Halaman

Isnin, 14 April 2014

m.s 59 Sebab-sebab Keghaiban

m.s 59 Sebab-sebab Keghaiban

(Imam Al Mahdi oleh Yamani as)


Al-Imam adalah kelembutan Ilahi kepada orang yang beriman dan kewujudannya menjelaskan mereka dan memberi dorongan yang besar bagi mereka untuk beriltizam dengan agamanya. Maka jika dia bertahan dari keluar (muncul) kerana takut akan dibunuh, contohnya, kewujudan wakil (naib) beliau (as) adalah cara yang lebih baik daripada keghaiban lengkap (kubro) beliau kerana wakil adalah pemimpin pengganti untuk Imam (as) yang dihantar atas arahan beliau (as). Jadi kewujudan wakil (safir) beliau juga - adalah kehalusan Ilahi kerana kewujudannya menyerupai kewujudan maksum, di mana dengan kewujudan wakil (safir) mungkin untuk berhubungan dengan Imam dan mengetahui hukum-hukum Syariah yang betul; terutama bagi apa yang datang di sepanjang peredaran zaman. Jadi, jika perkara itu berlaku seperti itu, apakah sebab berlakunya keghaiban penuh (Kubro- utama)? !

Untuk menjawabnya terdapat beberapa andaian, termasuk:

1 -Takut dibunuh oleh para penzalim (Tanghut):

Ini mungkin benar jika Imam dilihat oleh semua orang, kerana bagi beliau ghaib dalam keghaiban penuh (benar-benar tidak boleh dihubungi), bermakna dengan kewujudan wakil (naib) Imam (as) akan menjauhkan dari mata penzalim dengan rancangan jahat mereka, terutamanya apabila beliau (as) dibantu oleh Allah SWT. Dan pada masa yang sama beliau berhubungan dengan orang-orang yang beriman dan memberikan kepada mereka hukum Syariah dan arahan yang mereka perlukan, oleh itu, untuk beliau menghilangkan bahaya para penzalim, keghaiban yang tidak lengkap adalah mencukupi dengan wakil (safir) ini, jadi tidak perlukan keghaiban penuh lagi. Allah lebih mengetahui.

2- Ketiadaan peribadi yang berkelayakan untuk safir dan wakil khas Imam (as):

Selain itu, sebagai wakil dengan Imam (as) seharusnya mempunyai banyak sifat-sifat Imam (as), yang tidak kurang daripada darajat yang tinggi, zuhud, bertakwa, warak dan takut kepada Allah dan berupaya untuk menguruskan hal ehwal umat dari segi siasah (politik), iktisad (ekonomi) dan kemasyarakatan (sosial), dan dia menjadi ahli undang-undang [Faqih], yang bermaksud: Dia biasa dengan riwayat hadits daripada maksumin (as), bukanlah dia menjadi ahli undang-undang [Faqih] seperti yang biasa difahami hari ini.

Jadi safir tidak perlu menggubal hukum syariah, tetapi dia adalah seorang beriman yang ikhlas, menjadi penulis hukum Syariah dari Imam (as) kepada umat, begitu juga dengan wujudnya seorang safir kepada Imam (as) itu, adalah tidak dibenarkan untuk sesiapa untuk menggubal hukum oleh pendapat sendiri, walaupun dia adalah seorang Faqih yang memenuhi syarat-syarat yang dikenal hari ini.

Dan ini boleh menjadi sebab untuk keghaiban lengkap (kubro) tetapi jika tiada orang yang berkelayakan untuk menjadi safir itu adalah suatu perkara yang jauh dan ini disebut dalam riwayat dari mereka (as) yang bermaksud: Bahawa Imam tidak takut beliau (as) bersendirian pada zaman keghaiban dengan kehadiran 30 orang yang beriman dari kalangan orang-orang yang soleh. [148]

3- Sikap tidak acuh umat pada Imam (as)
    
Dengan tidak mendapat manfaat daripadanya dengan manfaat sebenar dan tidak bekerjasama dengan seorang pemimpin umat, jadi keghaiban lengkap (kubro) adalah akibat (hukuman) kepada umat, mungkin dari matlamatnya adalah untuk pembaharuan umat selepas terjejas oleh malapetaka dan tragedi kerana ketiadaan pemimpin maksum. Jadi keghaiban panjang (kubro) menyerupai sejarah Bani Israel di gurun pasir Sinai, dihukum untuk tujuan pengislahan (pembaikan), Bertujuan untuk mengeluarkan dari generasi umat yang layak untuk membawa Risalah Ilahiyah kepada penduduk bumi, satu generasi yang tidak redha kecuali dengan pimpinan Maksum dan tidak redha kecuali Al-Quran untuk menjadi perlembagaan dan syiar  dan manhaj (cara) untuk kehidupan.

Amir al-Mukminin (as) berkata, dalam menerangkan gejala umat ini kepentingan Imam dan al-Quran, “Dan sesungguhnya akan datang selepasku zaman yang padanya Kebenaran disembunyikan, dan tiada lain dari mendedahkan kebatilan, dan mendustakan Allah dan RasulNya. Dan tidak ada penduduk pada masa itu yang menghargai Kitab selain betul bacaannya, yang tidak mengambil isi selain menafaat hurufnya, dan tiada apa yang ada di bumi selain daripada menolak makruf dan  tidak mengenal yang mungkar. Yang akan membuang al-Kitab, yang mengabaikan pemeliharaannya . Kitab Suci pada hari itu ahlinya (pemiliknya) dinafikan dengan mengusir pemegang sebenarnya, kedua-duanya berjalan tanpa perlindungan. Kitab Suci dan ahlinya pada zaman itu di tangan orang lain dan bukan di tangan mereka, bersama orang lain dan bukan bersama mereka. kerana kesesatan tidak bermuafakat dengan hidayah jika berhimpun, akan bersatu kaum yang berfirqah dan berpecah belah dari jamaah (Islam), seolah-olah merekalah yang memimpin Kitab dan bukan Kitab yang memimpin mereka! Oleh itu tiada yang tinggal pada mereka selain namanya. Dan tidak mengetahui selain tulisan (Khat) dan lagunya!! Seperti masa lalu bagaimana mereka akan mencacatkan orang soleh dengan apa cara sekali pun, dan mereka menggelar kejujuran ​​sebagai fitnah Allah, dan menjadikan kebaikan dihukum dengan kejahatan.[149]

Dan apa yang jelas bahawa sebab bagi keghaiban lengkap (kubro) adalah Sikap tidak acuh umat, adalah sebahagian daripadanya:

a- Hasil kerja tangan yang dikeluarkan dari beliau (as) melalui wakil (safir)nya ini sangat sedikit yang menandakan bahawa soalan-soalan yang ditujukan kepadanya juga sangat sedikit.

Dan mungkin seseorang akan berkata: walaupun banyak hasil kerja tangan, tetapi tiada apa yang sampai kepada kita daripadanya kecuali jumlah yang kecil ini.

Dan sebenarnya: hujah ini tidak boleh menipu orang yang memerhati dengan teliti pada bilangan yang sedikit, kerana jika Hasil tangannya banyak, banyaklah yang akan sampai kepada kita walaupun ada sesuatu yang hilang darinya. Maka tidak dapat dielakkan hadis Nabi (sawas) dan Imam al-Sadiq dan Imam Redha (as) tidak sampai kepada kita semua, tetapi banyak yang sampai kepada kita dan riwayat daripada Imam  (as) dengan tidak bersalahan (bid’ah) dari riwayat dari Imam-imam (as), dan hal keadaan yang mengelilingi mereka tidak lebih besar daripada keadaan yang dikelilingi khutbah Imam Amir Al-Mukminin (as) sehingga apa yang sampai kepada kita adalah kitab Nahj Al Balaghah.

Selain itu, para ulama Syiah semasa keghaiban pendek (sughro-kecil) telah mengambil berat tentang menulis riwayat Imam-imam (as),dan menyampaikan kitab-kitab mereka kepada Imam (as) melalui wakil (safir)nya dan dari Kitab Al-Kafi Al-Kulaini (rahimahu Allah), jadi mengapa tidak sesiapa dari mereka yang mengambil berat untuk menulis hasil kerja tangan dikeluarkan olehnya (as)?!

Pada hakikatnya mereka mengambil berat untuk menulisnya, tetapi sedikit bilangannya.

Dan apa yang jelas pada orang yang tidak mengendahkan tentang ilmu pengetahuan dan pada Imam apa yang Al-Kulaini bentangkan dalam Kitabnya Al-Kafi. Al-Kulaini hidup pada Zaman keghaiban pendek (sughro-kecil) dan meninggal dunia tepat pada penghujung keghaiban itu. Dia meninggal dunia pada Syaaban pada tahun 329 H maknanya pada bulan yang sama dan pada tahun itu Ali bin Muhammad Al-Samari meninggal dunia, yang terakhir dari empat orang wakil (safir) ini .

Al-Kulaini (rahimahu Allah) berkata: (Ada pun selepas itu, aku faham istilah yang dirungutkan berlamaan oleh orang-orang di zaman kita kerana kejahilan dan sepakat dan usaha mereka untuk membina laluan mereka, dan menjelaskan ilmu dan asalnya, sehingga pengetahuan yang hampir hilang sepenuhnya dan sumber-sumbernya terputus, kerana mereka suka untuk bersandar kepada kejahilan dan kehilangan ilmu dan ahlinya ) (150)


Dan beliau berkata: (Untuk sesiapa yang ingin Allah berikan dia kejayaan dan menjadikan imannya tetap dan kekal, Dia jadikan untuknya sebab-sebab yang akan menyokongnya sehingga dia mengambil agamanya dari kitab Allah dan Sunnah NabiNya (sawas) dengan ilmu yakin dan Bashirah (Hujjah Allah), yang lebih kukuh bagi agamanya daripada paksi pergunungan dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk dihinakannya dan menjadikannya sesat dari agamaNya - kita berlindung kepada Allah dari yang demikian itu - dia dijadikan untuknya sebab-sebab yang kelihatan baik pada taqlid dan mentafsir (takwil) tanpa ilmu dan Bashirah (Hujjah Allah), dan itu adalah dengan kehendak Allah, dengan izin Allah Tabaraka Wa Taala, melengkap imannya dan jika Dia kehendaki tentulah Dia menariknya semula, dan Dia tidak akan beriman kepadanya, jika dia beriman pada waktu pagi dan pada petangnya dia akan menjadi kafir dan jika beriman petang hari, tiba waktu pagi dia akan kafir semula; kerana setiap kali dia melihat sesuatu yang besar daripada orang-orang besar yang berharta bersamanya dan setiap kali dia melihat sesuatu sanjungan secara zahir, dia menerimanya, dan seorang alim [Imam Musa Al-Kadzim (as)][151] berkata: "Allah Azza Wa Jalla menjadikan Nabi-nabi dengan sifat kenabian dan tidak dijadikan mereka itu melainkan Anbiak, dan menjadikan washiy dikalangan Aushiak, dan dia menghina sesuatu kaum kerana iman, jika Dia menghendaki tentulah sama ada Dia menyempurnakan [iman] mereka atau Dia akan menariknya semula dari mereka,” dan beliau berkata: “dan mereka dipetik sebagai berkata telah berkata: “ ﴿فَمُسْتَقَرٌّ وَمُسْتَوْدَعٌ﴾ (maka (bagimu) ada tempat tetap dan tempat simpanan).” [Al-An’aam 6:98] .[152]

Maka ketahuilah wahai saudara Allah memmpin saudara, bahawa Dia tidak meminta sesuatu yang berbeza dengan riwayat mengenainya daripada para ulamak (Imam (as)) oleh pendapat mereka, kecuali atas apa yang dianjurkan dari ulamak dengan beliau berkata: "Berpalinglah ia kepada kitab Allah, dan menyetujui kitab Allah Azza Wa Jalla dan mengambilnya dan apa yang tidak dipersetujui dengan kitab Allah ditolaknya " dan dia (as) berkata: “Tinggalkanlah atas apa yang kaum persetujui, dan cara yang betul ialah pada apa yang mereka telah perselisihkan." Dan beliau (as) berkata " Ambillah apa yang bersatu atasnya, kerana apa yang bersatu atasnya tidak mempunyai keraguan di dalamnya". Dan kita tidak tahu semua itu kecuali sedikit dan kita tidak dapat satu perkara yang lebih selamat dan juga yang lebih luas, daripada dikembalikan ilmu itu semuanya kepada ulamak (as) [153] dan menerima apa yang lebih lebih luas daripada perintah di dalamnya, dari katanya, "Mana-mana yang kamu ambil dari pintunya terserah sekedar kesanggupan kamu " [154]

b- Ia disebut dari mereka (as) bahawa dia dizalimi dan dia adalah salah satu yang paling buruk untuk disebut : Al-Baqir (as) berkata: "Perkara ini dalam usia yang paling muda dan adalah salah satu yang paling buruk untuk disebut "[155] Maka, yang paling buruk disebut di kalangan Syiah menunjukkan penolakan mereka terhadap beliau (as) .

c- Keluar dari beliau (as) yang ditandatangani kepada safir beliau al-‘Umari, di dalamnya, "Sebab di sebalik berlakunya keghaiban, Allah Azza Wa Jalla berfirman:

﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَسْأَلوا عَنْ أَشْيَاءَ إِنْ تُبْدَ لَكُمْ تَسُؤْكُمْ﴾

{Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menanyakan hal-hal yang jika diterangkan kepadamu akan menyusahkan kamu.}” [Al-Maidah 5:101] [157]
         
Dan apa yang boleh difahami dari riwayat ini, adalah bahawa kamu adalah sebab di antara sebab-sebab keghaiban dan ia cukup bebas sebagai petunjuk kepadanya.

Dan selepas jawapan kepada soalan-soalan Al-Hamiri yang ditanya olehnya, dia (as) berkata: (Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyang, bukan dari perintah-Nya yang kamu faham dan bukan dari orang-orang yang disukai-Nya yang kamu terima

﴿حِكْمَةٌ بَالِغَةٌ فَمَا تُغْنِ النُّذُرُ﴾

{Itulah hikmah yang sempurna maka tidak berguna peringatan-peringatan itu (bagi mereka).} [Al-Qamar 54:5] 
Salam ke atas kami dan ke atas kami hamba-hamba Allah yang soleh)[159]

Dan ia tidak tersembunyi dalam kata-katanya (as), sakit yang disebabkan oleh keengganan umat ini menerima kebenaran dan menerima beliau (as). Dan kita wahai saudara yang dikasihi, jika kita yakin bahawa dia adalah Hujjah Allah, hendaklah kita bekerja siang dan malam untuk menyegerakan kemunculannya dan kita akan bentangkan baginya diri kita, harta dan anak-anak kita.

d- Kerukunan (kerjasama) umat kepada penzalim dan membantunya dengan cara apapun walaupun dengan kerja-kerja awam yang difikirkan orang-orang yang akan mededahkannya.

Dan ini adalah jelas dari sesiapa yang melihat melalui sejarah dan terutama semasa Zaman Keghaiban Panjang (kubro). kebanyakan ulamak dan yang jahil sama-sama menyokong penzalim (taghut), begitulah Imam Al-Kadzim (as) berhujah terhadap Safwan (ra) kerana dia menyewakan untanya kepada penzalim (taghut) Harun Abbasiyah supaya dia boleh pergi mengerjakan haji.

Allah telah berfirman:

﴿وَلا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لا تُنْصَرُونَ﴾

{Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.} [S. Hud 11:113] 

Sheikh Muhammad Redha Al-Mudzafar (rahimahu Allah) berkata: “Ini merupakan kaedah al-Quran dan ia merupakan kaedah Ahlulbayt (as) dan ia telah disebut dari mereka sehingga ia mencapai tahap di hujung rasa benci mengenai kerukunan (kerjasama) kepada penindas, berhubungan dengan mereka dan yang menyertai mereka dalam apa jua kerja dan menyokong mereka walaupun dengan separuh daripada buah kurma, tidak syak lagi bahawa perkara yang paling besar kepada aku oleh Islam dan umat Islam adalah berlembut dengan mereka dan tidak adil untuk mengabaikan kekejaman mereka dan untuk berurusan dengan mereka, Selain menolong dan menyokong mereka; serta membantu penindasan mereka, dan masalah berlarutan ke atas masyarakat Islam, tetapi sisihan itu mengenai ujian pembaharuan dan kebenaran, sehingga agama menjadi lemah hari demi hari, jadi kuasanya berkurangan dan mencapai apa yang terlihat hari ini dikembalikan sebagai asing (ghariban) dan menjadi orang Islam atau yang memanggil diri mereka Muslim dan sekali-kali tidak adalah bagi mereka penolong selain Allah. dan Kemudian mereka tidak mendapat pertolongan walaupun terhadap musuh-musuh yang paling lemah dan orang-orang yang berani yang paling rendah terhadap mereka seperti orang-orang Yahudi memalukan mereka serta tentera Salib yang kuat.

Imam-imam (as) berusaha untuk menyingkiran sesiapa yang berhubungan dengan mereka kerana memberikan kerjasama kepada penzalim. Dan mereka (as) telah menekankan kepentingan Auliak mereka daripada bekerjasama dengan para penzalim dan mereka yang tidak berlaku adil dengan menolong mereka. Perkara ini banyak disebut oleh Imam Zain Al-‘Abidin (as) yang menulis surat kepada Muhammad bin Muslim Al-Zahri selepas beliau memberi amaran kepadanya kerana memberikan kerjasama kepada penzalim kerana penindasan mereka: "Dan tidaklah seruan mereka kepada kamu apabila mereka memanggil kamu, mereka membuat kamu sebagai gandar (paksi), menjadikan kamu berpusing di sekitar dan dalam kilang oleh penindasan mereka. dan kamu sebagai jambatan mereka di mana menyeberang untuk menjadi alat dan anak tangga kesesatan mereka. menyeru untuk keingkaran mereka, berjalan di jalan mereka, mereka masukkan keraguan kepada kamu terhadap ulamak dan mengawal kamu melalui hati yang jahil terhadap mereka (as). dan kamu tidak akan mencapai keutamaan yang istimewa bagi mereka atau penyokong kuat mereka sehingga kamu sampai ke pembaharuan mereka yang rosak dan perbezaan yang khusus dan umum daripada mereka. dan betapa sedikit mereka beri kamu dari apa yang dia telah diambil daripada kamu dan bagaimana mudah mereka bina untuk kamu dengan apa yang mereka musnahkan atas kamu. Lihatlah diri kamu, kerana tiada yang melihatnya selain kamu dan perhitungkanlah sebagai suatu perhitungan seorang lelaki yang bertanggungjawab "[161]


Dan beliau berkata: (Dan apa yang lebih fasih daripada ini untuk menggambarkan pencabulan menyokong penindas adalah riwayat Safwan Al-Jamal dengan Imam Musa Al-Kadzim (as), dan beliau adalah antara Syiah dan beliau seorang yang perawi boleh dipercayai dalam periwayatan. Beliau berkata mengikut - riwayat Al-Kasyi di dalam (kitabnya) Rijal [ilmu perawi]- dari penjelasan (terjemahan) Al-Safwan, aku masuk berjumpanya dia berkata kepadaku: “Wahai Safwan, segala-galanya daripada kamu adalah cantik (baik) kecuali satu perkara,” jadi aku berkata: “Aku sebagai tebusan tuan, apakah dia? Beliau (as) berkata: “Menyewakan unta kamu untuk lelaki ini - maknanya Harun - aku berkata: Demi Allah aku tidak menyewakan kepada mereka untuk kejahatan, yang tidak wajar (kesombongan) mahupun untuk memburu dan juga untuk hiburan tetapi aku sewakan kepada dia untuk jalan ini - bermaksud Mekah - dan aku tidak mengikutinya sendiri, tetapi aku menghantar budak-budakku,” beliau (as) berkata: “Wahai Safwan, adakah kamu sewakan kepada mereka?” Aku menjawab: “Ya, aku jadi tebusan tuan! Beliau (as) berkata: “Adakah kamu mahu mereka kekal sehingga sewa mereka dibayar kepada kamu?” Aku berkata : “Ya,” lalu beliau (as) berkata: “Sesiapa yang suka kekal bersama mereka adalah dari mereka dan sesiapa yang dari mereka akan berakhir di dalam api neraka,” jadi Safwan berkata: “Jadi aku pergi dan menjual semua unta-untaku.” [162]

Jika intipati kasih sayang kehidupan penindas dan kelangsungan hidup mereka adalah pada peringkat ini! Jadi bagaimana hal keadaan orang yang masuk dan menjadi antara kumpulan mereka atau melakukan kerja-kerja mereka atau mengiringi kabilah mereka atau mengikut arahan mereka. Jika menyokong penindas seperti itu, walaupun dengan sebelah butiran kurma (tamar) apatah lagi kekal kasih sayang bersama mereka adalah yang paling teruk dari amaran yang para Imam (as) berikan, jadi bagaimana pula halnya jika bersekutu dengan mereka dalam undang-undang, dan besekongkol dalam pekerjaan mereka dan dalam wilayah pemerintahan mereka, bahkan apa halnya dengan sebilangan orang Islam dalam kerajaan mereka, atau mereka yang menjadi di antara tunggak kuasa mereka dan tenggelam dalam membina perundangan mereka (itu adalah kerana wilayah tidak adil yang memusnahkan semua pengajaran dari kebenaran dan membawa kepada semua kepada kehidupan batil dan menzahirkan kezaliman dan ketidakadilan dan kerosakan seperti apa yang telah disebutkan di dalam riwayat Tuhuf Al-‘Uqul). [163]

Bekerja (beramal) dalam bulatan kerajaan ini terutamanya untuk ketenteraan di negara kerajaan Taghut (penzalim) bagi membantupen zalim (Taghut) untuk terus berkuasa, oleh itu, ia menyokong musuh-musuh Imam Al Mahdi (as) dan jangan memandang rendah perkara ini di negara-negara yang penduduk mereka menikmati kebebasan jika mereka mahu tekanan kumpulan khusus kepada kerajaan negara itu untuk mencapai tuntutan-tuntutan tertentu dengan mengumumkan tindakan mogok.

Jadi kerajaan zalim (taghut) itu stabil melalui kamu wahai pekerja, jurutera dan kakitangan, kamu adalah tunggak utama (teras) yang memberi asas (kekuatan) kepada penzalim.

Dan mungkin sebahagian dari kamu akan berkata : Apa yang kami patut lakukan? bahawa keadaan hari ini merekalah yang berkuasa mencengkam leher-leher kami .

Aku berkata: Mereka berkuasa mencengkam leher-leher kita sejak wafatnya Rasulullah (sawas) tidak memalukan (mengaibkan) para washiy - Imam Ali dan anak-anaknya (as), tetapi memalukan kita, kerana kita sentiasa gagal memberikan kemenangan kepada kebenaran dan mungkin semasa kemunculan Imam Al-Mahdi (as) banyak daripada mereka akan mengatakan bahawa ini bukanlah Al-Mahdi (as) supaya mereka boleh memberikan diri mereka alasan untuk meninggalkan dari menyokong Imam Al Mahdi (as) seperti apa yang penduduk Mekah dan orang-orang Yahudi lakukan kepada Rasulullah (sawas). Walaupun, mereka mengenal baginda sepertimana mereka mengenal anak-anak mereka dari akhlak mulia dan amanah dan kebenaran dan bersih dari dusta dalam urusan dunia baginda. Bagaimana mereka berdusta kepada Allah?! Mereka juga tahu ayat-ayat (tanda-tanda) dan mukjizat yang dengannya telah diperkuat oleh Allah,Tetapi, mereka dapati baginda mewakili arah (aspek) kebenaran yang bertembung dengan kepentingan mereka. dan kehadirannya menyeru mereka untuk berJihad di jalan Allah yang mendedahkan kehidupan mereka kepada bahaya, jadi mereka mengecewakan baginda dan Allah Yang Maha Suci telah memberikan pertolongan kepadanya. Dan kebanyakan mereka akan mengecewakan Imam Al Mahdi (as) dan Allah Yang Maha Suci akan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Imam Al-Shadiq (as) berkata: "Allah akan memberi pertolongan kepada urusan ini dari orang-orang yang tidak berakhlak walaupun urusan yang datang kepada kita, samalah dengan mereka yang keluar pada hari ini mendirikan penyembahan berhala." [164]

Penyembahan berhala, bermakna mentaati para pemerintah zalim dan yang seiringan dengan mereka, bahkan mengikuti hawa nafsu .

Dari Imam Al-Shadiq (as) beliau berkata: "Jika Al-Qaim muncul, dia akan keluar dengan urusan ini, yang mereka lihat dia adalah dari orang-orang yang sama seperti penyembah matahari dan bulan.",[165] yang bermaksud : Mereka keluar memberi pertolongan kepada Imam (as), sebahagian dari mereka yang mendakwa diri mereka sebagai Syiah dan melihat diri mereka sebagai dari Ansar Imam Al Mahdi as dan mereka yang akan memasuki barisan Ansar beliau adalah kaum yang bukan Syiah, tetapi mungkin yang bukan Islam sebelum mengetahui kebenaran dan mengikuti keluarga Muhammad (as). Berfirman Yang Maha Tinggi:

﴿لَوْ كَانَ عَرَضاً قَرِيباً وَسَفَراً قَاصِداً لَاتَّبَعُوكَ وَلَكِنْ بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ وَسَيَحْلِفُونَ بِاللَّهِ لَوِ اسْتَطَعْنَا لَخَرَجْنَا مَعَكُمْ يُهْلِكُونَ أَنْفُسَهُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ﴾

{Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: "Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu". Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta.}.[S. Taubah 9 : 42]

Di dalam peperangan di Karbala, Omar Ibn Sa'ad (la’nahu Allah) berhenti di antara tangan Imam Al-Hussain (as), memberikan alasan untuk tinggal bersama penzalim kerana dia takut dibunuh, takut rumahnya dimusnahkan dan takut wanitanya ditawan dan takut ..... dan takut ... dan takut.

Oleh itu, marilah kita semua berwaspada pada hari ini atau esok jangan menjadi seperti Omar Ibn Sa'ad (la’nahu Allah), menggagalkan kebenaran dan memohon keuzuran dengan alasan hodoh dan bukti-bukti yang rapuh.

Dan cukuplah sekadar ini ini, bahawa sebab-sebab bagi keghaiban adalah: kelemahan umat, atau lain bukti-bukti yang lebih daripada apa yang disebutkan. Jadi, jika kita tahu bahawa yang paling penting dari sebab-sebab keghaiban lengkap adalah keengganan umat terhadap Imam (as), adalah menjadi kewajipan kepada kita semua untuk bekerja bagi kehadirannya dan mengangkat sebab-sebab keghaiban lengkap (kubro) beliau dalam mendukung penuh dengan menyebut beliau dan mendedahkan kebenaran dan mewujudkan kesediaan umat untuk untuk menyokong semasa kemunculannya dan kebangkitan dan menyebarkan agama dan memadam wajah-wajah kesesatan dan syirik dan menghapuskan kezaliman dan penyokong mereka yang mewakili musuh paling utama Imam Al Mahdi (as). [167]



✡✡✡✡✡

-------------------------------------
[148] - Diriwayatkan Al-Syeikh Kulayni: Dari Abi Bashir, dari Abi Abdillah (as) berkata: (Pemilik Urusan ini pasti mempunyai keghaiban, dan mesti terpencil dalam keghaibannya, dan nikmat tempat tinggal yang baik, dan tidak ada kesunyian dengan dikelilingi oleh tiga puluh orang) Al-Kafi: Jilid 1 halaman 340, Ghaibah Al-Nu3maniy: halaman 194 , Ghaibah Al-Thusi halaman 162 dan dalam Ghaibah Al-Thusi terdapat sedikit perbezaan..
[149] - Nahj Al-Balaghah Syarah Muhammad Abduh, Jilid 2 halaman 31 , Bihar Al-Anwar: Jilid 34 halaman 233.
[150] - Al-Kafi: Jilid 1 halaman 5.
[151] - bermaksud Imam Musa bin Ja'far al -Kadzim (AS) , ia adalah salah satu gelaran beliau.
[152] – Al-Baqarah 2: 98.
[153] – Al-Imam Pemilik Urusan, darinya (as).
[154] - Al-Kafi: Jilid 1 halaman 8.
[155] - Ghaibah Al-Nu3maniy: 191, Bihar Al-Anwar: Jilid 51 halaman 43.
[156] – Al-Maidah: 101.
[157] - Kamal Al-Din : halaman 485 , Ghaibah Al-Thusi halaman 292, Al-I7tijaj: Jilid 2 halaman 284, Bihar Al-Anwar: Jilid 52 halaman 92.
[158] – Al-Qamar: 5.
[159] - Al-I7tijaj: Jilid 2 halaman 316, Bihar Al-Anwar: Jilid 91 halaman 2 , Mu3jam Ahadits Al-Imam Al-Mahdi (as): Jilid 4 halaman 349.
[160] - Hud: 113.
[161] – 3aqaid Al-Imamiyyah: halaman 113.
[162] - Ikhtiar Ma3rifat Al-Rijal: Jilid 2 halaman 470, Wasail Al-Syiah : Jilid 17 halaman 182.
[163] - 3aqaid Al-Imamiyyah: halaman 114.
[164] - Ghaibah Al-Thusi: halaman 450, Bihar Al-Anwar: Jilid 52 halaman 329, Mu3jam Ahadits Al-Imam Al-Mahdi (as): Jilid 3 halaman 423.
[165] - Ghaibah Al-Nu3maniy: halaman 332 , Bihar Al-Anwar: Jilid 52 halaman 364, Mu3jam Ahadits Al-Imam Al-Mahdi (as): Jilid 3 halaman 501.
[166] – Al-Taubah: 42.
[167] – Dari Marwan Al-Anbari berkata, keluar dari Abu Jafar (AS) : (Jika Allah membenci kita, untuk bersama dengan umat, maka Dia akan menjauhkan kita dari mereka.) 3ilal Al-Syarai3 : Jilid 1 halaman 244.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan