Halaman

Sabtu, 14 Jun 2014

Soalan 98: Mmatahari, bulan dan siang hari

Soalan 98: Allah berfirman:
﴿وَالشَّمْسِ وَضُحَاهَا * وَالْقَمَرِ إِذَا تَلَاهَا * وَالنَّهَارِ إِذَا جَلَّاهَا﴾

Demi matahari dan cahayanya di pagi hari, * dan bulan apabila mengiringinya, * dan siang apabila menampakkannya, [190], bagaimanakah siang hari yang menampakkan matahari, atau matahari tidak menampakkan dan menunjukkan siang hari?

Jawapan: Dalam ayat ini matahari adalah Rasulullah Muhammad (sawas), dan bulan yang mengiringinya adalah Ali bin Abi Talib (as) iaitu Washiynya Khalifahnya, dan siang hari dalam ayat ini adalah Imam al-Mahdi (as). Ianya sudah pasti Imam Mahdi (as) yang juga anak dari Muhammad (sawas) dan Ali (as), yang zahir dan tajallinya dari Rasulullah (sawas), tetapi Imam al-Mahdi (as) yang zahir dan tajallinya hakikat Rasulullah (sawas) atau matahari pada penciptaan ketika zahirnya dan manusia mengenal hakikat Rasulullah (sawas), maka Imam Mahdi (as) zahir dan tajallinya dari Rasulullah (sawas), dan dia juga adalah menunjukkan menampakkan Rasulullah Muhammad (sawas) bagi penciptaan.


✡✡✡✡✡

-----------------------------
[190] – Al-Syams 91:1-3.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan