Halaman

Rabu, 16 April 2014

Pengantar

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih
تقديم

Pengantar

Ansar Imam Mahdi (AS)

Bunyi gemuruh dan laungan mesti dikumandang dengan seruan ilahi, bunyi runtuhan bangunan, catatan amalan, mestilah berdasarkan seruan Allah, meruntuh dan bergerak menentang kuasa-kuasa batil perlu menghancurkan (berhala) anak lembu (Al-‘Ijl); Dan pergerakan seruan rahsia ansar Imam Mahdi (as) - yang aku maksudkan pergerakan membantu Keluarga Muhammad dan Yamani mereka, Syed Ahmad Al-Hassan (as) - yang memerlukan usaha untuk menghancurkan (berhala) anak lembu; demi mengembalikan masyarakat ke jalan yang benar. Allah berfirman:

﴿فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ﴾

[Maka sesiapa yang ingkar kepada Thaghut dan berimanlah kepada Allah, [S Al-Baqarah 2:256] 

Hasil usahanya (as) untuk menulis Kitab Al-‘Ijl (Anak Lembu) ini, dan kemudiannya menjadi versi pertama Ansar Imam Mahdi (as), yang merupakan satu seruan untuk dibentangkan kepada masyarakat yang menentang Muhammad dan Keluarga Muhammad (as), adalah seorang lelaki yang telah menyeru mereka siang dan malam, secara terbuka dan rahsia, walaupun mereka menolaknya.

Naskah ini telah diterbitkan oleh Syed Ahmad Al-Hassan (as) untuk kuliah dakwah rahsia kepada pelajar Najaf al-asyraf (mulia); yang enggan dicetak oleh percetakan; dapat diteruskan berkat usaha untuk menghancurkan bentuk-bentuk berhala anak lembu, di mana sahaja, sama ada pada pemerintah berakhlak Firaun atau ulamak pengkhianat.

Pembaca boleh mendapatkan pengetahuan yang hebat di dalam kitab ini - iaitu, jika Syed Ahmad Al-Hassan (as) Utusan Imam Mahdi (as) - Melalui ayat yang beliau petik yang terdapat pada akhir muqaddimah, seperti yang ditulis secara istimewa dan diikuti dengan ayat Al-Quran al-Karim, beliau berkata:

“Aku mohon pemeliharaan (diperkuat) Kerajaan Malakut, dan aku berpegang dengan kudrat Jabarut dan aku diberi pertolongan kemuliaan Lahut, dan dari semua yang kutakuti dan kubimbangkan, dan demi Muhammad, Ali, Fatimah, Al-Hasan, Al-Hussein, Ali, Mohammad, Jaafar, Musa, Ali, Muhammad, Ali, Hasan dan Muhammad (as), dan segala puji bagi Allah semata-mata).

بسم الله الرحمن الرحيم ﴿وَإِذْ نَادَى رَبُّكَ مُوسَى أَنِ ائْتِ الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ * قَوْمَ فِرْعَوْنَ أَلا يَتَّقُونَ * قَالَ رَبِّ إِنِّي أَخَافُ أَنْ يُكَذِّبُونِ * وَيَضِيقُ صَدْرِي وَلا يَنْطَلِقُ لِسَانِي فَأَرْسِلْ إِلَى هَارُونَ * وَلَهُمْ عَلَيَّ ذَنْبٌ فَأَخَافُ أَنْ يَقْتُلُونِ * قَالَ كَلَّا فَاذْهَبَا بِآياتِنَا إِنَّا مَعَكُمْ مُسْتَمِعُونَ﴾

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani)

{Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu menyeru Musa: "Datangilah kaum yang zalim itu,* "kaum Fir'aun. Mengapa mereka tidak bertakwa?" * Berkata (Musa): "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku takut mereka akan mendustakan aku. * Dan (karenanya) sempitlah dadaku dan tidak lancar lidahku maka utuslah kepada Harun. * Dan aku berdosa terhadap mereka, maka aku takut mereka akan membunuhku". * Allah berfirman: "Jangan takut, maka pergilah kamu berdua dengan membawa ayat-ayat Kami; sesungguhnya Kami bersamamu mendengarkan,”} [S. Al-Syu’araa’ 26:10-15] 

Wahai orang yang mendakwa Wilayah (yang diperuntuk) bagi Ali ibn Abi Talib dan anak-anaknya (as), apa yang kamu tahu tentang hak Ali bin Abi Talib?!

Adakah dikaitkan dengan diri kamu dan lihatlah keterangan yang membantahnya kepada selain kamu dari anak-anaknya secara umum?! Adakah orang-orang tertentu yang dikemukakan oleh Syed Ahmad Al-Hassan (as).

Lelaki ini benar-benar tokoh besar, lihatlah hadits-hadits yang menerangkannya, termasuk hadits Al-Ashbagh bin Nabatah bersama Amirul Mukminin (as), yang sebenarnya, Ali adalah Ali yang menduduki peribadi ini sehingga diambil jiwanya, dan berpusing di dalam fikirannya, didengarkan percakapannya dan fikirkan dengan baik, kamu bertanggungjawab dengannya pada hari kiamat.

Al-Ashbagh bin Nabatah berkata: Aku bertemu Amirul Mukminin Ali (as) dan pada suatu hari aku dapati ada pemikir yang bergurau di dunia ini lalu aku berkata : “Wahai Amirul Mukminin berguraulah di dunia ini, diinginkan juga dari kamu.” Beliau  berkata: “Tidak demi Allah, tidak kuingin padanya sama ada di dunia atau pada Saah. tetapi kufikir pada kelahiran dan zuhurnya dari ke sepuluh dan anakku, adalah Imam Mahdi, yang penuh dengan keadilan dan kesaksamaan setelah dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan, terjadi padanya ketidaktentuan dan keghaiban, disesatkan olehnya sesetengah orang dan menjadi bimbingan pada yang lain,” Aku berkata, “Wahai Amirul Mukminin, berapa lama ketidaktentuan dan keghaiban itu? Beliau berkata, “Enam hari atau enam bulan atau enam tahun.” aku bertanya, “Sesusungguhnya ia hidup? Beliau berkata : “Ya, kerana ia adalah makhluk,” aku berkata, “Sampaikah aku zaman itu? Beliau berkata: di mana sahaja kamu, wahai Ashbagh dalam perkara ini, mereka adalah pilihan umat ini dengan orang-orang yang berbakti dengan beban ini.” Jadi aku berkata: “Kemudian apa yang terjadi selepas itu.” Beliau berkata: ”Allah melakukan apa yang Dia kehendaki, maka bagiNya,, kehendak, tujuan dan pengakhiran beliau ) [3]. Maka berfikirlah kembali kewarasan kamu dan berfikir tentang bagaimana sesaat adalah lebih baik daripada beribadah seribu tahun.

Di manakah tujuan kamu, bahkan ke mana kamu akan pergi, bagaimana kamu esok di pekarangan kehadiran Imam al-Mahdi (AS) dalam kebangkitan Kecil (kiamat kecil), dan apakah jawapan kamu mengenainya? Bagaimana kamu di sisi al-Hasib al-Raqib (yang mengira) pada kiamat besar, apakah hujah kamu?! Adakah kamu akan mengatakan tidak belajar hadits Ahli Baitnya! Atau kamu mengatakan bahawa mereka tidak menerangkan atau menyerunya! Atau bahawa dia tidak menyeru kepada Kitab Allah dan Sunnah yang suci dari Ahli Baitnya (as)! Atau adakah kamu berkata beliau tidak maklumkan sepenuhnya dan tidak memberitahu tentang dirinya!

Apakah alasan kamu apabila dia kembali kepada kamu dengan katanya pada hari itu: “Demi Allah bukankah Allah telah menulis ke atas orang beriman untuk menolak kemungkaran, bukankah telah diberikan banyak tentang hakikat hati yang dipenuhi dengan nanah, sama dari pemerintah perosak atau ulamak perosak yang jahat,

﴿لَوِ اطَّلَعْتَ عَلَيْهِمْ لَوَلَّيْتَ مِنْهُمْ فِرَاراً وَلَمُلِئْتَ مِنْهُمْ رُعْباً﴾

{Jika kamu menyaksikan mereka tentulah kamu akan berpaling dari mereka dengan melarikan diri dan tentulah (hati) kamu akan dipenuhi oleh ketakutan terhadap mereka.} [S Al-Kahfi 18:18]

- untuk membuang tali yang telah terbiasa, dan setelah kamu pilih pendekatan berdarah ini dengan beribu-ribu penulis bersenjata, dengan semua jenis senjata dan kelengkapan tentera dan media.).

Ya, Rasulullah (sawas) menyampaikan dengan Aushiaknya sehingga bangkitnya As-Saah, tetapi ia perlu penelitian seperti apa yang dikatakan Syed yang mulia, di dalam kitab ini: . (Nabi kita ini (sawas) tidak meninggalkan kepada orang-orang Islam semasa hidupnya tanpa yang akan membimbing mereka kepada kepimpinan selepas baginda, Aushiak dari anak-anaknya (sawas), di mana Allah Yang Maha Suci memerintahnya berbuat demikian, Tetapi perlu diteliti kepada fitnah, dan mesti diteliti fitnah Samiri, fitnah anak lembu (Al-‘Ijl).)

Kesimpulannya: Kitab ini merupakan seruan secara umumnya kepada umat untuk kembali kepada kewarasan dan berhati-hati dalam urusan kamu, dan Kembalilah kepada Kitab Allah dan Sunnah nabi-Nya untuk menerima kewujudan kebahagiaan dan mati syahid sepertimana pada zaman Nabi (sawas) kita Itu, dan seruan Firaun sezaman dari pemerintah yang khianat dan ulamak berdosa tetapi malangnya, ramai yang menganggap diri mereka adalah ulamak yang tidak begitu baik dalam mentafsir Al-Quran al-Karim, pada apa yang diriwayatkan dari keluarga Muhammad (sawas). Kita tidak membaca kecuali sedikit dari riwayat ma'sum (as) yang diringkaskan dari sebahagian riwayat fakih yang kebanyakannya disediakan oleh ulamak mereka sendiri.

Bapa ilmu mantik (logik) dibangunkan oleh Aristotle beribu-ribu tahun yang lalu, dan mungkin ada orang atheis yang mengetahuinya dari kita, atau dengan perbahasan (debat) dan penipuan mantik (logik) dan lain-lain kebebasan yang tumbuh dari ilmu atau ilmiah, dan tidak diceroboh kepada taraf berilmu yang membuang masa?!! Adakah kita tidak diberitahu Rasulullah (sawas) apa yang bermaksud: (bahawa manusia bertanggungjawab mengenai usianya ke mana dia
habiskan) [5].

والحمد لله أولاً وأخراً، وظاهراً وباطناً
Alhamdulillah pada awal dan akhir, dan yang zahir dan yang batin

Ansar yang bersedia berkhidmaat dan yang hina
Dhia’ Zaidi


edisi ini

Dengan kebaikan (lutf) Allah dan penjagaannya terutama kepada yang mulia Syed Ahmad Al-Hassan, washiy dan utusan Imam Mahdi (as) Bagi pihak diri saya kerana tugas saya menyunting Kitab Al-Ijl (Anak Lembu) supaya kesilapan tipografi edisi pertama yang terlalu banyak, dan kesilapan ini mengubah erti yang begitu banyak, bahkan terdapat juga tempat-tempat di mana dipadam ayat Al-Quran, atau riwayat, telah berkurangan pada versi cetakan sehingga garis atau beberapa baris berbanding dengan versi tulisan.

Alhamdu Lillah, syukurlah pembaikan telah dibuat sebanyak mungkin, dan saya berdoa kepada Allah bahawa edisi ini terdapat sedikit kesilapan. Ia adalah perubahan bentuk naskah buku, dari satu buku yang mengandungi dua bahagian, pada edisi pertama, dan ia kini menjadi dua buah buku untuk setiap bahagian dalam naskah buku yang berasingan, dan saya bermohon kepada Allah SWT untuk menerima kerja kami yang sedikit ini, dan meminta Yang Maha Berkuasa untuk mengitsbatkan (mengesahkan) kami bersama Utusan Imam al-Mahdi dan washiynya dan penggantinya (khalifahnya) dan anaknya sehingga memungkinkan kita diitsbatkan (disahkan) di tangan Imam (AS).

اللهم عرفني نفسك فإنك إن لم تعرفني نفسك لم اعرف رسولك، اللهم عرفني رسولك فإنك إن لم تعرفني رسولك لم أعرف حجتك، اللهم عرفني حجتك فإنك إن لم تعرفني حجتك ظللت عن ديني

(Ya Allah kurniakanlah aku makrifah padaMu, kerana jika aku tidak dapat makrifah padaMu aku tidak kenal UtusanMu, Ya Allah makrifahkanlah (perkenalkan) aku kepada RasulMu, kerana jika aku tidak dapat makrifah pada RasulMu aku tidak kenal HujjahMu, Ya Allah makrifahkanlah aku kepada HujjahMu kerana jika aku tidak dapat makrifah pada HujjahMu, aku tidak dapat makrifah (mengenal) agamaku).

﴿رَبَّنَا آمَنَّا بِمَا أَنْزَلْتَ وَاتَّبَعْنَا الرَّسُولَ فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ﴾

{Ya Tuhan kami, kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan dan telah kami ikuti rasul, karena itu masukanlah kami ke dalam golongan orang-orang yang menjadi saksi (tentang keesaan Allah)".} [S. Al-Imran 3:53]
         
Syed Saleh Al-Musawi


✡✡✡✡✡

-------------------------------
[1]- Al- Baqarah 2:256.
[2]-
S. Al-Syu’araa’ 26:10-15.
[3]-
Al-Kafi Jilid 1, Halaman 338.
[4]-
S Al-Kahfi 18:18

[5]- Amali Ash-Shaduq 93

Tiada ulasan:

Catat Ulasan