Ka'bah
5
Agustus 2012
super User
Makna
kelahiran Imam Ali as lahir di Ka'bah
Sebuah
pertanyaan yang dikirim ke Imam Ahmad Al-Hassan saw, dan jawabannya dari buku
Al-Mutasyabihaat Jilid 3.
Pertanyaan:
Apakah ada makna kelahiran Imam Ali as dalam Ka'bah?
Jawaban:
Ka'bati Llah il-Haram, atau Rumah Allah adalah lebih kepada manifestasi dan
penampilan Rumah Binaan yang telah terletak di langit untuk para malaikat bertawaf,
dan memohon ampun kepada Allah kerana berhujah dengan Allah mengenai perlantikan
KhalifahNya (Wasi), Adam as.
Dan apabila Adam melampaui
batas ke atas pohon ilmu dari keturunan Muhammad as, dan pohon kesetiaan,
115 ....( وَلَمْ نَجِدْ لَهُ عَزْمًا) dan
kami tidak mendapati dia mempunyai keazaman yang teguh.
.
-
Surah
Taha (20).
keazaman
yang kuat untuk memikul kesetiaan kepada keturunan Muhammad as, Adam as telah
turun ke bumi dan diperintahkan untuk mengelilingi Ka'bah, agar Allah mengampunkan
kekurangannya.
Dan Allah tetapkan haji ke Rumah
LaranganNya (Ka'bah) sehingga orang menunjukkan kesetiaan mereka kepada tanda-tanda
Allah (Hujjatullah) di zaman mereka, dan agar mereka mengakui kekurangan mereka
dengan betul. Selain itu, Allah memerintahkan umat Islam untuk menjadikan Ka'bah
sebagai kiblat mereka tidak seperti umat sebelumnya, dimana Kiblat mereka adalah
Baitul Maqdis.
Dan
dalam kedudukan ini, terdapat beberapa perkara yang [mesti disebut ]:
1. Kaabah adalah
sangat terikat dengan kesetiaan, kerana menunaikan haji ke Kaabah dibuat demi
memenuhi ziarah khalifahNya, dan untuk umat menunjukkan janji setia mereka kepadanya
dan meminta ampun bagi kelemahan dengan betul.
2.
Kaabah adalah kiblat untuk solat dan sujud kepada Allah swt, walaupun sujud
sebelumnya kepada Adam as, khalifah Allah dan (bukti) HujjahNya. Sebaliknya
sujud adalah untuk cahaya yang ada pada Adam, yang juga cahaya Amirul Mukminin Ali as. Jadi kiblat
pertama ke arah mana malaikat mengarahkan muka mereka adalah Ali bin Abi Talib
as. Jadi kiblat sebenar bukanlah Kaabah dan batu-batu, malah lebih dari itu
kiblat adalah permata di mana Kaabah telah lahirkan, Khalifah Allah dan hujjah SempurnaNya
Ali bin Abi Talib as. Inilah sebabnya mengapa Hajar Aswad diletakkan di sudut
Kaabah, kerana ia adalah Kitab Perjanjian yang dibuat dengan hambaNya dengan membai'ah
' Ali bin Abi Talib as .
Oleh itu, sesiapa yang
menghadap ke Kaabah mengakui dengan tindakannya berbai'ah kepada 'Ali bin Abi
Talib as secara paksaan, walaupun dia ingkar kepadanya dengan perkataan dan
hatinya.
وَلِلَّـهِ يَسْجُدُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ
وَالْأَرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا
Dan
kepada Allah sujud sesiapa yang berada di langit dan bumi, samada dengan
sukarela ataupun terpaksa.
-Surah Ar-Rad (15:13).
Rela
bagi mereka yang mengakui taat setia (berbai'ah), dan dengan paksaan bagi
mereka yang tidak mengakuinya.
Tidakkah
kamu melihat kepada Allah sujud sesiapa yang di langit dan sesiapa yang ada di
bumi, dan matahari, bulan, bintang-bintang, gunung-ganang, pokok-pokok, binatang-binatang
dan serta sejumlah besar dari manusia? Tetapi sebilangan besar yang berhak
ditimpa azab. Dan sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh
sesiapapun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa
yang Dia kehendaki
-(Surah
Al-Hajj18:22)
Jadi
mereka yang sujud kepada Allah dan memperoleh azab yang adalah orang-orang yang
tidak mengakui taat setia (baiah) kepada Ali as tidak disampaikan dengan kata-kata
mereka mahupun juga oleh hati mereka , tetapi mereka dipaksa untuk mengakuinya
dengan tindakan mereka dan sujud ditempat yang melahirkan Ali as iaitu Kaabah.
Dan Allah swt menghina mereka dengan sujud ini, dan ia akan menjadi punca
penyesalan bagi mereka,
Dan
sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun yang
dapat memuliakannya.
Kiblat tetap menghadap ke arah Allah
swt yang dengannya kamu mengenal Allah swt. Jadi kiblat sebenar adalah manusia
yang sempurna. Dengan dia Allah dikenali, dan dia adalah wajah Allah swt (karama
Allahu wajhah) yang dengannya ciptaan-Nya menghadap Allah, jadi menghadap kepadanya
adalah menghadap kepada Allah. Dan manusia yang sempurna adalah Ali bin Abi
Talib as Pemimpin, Khalifah dan Pelindung dan Allah membawanya keluar dari
Kaabah untuk memberitahu umat manusia bahawa manusia ini adalah kiblat dan haji
kamu adalah untuk dia, dan Allah swt akan berfirman, " aku tidak
menciptakan Kaabah untuk demi selain daripada Ali as, dan untuk Ali as
dilahirkan di dalamnya. Jadi, jika Aku mempunyai seorang anak, dialah seorang
yang dilahirkan di dalam Rumah Ku . "
قُلْ إِن كَانَ لِلرَّحْمَـٰنِ وَلَدٌ فَأَنَا
أَوَّلُ الْعَابِدِينَ
Katakanlah, "Jika Allah
Yang Maha Pemurah mempunyai anak, maka akulah yang pertama dari hamba-hamba "(
- Surah Az- Zukhruf 43:81).
Jadi yang lebih patut dijadikan
sebagai kiblat; batu-batu atau sesuatu yang membuat batu-batu suci dengan ia dilahirkan
di dalamnya?
(16)Isa as berkata: Celakalah
kalian paderi-paderi yang buta! Kalian mengajarkan ini, 'Kalau orang bersumpah
demi Rumah Tuhan, orang itu tidak terikat pada sumpahnya; tetapi kalau ia
bersumpah demi emas di dalam Rumah Tuhan, ia terikat pada sumpahnya itu.'
(17) Kalian orang-orang bodoh
yang buta! Mana yang lebih penting: emasnya, atau Rumah Tuhan yang menjadikan
emas itu suci? —Gospel of Matthew Chapter 23.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan