Halaman

Ahad, 30 Mac 2014

Lampiran 1 الله - Allah

Lampiran 1


الله - Allah:

Allah: Nama inilah yang manusia kenal sebagai Nama bagi Zat Ketuhanan - bahkan, sebenarnya ia hanya untuk maksud Ketuhanan Mutlak. Tetapi adakah mungkin boleh dikatakan sebagai Ketuhanan Mutlak - untuk selain daripada Zat al-Muqaddasah (Yang Maha Suci)?

Dan sebelum mengetahui perkara ini perlu dijelaskan: adakah Nama Allah ilmu jumud atau berasal dari perkataan lain, jawapannya bergantung kepada penjelasan ini. Dan sebagaimana sabda Rasulullah (sawas): "Kami, para nabi, diperintahkan untuk bercakap kepada manusia dengan kadar fikiran mereka. "

Dan Abu Abdullah (as) yang berkata: "Rasulullah (sawas) hanya bercakap kepada hamba-hamba menurut keupayaan fikirannya sahaja ", dan beliau berkata:" Rasulullah (sawas) bersabda: ' Kami, para nabi, diperintahkan untuk bercakap kepada manusia dengan kadar fikiran mereka." [1].

Pada pendapat pertama bahawa Nama Allah adalah ilmu jumud: pendapat Al Sayyed Al Khoei (Rahimahu Allah) yang berhujah kepadanya oleh perkara-perkara yang saya akan kemukakan dan nyatakan kesalahan-kesalahannya, dan akan menjelaskan kesalahan pendapat ini:

Al Sayyed Al Khoei berkata di dalam Kitab Al-Bayan: "Dan sesiapa yang membayangkan bahawa ia adalah jenis nama, maka telah silap, dan bukti kami mengenai perkara ini adalah: Pertama: Al-Tabadur (berdaya mula), kerana sesungguhnya lafaz Jalaalah (الله) ini keluar tanpa kata imbuhan kepada Zat al-Muqaddasah (Yang Maha Suci), dan tidak ada syak padanya satu pun. Pada asasnya tiada catatan (naqal) yang disahkannya seperti dalam bahasa dan disokong kebenaran hujjahnya di dalam Ilmu Usul ".[2].

Saya katakan: yang keluar pada Zat al-Muqaddasah (Yang Maha Suci) tanpa kata imbuhan bukanlah suatu dalil dan ia adalah ilmu yang jumud. Untuk nama Al-Rahman yang keluar pada Zat al-Muqaddasah (Yang Maha Suci) tanpa kata imbuhan dan tidak ada syak padanya satu pun dan yang mengatakannya itu adalah ilmu yang jumud, dan jika seseorang berkata, tidak ada seseorang pun akan memberi perhatian kepada kata beliau, kerana ia adalah nama yang ada asal, dan keluarnya ini disebabkan penggunaannya.

Adapun kata Al-Sayyed Al-Koei (Rahimhu Allah) “Pada asasnya tiada catatan (naqal) yang disahkannya seperti dalam bahasa dan disokong kebenaran hujjahnya di dalam Ilmu Usul" adalah dibatalkan, Kerana jika ia mahu meletakkan pemindahan Tatabahasa dia telah
gagal untuk membawanya dan tidak menunjukkan ketiadaan yang wujud, sebaliknya
untuk memindahkan (mencatat) dari perkataan Arab adalah setitik dari lautan yang luas yang tidak terkeluar dari catatan perkataan mereka, Dengan itu menyampaikan (mencatat) dari orang-orang Arab - dengan kemungkinan berlaku kesilapan. Oleh itu, dalam melafazkannya yang melibatkan akidah, tidak boleh dijadikan hujah sepenuhnya kerana ia tidak mempunyai nilai jika bertentangan Nash-nash Syariat. Saya tidak tahu Al-Sayyed Al-Koei berpegang teguh kepada agakan dan waham-waham (renungan akal) sebagai kaedah pemerhatiannya yang membina dan menghimpunkan pertimbangan yang tidak lengkap. Dengan kaedah menggunakan akal yang tidak sempurna dan menghimpunkan pertimbangan itu adalah ditolak. Dan berpaling dari nash al-ma’shum yang datang dari mereka (as) atau lebih menunjukkan yang ada asal.

Amir al-Mukminin (as) berkata: "Allah bermaksud: Yang disembah, yang berpaling padaNya, penciptaan yang berpaling padaNya. Dan Allah yang terlindung dari pemandangan, dan terhijab daripada khayalan dan pemikiran." [3].

Al Baqir (as) berkata: "Yang disembah, yang berpaling padaNya penciptaan dapat melihat dan mengetahui bagaimana dia. Dan orang-orang Arab berkata: " أله الرجل - Alaha al rajul" (lelaki itu telah menjadi keliru) apabila dia keliru tentang sesuatu yang dia tidak ketahui. Dan [mereka berkata] " وله- Walaha" apabila dia takut sesuatu yang dia berhati-hati dan bimbang. Oleh itu الإله - al-ilah adalah terlindung  dari deria Penciptaan "[4].
             
Berikut ini bersama dengan Imam-imam (as) yang menggesa sahabat istimewa mereka supaya tidak menyampaikan atau menceritakan al-Jauhar (permata benilai tinggi) yang dikhususkan untuk mereka.

Dari Hafsh bin Nasib Far'an berkata: Aku masuk bertemu Abu Abdullah (as) hari-hari Al-Ma'ali bin Khunais terbunuh, jadi dia (as) berkata kepadaku: ' Wahai Hafsh! Aku bercakap mengisyaratkan dengan Al-Ma'ali dengan sesuatu dan dia mengisyaratkan, dia telah ditimpa besi. Aku berkata kepadanya bahawa sesungguhnya percakapan kita terlindung, dilindungi Allah dan akan dilindungi atasnya, agama dan dunianya. Dan sesiapa yang diisyaratkan melakukan tugas dari Allah agamanya dan dunianya. Ya Ma'ali! Sesungguhnya sukar untuk menyenyapkan perbualan kita, Allah membuatkan cahaya antara matanya dan mengekalkan dia dengan kemuliaan di kalangan manusia, dan mengisyaratkan perbualan kami sukar berhenti sehingga  menggigit lengannya atau akan mati keliru.'

Dan dari Abi Basir, beliau berkata: Aku mendengar Aba Ja'far (as) berkata: Rahsia yang Allah ceritakan kepada Jibra'el (Jibril), dan Jibra'el (Jibril) menceritakan kepada Muhammad, dan Muhammad menceritakan kepada Ali dan Ali menceritakan kepada sesiapa yang Allah kehendaki, satu per satu, dan kamu bercakap mengenainya di jalan-jalan. '

Dan Abu Abdullah as berkata: 'Sesiapa saja siarkan (isyaratkan) dari kami ucapan kami adalah seperti yang menafikan kami terhadap hak-hak kami. '

Dan Abu Abdullah (as) berkata: 'Sesungguhnya aku ceritakan kepada seorang lelaki suatu Hadis, kemudian dia pergi keluar dan meriwayatkan daripada aku hanya kerana dia mendengarnya, dengan itu, aku mendapati ia dibenarkan untuk (melaknat) mengutuknya dan mengisytiharkan diri aku bebas (putus hubungan) darinya [5].

Jadi mengapa beberapa riwayat tidak mencukupi - jika Al-Sayyed Al-Khoei telah membacanya - untuk membuktikan bahawa nama "Allah" adalah nama yang ada asal dan akibatnya, kembali kepada sangkaan dan pertimbangan akal yang tidak sempurna pada Al-Sayyed Al-Khoei. Dan adakah dia (Semoga Allah merahmatinya) atau orang-orang yang menerima pakai pendapat iktikadnya daripada mereka al-Auliak, orang-orang yang dikhususkan kepada Syiah Keluarga Muhammad (as) dan sahabat mereka yang menentang para Imam (as) dan telah menyampaikan dari apa yang mereka dengar dari mereka (as) walaupun Imam-imam (as) melarang mereka menyampaikannya? Dan mereka adalah orang-orang yang ikhlas dan sangat setia dalam mentaati para Imam (as) dan mereka melazimi (beramal) had-had dan sempadan yang Imam-imam mereka (as) telah jelaskan kepada mereka.

Di samping itu, kaedah yang diterima pakai oleh Al Sayyed Al Khoei (rahimahu Allah) dan yang dibentangkan seolah-olah ia adalah dari keyakinan orang Islam dengan katanya: “Pada asasnya tiada catatan (naqal) yang disahkannya ". ia adalah kaedah akal berdasarkan andaian yang terbaik dari Al Sayyed Al Khoei juga, pada hal beberapa orang Ulama (Sunni dan Syiah) telah menafikannya secara menyeluruh atau secara terperinci. Dan mengatakan bahawa ia berdasarkan andaian yang ucapannya itu dalam akidah, dan persangka tidak berguna sedikitpun dalam kebenaran akidah, Allah berfirman:

﴿وَمَا يَتَّبِعُ أَكْثَرُهُمْ إِلَّا ظَنّاً إِنَّ الظَّنَّ لا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئاً إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ﴾

{Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.} [Surah Yunus 10:36], Perlu wujud keyakinan dalam akidah kepercayaan..

Dan seolah-olah Al Sayyed Al Khoei (rahimahu Allah) terlupa apa yang dia sendiri kata dalam kitab yang sama "Al Bayan", di mana dia menolak Hadits Ahad yang sanadnya Sahih dengan sabdanya: " Sesungguhnya, Hadits Ahad tidak berguna kepada ilmu atau amalan." - Al-Bayan [6]. Yang mana lebih utama kepada Tuhan kamu, yang bergantung kepada pemikiran adalah berdasarkan kata-kata yang maksum, suatu andaian yang berasaskan pada kata-kata seorang ma'sum, atau suatu andaian yang berasaskan sebahagian akal anak-anak Adam yang tidak lengkap?

Jadi, jika Al Sayyed Al Khoei (rahimahu Allah) tidak bergantung kepada apa yang difikirkannya pemikiran berdasarkan kata-kata seorang ma'sum dalam akidah kepercayaan, yang lebih utama padanya ialah menyokong pemikiran sangkaan dengan dalil akal dan fikiran, kerana seperti dia telah menafikan bukti yang lebih berhak dan lebih jelas, walaupun Al-Sayyed Al-Khoei tidak menganggap hasil kajian ini untuk meletakkan peraturan yang terkandung di dalamnya akidah Tauhid. Oleh itu, dia menerima pengambilalihan di sini, sepatutnya dia mesti telah mengambil iktibar daripada apa yang telah dibayangkan sebagai suatu andaian berdasarkan kata dibentangkan Al-Baqir (as) yang lebih berhak untuk diterima pakai daripada andaian yang berasaskan peraturan dan pemerhatian akal yang berbuat kesilapan kerana tidak maksum.

Al Sayyed Al Khoei berkata: "Kedua: bahawa ia disebabkan Lafaz Jalaalah bermakna bukan perbuatan dan bukan sifat, maka tidak boleh dikatakan alam Tuhan adalah Allah Maha Pencipta. Itu bertujuan untuk menyifatkan alam dan pencipta dengan sifat hakikat Allah dan ayat ini sebenarnya Lafaz Jalaalah yang jumud (statik). Dan jika ia adalah jumud maka ia sudah tentu mestilah ilmu pengetahuan. Jadi yang mengatakan bahawa ia adalah jenis nama dia telah menterjemahkannya menurut erti yang diperolehinya. "[7].

Saya katakan: Penyifatan adalah penjelasan dan petunjuk dan definisi, dan Al Sayyed Al Khoei (rahimahu Allah) menggunakan anggapan yang salah dalam kedudukan ini, maka benarlah bahawa Allah tidak terletak pada sifat bagi nama Pencipta atau Alam, tetapi, ia terletak pada sifat bagi Huwa " هو- Dia".
Yang Maha Kuasa berfirman:

﴿قُلْ هُوَ اللَّهُ﴾
{Katakanlah, "Dialah Allah"}

kerana sesungguhnya (العالم والخالق) Alam dan Pencipta adalah kenyataan yang menjelaskan takrif bagi Zat Ilahiyah atau "Allah". Tetapi Zat Ketuhanan (Ilahiyah) atau "Allah " adalah kenyataan yang menjelaskan takrif bagi Huwa "هو - Dia " atau Nama Teragung atau Realiti dan Hakikat-Nya. Manakala, Realiti dan Hakikat-Nya telah ditajallikan oleh Zat Ilahiyah atau Allah untuk wajah penciptaan, bermakna, agar dikenali Allah SWT, dan untuk ini Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ﴾
      
- {Katakanlah, "Dialah Allah, Esa.} [Surah Al-Ikhlas (AtTauhid) 112:1]

﴿لَوْ أَرَادَ اللَّهُ أَنْ يَتَّخِذَ وَلَداً لاصْطَفَى مِمَّا يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ سُبْحَانَهُ هُوَ اللَّهُ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ﴾

{Kalau sekiranya Allah hendak mengambil anak, tentu Dia akan memilih apa yang dikehendaki-Nya di antara ciptaan-ciptaan yang telah diciptakan-Nya. Maha Suci Allah. Dialah Allah Yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan.} [Surah Az-Zumar 39:4 }

﴿هُوَ اللَّهُ الَّذِي لا إِلَهَ إِلَّا هُوَ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ ﴾

- {Dialah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia, Yang Mengetahui alam ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.} [Surah Al -Hasyr 59:22]

﴿هُوَ اللَّهُ الَّذِي لا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ ﴾


- {Dialah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.}
[Surah Al -Hasyr 59:23]

﴿هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ﴾

- {Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Asmaaul Husna. Bertasbih kepada-Nya apa yang di langit dan bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.} [Surah Al -Hasyr 59:24]

Maknanya, sesiapa yang berhasrat untuk mengenal Hakikat dan Realiti-Nya, oleh itu, dia perlu bertawajjuh (menghadapi) ke arah tajalli dan ia adalah Zat Yang Maha Suci, iaitu Allah. Maka sesungguhnya untuk menjelaskan Nama Allah telah tetap disifatkan dalam semua ayat yang dikemukakan. Dan ia adalah lebih tepat untuk mengatakan tentang semua nama-nama Allah bahawa sesungguhnya berada dalam kedudukan yang disifatkan dan bukan yang disifatkan seperti suatu lain daripadanya.

• Al Sayyed Al Khoei mengatakan: "Ketiga: Jika lafaz Jalaalah kalaulah bukan ilmu pengetahuan pada Kalimah 'La ilah illa Allah (لا إله إلا الله - Tiada Tuhan selain Allah) tidak akan menjadi Kalimah Tauhid, maka ia tidak akan menunjukkan Tauhid dengan sendirinya, hanya sebagai berkata لا اله إلا الرزاق - tiada Tuhan selain Ar-Razaq (Pemberi Rezki), atau الخالق - Pencipta, atau yang lain dari keduanya dari lafaz-lafaz yang diberikan kepada Allah Yang Maha Suci, yang tidak diterima Islam seseorang hanya dari mengatakan salah satu kata tersebut. [8].

Saya katakan: Sesungguhnya jika nama Allah Ilmu yang jumud tidak akan dijadikan Kalimah (لا إله إلا الله) itu Kalimah Tauhid. Oleh itu Al Sayeed Al Khoei (rahimahu Allah) telah membolak-balik perkara menjadi terbalik, dan ia adalah kerana semua makna kalimah ' إله- ilah' (Tuhan), dan ia tidak termasuk darinya - membawa yang lain dariNya SWT, dan termasuk yang lain dariNya, dan di sini adalah maknanya kepada saudara:

1 الخفاء - Tersembunyi (Hakikat Muhammad yang tersembunyi daripada penciptaan yang tidak mengenal dia (sawas) makrifat lengkap kecuali Allah).

2 التحير - membingungkan (Hakikat Muhammad membingungkan Akal).
                                  
3 الغيبة عن الأبصار – Hilang dari pengelihatan (dan Roh-roh ghaib dari penglihatan).

4 التعبد - Ibadat (ia adalah penyerahan kepada yang lain dan mematuhi perintahNya, dan segala malaikat dan diperintahkan untuk mengikuti Nabi dan Rasul dan patuh kepada arahan mereka), ﴿وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا﴾ {dan ketika Kami berfirman kepada para malaikat, "sujud kepada Adam", maka mereka sujud.} [Surah Al -Baqarah 2:34].

5 الإقامة في المكان - Menetap di tempat (dan Hakikat Tajalliyah Muhammadiyah dalam setiap tempat, kerana penciptaan telah dicipta dari Cahayanya (sawas)).

6 الارتفاع - meningkat: (dan Muhammad (sawas) juga meningkat nisbah tinggi pada Penciptaan).

7 الوله أو الأله – Al-Walah atau Al-Alih - Yang Bimbang atau Berpaling (dan pada Muhammad (sawas) juga berpalingnya hati-hati Auliak).

8 الرجوع والفزع في الحوائج – Tempat kembali dan sangat diperlukan (dan Muhammad (sawas) juga sangat diperlukan).
 ﴿وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ جَاءُوكَ فَاسْتَغْفَرُوا اللَّهَ وَاسْتَغْفَرَ لَهُمُ الرَّسُولُ لَوَجَدُوا اللَّهَ تَوَّاباً رَحِيماً﴾
{Sesungguhnya jikalau mereka ketika menganiaya dirinya datang kepadamu, lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulpun memohonkan ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.} [Surah an-Nisa' 4:64].

9 - ketenteraman ( dan kepada Muhammad diri-diri akan tenteram)
 ﴿وَصَلِّ عَلَيْهِمْ إِنَّ صَلاتَكَ سَكَنٌ لَهُمْ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ﴾
{dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.} [Surah At-Taubah 9:103]).

Oleh itu, yang sebenarnya ialah bahawa makna Kalimah Tauhid adalah Sesungguhnya لا إله إلا  الإله  - tidak ada Tuhan melainkan Al-Ilah, Yang Lengkap yang mengambil semua kesempurnaan Ilahiyah, Yang tidak menunjukkan kekurangan, atau Tuhan (Al-Ilah) yang padaNya adalah cahaya tanpa kegelapan di dalamnya, dan Dialah Allah SWT adalah huruf Alif ( أ ) dan Lam ( ل ) yang biasanya membina kalimat Ilahiyah, yang bermaksud, Kalimah Tauhid adalah sama dengan mengatakan tidak ada manusia melainkan manusia-itu, maknanya Insan Kamil (Manusia Sempurna), iaitu ditakrifkan pada Alif ( أ ) dan Lam ( ل ) yang daripadanya diambil semua kesempurnaan Kemanusiaan.

Dan apabila Kalimah Tauhid “La ilaha illa Allah" ini jelas menunjukkan bahawa Uluhiyah Mutlak adalah terhad pada-Nya SWT.

Dan juga: ia menjelaskan secara tersirat bahawa yang disifatkan dengan sifat ketuhanan yang terhad dengan kekurangan dan bergantung padaNya SWT, termasuklah yang teristimewa dari ciptaanya yang lain daripada mereka dalam memenuhi sebarang keperluan yang berpaling kepada mereka. Bagi mereka memenuhi keperluan dengan izin Allah dan mewujudkan dengan izin Allah dan memberi syafaat dengan izin Allah SWT,

﴿وَرَسُولاً إِلَى بَنِي إِسْرائيلَ أَنِّي قَدْ جِئْتُكُمْ بِآيَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ أَنِّي أَخْلُقُ لَكُمْ مِنَ الطِّينِ كَهَيْئَةِ الطَّيْرِ فَأَنْفُخُ فِيهِ فَيَكُونُ طَيْراً بِإِذْنِ اللَّهِ وَأُبْرِئُ الْأَكْمَهَ وَالْأَبْرَصَ وَأُحْيِي الْمَوْتَى بِإِذْنِ اللَّهِ وَأُنَبِّئُكُمْ بِمَا تَأْكُلُونَ وَمَا تَدَّخِرُونَ فِي بُيُوتِكُمْ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ﴾

{Dan (sebagai) Rasul kepada Bani Israil (berkata): "Sesungguhnya aku telah datang kepadamu dengan membawa sesuatu tanda (mukjizat) dari Tuhanmu, yaitu aku membuat untuk kamu dari tanah berbentuk burung; kemudian aku meniupnya, maka ia menjadi seekor burung dengan seizin Allah; dan aku menyembuhkan orang yang buta sejak dari lahirnya dan orang yang berpenyakit sopak; dan aku menghidupkan orang mati dengan izin Allah; dan aku khabarkan kepadamu apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan di rumahmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah suatu tanda (kebenaran kerasulanku) bagimu, jika kamu sungguh-sungguh beriman.} [Surah Aali Imran 3:49].

﴿إِذْ قَالَ اللَّهُ يَا عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ اذْكُرْ نِعْمَتِي عَلَيْكَ وَعَلَى وَالِدَتِكَ إِذْ أَيَّدْتُكَ بِرُوحِ الْقُدُسِ تُكَلِّمُ النَّاسَ فِي الْمَهْدِ وَكَهْلاً وَإِذْ عَلَّمْتُكَ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَالتَّوْرَاةَ وَالْأِنْجِيلَ وَإِذْ تَخْلُقُ مِنَ الطِّينِ كَهَيْئَةِ الطَّيْرِ بِإِذْنِي فَتَنْفُخُ فِيهَا فَتَكُونُ طَيْراً بِإِذْنِي وَتُبْرِئُ الْأَكْمَهَ وَالْأَبْرَصَ بِإِذْنِي وَإِذْ تُخْرِجُ الْمَوْتَى بِإِذْنِي وَإِذْ كَفَفْتُ بَنِي إِسْرائيلَ عَنْكَ إِذْ جِئْتَهُمْ بِالْبَيِّنَاتِ فَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْهُمْ إِنْ هَذَا إِلَّا سِحْرٌ مُبِينٌ﴾
              
{ (Ingatlah), ketika Allah mengatakan: "Hai Isa Ibn Maryam, ingatlah nikmat-Ku kepadamu dan kepada ibumu di waktu Aku menguatkan kamu dengan Ruhul Qudus. Kamu dapat berbicara dengan manusia di waktu masih dalam buaian dan sesudah dewasa; dan (ingatlah) di waktu Aku mengajar kamu menulis, hikmah, Taurat dan Injil, dan diwaktu kamu membentuk dari tanah (suatu bentuk) yang berupa burung dengan izin-Ku, kemudian kamu meniup kepadanya, lalu bentuk itu menjadi burung (yang sebenarnya) dengan seizin-Ku. Dan (ingatlah) di waktu kamu menyembuhkan orang yang buta sejak dalam kandungan ibu dan orang yang berpenyakit sopak dengan seizin-Ku, dan (ingatlah) di waktu kamu mengeluarkan orang mati dari kubur (menjadi hidup) dengan seizin-Ku, dan (ingatlah) di waktu Aku menghalangi Bani Israil (dari keinginan mereka membunuh kamu) di kala kamu mengemukakan kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, lalu orang-orang kafir diantara mereka berkata: "Ini tidak lain melainkan sihir yang nyata."} [Surah Al-Ma'idah 5:110].

Dan Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ﴾

{Maka nyatalah kelebihan Allah, yang terbaik daripada pencipta. } [Surah Al-Mu'minuun 23:14],
yang bermaksud, bahawa wujud pencipta selain daripadaNya SWT, mereka mencipta dengan kekuatannya dan kuasanya dan Dia adalah lebih baik dari mereka, kerana Dia Maha Kaya dan mereka fakir serba kurang daripada-Nya, Yang Maha Suci.

Dan Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلا يَشْفَعُونَ إِلَّا لِمَنِ ارْتَضَى وَهُمْ مِنْ خَشْيَتِهِ مُشْفِقُونَ﴾

{Yang mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tiada memberi syafa'at melainkan kepada orang yang diridhai Allah, dan mereka itu selalu berhati-hati karena takut kepada-Nya.} [Surah Al-Anbiyā' 21:28],
dan Ayat-ayat yang menunjukkannya seperti ini adalah banyak..

Jadi kepada apa yang telah dibentangkan, ia telah menjelaskan atas apa yang dikatakan bahawa nama Allah adalah ilmu jumud (statik), Kalimah (لا إله إلا الله) bukan menjadi Kalimah Tauhid. Kerana dikatakan kepada saudara bahawa ini lain daripada yang lain, kepadanya dipenuhi keperluan, maka Dia Tuhan yang sesuatu berpaling kepadanya, dengan itu ucapan anda tidak seimbang (lurus). Oleh kerana orang-orang yang berpaling kepada mereka yang mencari keperluan adalah ramai, melainkan dianggarkan (dinilai; dihargai) perkataan sempurna mutlak atau Kaya mutlak, supaya kamu berkata, Tidak ada Tuhan yang sempurna mutlak kecuali Allah. Dan dalam hal ini, kita kembali perkataan Al-Sayyed Al-Khoei (rahimahu Allah) kembali kepadanya supaya kita katakan pula: (pada Lafaz Jalaalah, kalaulah ilmu pengetahuan yang jumud pada Kalimah 'La ilah illa Allah (لا إله إلا الله - Tiada Tuhan selain Allah) akan menjadi Kalimah Tauhid, maka ia tidak akan menunjukkan Tauhid dengan sendiri kemudiannya).

Imam Al Ridha (as) berkata: "DIriwayatkan dari bapaku hamba soleh Musa bin Ja'far berkata: DIriwayatkan dari bapaku Al Sadiq Ja'far bin Muhammad berkata: DIriwayatkan dari bapaku Abu Ja'far bin 'Ali al-Baqir ilmu-ilmu para Nabi, berkata: diriwayatkan kepadaku bapaku Ali bin Al Hussein, penghulu ahli ibadah, diriwayatkan kepadaku: bapaku, penghulu Pemuda Syurga, Al Hussein berkata: diriwayatkan kepadaku bapaku Ali bin Abi Talib (as) berkata: aku mendengar Rasulullah (sawas) bersabda: Aku mendengar Jibra'el (Jibril) berkata: Allah Jalla Jalalah berfirman: Sesungguhnya Aku Allah, tiada Tuhan kecuali Aku, oleh itu beribadatlah kepadaKu, sesiapa di antara kamu bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dengan ikhlas telah masuk dalam kubuKu, dan sesiapa yang masuk ke dalam kubuKu akan selamat dari azab-Ku. " [9].

Dan (Imam Ali Ridha) (as) berkata: "Aku mendengar ayahku Musa bin Ja'far berkata: Aku mendengar bapaku Ja'far bin Muhammad berkata: Aku mendengar bapaku Muhammad bin 'Ali berkata: Aku mendengar bapaku Ali bin Al Hussein berkata: Aku mendengar bapaku Al Hussein bin 'Ali berkata: Aku mendengar bapaku Amir Al Mukminin Ali bin Abi Talib (as) berkata: Aku mendengar Rasulullah (sawas) bersabda: Aku mendengar Allah Azza wa Jalla, berkata: لا إله إلا الله  adalah kubuKu, dengan itu, sesiapa yang memasuki kubuKu akan selamat dari azabKu. [Kemudian] baginda besabda: apabila sekali penunggang unta terlewat memanggil kita dan berkata:.dengan syarat-syaratnya dan aku dari syarat-syaratnya "[10].

Iaitu diucapkan (beserta) dengan amalan yang bermakna untuk menjadi mereka yang termasuk dalam (ganjaran) Hadis Qudsi itu: "Sesiapa [yang mahu] mendekatkan diri kepada-Ku oleh amalan-amalan fardhu sehingga menjadi tanganKu dan mataKu... ", dan orang-orang yang telah termasuk di dalam Hadis Qudsi: " عبدي أطعني تكن مثلي تقل للشيء كن فيكون - hamba-Ku yang mentaatiKu, kamu akan menjadi sepertiKu, [hanya dengan] mengatakan kepada sesuatu, jadilah maka ia terjadi.", dan menjadi seperti orang-orang yang ditujukan Allah al-Jalil.dalam Hadis Al Qudsi ini:

﴿ أنا حي لا أموت وقد جعلتك حياً لا تموت أنا أقول للشيء كن فيكون وقد جعلتك تقول للشيء كن فيكون ﴾

"Aku Hidup dan tidak akan mati, maka aku telah membuat kamu hidup dan kamu tidak akan mati, Aku katakan kepada sesuatu, jadilah maka ia terjadi dan ia adalah dan Aku jadikan kamu mengatakan kepada sesuatu, jadilah maka ia terjadi. "

Oleh itu, apa yang diperlukan oleh seorang hamba ialah dia menjadi Imej untuk Wali Allah dan KhalifahNya di BumiNya, Maka dengan martabat atau makam yang rendah pasti, akan diazab Tuhan. Walaupun hamba itu adalah dari ahli Syurga; kerana kadar ke atas siksaannya
berbanding kekalahannya dalam mencapai kesempurnaan yang boleh dicapainya. Oleh itu, yang terselamat daripada hukuman dicapai oleh hamba yang seumpama Allah, tangan Allah dan mata Allah dan berkata kepada sesuatu, jadilah maka ia terjadi, serta yang hidup dan tidak akan mati, Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَصَعِقَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ إِلَّا مَنْ شَاءَ اللَّهُ ثُمَّ نُفِخَ فِيهِ أُخْرَى فَإِذَا هُمْ قِيَامٌ يَنْظُرُونَ﴾

{Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu (putusannya masing-masing).} [Surah Az- Zumar 39:68].

Dan Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿لا يَذُوقُونَ فِيهَا الْمَوْتَ إِلَّا الْمَوْتَةَ الْأُولَى وَوَقَاهُمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ﴾

{mereka tidak akan merasakan mati di dalamnya kecuali mati di dunia. Dan Allah memelihara mereka dari azab neraka,} [Surah Ad-Dukhan 44:56].
           
Dan ini dicapai oleh hamba yang berkata dengan perbuatan dan amalan 'لا إله إلا الله - Tidak ada Tuhan selain Allah' dan mengatakannya mengan mengikuti Wali Allah dan KhalifahNya di Bumi-Nya pada setiap pergerakan dan rehat (bergerak dan diam) dan seperti mana kata Imam Al Ridha (as): "Dengan syarat-syaratnya dan syarat-syaratnya dan aku daripada syarat-syaratnya."

Oleh itu, telah dijelaskan bahawa dengan berkata ' لا إله إلا الله - Tidak ada Tuhan selain Allah' adalah dengan mendapatkan nama-nama Allah al-Husna, bermakna seorang hamba yang memilikinya, iaitu, bahawa dia menjadi nama-nama Allah al-Husna, yang bermaksud, bahawa hamba itu menjadi Allah dalam Penciptaan. Oleh itu, dia menjadi contoh bagi sesiapa yang telah mendapat nama-nama Allah al-Husna dan memasuki syurga, Syurga Kebenaran dan Syurga Nama-nama Allah dan Syurga nama Allah. Oleh itu, adalah dijelaskan bahawa perkara yang terbaik dari apa yang dikatakan Rasulullah (sawas) dan Nabi-nabi dari sebelumnya iaitu ' لا إله إلا الله - Tiada Tuhan selain Allah ', dan ia menjelaskan bahawa nama Allah itu bukan ilmu yang jumud, seperti anggapan Al Sayeed Al Khoei (rahimahu Allah) dan orang-orang yang mengikuti kata-katanya, bahkan, telah juga dijelaskan bahawa لا إله إلا الرازق،  - tiada Tuhan selain Al-Razzaq (Pemberi Rezeki) dan لا إله إلا الخالق  - tiada Tuhan kecuali Al-Khaliq (Pencipta) adalah Kalimah Tauhid kerana sesungguhnya, Yang Maha Suci adalah Al-Khaliq Al-Razzaq Al-Mutlak (Pencipta Yang Memberi Rezeki Lagi Mutlak) yang tidak memerlukan (berhajat) kepada yang lain dariNya, sementara 'لا إله إلا الله' adalah yang paling sempurna dan terbaik daripadanya; kerana ia adalah Tauhid dari semua arah, seperti sabda baginda (sawas): "Sebaik-baik kata padaku dan Nabi-nabi sebelumku adalah لا إله إلا الله."

Al Sayyed Al Khoei (rahimahu Allah) berkata: "Keempat: Keadaan ini memerlukan kebijaksanaan untuk meletakkan lafaz bagi Zat Yang Maha Suci, sama seperti keadaan yang diperlukan untuk berhadapan dengan lain-lain kefahaman. Dan tidak ada dalam bahasa Arab menyebutkan tajuk (perkara) itu selain Lafaz Jalalah, dengan itu,sepatutnya ia menjadi tajuk (perkara) untuk lafaznya.

Jika saya katakan bahawa yang meletakkan makna bergantung kepada gambaran dari kedua-duanya, dan Zat Allah Yang Maha Suci, adalah mustahil untuk digambarkan, kerana kemustahilannya untuk diterangkan mungkin mewajibkan ia dirangkumkan, jadi dia dicegah dari meletakkan lafaznya.

Dan jika kita katakan bahawa dengan meletakkan Dialah Allah - dan tidaklah mustahil bagi-Nya untuk meletakkan nama untuk Zat-Nya kerana ia meliputinya - oleh kerana meletakkannya ada manfaatnya; adalah mustahil bagi makhluk yang dicipta boleh menggunakannya dengan betul maknanya, bagi penggunaannya juga bergantung kepada menggambarkan makna seperti meletakkan atas ucapan palsu ini pada dirinya sendiri.

Saya katakan: Menetapkan perkataan (lafaz) mengikut makna yang bergantung kepada menggambarkannya di dalam ayat, walaupun dengan merujuk kepadanya. Dan ini adalah suatu perkara yang tidak mustahil mewajibkan (tugas) dan yang lain-lain daripadanya. Dan yang mustahil adalah menggambarkan kewajipan pada Hakikat dan Realitinya itu. Dan ini tidak dianggap pada meletakkan atau menggunakannya. Walaupun ia enggan menganggap perletakan dan penggunaan dalam kemungkinan kewujudan (penciptaan) yang tidak boleh meliputi realitinya, seperti roh, malaikat dan jin. Dan yang tidak diragui oleh sesiapa adalah penggunaan yang betul pada menggunakan nama atau kata ganti petunjuk dan yang dimaksudkan dengan Zat Al-Muqaddasah (Yang Maha Kudus), seperti mungkin memberikan makna dari perkataan yang ditugaskan untuknya. Dan disebabkan Zat Al-Muqaddasah menghimpunkan semua sifat-sifat kesempurnaan, maka tidak disedari di dalamnya - dalam peringkat meletakkan arah dari kesempurnaan tanpa arah-arah lain, ia menjadi tepat untuk mengatakan: Lafaz Jalalah diberikan kepada Zat yang menghimpunkan sifat-sifat kesempurnaan... "akhir kata-kata Al-Sayyed Al-Khoei [11].

Saya katakan: dan di dalamnya:

1 - Yang Al Sayyed Al Khoei (rahimahu Allah) menggunakan Qiyas ibarat yang batil, bahkan, ia adalah kaedah dari anggapan yang salah, kerana tidak mungkin bahawa Dia SWT, dikias dengan (ukuran) ciptaan-Nya.

2 - Bahawa pemahaman al-Uluhiyah telah diletakkan kepada Lafaz Ilah (Tuhan), dan Zat Al-Muqaddasah termasuk dalam pemahaman ini, untuk keterangan luaran, dan jika Zat Al-Muqaddasah bukan satu keterangan untuk pemahaman al-Uluhiyah, apa yang berlaku adalah syirik pada asalnya. Apabila manusia menghasilkan pemahaman al-Uluhiyah (Ketuhanan), dia mula mencari keterangan luaran, maka kesilapan terjadi dalam keterangan dan manusia menyimpang dalam iktikad mereka, dengan menjadikan tuhan-tuhan mereka daripada batu-batu dan pokok-pokok dan mereka mengambil berhala sebagai tuhan-tuhan yang disembah selain Allah Yang Maha Suci, dan tidak ada orang mengatakan bahawa perlu ada satu nama yang diberikan kepada setiap keterangan. Oleh itu Al-Sayyed Al-Khoei (rahimahu Allah) seolah-olah telah mencampurkan antara pemahaman dan keterangan. Dan saya tidak menyatakan ucapan Al Sayeed Al Khoei yang lain; kerana ia terputus daripada binaan asalnya, dan sesungguhnya Sayyed Al- Khoei (rahimahu Allah) telah membinanya dengan suatu penerangan pemikiran yang batil.

Dan yang hak, nama Allah bukanlah ilmu yang jumud (statik) sebagai dibayangkan oleh Al Sayyed Al Khoei (rahimahu Allah), dan terdapat riwayat dari mereka (as) yang menjelaskan bahawa ianya adalah terbitan (nama yang berasal) seperti yang telah dibentangkan dalam al-Quran menggunakan bagi Zat nama Allah, seperti mana penggunaan Ilah,

Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿وَمَا مِنْ إِلَهٍ إِلَّا إِلَهٌ وَاحِدٌ﴾

{Dan tidak dari tuhan melainkan Tuhan Yang Satu} [Surah Al-Ma'idah 5:73],
dan ayat ini adalah sama dengan ' لا إله إلا الله- tiada Tuhan melainkan Allah ', bermakna bahawa al-Quran menggunakan ' إله واحد- satu Tuhan’ dalam Kalimah Tauhid.

Sama seperti Al-Quran menggunakan Nama Allah iaitu إله – Tuhan.
Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿وَهُوَ اللَّهُ فِي السَّمَـاوَاتِ وَفِي الْأَرْض﴾

{Dan Dialah Allah di langit dan di bumi.} [Surah Al-An’am 6:3],
dan dalam Al-Qur'an nama الله  - Allah iaitu إله - Ilah, dan tidaklah perlu usaha Al Sayeed Al Khoei (rahimahu Allah) mentafsiran ayat ini, kerana dia bertindak tanpa pengetahuan dan dia memasuki ke dalam kedudukan yang berbeza daripada tajuk penyelidikan, untuk itu yakinlah bahawa Allah SWT, meliputi tempat dan masa dan mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan kamu zahirkan. Tetapi Ayat al-Quran menggunakan الله  - Allah iaitu إله - Ilah, dan ini difahami oleh setiap orang Arab tanpa sebarang usaha, dan maknanya lebih berpengaruh kepada setiap pemilik pemahaman yang lurus. Dan cukuplah sekadar ini, bahawa telah dijelaskan bahawa Nama Allah bukanlah ilmu yang jumud.

Sekarang kita kembali kepada jawapan soalan: "Allah: Nama ini akan mengenal manusia Nama bagi Zat Ketuhanan - bahkan, ia hanya perbuatan memutlakkannya sahaja, apabila dimaksudkan dengan al-Uluhiyah Mutlak (Ketuhanan Mutlak) - bahkan mungkin memutlakkannya - apabila tidak dimaksudkan dengan Ketuhanan Mutlak - untuk selain daripada Zat Ilahiyah Al-Muqaddasah (Zat Ketuhanan Yang Maha Qudus)."

Dan jawapannya adalah mengikut apa yang telah dibentangkan: Ya, ia boleh dipanggil, bagaimanapun, apa yang menghalang penggunaan tepatnya, seperti apa yang menghalang panggilan Al-Rahman kepada penggunaan selain-Nya SWT. Walau bagaimanapun, pencegahan ini boleh diangkat dengan meletakkan sekatan atau sifat tambahan apabila untuk selain daripada Zat al-Ilahiyah, seperti berkata: [الله في الخلق - Allah dalam Penciptaan], yang bermaksud, Imej (shurah) Allah [12] seperti yang diriwayatkan dalam Hadits, dan dalam erti kata lain, Roh Allah [13] seperti yang diceritakan dalam al-Quran, atau seperti firman:

﴿يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ﴾

{tangan Allah di atas tangan mereka.} [Surah Al-Fath 48:10] [14],
atau seperti firman:

﴿هَلْ يَنظُرُونَ إِلاَّ أَن يَأْتِيَهُمُ اللّهُ فِي ظُلَلٍ مِّنَ الْغَمَامِ﴾

{Tiada yang mereka nanti-nantikan melainkan datangnya Allah dan malaikat dalam naungan awan.} [Surah Al-Baqarah 2:210] [15].



✡✡✡✡✡

_________________________
[1] Al-Kafi: jilid 1 halaman 23.
[2] Al-Bayan: halaman 450.
[3] Al-Tauhid: halaman 89, Al-Burhan: edisi / buku 8 jilid 30 halaman 430.
[4] Sumber sebelumnya.
[5] Al-Ghaybat Nu'mani: Bab yang meriwayatkan mengenai menjaga rahsia keluarga Muhammad (as).
[6] Beliau berkata dalam Kitabnya "Al Bayan" dalam Tafsiran Al-Quran: halaman 221, halaman 313.
[7] Al-Bayan: halaman 450.
[8] Al-Bayan: halaman 450.
[9] ' Uyun Akhbar Al-Ridha (as): halaman 143.
[10] 'Uyun Akhbar Al-Ridha (as): halaman 145.
[11] Al-Bayan: halaman 451.
[12] Bahawa sesungguhnya Allah mencipta Adam atas imej-Nya.
[13] {Maka apabila telah Kusempurnakan kejadiannya dan Kutiupkan kepadanya rohKu; maka hendaklah kamu tersungkur dengan bersujud kepadanya". } [Surah Shad 38:72].
[14] {Sesungguhnya orang-orang yang sedang berikrar setia kepada kamu , mereka sebenarnya sedang berikrar setia kepada Allah , tangan Allah di atas tangan mereka } [ Surah Al -Fath 48:10 ].
[15] {Adakah mereka menunggu Allah datang kepada mereka dalam warna awan dan malaikat dan menyelesaikan perkara itu? Hanya kepada Allah dikembalikan semua perkara kembali } [Surah Al -Baqarah 2:210].



Tiada ulasan:

Catat Ulasan