Halaman

Khamis, 27 Februari 2014

Soalan 104: Jikalau Kamu Mati, Apakah Mereka Akan Kekal?

Soalan 104: Jikalau Kamu Mati, Apakah Mereka Akan Kekal?

Soalan 104: Apakah maksud firman Allah SWT:

﴿أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّا نَأْتِي الْأَرْضَ نَنْقُصُهَا مِنْ أَطْرَافِهَا وَاللَّهُ يَحْكُمُ لا مُعَقِّبَ لِحُكْمِهِ وَهُوَ سَرِيعُ الْحِسَابِ﴾

{Dan apakah mereka tidak melihat bahawa sesungguhnya Kami mendatangi bumi, lalu Kami kurangkan dari segala tepinya? Dan Allah menetapkan hukum, tidak ada yang dapat menolak ketetapan-Nya; dan Dialah Yang Maha cepat hisab-Nya.} [1],

dan firman Allah SWT

﴿أَفَلا يَرَوْنَ أَنَّا نَأْتِي الْأَرْضَ نَنْقُصُهَا مِنْ أَطْرَافِهَا أَفَهُمُ الْغَالِبُونَ﴾

: . { .. Maka apakah mereka tidak melihat bahwasanya Kami mendatangi bumi, lalu Kami kurangi luasnya dari segala tepinya. Apakah mereka yang menang?} [2]
                             
Jawapan: Bumi mengembang apabila diturunkan nutfah (air mani) di dalamnya dan ia mengecil oleh meningkatnya (pergolakan) nutfah padanya, dan terjadinya perkembangan dan pengecilan ini kerana masuknya manusia baru ke dalam alam (dunia) jasmani (fizikal) ini , atau keluarnya manusia dari fizikal ini oleh kematian. Dan apa yang disebut dalam ayat-ayat iaitu mengurangi Bumi oleh keluarnya nutfah daripadanya disebabkan kematian.

Bagi tepi (pinggir) bumi, ia adalah para Hujjaj (as) dari Nabi-nabi dan Rasul-rasul dan Imam-imam (as), di mana tepi sesuatu dan akhir (hujung) sempadan permulaan dan awalnya, dan tepian bumi Bumi adalah Hujjah (as​​) pada penduduk Bumi, kerana ia adalah sebab limpahan (kurnia) dari langit ke bumi, jadi kedudukan hubungan limpahan ini adalah tepian bumi, dan limpahan itu adalah cahaya (nur) yang diwujudkan (dimunculkan) di bumi dari tepi (hujung) ke tepi, dan tanpanya bumi akan hancur oleh penghuni akan dikembalikan semula kepada ketiadaan.

Oleh itu, Hujjah adalah tepian Bumi dan dia adalah permulaan dan pengakhiran, dan dialah awal dan akhir, maka dengan kematian Hujjah (as) Bumi kekurangan tepian, dan tanpa kewujudan seorang Hujjah Allah yang bertindak sebagai khalifah di BumiNya, bumi akan dirosakkan oleh penghuninya, jika Bumi kosong tanpa limpahan dari Allah dan cahaya Allah SWT yang turun ke Bumi :

﴿وَإِنْ مَا نُرِيَنَّكَ بَعْضَ الَّذِي نَعِدُهُمْ أَوْ نَتَوَفَّيَنَّكَ فَإِنَّمَا عَلَيْكَ الْبَلاغُ وَعَلَيْنَا الْحِسَابُ * أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّا نَأْتِي الْأَرْضَ نَنْقُصُهَا مِنْ أَطْرَافِهَا وَاللَّهُ يَحْكُمُ لا مُعَقِّبَ لِحُكْمِهِ وَهُوَ سَرِيعُ الْحِسَابِ﴾

{Dan jika Kami perlihatkan kepadamu sebahagian (siksa) yang Kami ancamkan kepada mereka atau Kami wafatkan kamu karena sesungguhnya tugasmu hanya menyampaikan saja, sedang Kami-lah yang menghisab amalan mereka. * Dan apakah mereka tidak melihat bahawa sesungguhnya Kami mendatangi bumi, lalu Kami kurangkan dari segala tepinya? Dan Allah menetapkan hukum, tidak ada yang dapat menolak ketetapan-Nya; dan Dialah Yang Maha cepat hisab-Nya.} [3].

﴿بَلْ مَتَّعْنَا هَؤُلاءِ وَآبَاءَهُمْ حَتَّى طَالَ عَلَيْهِمُ الْعُمُرُ أَفَلا يَرَوْنَ أَنَّا نَأْتِي الْأَرْضَ نَنْقُصُهَا مِنْ أَطْرَافِهَا أَفَهُمُ الْغَالِبُونَ﴾

{Sebenarnya Kami telah memberi mereka dan bapak-bapak mereka kenikmatan hingga panjanglah umur mereka. Maka apakah mereka tidak melihat bahwasanya Kami mendatangi bumi, lalu Kami kurangi luasnya dari segala penjurunya. Maka apakah mereka yang menang?} [4].

Dan di dalam kedua-dua kedua-dua ayat di atas adalah peringatan tentang kematian dan kembali kepada Allah yang tidak dapat dielakkan, jadi jika seperti kematian Hujjaj dan kematian mereka tidak dapat dielakkan, maka kematian sama bagi manusia samada yang lalai dari mengingati Allah atau Hujjaj yang utama-Nya,

﴿وَمَا جَعَلْنَا لِبَشَرٍ مِنْ قَبْلِكَ الْخُلْدَ أَفَإِنْ مِتَّ فَهُمُ الْخَالِدُونَ﴾

{Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusiapun sebelum kamu (Muhammad); maka jikalau kamu mati, apakah mereka akan kekal?} [5].


✡✡✡✡✡
                                        

--------------
[1] Al-Quran: Surah Al-Ra'ad (13: 41).
[2] Al-Quran: Surah Al-Anbiya' (21: 44).
[3] Al-Quran: Surah Al-Ra'ad (13: 40-41).
[4] Al-Quran: Surah Al-Anbiya' (21: 44).
[5] Al-Quran: Surah Al-Anbiya' (21: 34).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan