Halaman

Ahad, 6 Julai 2014

Soalan 135: dan 136

Soalan 135: Mengapa penyediaan untuk Imam Mahdi (as) dan tanda-tanda kebangkitannya dan kerajaannya apabila ia telah memulihkan urusan pemrintahannya berakhir di Iraq?

Jawapan: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
                   
Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi

Kerana sinilah tempat terdapatnya jasad dan makam Ali bin Abi Talib (as), dan ia adalah di Iraq.


✡✡✡✡✡


Soalan 136: Apa yang di maksudkan dengan kata-kata Amir Al-Mukminin (as) dalam doa subuh: [عقلي مغلوب - akalku terkalahkan] [83]?

Jawapan: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
                   
Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi

Dari sudut (aspek) Al-Ana (keakuan) dan kegelapan, kalaulah tidak berlaku hal ini pada Muhammad (sawas), dan berada pada martabat
﴿إنا فتحنا لك فتحاً مبيناً﴾
Sesungguhnya Kami telah membukakan kepadamu pembukaan yang nyata, [84],
Ia adalah martabat Muhammad (sawas), seperti yang telah kusebutkan sebelum ini di dalam (Tafsiran) Surah Al-Fatihah [85]  dan di dalam Al-Mutasyaabihaat [86] bahawa Muhammad (sawas) telah dibukakan kepada baginda dan dikasyafkan (diperlihatkan) kepada baginda Tabir Al-Lahut (Ketuhanan). Ia adalah dalam keadaan mengepak (bergetar-beralun) di antara fana’ yang tidak kekal melainkan Allah Al-Wahid Al-Qahhar, dan kembali kepada Al-Ana dan Keperibadian.

Dan Ali (as) tidak dikasyafkan padanya Tabir ini, dan dia (as) telah menyebutkannya ketika mana berkata: (jika dikasyafkan (dibukakan) kepadaku Tabir nescaya aku tidak ditambahkan keyakinan) [87], iaitu, yang dikasyafkan kepada Muhammad (sawas), dan hanyalah dia dikasyafkan Tabir yang bukan martabat Muhammad (sawas).


✡✡✡✡✡

-----------------------------
[83] – du3a Al-Shaba7 (Doa Subuh) / Mafati7 Al-Jinan (kunci-kunci Syurga).
[84] – Al-Fat7 48:1.
[85] - Rahsia Imam Mahdi - Sebahagian Dari Ilmu Tafsiran Surah Al-Fatihah: Martabat nama-nama Allah Ta/ala / Martabat ketiga.
[86] - Rahsia Imam Mahdi (Al-Mutasyaabihaat): Jilid 2 / Soalan (28) mengenai hijab Cahaya-cahaya dan Kegelapan-kegelapan dan sumber-sumber lain, sila rujuk.

[87] – Al-Manaqib oleh Ibn Syahr Ashyub: Jilid 1, halaman  317, Al-Manaqib Al-Khuwarizmi: halaman 375.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan