Halaman

Khamis, 5 Disember 2013

Soalan 29: Jika Bumi Itu Tiada Seorang Ma'sum


oleh darren »Fri 5 Okt 2012 15:17  

Kiriman oleh Hanizi Mohamad (Read Only, hanya untuk bacaan dan pembetulan)

Soalan 29: Kenapa jika bumi itu tiada seorang ma'sum atau Hujjah Allah ke atas penduduk bumi, maka bumi akan musnah bersama-sama dengan penduduknya seperti yang diriwayatkan dari para Imam (as)?

Jawapan: Terdapat beberapa riwayat yang menyampaikan maksud ini, dan daripada mereka: Abu Hamzah berkata, "Aku berkata kepada Abu Abdullah as, 'Adakah Bumi pernah kekal tanpa Imam?' Beliau as berkata, 'Jika Bumi dibiarkan tanpa seorang Imam ia akan musnah. '".

Abu Jafar as berkata, "Jika Imam telah diangkat dari bumi selama satu jam ia akan bergelora dengan penduduknya seperti lautan bergelora dengan penghuninya."

Dan ini adalah kerana Al-Hujjah (as) adalah tempat limpahan untuk sampai ke bumi. Maka disebabkan kewujudannya di semua langit-langit dan pada kedudukan yang suci dan tinggi, dan contohnya di dunia ini ialah seperti pusat pada bayi, dan ia adalah tempat saluran (bekalan) khasiat makanan daripada ibu kepada bayi, jadi contoh beliau (as) ialah umpama tali pusat yang turun dari langit ke bumi, menghantar limpahan Ilahi kepada bumi, "Melalui mereka dikurniakan rezeqi, dan melalui mereka kamu dilimpahi."

Oleh karena itu ia adalah tali Allah yang kukuh dan pilar (tiang) cahaya yang turun dari langit ke bumi, dan jika bukan karena dia bumi akan musnah bersama dengan penduduknya, yang berarti bahawa Cahaya Ilahi tidak akan sampai ke bumi, dan bumi akan merana dan orang-orang akan kembali menjadi tiada, karena itu tidak mungkin digambarkan kebesaran keutamaan Al-Hujjah (as) atas semua penciptaan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan