa kamu memuji Allah, jadi bagaimana aku lebih baik dari kamu? Maka Musa (as) melepaskan anjing tersebut dan pergi bermunajat.

Allah berfirman: “Wahai Musa, apa yang telah Aku perintahkan pada mu?” Maka Musa menjawab: “Ya Allah, aku tidak menjumpai sesiapapun (yang lebih rendah darjatnya)”.  Lalu Allah berfirman: “Wahai anak Imran, jika kamu tidak melepaskan anjing tersebut, maka akan Ku padamkan nama mu dari senarai kenabian.”[7]

Dan saya, hamba yang hina, tidak terlintas di hati kecil  bahawa saya lebih baik dari anjing liar itu, dan saya melihat diri saya mempunya dosa yang besar, di tangan Tuhan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
                                                
                                                                       
Ahmad Al-Hassan

✡✡✡✡✡
_______________
[7] - lihat: 3iddah Al-Da3iy: halaman 204 .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan