Halaman

Jumaat, 20 Jun 2014

Soalan 81: Adakah Al-Qur'an itu makhluk, atau Khaliq (pencipta)?

Soalan 81: Adakah Al-Qur'an itu makhluk, atau Khaliq (pencipta)? Adakah ia muhdats (baharu), atau qadim (sedia ada)? Telah diriwayatkan dari Ahl A-lBait (as) bahawa ia makhluk, ada yang meriwayatkan ia Al-Khaliq, dan ada di dalam riwayat ia Kalam Allah bukan Khaliq mahupun makhluk?!

Jawapannya: di dalam riwayat dari Ibn Khalid, berkata: Aku berkata kepada Al-Ridha (as): Wahai anak Rasulullah, khabarkan padaku tentang Al-Quran Khaliq atau makhluk? Beliau berkata: (Ia bukan Khaliq mahupun makhluk, tetapi firman (Kalam) Allah Azza wa Jalla) [121].

Dari Al-Yaqthini berkata: Abu Hassan III (as) menulis surat untuk segolongan Syiahnya di Baghdad: (Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga kami dipelihara Allah dan kepada kamu dari fitnah, kerana ia lebih besar dari nikmat dan ia memusnahkan. Kita lihat bahawa perdebatan pada Al-Quran adalah suatu bid’ah syirik yang padanya ada soalan dan jawapan. Penyalahgunaan soalan yang tidak perlu disoal dan dijawab.Ia bukan Al-Khaliq (Yang Mencipta) melainkan Allah dan ia juga bukan makhluk. Al-Quran adalah Kalam Allah, tidak dijadikan dia nama di sisi kamu, nescaya kamu menjadi orang-orang yang sesat. Kita telah dijadikan Allah dan kepada kamu dari orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka dengan yang ghaib dan mereka itu selalu berhati-hati dengan Al-Sa’ah) [122].

Di dalam riwayat dari Al-Shadiq (as): (...... Al-Quran firman Allah bukan muhdats (baharu), atau azali (sedia ada) dengan Allah Ta’ala dan Maha Tinggi Allah dari disebutkan sedemikian itu. Adalah Allah Azza wa Jalla, tiada suatu pun selain Allah yang mengetahui dan tidaklah majhul (yakni ia bukanlah sesuatu yang tidak diketahui akan maknanya), Adalah Allah Azza wa Jalla tidak bercakap, tidak berkehendak dan tidak bergerak ataupun melakukannya oleh Tuhan Kita Jalla wa Azza, kerana semua sifat ini muhdats (baharu) tiada perbuatan baharu dariNya Jalla wa Azza, Tuhan Kita dan Al-Quran Kalam Allah dan bukan makhluk.Ia khabar (pemberitahuan) supaya kamu menerimanya, dan khabar itu selepas apa yang terjadi pada kamu yang diturunkan dari Allah kepada Muhammad, Rasul Allah (sawas)) [123].

Berkata Al-Shaduq (rahimahu Allah): (seolah-olah maksud hadits ini adalah apa yang disebut dalam Al-Quran, dan maknanya adalah bahawa dia bukan makhluk iaitu bukan pembohongan, tidak bermakna ia bukan muhdats (baharu), kerana dia telah dikatakan muhdats (baharu). Berkata rahimahu Allah. Makhluk dari segi bahasa adalah berkenaan pembohongan, dan dikatakan: perkataan makhluk, iaitu pembohongan ..) sehingga akhir kata-katanya, semoga Allah meninggikan maqamnya yang mulia [124].

Sekarang, jika saudara amati riwayat-riwayat ini saudara akan menemui beberapa perkara, iaitu:

1 - Ahl Al-Bayt (as) mahu menjauhkan Syiah mereka dari fitnah mengenai penciptaan Al-Quran yang berlaku pada zaman khalifah Abbasiyah, Dan disebabkan tuduhan mendalam dengan zindik (batil), dan akibatnya dipenjarakan dan dibunuh sebahagian daripada mereka dituduh atas sebab-sebab politik sahaja.

2 - Ahl al-Bayt (as) menekankan bahawa sejak azali Allah Yang Maha Suci, tidak sama dengan yang muhdats (baharu).

3 - Ahl al-Bayt (as) tidak memisahkan Kalam di dalam Al-Quran; kerana belum tiba waktunya dan belum hadir ahlinya [125].

4 – Al-Syeikh Al-Shaduq (rahimahu Allah): Sesiapa yang membebankan pandangannya dengan menjadikan makhluk yang dusta dan bagi orang Arab jika mereka mahu menggunakan perkataan ini dalam berbohong: membuat-buatnya dengan bercakap dusta, dan tidak mengatakan: penciptaan Kalam, tidak mengatakan makhluk jika mahu berbohong, tetapi mereka mengatakan mereka-reka. Ia tidak ada di dalam perkataan makhluk yang bermaksud berbohong, tidak ada keperluan untuk langkah berjaga-jaga daripada mereka untuk langkah berjaga-jaga terhadap Imam-imam (as) daripada mereka.

Quran muhdats (baharu), atau bukan azali, dan Al-Quran adalah cahaya Allah SWT yang dengannya diciptakan Muhammad (sawas), yang dalam pengertian ini pencipta Muhammad (sawas), adalah Muhammad (sawas) telah dijadikan Muhammad (sawas) dari Al-Quran (cahaya Allah) kuasa Allah dan ketentuanNya SWT dan Tabaraka Allah sebaik-baik Kejadian (Penciptaan).

Al-Quran adalah nuktah (titik) Nun, yang melimpah turun dari Allah kepada Muhammad (sawas) hamba Allah, al-Qur'an wajah Allah, yang dihadap padaNya Muhammad (sawas), dan Al-Quran adalah hijab cahaya antara Allah dan Muhammad (sawas), seperti yang dinyatakan dalam riwayat dari Al-Shadiq (as): (... di antara keduanya hijab berayun......) ([126]).


Al-Quran adalah khemah (saradiq) ‘Arasy Allah Al-A3dzam (terbesar), ‘Arasy Allah Al-A3dzam menghadap pintu Allah atau Al-Zhat (Al-Rahman), dan dalam doa Hussein (as) di padang Arafah: (Wahai Yang dengan RahmanNya berada di bawah ‘Arasy yang ghaib yang berlaku pada Zhatnya kesan dengan kesan dan telah Engkau hapuskan segala tipudayaMu dengan liputan cahaya falak-falak Mu, Wahai Yang menghijab khemah-khemah (saradiqaat) ‘ArasyNya...) [127].
Firman Yang Maha Tinggi:
﴿الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى﴾
Tuhan Yang Maha Pemurah. Yang bersemayam di atas 'Arasy. [128], pintu Allah (Al-Rahman) dihijab oleh'Arasy, dan ditajallikan kepada Muhammad dengan‘Arasy Al-A3dzam atau Al-Quran, dan pada peringkat diangkat hijab ini bagi Muhammad (sawas), jadi yang ada pada Muhammad (sawas) menghijab cahaya atau Al-Quran, dan ditajallikan di dalamnya. Dan dalam peringkat ini Muhammad dan Al-Quran menjadi satu, atau Muhammad (sawas) dan Arasy Al-A3dzam menjadi satu. Kemudian tidak kekal Muhammad atau Al-Quran atau Arasy Al-A3dzam: (...berada di bawah ‘Arasy yang ghaib yang berlaku pada Zhatnya kesan dengan kesan dan telah Engkau hapuskan segala tipudayaMu...), tidak kekal pada peringkat ini melainkan Allah Al-Wahid Al-Qahhar, dan demikianlah  Muhammad (sawas) tidak beralun (bergetar bersama alunan hijab itu.



✡✡✡✡✡


-----------------------------
[121] – Al-Tauhid oleh Al-Shaduq: halaman  223, Bihar Al-Anwar: Jilid. 89, halaman 118.
[122] – 3amalie Al-Shaduq: halaman  639 hadits 864, Bihar Al-Anwar: Jilid. 89, halaman  118.
[123] - Al-Tauhid oleh Al-Shaduq: halaman  227, Bihar Al-Anwar: Jilid. 89, halaman  119.
[124] - Al-Tauhid oleh Al-Shaduq: halaman  229.
[125] – Riwayat dalam hadits dari mereka (as): (Apa semua yang kamu tahu, dikatakan, bukan semua yang dikatakan tiba waktunya, dan tidak semua yang tiba waktunya dan akan hadir ahlinya) Mukhtashar Bashair Al-Darajaat: halaman  212.
[126] – Tafsir Al-Shafi - Surah Al-Najm: Jilid. 5, halaman  84, dan seterusnya.
 [127] - Fiqrah min Du3a Yaum 3arafah oleh Imam Al-Hussein (as), lihat: Bihar Al-Anwar: Jilid. 95, halaman  227.
[128] – Thaha 20:5.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan