Halaman

Rabu, 16 Julai 2014

Soalan 170: Apa dia Pembukaan yang nyata (الفتح المبين)

Soalan 170: Apakah maksud perenggan doa Iftitah ini, yang diriwayatkan daripada Imam Al-Mahdi (as):

اَبْدِلْهُ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِ اَمْناً يَعْبُدُكَ لا يُشْرِكُ بِكَ شَيْئاً

(dan tukarkanlah padanya selepas ketakutannya dengan keselamatan. Untuk mengabdi kepadaMu, tanpa syirik padaMu dengan sesuatu jua pun.) [326]?

Jawapan: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
                            
Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi

Iaitu: untuk membuka kepadanya pembukaan yang nyata (الفتح المبين) supaya menghentikan Al-Ana (Keakuan), sehinggia yang kekal hanyalah Allah Al-Wahid Al-Qahhar (Yang Tunggal lagi Maha Penakluk).

Ia adalah berhubung dengan Nabi Muhammad (sawas) yang telah nyata dibukakan padanya. Tetapi bagi Amir Al-Mukminin (as) dibukakan padanya dengan terbukanya hijab bersama Rasulullah Muhammad (sawas). Dengan itu dibukakan padanya oleh Rasulullah (sawas). Maka jadilah juga Amir Al-Mukminin Ali (as) tidak kekal melainkan Allah Al-Wahid Al-Qahhar (Yang Tunggal lagi Maha Penakluk)., dan Ali (as) tidak kekal, dan kembali kepada akhir keperibadian keakuan (Al-Ana wa Al-Syakhshiyah).

Tetapi terdapat perbezaan pada pembukaan Amir Al-Mukminin Ali (as) antara keduanya pada Hijab. Hijab yang pertama antara keduanya terbuka kepada Rasulullah pada hakikatnya, dan yang kedua kepada Ali (as), dan begitulah kepada Imam Al-Mahdi (as). Pada akhir Ghaibah Shughra dibukakan padanya maka tiada lagi ketakutan, tidak lagi kembali padanya syirik iaitu wujudnya Al-Ana (keakuan); untuk mendapatkan pembukaan padanya (as).

Ada pun pada zaman kezuhuran yang diperlukan untuk pembukaan adalah Mahdi Pertama, itulah ketakutan yang ditukarkan dari rasa takut kepada yang lebih selamat, dan bermohon kepadaNya untuk: [mengabdi kepadaMu, tanpa syirik padaMu dengan sesuatu jua pun], untuk meningkatkan halaman wujudnya Al-Ana dalam Anaat (peringkat) iaitu dibukakan kepadanya.

Roh Qudus Al-A3dzam adalah bersama Rasulullah (as), dan apabila dibukakan kepadanya ia bergerak dari Rasul kepada Amir Al-Mukminin Ali (as); kerana Rasulullah (as) melepaskannya untuk mengimbangi pembukaan berikutnya untuk mengimbangi Roh Qudus Al-A3dzam.

Oleh itu Imam Mahdi (as) melepaskan Roh Qudus Al-A3dzam pada zaman kezuhuran; kerana dibukakannya pada zaman Ghaibah Shughra, untuk diserahkan Roh Qudus Al-A3dzam kepada Mahdi Pertama, seperti yang disebut (ditashdiq) oleh Rasulullah (sawas) diri-diri kami dan diri-diri kamu pada Ali (as). Begitulah pula ditashdiq oleh Imam Mahdi (as) pada Mahdi Pertama (as), pada pakaian yang dipakai oleh Rasulullah dan Amir Al-Mukminin Ali adalah Roh Qudus Al-A3dzam. Dengan itu mereka hanya seimbang dari sudut ini, dan walau bagaimana pun Rasulullah (sawas) lebih utama daripada Ali (as).

Begitulah pula Imam al-Mahdi (as) adalah lebih utama daripada Mahdi Pertama, persamaan mereka dari sudut jubah (pakaian) ini. Ia adalah Roh Qudus Al-A3dzam, yang dipakaikan kepada Mahdi Pertama itu; kerana ia perlu mengimbanginya, tetapi Mahdi Pertama tidak mendapat pembukaan padanya. Walaupun Imam Mahdi (as) mendapat pembukaan, untuk mengimbangi pembukaan; kerana pada peringkat tidak akan kekal hanyalah Allah Al-Wahid Al-Qahhar (Yang Tunggal lagi Maha Penakluk).

Mahdi Pertama tidak dapat pembukaan, untuk mengimbangi Roh Qudus Al-A3dzam ini, dia menyerunya dengan [mengabdi kepadaMu, tanpa syirik padaMu dengan sesuatu jua pun], iaitu, sehingga kewujudan Al-Ana antara kebimbangan tidak dilihatnya kerana tidak melihat, dan tidak mengenal melainkan Allah, maka berbadah adalah bermakrifah.

Mengabdi kepadaMu: Iaitu mengenaliMu, dan tanpa syirik padaMu: tidak mengenali selainMu walaupun dirinya sendiri, yang mencapai pembukaan yang nyata padanya.

Sahabat Al-Qaim juga bukanlah Mahdi Pertama dan mereka akan diimbangi dengan Roh Qudus, tetapi bukan Roh Qudus Al-A3dzam, dan semuanya menurut kadar tertentu. Oleh itu mereka adalah orang-orang yang dipelihara: (Perjanjianmu di telapak tanganmu) [327], (dan Allah meletakkan Tangannya di atas kepala hamba-hambaNya, maka dikumpulnya dalam fikiran mereka dan dilengkapkan dengan mimpi-mimpi mereka) [328].



✡✡✡✡✡

-------------------------
[326] – Doa Iftitah / Mafatih Al-Jinan.
[327] - Dari Dalail Al-Imamah oleh Thabari (Al-Syi3iy): halaman 467, dan Al-Ghaibah oleh Al-Nu3maniy: halaman 319, dari Al-Baqir (as) berkata: (Ketika al-Qa'im bangkit dia akan mengirimkan ke jajahan-jajahan di Bumi, di setiap jajahan [dia akan mengirimkan] seorang lelaki [yang mana Imam akan berkata], 'Perjanjianmu di telapak tanganmu, maka jika ada sesuatu yang kamu tidak faham muncul atau kamu tidak tahu pengadilan di dalamnya, maka lihatlah di telapak tanganmu dan laksanakan dengan apa yang di dalamnya).
[328] – Dari Abi Ja'far (as), beliau berkata: (Jika bangkit Qaim kami Allah meletakkan Tangannya di atas kepala hamba-hambaNya, maka dikumpulnya dalam fikiran mereka dan dilengkapkan dengan mimpi-mimpi mereka) Al-Kafi: Jilid 1, halaman 25 hadits 21.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan