Halaman

Selasa, 4 Mac 2014

Soalan 155: Sebaik-baik Kejadian


Soalan 155:

Apa yang di maksudkan firman-Nya SWT:

﴿وَالتِّينِ وَالزَّيْتُونِ * وَطُورِ سِينِينَ * وَهَذَا الْبَلَدِ الْأَمِينِ * لَقَدْ خَلَقْنَا الْأِنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ * ثُمَّ رَدَدْنَاهُ أَسْفَلَ سَافِلِينَ * إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَلَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ* فَمَا يُكَذِّبُكَ بَعْدُ بِالدِّينِ * أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ﴾

{Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun,* dan demi bukit Sinai,* dan demi kota (Mekah) ini yang aman,* sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian.* Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya ,* kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya.* Maka apakah yang menyebabkan kamu mendustakan (hari) pembalasan sesudah (adanya keterangan-keterangan) itu?? * Bukankah Allah Hakim yang seadil-adilnya?} [Surah 95 At-Tin)]

Jawapan :

Dengan nama Allah , Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang
Segala puji-pujian tertentu bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat Allah ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi.

{Demi buah tiin}: adalah Fatimah (as). {Dan Zaitun}: adalah Ali (as),
                                                          
﴿يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ نُورٌ عَلَى نُورٍ﴾

dan dia adalah yang hampir bercahaya walaupun tidak disentuh oleh api. Cahaya di atas cahaya
 [Surah An- Nur  24:35]

{Dan demi Tur Sinai} : Lembah Al-Salam dalam Al-Najaf, kerana Tur Sinai telah digerakkan oleh para malaikat ke tempat ini (Al-Najaf).

{Dan bandar yang selamat ini}: Rasulullah Muhammad (sawas).

{sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian * Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya.}: Makhluq pertama adalah haqiqat Insan apabila dinaikkan ke (martabat) yang tertinggi, dan Makhluq yang kedua adalah haqiqat Insan apabila jatuh dirinya ke (martabat) yang paling rendah. Dan yang pertama adalah ‘Aqal atau Muhammad (sawas), dan yang kedua ialah Jahil atau Yang Kedua, dan kedua-dua mereka adalah manusia (al-Insan), dan dengan sebab itu Dia SWT berfirman: {sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian * Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya.} , yang bermaksud, kami mewujudkan manusia, dengan itu kami membuat naik ke martabat tertinggi bagi Manusia, dan juga kepada martabat paling rendah untuk Manusia.

Abu Abdillah (as) berkata: (Sesungguhnya Allah mencipta ‘Aqal, dan ia adalah ciptaan yang pertama dari ruh-ruh di sebelah kanan ‘arasy dari cahayaNya , lalu Dia mrnyuruhnya. Pergilah, jadi ia pergi Kemudian dikatakan kepadanya: ke marilah, jadi ia datang maka SWT berfirman: . Aku telah mencipta kamu dengan kejadian yang besar dan kamu dihormati (mulia) ke atas semua ciptaan Ku dan dia berkata: . Kemudian Dia menciptakan Jahil, dari air masin. laut gelap, lalu Dia mrnyuruhnya: Pergilah, lalu ia pergi Kemudian dikatakan kepadanya: . . ke marilah, tetapi ia tidak datang, lalu dikatakan kepadanya: kamu terlalu takbur, dengan itu Dia melaknatnya." [1]

Yang mengajar malaikat yang rapat adalah (‘Aqal yang pertama), dan dia adalah Muhammad (sawas), dan dia adalah seorang manusia.[2] Dan yang direndahkan adalah Iblis (la) dan dia juga manusia derhaka, dan dia adalah Yang Kedua, atau Jahil. Dan Iblis (la) ini berkata,

﴿قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ﴾

"Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya,} [Surah Al-Hijr 15:39],

maknanya orang yang tergoda denganku.

{Maka apakah yang menyebabkan kamu mendustakan (hari) pembalasan sesudah (adanya keterangan-keterangan) itu?? * Bukankah Allah Hakim yang seadil-adilnya?}

Bahawa akan tetap buah tiin dan zaitun pada zaman Imam Al Mahdi (as) keduanya mempunyai kebenaran lain pula. Dan negara aman adalah Imam Al Mahdi (as). Dia SWT berfirman:

﴿وَشَجَرَةً تَخْرُجُ مِنْ طُورِ سَيْنَاءَ تَنْبُتُ بِالدُّهْنِ وَصِبْغٍ لِلْآكِلِينَ﴾

{dan pohon kayu keluar dari Thursina (pohon zaitun), yang menghasilkan minyak, dan makanan bagi orang-orang yang makan.} [Surah Al Mu'minun 23:20 ]

dan Dia SWT berfirman

﴿اللَّهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكَاةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ الْمِصْبَاحُ فِي زُجَاجَةٍ الزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ مِنْ شَجَرَةٍ مُبَارَكَةٍ زَيْتُونَةٍ لا شَرْقِيَّةٍ وَلا غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ نُورٌ عَلَى نُورٍ يَهْدِي اللَّهُ لِنُورِهِ مَنْ يَشَاءُ وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ﴾

{Allah cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Nya, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.} [ Surah Al Nur 24:35 ]

Oleh itu, pohon zaitun, dan pohon yang keluar dari Gunung Sinai, dan menghasilkan minyak, dan zaitun yang bukan dari timur atau barat, semua menunjukkan kepada satu orang, dan itu adalah Mahdi pertama dalam masa kemunculan Imam Al Mahdi (as). Untuk dia (Mahdi pertama) adalah zaitun dalam ayat yang kita sebut, dan beliau adalah pokok yang keluar dari Gunung Sinai (bermaksud Al Najaf), sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Amirul Mukminin dan Al Sadiq (as) [3]

Bagi para malaikat memindahkan Gunung [ke tempat lain] selepas kejadian mengangkat dan ia tidak dikembalikan ke tempatnya

﴿وَإِذْ نَتَقْنَا الْجَبَلَ فَوْقَهُمْ كَأَنَّهُ ظُلَّةٌ وَظَنُّوا أَنَّهُ وَاقِعٌ بِهِمْ خُذُوا مَا آتَيْنَاكُمْ بِقُوَّةٍ وَاذْكُرُوا مَا فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ﴾

{Dan (ingatlah), ketika Kami mengangkat bukit ke atas mereka seakan-akan bukit itu naungan awan dan mereka yakin bahwa bukit itu akan jatuh menimpa mereka. (Dan Kami katakan kepada mereka): "Peganglah dengan teguh apa yang telah Kami berikan kepadamu, serta ingatlah selalu (amalkanlah) apa yang tersebut di dalamnya supaya kamu menjadi orang-orang yang bertakwa"} [Surah Al-A’raf 7:171],

mereka sangka ia akan jatuh kepada mereka, tetapi ia tidak kembali semula ke tempatnya, dan tidak jatuh kepada mereka, sebaliknya, ia telah dipindahkan [ke tempat lain].

Dan makanannya adalah minyak {mengeluarkan minyak}, bermakna ilmunya berat pada manusia, dan manusia tidak boleh memikulkannya (rahsia dalam rahsia), (dan sukar dan [rumit untuk difahami]) , sebagaimana yang telah dinyatakan oleh mereka (as).

Abu Abdillah (as) berkata: (Sesungguhnya perkara kami adalah rahsia dalam rahsia, dan rahsia dilindungi dengan rahsia, dan rahsia yang tidak memberi manfaat kecuali rahsia, dan rahsia dengan rahsia, dan rahsia berlitupkan dengan rahsia ) [4]

dan Abu Ja'afar (as) berkata: (Sesungguhnya urusan kami ini dilindungi dengan berlitup oleh perjanjian, sesiapa yang melanggarnya ia menghina Allah) [5]

dan Abu Abdillah (as) berkata: (Sesungguhnya urusan kita ini dilindungi dengan berlitup oleh perjanjian, sesiapa yang melanggarnya ia menghina Allah) [6]

dan Abu Abdillah (as) berkata: (Sesungguhnya kami adalah perkara yang haq, dan haq yang haq, dan ia adalah zahir, dan batin kepada batin, dan ia adalah rahsia, dan rahsia kepada rahsia, dan rahsia itu dilindungi, dan rahsia berlitup dengan rahsia ) [7]

Dan dia adalah zaitun, tiada timur mahupun di barat , minyak yang hampir bercahaya, kerana dia adalah dari Mahdi-mahdi, dan dianggap sebagai para Imam (as) pada masa yang lain. Dan terdapat hadits yang telah diriwayatkan dari mereka (as) yang mengira para Imam terdiri dari dua belas orang dari keturunan Ali dan Fatimah, yang bermaksud, mereka mengira bahawa Mahdi Pertama dari para Imam (as), dan dalam kata-kata mereka (as). Dan berikut adalah sebahagian daripada riwayat:

Abu Ja'afar (as) berkata: (dua belas Imam dari keluarga Muhammad (as) semua diperanakkan dari Rasulullah (sawas), dan dari keturunan Ali, dan Rasulullah dan Ali (as) adalah bapa mereka) [8]

Dan dari Abu Ja'afar (as), Jabir Ibn Abdullah Al Ansari berkata: (Saya memasuki rumah Fatimah (as) dan antara tangannya ada papan tulis (lauh) tertulis nama-nama al-aushiak dari anak-anaknya, jadi aku kira ada dua belas, yang terakhir dari mereka adalah Al-Qa'im, tiga daripada mereka adalah Muhammad, dan tiga daripada mereka adalah Ali) [9]

dan Abu Ja'afar (as) berkata: (Sesungguhnya Allah telah mengutus Muhammad (sawas) kepada jin dan Manusia, dan dijadikan selepas baginda dua belas khalifah, sebahagian daripada mereka mendahului dan sebahagian daripada mereka masih kekal, dan setiap khalifah mengamalkan Sunnah. dan dan aushiak yang datang selepas Muhammad (sawas) berada dalam Sunnah aushiak Isa dan mereka dua belas, dan Amirul Mukminin (as) adalah pada sunnah Al-Masih) [10]

Dan Zirarah, beliau berkata: Aku mendengar Abu Ja'afar (as) berkata: (Kami dua belas Imam, dari mereka adalah Hassan dan Hussein, selepas itu [datang] para Imam dari keturunan Al Hussein (as)) [11]

dan Abu Ja'afar (as) berkata: (Rasulullah (sawas) bersabda: Aku dan dua belas dari keturunanku, dan engkau Ali adalah pasak Bumi, bermakna pasak dan gunung-ganang, Dengan kita Allah telah mengukuhkan Bumi supaya tidak cair penduduknya. maka jika dua belas dari keturunanku pergi, Bumi akan cair dan penghuninya tidak akan diselamatkan.)[12]

dan Abu Ja'afar (as) berkata: (Rasulullah (sawas) bersabda: Dari keturunanku adalah dua belas naqib (ketua), dipilih, Ahli pidato dan faqih (faham) yang terakhir daripada mereka adalah Al-Qa'im, dia akan memenuhinya dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman.) [13]


✡✡✡✡✡

____________________
[1] Bihar Al Anwar : jilid 1, halaman 97
[2 ] Salman (ra) berkata : Rasulullah (sawas) bersabda kepadaku: (Wahai Salman, Allah telah menjadikan ku dari yang terbaik daripada cahayaNya, dan Dia menyeruku mentaati-Nya, dan Dia menciptakan Ali dari cahayaku, dan Dia menyerunya supaya mentaati-Nya, dan dia menciptakan Fatimah dari cahaya Ali, maka Dia menyerunya supaya mentaati-Nya,. dan dia menciptakan dariku, Ali dan Fatimah Al Hassan, dan Dia menyerunya supaya mentaati-Nya, dan dia menciptakan dariku, Ali dan Fatimah Al Hussein, dan Dia menyerunya supaya mentaati-Nya,) Dala'il Al Imamah oleh Muhammad ibn Jarir Al Tabari (Al Sh'ii ): halaman 448
[3 ] dalam Bihar Al Anwar: Jilid 31, halaman 219, dari Irsyad al-Qulub, dari Abu Abdullah (as) bahawa dia berkata: (Al-Ghari adalah sebahagian daripada gunung di mana Allah bercakap dengan Nabi Musa). Dan dalam Bihar Al-Anwar, Jilid 75, halaman 205, juga dari Abu Ja'afar (as) bahawa dia berkata: (Pada Wasiat Amirul Mukminin (as) "keluarkan aku ke bahagian atas, jadi jika kaki kamu membawa kamu ke tempat yang betul dan kamu bertemu dengan angin, maka kebumikan aku, dan ia adalah permulaan Tur Sinai (Gunung Sinai) "maka mereka lakukan).
[4] Al Basa'ir Darajat / Mohammad ibn Al Hassan Al Shaffar: halaman 47
[5] Al Basa'ir Daragat : halaman 48
[6] Al Basa'ir Daragat : halaman 48
[7] Al Basa'ir Daragat : halaman 48
[8] Al Kafi : jilid 1, halaman 531, hadith 7
[9] Al Kafi : jilid 1, halaman 532 , hadith 9
[10] Al Kafi : jilid 1, halaman 532 , hadith 10
[11] Al Kafi : jilid 1, halaman 533 , hadith 16
[12] Al Kafi : jilid 1, halaman 534, hadith 17
[13] Al Kafi : jilid 1, halaman 534, hadith 18

Tiada ulasan:

Catat Ulasan