Halaman

Sabtu, 12 Julai 2014

Soalan 159: Rahsia Surah Al-3ashr

Soalan 159: Dalam (Kitab Al-Mutasyaabihaat) dalam tafsiran Surah Al-3ashr, Tuan berkata: [Inna AL-Insaana - adalah  Ali bin Abi Talib (as), dia berada dalam kerugian berbanding Rasulullah (sawas)], tetapi bagaimana tidak termasuk orang-orang yang beriman, dan ini dirasakan seolah-olah mereka lebih baik daripada Ali (as) dengan apa yang tuan terangkan?!

Jawapan: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
                               
Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi

Al-Quran keseluruhan dalam Al-Fatihah, dan Al-Fatihah dalam Basmallah, dan Basmalah dalam huruf Al-Baa’ dan huruf Al-Baa’ dalam titik [252]. Ini bermakna bahawa Al-Quran setiap kali naik kepada Allah SWT disimpulkan  berkurangan; berkurangan bahagian-demi bahagian dan saling hidup menghidupkan setiap kali naik ke Alam-alam Al-Malakutiyah, sehingga sampai kepada cahaya dan Al-Kuliyaat maka ia menjadi cahaya Al-Quran sepenuhnya.

Dan apa yang diterangkan dari Surah [Wal-3ashr] ia adalah pada martabat yang tinggi daripada Al-Quran, di mana tidak wujud selain Muhammad, Ali dan Fatimah (as) - Ali dan Fatimah (as) cahaya yang satu - tidak wujud selain mereka, maka menjadi penuh Surah (Al-3ashr) di alam itu:

﴿وَالْعَصْرِ * إِنَّ الْأِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ﴾

Demi masa * sesungguhnya manusia di dalam kerugian. [253],

Ini adalah Surah Al-3ashr di alam yang tinggi itu, tidak wujud baki (selebihnya) bagi surah ini di alam tersebut, ia adalah:

﴿إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ﴾
                                                                                    
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran. [254] - untuk menghadapi bantahan ini.

Dalam alam dunia ini, maka manusia adalah keturunan manusia, iaitu manusia kerana wujudnya dalam dunia (alam) jasmani ini di dalam kerugian dalam kejatuhan, melainkan jika beriman dengan Waliy Allah pada zamannya dan bekerja (beramal) dengannya:
﴿إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ﴾
melainkan orang-orang yang beriman dan beramal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran..


           

✡✡✡✡✡

-----------------------------
[252] – Dari Amir Al-Mukminin (as): (Bahawa Ilmu alam semesta (3ulum Al-Kun) semuanya dalam Al-Quran, dan Ilmu Al-Quran kesemuanya di dalam Tujuh Yang Berulang (Al-Sabi3 Al-Matsani), Ilmu Tujuh Yang Berulang di dalam Basmallah, dan Ilmu Basmallah di dalam nukhtah (titik), dengan itu saya nukhtah (berhenti di sini)) Hadits Empat puluh oleh Al-Syeikh Ibrahim Al-Khoei: halaman 231.
[253] - Al-3ashr 103:1-2.

[254] - Al-3ashr 103: 3.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan