Halaman

Rabu, 5 Mac 2014

Soalan 178: Apakah Tujuan Manusia Dicipta?


Soalan 178: Apakah Tujuan Manusia Dicipta?

Soalan 178:
Apakah Tujuan Manusia Dicipta?


Jawapan:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang
Segala puji-pujian tertentu bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat Allah ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi .
.

Allah SWT menciptakan Adam sebagai Khalifah (Pengganti) di bumi-Nya, ini adalah satu perkara yang disahkan oleh semua agama samawi (al-adyaan al-Ilahiyah), dan juga Allah SWT . memerintahkan semua malaikatNya sujud kepada Adam (as), dan sujud adalah tanda penyerahan dan menghina diri dan taat kepada Perintah bersujud yang dikeluarkan, dan perkara yang bukan sahaja taat kepada perintah Allah SWT, sebaliknya kekhususan itu akan menjadi tidak masuk akal (mengganggu). Dan Allah SWT melarang menyalahgunakannya, jadi perkara sujud kepada Adam adalah kekhususan yang wajib diambil secara tepat (berhati-hati), dan begitu juga keutamaan Adam (as) atas malaikat, adalah perkara keutamaannya (as) adalah juga satu perkara yang yang perlu disedari untuk mengetahui tujuan diciptakan manusia .


Perkara pertama: perkara Khalifah Allah di bumi-Nya, dan di sini adalah satu perkara yang kita harus kenal dan memulakan darinya, dan Khalifah itu mesti yang berkelayakan untuk melaksanakan tujuan yang telah diberikan kepadanya Kekhalifahan itu, maka soalannya: Adalah mengenai tujuannya itu. Dan jawapannya ialah: tujuannya adalah untuk melakukan dengan maqam Allah SWT dalam pengurusan Bumi termasuk hamba-hamba Allah dari Manusia (Insan), Malaikat dan Jin, dan apa jua di dalamnya termasuk Alam Jasmani dan Kerajaan Alam Tinggi dan Rendah. Jika ini menjadi tujuan, apakah kelayakannya?

Dan untuk tahu kelayakan ini saya akan berikan contoh berikut, jika saudara mempunyai sebuah kilang yang saudara mampu untuk menguruskan semua hal, jadi ia perlu tahu cara pengurusan dan kerosakan dan cara membaikinya, dan ia memerlukan seseorang yang mampu untuk berurusan dengan pekerja di kilang, dan sekarang jika saudara mahu masukkan ke kilang itu seseorang yang selepas saudara akan atau menjayakan saudara. Saudara memilih seseorang yang mempunyai kecekapan dan orang yang layak untuk berurusan dengan pekerja-pekerja di kilang, dan jika saudara adalah pemilik personaliti yang ideal, saudara akan memilih seseorang yang mempunyai personaliti yang sesuai juga, atau orang yang hampir dengan masalah ini agar keadaan kilang di masa pengurusan saudara dan dalam masa pengurusan seseorang yang menjadi pengganti saudara.

Jadi dari sini, apabila Allah SWT memberikan penggantian kepada Khalifah-Nya di bumi-Nya, Dia menjadikan Khalifah-Nya mempunyai ciri-ciri sifat-Nya SWT, kerana Dia mampu dalam segala-galanya, jadi oleh kerana Khalifah-Nya SWT adalah Rupa bentuk-Nya dan Wajah-Nya dalam penciptaan-Nya, dan Nama-nama-Nya yang paling yang baik, Rasulullah (S) bersabda:

(إن الله خلق آدم على صورته)

(Bahawa Allah menciptakan Adam atas Rupa bentuk-Nya) ¹

Dan untuk menjadi Khalifah yang seperti ini, dia mesti fana dalam nama-nama Allah SWT, dan sifat-Nya, maka perintahnya menjadi perintah Allah, dan perintahnya adalah perintah Allah dan kehendaknya adalah kehendak Allah, seperti dalam Hadis Al-Qudsi:

(لا يزال عبدي يتقرب إليَّ بالفرائض - أي بالولاية لي - حتى يكون يدي وعيني وسمعي)

(HambaKu terus mendekati Ku dengan tugas Faraid – maknanya dengan Wilayah-Ku - sehingga dia menjadi Tangan Ku, Pengelihatan-Ku dan Pendengaran-Ku.) ²

bermakna sehingga dia menjadi Aku dalam penciptaan.

Dan seperti dalam Hadis:

(إن روح المقرب تصعد إلى الله فيخاطبه الله سبحانه وتعالى فيقول: أنا حي لا أموت وقد جعلتك حياً لا تموت، أنا أقول للشيء كن فيكون وقد جعلتك تقول للشيء كن فيكون)

(Bahawa ruh yang mendekati yang naik ke hadrat Allah maka berbicara Allah SWT dengan firmanNya: Aku hidup dan tidak mati dan Aku jadikan kamu hidup dan tidak mati, Aku katakan kepada sesuatu, jadilah maka terjadi, dan Aku menjadikan kamu mengatakan kepada sesuatu, jadilah maka terjadi.) ³


Dan sekarang kita kembali kepada perkara mengenai Khalifah itu dan saya berkata : jika Khalifah adalah rupa bentuk Dia yang memberi kepadanya Kekhalifahan, dan mewakili maqamNya di Bumi-Nya, dan jika ketika Pemilik Bumi tidak hadir, bermakna tidak hadir pada pandangan dan anggapan, melainkan Dia menyaksikan dalam keghaibanNya, dan jika KhalifahNya adalah rupa bentuk-Nya, maka mengenal KhalifahNya adalah memungkin mengenal yang menjadi KhalifahNya, kerana dia adalah rupa bentuk-Nya, dan ini adalah tujuan sebenar (haqiqah) Khalifah, yang menjadi dasar tujuan pertama dan ia adalah berdirinya Khalifah yang mewakili maqam (kedudukan-status) Dia yang memberi kepadanya Kekhalifahan, dan ia adalah makrifah dan ilmu yang hakiki, dan dengan Nabi-nabi dan Rasul-rasul yang mengenal Allah, Allah SWT berfirman:

﴿وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْأِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ﴾

"Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk menyembah-Ku." 4

bermakna mengenaliKu


Dan Allah SWT berfirman:

﴿قَالَ يَا آدَمُ أَنْبِئْهُمْ بِأَسْمَائِهِم﴾

"Dia berkata," Wahai Adam, beritahu mereka nama-namanya itu".5

maka Dia yang mengajar (nama-nama benda-benda) kepada Adam, yang merupakan Khalifah Allah , mengajar malaikat dan mereka mengenal nama-nama Ilahiyah, maka segala malaikat adalah dicipta daripada Nama-nama Allah SWT, dan dalam Ziyarah Al-Jamiah: (Salam ke atas jalan untuk mengenal Allah)6.




✡✡✡✡✡

____________________
1 Usul Al Kafi: Bahagian 1, halaman 134.
2 Beliau (as) yang telah disebutkan Hadis Suci ini, dan maklumatnya adalah di Al- Mutashabihat bahagian 3/Soalan bilangan 100, dan lain-lain juga.
3 Bihar Al-Anwar: Jilid 90 halaman 376, dan Hadis sudah disebut dalam jawapan nombor soalan 127.
4 Surah Az-Zariyat 51:56
5 Surah Al -Baqarah 2:33

6 Azziyarah Al-Jamiah / Mafatih Al Jinan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan