Halaman

Isnin, 14 Julai 2014

Soalan 161: Al-Quran yang tak bersuara dan yang berkata-kata

Soalan 161: Dia Yang Maha Tinggi Dia berfirman:

﴿وَإِذَا قُرِئَ عَلَيْهِمُ الْقُرْآنُ لا يَسْجُدُونَ﴾

dan apabila Al Quran dibacakan kepada mereka, mereka tidak bersujud, [270],
Ayat ini mencela mereka yang tidak bersujud apabila Al-Quran dibaca, adakah sujud diwajibkan dengan bacaan Al-Quran?

Jawapan: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
                            
Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi

Al-Quran adalah [Imam dan hujjah atas penciptaan pada setiap zaman] [271], dan membacanya adalah untuk membaca amalannya atas manusia dalam kehidupan di dunia ini, maka manusia diwajibkan taat kepadanya dan tunduk kepada perintahnya, dan ini adalah sujud yang telah ditolak oleh Iblis (laknahu Allah), dan yang ditolak semua yang dijangkiti oleh Ketua penipu Iblis (laknahu Allah.)

Manusia menolak Al-Quran yang berkata-kata, ia adalah Imam dan Hujjah Allah pada zaman mereka (as), Mereka menolak dari mentaatinya adalah dengan menolak bersujud, seperti yang ditolak oleh iblis (laknahu Allah) untuk sujud kepada Adam :

﴿وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلاً﴾

Dan ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turanan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang-orang yang zalim. [272].
            

✡✡✡✡✡


-------------------------
[270] – Al-Insyiqaq 84:21
[271] - Berkara Imam Ali (as): (Aku Al-Quran bercakap) Yanabi3  Al-Mawaddah oleh Zhawi Al-Qurba: Jilid 1, halaman 214.
Dan darinya (as) berkata: (Kitab Allah ini tak bersuara, Aku Kitab Allah yang bercakap) Wasail Al-Syi3ah (Aali Al-Bayt): Jilid 27, halaman 34.
Dan darinya (as) berkata: (Ini adalah Kitab Allah yang tak bersuara dan aku laluan padanya, Maka ambillah Kitab Allah yang berkata-kata dan telah mengeluarkan hukum-hukum (peraturan) dengan Kitab Allah yang tak bersuara, tidak ada laluan lain padanya sama sepertiku) Al-3amadah oleh Ibn Al-Bathriq: halaman 330.
Dan daei Abdul Rahman bin Katsir Al-Hashemi dari Abi Abdillah (as) berkata: (Dia yang tahu tentang Kitab ini adalah aku, yang akan membawanya kepada kamu sebelum ia sampai ke sisi kamu, berkata: Kemudian ia Abu Abdullah (as) bertenang dan meletakkan jari-jarinya antara dadanya dan kemudian berkata: Demi Allah, di sisi kami keseluruhan ilmu Al-Kitab) Bashair Al-Darajat oleh Al-Shafar: halaman 232-233.

[272] – Al-Kahfi 18:50.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan