Isnin, 13 Januari 2014

Mengambil Hukum Dari Al Qaim, Sebelum Qiyamnya.

Dikirim oleh Ahmad Al Ansari

Menarik, ada sebuah hadis menyuruh kita mengambil hukum dari Al Qaim, sebelum Qiyamnya.
افي: ج 1 ص 371 ح 3 - علي بن محمد رفعه، عن علي بن أبي حمزة، عن أبي بصير قال: قلت لابي عبد الله عليه السلام: جعلت فداك متى الفرج ؟ فقال: - (القائم إمام ابن إمام، يأخذون منه حلالهم وحرامهم قبل قيامه، قلت: أصلحك الله إذا فقد الناس الامام عمن يأخذون ؟ قال: إذا كان ذلك فأحب من كنت تحب وانتظر الفرج فما أسرع ما يأتيك
Abu Basir bertanya kepada Abu Abdullah a.s: "Bilakah Faraj?" Beliau bersabda: "Al Qaim adalah Imam anak kepada Imam. Mereka mengambil halal dan haram darinya sebelum kebangkitan beliau." Aku bertanya: "Semoga Allah memperkukuh keadaan mu, bagaimana jika manusia tidak menjumpai Imamnya, dari siapa harus mengambilnya (halal dan haram)?" Beliau menjawab: "Jika berlaku sebegitu, cintailah orang yang telah kamu cintai dan tunggulah faraj, pantasnya akan sampai kepada kamu." Mu'jam Ahadits Imam Mahdi Jilid 3, Halaman 417

Ini bermakna akan ada Qaim yang memunculkan dirinya sebelum beliau memulakan revolusi. Dan Qaim ini sudah pasti bukan merujuk kepada Imam Muhammad al mahdi a.s. Kerana jika beliau sudah muncul, maka sudah dianggar zuhur, dan ini bercanggahan dengan keyakinan Shiah hari ini yang menganggap tiada siapa yang boleh berhubungan dengan Muhammad al Mahdi di Ghaibatul Kubra!! Maka fikirkanlah siapakah Qaim yang akan muncul sebelum Qaim. Hint:
وأخرج نعيم بن حماد، عن علي بن أبي طالب قال: يخرج رجل قبل المهدي من أهل بيته بالمشرق، يحمل السيف على عاتقه ثمانية عشر شهرا، يقتل ويمثل ويتوجه إلى بيت المقدس فلا يبلغه حتى يموت.
- Amirul mu`minin dalam ucapannya: “Akan muncul seorang laki dari timur sebelum al-Mahdi dari keluarganya. Ia membawa pedang di atas pundaknya selama lapan bulan, membunuh dan membunuh dan bergerak menuju Baitul Maqdis.” (al-Mumhidun/al-Kurani, 110)

Imam Baqir a.s bersabda : “Tiada panji yang lebih mendapat petunjuk selain daripada panji Al Yamani, panjinya adalah panji petunjuk, kerana dia mengajak kepada tuan punya kamu (Imam Al Mahdi a.s). apabila keluar Al Yamani, maka diharamkan penjualan senjata ke atas orang ramai dan setiap muslim. Dan apabila keluar Al Yamani, maka pergilah kepadanya kerana panjinya adalah panji petunjuk. Dan diharamkan bagi muslim untuk berpaling daripadanya, dan barangsiapa yang berbuat demikian adalah dari kalangan ahli neraka kerana dia mengajak kepada kebenaran dan jalan yang lurus.”[Al Ghaybah Al Nu’mani, ms 264.]



Tiada ulasan: