Halaman

Ahad, 15 Jun 2014

Soalan 120: Apakah hikmah diutus Imam ma'sum (as)

Soalan 120: Apakah hikmah diutus Imam ma'sum (as) bagi memudahkan akidah dan tidak memudahkan Al-Fiqh, dengan ilmu untuk keperluan umat pada kenyataan hukum dalam Al-Fiqh yang lebih utuh?

Jawapan: Imam Mahdi (as) bergerak dengan sirah datuknya Rasulullah (sawas) dan sirah para nabi dan Rasul-rasul (as) dan tidaklah dia bergerak dengan sirah perjalanan lain seperti sirah ulamak yang tidak beramal. Jika dikembalikan kepada sirah Rasulullah (sawas) dan sirah para nabi dan Rasul-rasul (as), didapati bahawa mereka mulakan risalah mereka khususnya pada Akidah dan Tauhid, dan kemudian beralih kepada Syariah atau Al-Fiqh. Akidah dan Tauhid seperti ini dibandingkan Syariah dan Al-Fiqh, seumpama asas tapak (lantai) dan dinding-dinding ke siling, siling tidak akan dibina hanya selepas pembinaan asas tapak dan dinding-dinding.

Sekarang, jika kita merujuk kepada kerasulan Musa (as) kita dapati seruan pada awal risalah pada Akidah dan Tauhid sehingga dia (as) memakan masa empat puluh tahun di Mesir menyeru kepada Akidah. Walaupun selepas Mesir setelah menyeberangi laut, dia menghabiskan masa yang lama menyeru kepada Tauhid dan memperbetulkan Akidah Bani Israel, dan seruan syariah hanya dibuat setelah lama apabila beliau mendapat ketentuan TuhanNya di gurun padang pasir (Al-Tih), dan ayat-ayat Al-Quran menjelaskan bahawa apabila dia kembali dari ketentuan TuhanNya itu dengan membawa papan (Al-Lauh) undang-undang (Syariah). Apakah amalan (seruan) yang didatangkan sebelum Syariah? Melainkan, ia adalah seruan Tauhid dan Akidah yang benar, Firman Allah:

﴿وَلَمَّا رَجَعَ مُوسَى إِلَى قَوْمِهِ غَضْبَانَ أَسِفاً قَالَ بِئْسَمَا خَلَفْتُمُونِي مِنْ بَعْدِي أَعَجِلْتُمْ أَمْرَ رَبِّكُمْ وَأَلْقَى الْأَلْوَاحَ وَأَخَذَ بِرَأْسِ أَخِيهِ يَجُرُّهُ إِلَيْهِ قَالَ ابْنَ أُمَّ إِنَّ الْقَوْمَ اسْتَضْعَفُونِي وَكَادُوا يَقْتُلُونَنِي فَلا تُشْمِتْ بِيَ الْأَعْـدَاءَ وَلا تَجْعَلْنِي مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ﴾

Dan tatkala Musa telah kembali kepada kaumnya dengan marah dan sedih hati berkatalah dia: "Alangkah buruknya perbuatan yang kamu kerjakan sesudah kepergianku! Apakah kamu hendak mendahului janji Tuhanmu? Dan Musapun melemparkan lauh-lauh itu dan memegang (rambut) kepala saudaranya (Harun) sambil menariknya ke arahnya, Harun berkata: "Hai anak ibuku, sesungguhnya kaum ini telah menganggapku lemah dan hampir-hampir mereka membunuhku, sebab itu janganlah kamu menjadikan musuh-musuh gembira melihatku, dan janganlah kamu masukkan aku ke dalam golongan orang-orang yang zalim" [258].

Muhammad (sawas) menyeru selama tiga belas tahun di Mekah kebanyakannya adalah dalam pembaikan Akidah dan Tauhid dan tidak menjelaskan perluasan mengenai pembaikan Syariah melainkan selepas tiga belas tahun berdakwah. Imam Mahdi (as) tidak keluar dari Sunnah Rasulullah dan Sunnah Anbiak dan Mursalin, bahkan ia adalah Sunnah Allah sebelum dan selepasnya dan kita tidak akan dapati Sunnah Allah itu berubah.

Dan ambillah perhatian, wahai saudaraku yang mulia dan renungkanlah dengan tepat bahawa Syariah dalam setiap agama mengikut kadar Tauhid dalam agama itu. Syariat Islam lebih lengkap daripada Syariat sebelumnya; Kerana Tauhid di dalam Al-Quran dan di antara Rasulullah dan Imam-imam sebelumnya (alaihim al-shalatu wa al-salam) lebih lengkap daripada Tauhid yang telah dibawa oleh para Anbiak dan Mursalin sebelumnya. Jika kita tahu, wahai saudaraku yang mulia dari Ahl al-Bayt (as), bahawa semua yang dibawa oleh Nabi-nabi dan Rasul-rasul mengenai Tauhid adalah dua bahagian, dan tidak disebarkan di kalangan manusia melainkan dua bahagian, dan bahawa Imam Mahdi (as) akan membawa dua puluh lima bahagian [259] dari Tauhid dan Makrifat dengan Jalan Samawi dan apa yang ada di dalamnya, kebenaran (Al-Haq) yang diredhai oleh Allah, dan akan disebarkan di kalangan manusia dua puluh tujuh huruf-huruf yang merupakan Tauhid Al-Ilahi selengkapnya yang dengannya Allah mengutus Muhammad (sawas), tetapi tidak disebarkan pada masanya melainkan dua bahagian yang dikenali dengan Al-Syariah yang dibawa oleh Imam al-Mahdi (as) yang lebih luas daripada yang wujud di tangan kita sekarang; kerana Al-Syariah Al-Islamiyah kini hanya dua bahagian sahaja. Bahkan Imam Mahdi (as) akan menyebarkan dua puluh tujuh bahagian Syariah sebelum menyebarkan dua puluh tujuh bahagian Tauhid, dan dia yang melaksanakan Syariah ini?

Yang pasti, jawapannya akan ada;, dan itulah sebabnya banyak alasan dijelaskan dan diterangkan bahawa manusia tidak terpikul dua puluh tujuh Syariah bahagian melainkan dengan bertauhid kepada Allah dengan dua puluh tujuh bahagian yang dilaksanakan oleh Imam Mahdi (as) yang diseru dan disebarkan di kalangan manusia,


والحمد لله وحده.
dan pujian bagi Allah semata-mata.


✡✡✡✡✡

-----------------------------
[258] – Al-A3raaf 7:150.
[259] - Dari-Al-Shadiq (as): (Ilmu ada dua puluh tujuh huruf, akan disatukan dengan apa yang didatangkan pada Rasul dua huruf, manusia pada hari ini tidak tahu melainkan dua huruf. Maka apabila bangkit Qaim kami akan dikeluarkan dua puluh lima huruf dan disebarkan di kalangan manusia termasuk dua huruf tersebut sehingga disebarkan dua puluh tujuh huruf) Bihar Al-Anwar: Jilid 53 halaman 3.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan