Halaman

Rabu, 2 April 2014

Lampiran 2

Lampiran 2

Kata-kata mereka pada memperbahaskan adakah Nama Allah itu ilmu pengetahuan atau berasal dari perkataan lain.

Saya tidak bersetuju dengan nama ini, adakah ianya kata terbitan atau tajuk yang sama pada  intipati  pengetahuan (ilmu)?

Ramai dikalangan mereka pada mulanya mempunyai perbezaan di antara kata terbitan (berasal dari perkataan lain) dengan kata asal mutlak.’

Mereka berkata bahawa, asal "إلاه" (Tuhan) seperti yang dinyatakan, maka dimasukkan huruf "الألف – Alif” dan "اللام – Lam” tanpa memasukkan huruf "الهمزه - Hamzah. Contoh, "الناس" menjadi "أناس".

Sebahagian dari mereka juga berkata, asal perkataan, huruf "الألف – Alif” dan "اللام – Lam” sebagai tanda kemuliaan dan keagongan.

Contoh

لاه ابن عمك لا أفضلت في حسب ... عني ولا أنت دياني فتخزوني

Berpaling anak bapa saudara kamu tidak lebih baik dari menurut .. . aku dan tidak juga kamu pada agama yang kujaga.

Sebahagian dari mereka berkata
Makna (بسم الله) iaitu بسم إلاله. (Dengan nama Allah ialah Dengan nama Al-Ilah)

Maka dipadamkan "الهمزه – Hamzah” dan di idghamkan (dimasukkan) "اللام – Lam” yang pertama dalam "Lam" yang ke dua. Dan jadilah "sebutan bersabdu yang mempunyai tanda shaddah.
Sepertimana firman Allah:

 ﴿لَّكِنَّا هُوَ اللَّهُ رَبِّي﴾ Asalnya  "لكن انا".

“Tetapi aku  Dialah Allah Tuhanku” maknanya tetap sama “Tetapi aku  Dialah Allah Tuhanku”.

Dan mereka berkata, ianya adalah kata terbitan berasal dari "وله – walah” mempunyai kekeliruan dan juga "الوله". Maka akan terlintas difikiran dan berkata, Tuhan lelaki dan tuhan perempuan, dan tuhan air lalu menghantar ke padang pasir.

Maha Suci Allah dari segala perkara yang mengelirukan itu, dan orang yang berakal sempurna melihat kepada hakikat-hakikat sifatNya dan berfikir untuk mengenalnya,
.
Maka dengan ini, asal usul "إلاه – ilah” dan "لاه – lah” digantikan huruf " الهمزة - hamzah” dari "واو – Wau” seperti
[  إشاح ] dari [  وشاح] dan
إسادة ] dari [  وسادة ]

Sebahagian dari mereka berkata, adapun ianya juga menyebut perkataan "الله – Allah” dengan sebutan "إلها – Ilaha”, kerana penciptaan berpaling kepadaNya kerana memenuhi keperluan mereka, mengatasi kekurangan mereka.

Dan sebahagian mereka berkata, (يألهون) kerana penciptaan berpaling kepadaNya dengan dinashabkan huruf Lam dan juga dikasrahkannya (baris bawah), dan ianya dari dua bahasa yang sama.

Mereka berkata, ianya kata terbitan berasal dari seauatu yang sangat tinggi. Maka berkata orang Arab, setiap sesuatu itu adalah tinggi "لاها", lalu mereka berkata, jika terbitnya matahari maka ianya adalah "لاهت".

Dan mereka juga berkata, ianya berasal dari "أله" (memuja) dari seorang lelaki yang beribadat, dan "تأله" mendewakan jika mengasingkan diri ketika melakukan ibadah.
Dan Allah berfirman;

﴿ويذرك وإلاهتك﴾
[meninggalkan kamu serta tuhan-tuhanmu] atau
[dan meninggalkanmu serta apa-apa yang dipuja olehmu]

Pada ayat ini, Ibnu Abbas dan mereka yang lain mengatakan bahawa nama "الله" adalah kata terbitan, iaitu berasal dari ayat tersebut, maka Allah Yang Maha Suci maknanya yang dimaksudkan dengan ibadah.

Orang-orang yang bertauhid mengatakan, "لا إله إلا الله" tiada tuhan melainkan Allah dengan makna "لا معبود غير الله" tidak akan menyembah yang bukan Allah. Dan ‘illa’ pada kalimah itu dengan menggunakan makna ‘ghair’ tidak dengan makna illa atau istitsna’  dengan makna "pengecualian".

Sebahagian mereka berkata, asal huruf "الهاء – ilaha’ “ padanya "الكناية al-kinayah kata sandaran dari "الغائب" nama ghaib. Dan telah terbukti dengan jelas bahawa, fikiran mereka sudah dicemari, maka mereka ditunjukkan bukti dengan gambaran al-kinayah yang disandarkan mengenai yang ghaib.

Kemudian dimasukkan padanya huruf Lam Al-Mulk (penguasa). Setelah diberitahu bahawa pencipta sesuatu adalah pemiliknya, maka jadilah "له – baginya”, kemudian disisipkan "الألف" dan "اللام" sebagai tanda kemulian dan keagongan - الله .

Pendapat kedua, mereka mengatakan bahawa, ianya nama ilmu yang Jumud (statik) iaitu bukan dari kata terbitan yang berasal dari sesuatu. Tidak harus padanya semua kata terbitan itu, kerana ianya berasal dari kata terbitan yang mempunyai turutan.

Dan mereka yang berkata mengenainya, sebahagiannya mengatakan Alif dan Lam, perlu dimasukkan dan tidak boleh padam kedua-dua huruf tersebut. Dan mereka mengatakan, bukti pada huruf Alif dan Lam dari terbinanya dari nama ini, dan tidak dimasukkan untuk mengenal. Kemudian dimasukkan huruf seruan keatasnya, seperti kata "يا الله" dan huruf seruan tidak bercantum dengan Alif dan Lam sebagai untuk dikenal.

Tidakkah anda lihat bahawa, ada tidak yang menyebut "ياالرحمن" dan tidak juga "ياالرحيم" sepertimana anda sebut "يا الله", kedua-dua terbina dari nama. Ini adalah sebahagian dari kata-kata mereka, menunjukkan jelas bahawa mereka saling berbeza pendapat, perbezaan yang sangat keterlaluan. Dan untuk penambahan, anda boleh merujuk sebahagian darinya seperti Sibawaiih, al-Khaleel, Kasa'i, al-Farad, al-Ghazali, al-Qurtubi dan yang selainnya.



✡✡✡✡✡



Tiada ulasan:

Catat Ulasan