Halaman

Selasa, 11 Mac 2014

Wal lam yakun laHu kufuwan Ahad

Wal lam yakun laHu kufuwan Ahad
﴿وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ﴾:
{Dan tiada sesuatu pun yang setara dengan Yang Esa}

الكفؤ Yang setara, setanding, setaraf: ia adalah yang sama atau yang hampir sama pada sesuatu martabat, walaupun dari aspek tertentu. Dan ayat ini menafikan bahawa ada pada-Nya yang setara dari semua yang wujud, seperti disebut dalam ayat ini dan ayat yang mendahuluinya, {﴿اللَّهُ الصَّمَدُ﴾ Allah, Yang Kaya Mutlak} , dan ia, seperti yang telah dibentangkan, adalah sifatNya SWT dengan Kesempurnaan yang bererti memenuhi hajat dan menghasilkan kesempurnaan .
Adapun ﴿لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ﴾- Dia tidak melahirkan dan tidak pula dia dilahirkan} datang untuk menjelaskan bahawa , aspek (arah-arah) kesempurnaan-Nya SWT yang dinyatakan oleh Nama-nama dan Sifat-sifat , tidak berasingan dengan Dia SWT, bahkan ia adalah Dia SWT. Kemudian datang ayat ini

﴿وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ﴾

{Dan tiada sesuatu pun yang setara dengan Yang Esa} untuk menjelaskan bahawa semua ciptaan-Nya di bawah Dia SWT, walaupun  kewujudan kesucian yang tinggi dalam kesempurnaan – iaitu Muhammad dan Keluarga Muhammad (as) - yang sebahagian dari PenciptaanNya (makhluk) membayangkan bahawa mereka adalah Dia SWT apabila mereka melihatnya, seperti malaikat dalam peritiwa mikraj, dan seperti peritiwa Ibrahim apabila dia melihat Malakut

﴿وَكَذَلِكَ نُرِي إِبْرَاهِيمَ مَلَكُوتَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَلِيَكُونَ مِنَ الْمُوقِنِينَ * فَلَمَّا جَنَّ عَلَيْهِ اللَّيْلُ رَأى كَوْكَباً قَالَ هَذَا رَبِّي فَلَمَّا أَفَلَ قَالَ لا أُحِبُّ الْآفِلِينَ * فَلَمَّا رَأى الْقَمَرَ بَازِغاً قَالَ هَذَا رَبِّي فَلَمَّا أَفَلَ قَالَ لَئِنْ لَمْ يَهْدِنِي رَبِّي لَأَكُونَنَّ مِنَ الْقَوْمِ الضَّالِّينَ * فَلَمَّا رَأى الشَّمْسَ بَازِغَةً قَالَ هَذَا رَبِّي هَذَا أَكْبَرُ فَلَمَّا أَفَلَتْ قَالَ يَا قَوْمِ إِنِّي بَرِيءٌ مِمَّا تُشْرِكُونَ﴾

{Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda kerajaan  langit dan bumi dan agar dia termasuk orang yang yakin.* Ketika malam telah gelap, dia melihat sebuah bintang (lalu) dia berkata: "Inilah Tuhanku", tetapi tatkala bintang itu tenggelam dia berkata: "Saya tidak suka kepada yang tenggelam".* Kemudian tatkala dia melihat bulan terbit dia berkata: "Inilah Tuhanku". Tetapi setelah bulan itu terbenam, dia berkata: "Sesungguhnya jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku, pastilah aku termasuk orang yang sesat".* Kemudian tatkala ia melihat matahari terbit, dia berkata: "Inilah Tuhanku, ini yang lebih besar". Maka tatkala matahari itu terbenam, dia berkata: "Hai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan.} [Surah Al-An'am 6:75-78]

Abu Abdullah (as) telah ditanya mengenai apa yang Ibrahim (as) katakan: "Inilah Tuhanku" kepada yang lain dari Allah : Adakah Ibrahim syirik kepada Allah apabila dia berkata " Inilah Tuhanku? Jadi dia (as) berkata: " Sesiapa yang mengatakan hari ini bahawa dia musyrik. Tidak ada syirik dilakukan oleh Ibrahim, tetapi dia mencari Tuhannya, dan orang yang mencari Tuhannya itu tidak akan syirik " [2], diriwayatkan daripada Al-Qummi , dan pada Al-'Iyashi yang juga seperti itu. Jika Ibrahim mencari Tuhannya di dunia kebendaan ini maka Ibrahim telah syirik dengan Allah, tetapi dia mencari Allah dalam alam Malakut (Kerajaan Langit).

Dari Muhammad bin Himran, dia berkata: Aku bertanya kepada Aba Abdillah (as) mengenai firman Allah tentang apa yang telah diberitahu mengenai Ibrahim (as): {Inilah Tuhanku}, beliau berkata: (dia tidak sampai kepada sesuatu, yang maksudkan sesuatu yang berbeza dari apa yang dia katakan.) [3]

Sheikh Al-Faqih Abu Ja'far Muhammad bin Ali bin Al-Hussein bin Musa anak Babweih Al- Qumi mengatakan dalam Kitab (' ilal Al' - Shara'i ): Telah berkata bapaku dan Muhammad bin Al- Hassan bin Ahmad bin al-Walid, mereka berkata : Dari Sa'id bin Abdullah bahawa dia berkata  Dari Muhammad bin Isa bin Ubayd, dari Muhammad bin Abi Umeir dan Muhammad bin Sinan, dari Al-Sabah Al-Sadi , dan Sudeir Al- Sirfi dan Muhammad bin Nu'man Mo'min Al-Taq , dan Umar bin Azina. dari Abi Abdillah (as), dan dari Muhammad bin Al-Hasan bin Ahmad bin Walid (ra), dia berkata : Dari Muhammad bin Al- Hassan Al- Shaffar dan Sa'id bin Abdillah , mereka kedua-duanya berkata: dari Muhammad bin Al-Hassan bin Abi Al-Khattab , dan Ya'qoub bin Yazid dan Muhammad bin Isa, daripada Abdillah bin Jiblah, dari Al-Sabah Al-Mazni , dan Sudeir Al- Sirfi dan Muhammad bin Nu'man Al-Ahwal, dan Umar bin Azeena, dari Abi Abillah (as ), bahawa mereka datang kepadanya ...... Lalu Abu Abdillah (as) berkata: (Sesungguhnya Allah Al-‘Aziz Al-Jabbar, mikrajkan Nabi Nya (sawas) ke Langit Ketujuh-Nya. Adapun yang pertama diberkati atasnya, dan pada yang kedua diajarkan ilmuNya yang Fardhu (wajib). Maka Allah Al-‘Aziz Al-Jabbar, menurunkan kepadanya bekas dari cahaya di dalamnya mempunyai empat puluh jenis dari jenis-jenis cahaya, dan cahaya itu tertumpu di sekeliling Arasy, Arasy-Nya Tabaraka wa Taala yang membutakan penglihatan orang-orang yang melihat - . Kemudian Dia naik ke Langit Dunya, maka malaikat terbang ke penjuru-penjuru langit, kemudian mereka semua bersujud dan mereka berkata:


سبوح قدوس رب الملائكـة والروح ما أشبه هذا النور بنور ربنا

"Maha Suci dan Maha Kudus Tuhan kita, dan Tuhan para malaikat dan roh, bagaimana sama cahaya ini dengan cahaya Tuhan kita? "

Jadi Jibril (as) berkata: الله أكبر الله أكبر
"Allah Maha Besar! Allah Maha Besar!!"

Jadi malaikat malaikat disenyapkan, dan pintu langit dibuka dan para malaikat berkumpul. Dan mereka datang dan memberi salam kepada Nabi (sawas) berbondong-bondong,

Kemudian mereka berkata : "Ya Muhammad , bagaimana saudara Kamu? "

Muhammad berkata: "Dia baik"

Jadi malaikat berkata: " Apabila kamu bertemu dengannya ucapkan salam kami kepadanya"

Jadi dia Nabi (sawas) berkata: "adakah kamu mengenalnya?"

Lalu mereka berkata , "Bagaimana kami tidak mengenalnya, apabila Allah mengambil janji kamu semasa perjanjianNya daripada kami, dan sesungguhnya kami berselawat ke atas kamu dan kepadanya."

Kemudian dia mengurniakannya empat puluh jenis dari jenis-jenis cahaya, yang kelihatan sesuatu yang sama dengan cahaya yang pertama. Dan Dia diangkat dalam bekas cincin dan rantai dan kemudian Dia mikraj naik ke langit kedua, dan apabila dia menghampiri pintu Langit itu , maka malaikat terbang ke penjuru-penjuru langit, kemudian mereka semua bersujud dan mereka berkata.

"Maha Suci dan Maha Kudus Tuhan kita, dan Tuhan para malaikat dan roh, bagaimana sama cahaya ini dengan cahaya Tuhan kita?!

Kemudian Jibril (as) berkata,
 أشهد أن لا إله إلا الله، أشهد أن لا إله إلا الله!
{Aku bersaksi Tiada Tuhan Melainkan Allah di ulang 2 kali]

Lalu malaikat berkumpul dan dibuka pintu langit ,
Dan mereka berkata: “Ya Jibril, siapakah bersama kamu ini."?

Jadi Jibril berkata, “Ini Muhammad”,

Dan mereka berkata, “Adakah dia telah telah diutus?”

Jibril berkata , "Ya "

Jadi Rasulullah (sawas) berkata: "Mereka yang keluar ke arah ku seolah-olah mereka berpeluk satu sama lain, dan mereka mengucapkan salam kepadaku.

Dan mereka berkata: "Ucapkan salam kami kepada saudaramu.",

Lalu aku berkata: "Adakah kamu mengenalnya?"

Mereka berkata: Ya, dan bagaimana kami tidak mengenalnya, apabila Allah mengambil janji kamu semasa perjanjianNya dan perjanjian Syiahnya hingga ke hari kiamat datang kepada kita, dan sesungguhnya kami melihat kepada wajah-wajah Syiahnya lima kali sehari, dan setisp waktu "

Kemudian Rasulullah (sawas) bersabda: "Kemudian Tuhanku Yang Maha Tinggi menambah kepadaku dengan 40 jenis cahaya yang tidak kelihatan seperti cahaya pertama dan Dia menambah kepadaku dengan cincin dan rantai "

Kemudian dinaikan (mi’raj) dengannya hingga ke Langit ketiga, maka malaikat terbang ke penjuru-penjuru langit, kemudian mereka semua bersujud.

Dan mereka berkata, “Maha Suci dan Maha Kudus Tuhan kita, dan Tuhan para malaikat dan roh, bagaimana sama cahaya ini dengan cahaya Tuhan kita!”

Jibril (as) berkata:
 أشهد أن محمداً رسول الله، أشهد أن محمداً رسول الله،
“Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah! ' Aku menyaksikan bahawa Muhammad adalah utusan Allah ! '

Jadi malaikat berkumpul dan terbuka pintu langit dan berkata, "(Selamat datang) Marhaban pada yang Awal dan Marhaban pada yang Akhir, dan Marhaban pada yang mengumpul dan Marhaban pada yang menyebar, Muhammad Nabi Penutup dan Ali Washi terbaik ".

Kemudian Rasulullah (sawas) bersabda: "Mereka mengucapkan salam kepadaku dan bertanya kepadaku mengenai Ali saudaraku, jadi aku menjawab: Dia di Bumi khalifahku. Adakah kamu mengenalnya?

Kata mereka: "Ya, dan bagaimana kami tidak mengenalnya, apabila kami berhaji di Baitul Ma’mur sekali setiap tahun, dan apabila ia adalah satu kertas kulit putih yang di dalamnya ada nama Muhammad (sawas), Ali, Al-Hassan Al-Hussein, para Imam (as) dan Syiah mereka, hingga ke hari kiamat. dan sesungguhnya , kami menyambut kepala mereka dengan tangan-tangan kami"

Lalu Kemudian Tuhanku Yang Maha Tinggi menambah kepadaku dengan 40 jenis cahaya yang tidak kelihatan seperti cahaya pertama dan Dia menambah kepadaku dengan cincin dan rantai, Kemudian dinaikan (mi’raj) aku hingga ke Langit keempat, maka malaikat tidak berkata apa-apa, maka aku mendengar bunyi seperti ia datang dari hati dan malaikat-malaikat berkumpul, pintu langit terbuka, dan mereka datang kepadaku seperti mereka memeluk satu sama lain,

Jadi Jibril (as) berkata:
حي على الصلاة حي على الصلاة،
 حي على الفلاح حي على الفلاح
(" Marilah solat, Marilah solat
Marilah menuju kejayaan Marilah menuju kejayaan!"

Maka malaikat berkata ditambah dengan dua sahutan suara: "Dengan Muhammad solat itu didirikan dan dengan Ali adalah kejayaan".

Lalu Jibril (as) berkata:
قد قامت الصلاة قد قامت الصلاة
 Akan didirikan solat! Akan didirikan solat!".

Para malaikat berkata: " Ia adalah untuk Syiahnya, mereka mendirikannya sehingga hari kiamat "

Kemudian malaikat berkumpul dan berkata kepada Nabi (sawas): "Di mana kamu tinggalkan saudaramu dan bagaimana dia"

Baginda (sawas) bersabda kepada mereka: " Adakah kamu mengenalnya? "

Mereka berkata: "Ya kami mengenalnya dan Syiahnya dan dia adalah cahaya ......) [4]

Aku katakan: Walaupun kewujudan kesucian (Muhammad dan Keluarga Muhammad (as)) ini, mereka tidak sama atau hampir sama dengan Allah SWT. Sebaliknya, ianya begitu jauh di bawahNya, ianya tidak lebih dekat dengan-Nya, apatah lagi untuk sama dengan-Nya, walaupun apa sahaja yang mereka nyatakan berkenaan dengan arah (aspek) kesempurnaan-Nya SWT.

Dalam Al- Ziyara Al-Jami'ah (... Salam ke atas kemustahilan mengenal (makrifat) Allah, dan di antara rumah-rumah barkah Allah, dan lombong-lombong kebijaksanaan Allah, dan para penjaga rahsia Allah, dan pembawa kitab Allah, dan para pemegang wasiat nabi Allah , dan zuriat keturunan Rasulullah, dan rahmat Allah dan keberkatan-Nya, Salam ke atas penyeru agama Allah, dan para Pemandu Arah kepada keredhaan Allah, dan para pengukuh perintah Allah, dan para pelengkap cinta kasih Allah, dan yang ikhlas dalam mentauhid Allah, dan orang-orang yang menzahirkan urusan Allah ...) [5]
                  
Dan dalam Doa hari-hari Rejab yang telah diriwayatkan dari Imam Mahdi (as) (... Aku bermohon kepadaMu dengan apa yang mereka sebut dengan kehendakMu, begitu Engkau jadikan mereka lombong-lombong untuk KalimahMu, dan tunggak-tunggak untuk TauhidMu, dan tanda-tanda Maqam-maqamMu, yang tidak bergantung di setiap tempat, yang mengenalMu dengannya sesiapa yang mengenal Engkau, tidak ada perbezaan antara Engkau dan mereka, melainkan mereka hambaMu dan ciptaanMu... ) [6]

Tetapi juga , kesempurnaanNya dan Sifat-sifatNya SWT tidak ada yang serupa denganNya sesuatu pun ( ... Wahai Dia Yang Esa Yang tanpa bertentangan, Wahai Dia Yang Tunggal tanpa saingan, Wahai Dia Yang Kaya Mutlak tanpa aib ... . Wahai Dia Yang Terang Nyata tanpa bandingan) [7]


✡✡✡✡✡

--------------------
 [1 ] 'Uyoun Akhbar Al-Ridha (as) - Sheikh Al-Sodouq , jilid 1 , halaman 8
[2 ] Bihar Al-Anwar : jilid 77, Bab 4 – Al-‘Ashimah Al-Anbia’ (as): halaman 72
[3 ] Tafsir Al'Ayashi : halaman 353
[4 ] 'Iilal Al-Syara'ik : jilid 2 , halaman 313
[5 ] Al-Mafateeh Jinan: Al-Ziyarah Al-Jam'iah
[6 ] Al-Mafateeh Jinan: Du’a Yaup Min dari Rejab

[7 ] Dua 'Al-Jawsyan Al-Kabir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan