Halaman

Sabtu, 5 Julai 2014

Soalan 132: Sulaiman (as), kuda dan Solat 'Ashar

Soalan 132: berkata Sulaiman (as) :

﴿رُدُّوهَا عَلَيَّ فَطَفِقَ مَسْحاً بِالسُّوقِ وَالْأَعْنَاقِ﴾

"Bawalah kuda-kuda itu kembali kepadaku". Lalu ia potong kaki dan leher kuda itu. [69],
Apakah permintaan Nabi itu? Ada yang mengatakan: Bawa balik matahari, dan sebahagian daripada mereka mengatakan: Bawa balik kuda dan dibunuhnya.

Jawapan: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
                   
Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi

Sesungguhnya Sulaiman (as) bertanya kepada malaikat yang mewakili matahari supaya dikembalikan ke tengah langit selepas ketiadaannya (tenggelamnya), dengan perintah Allah SWT, untuk bersolat ‘Ashar selepas habis waktunya, kerana dia sibuk menyediakan kuda untuk Jihad [70].


✡✡✡✡✡

-----------------------------
[69] – Shad 38:33.
[70] – Al-Thabrasi, berkata: Ibn Abbas berkata: (Aku bertanya Ali (as) tentang ayat ini, beliau berkata: Siapa yang menyampaikan padamu, Wahai Ibn Abbas. Aku berkata: Aku mendengar dari Ka’ab yang berkata: Sulaiman mengurus kuda-kuda sehingga dia terlambat solat, Lalu beliau berkata: Bawalah kembali kepadaku. - yakni kuda-kuda, berjumlah empat belas ekor kuda - lalu dipotong kaki dan lehernya dengan pedang, maka dibunuhnya dan dirampasnya milik Allah selama empat belas hari, kerana menzalimi kuda dan membunuhnya. Berkata Ali (as): Ka’ab berdusta, tetapi Sulaiman mengurus kuda-kuda pada hari yang sama. Kerana dia mahu menentang musuh, sehingga terbenam matahari dan hilang dari pandangan, beliau berkata, dengan perintah Allah Ta’ala kepada malaikat yang mewakili matahari: Bawalah ia kembali kepadaku. Aku menjawab, Maka bersolat ‘Ashar pada waktunya. Sesungguhnya nabi-nabi Allah tidak akan berlaku zalim, dan tidak menyeru kepada kezaliman, kerana mereka adalah orang-orang yang ma'sum dan suci) Majmu3 Al-Bayan: Jilid 8 halaman 359.

Dan dari Al-Shadiq (as) berkata: (Sulaiman bin Daud (as) mengurus kuda pada hari yang sama hingga ke petang, pengurusan yang diberikannya sehingga terbenam matahari dan hilang dari pandangan, maka dia berkata kepada malaikat: Bawalah matahari kembali kepadaku sehingga aku bersolat dengan solatku pada waktunya maka dikembalikannya, Lalu dia mendirikannya sampai ke bahagian kaki dan lehernya, dan memerintahkan para sahabat yang terlepas solat bersamanya itu, dan itulah wuduk mereka untuk bersolat, maka dia mendirikan solat apabila hilang matahari dan muncul bintang-bintang, itulah kata-kata Allah SWT:
ووهبنا لداود سليمان نعم العبد إنه أواب إذ عرض عليه بالعشي الصافنات الجياد فقال إني أحببت حب الخير عن ذكر ربي حتى توارت بالحجاب ردوها علي فطفق مسحا بالسوق والأعناق

Dan Kami karuniakan kepada Daud, Sulaiman, dia adalah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya), * (ingatlah) ketika dipertunjukkan kepadanya kuda-kuda yang tenang di waktu berhenti dan cepat waktu berlari pada waktu petang, * maka ia berkata: "Sesungguhnya aku menyukai kesenangan terhadap barang yang baik (kuda) sehingga aku lalai mengingat Tuhanku sampai kuda itu hilang dari pandangan".* "Bawalah kuda-kuda itu kembali kepadaku". Lalu ia potong kaki dan leher kuda itu. [Shad 38:30] – Man La Ya7dhuruh Al-Faqih: Jilid 1 halaman 202-203.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan