Ansar Al Yamani dari Laman yamani.org September 14, 2013
Bismillah ar Rahman ar Rahim.
Allahumma Solli ala Muhammad wa aali
Muhammad, Aimmah wal Mahdiyyin, wa sallim
taslima.
Nikah Mutaah adalah sejenis
perkahwinan yang dibanarkan di dalam Islam serta tiada dalil yang menafikannya.
Ia melibatkan empat kategori
perbincangan.
- Akad
- Ruang Lingkup Syarat
- Tempoh Waktu
- Mahar
Akad
Akad adalah ucapan yang
dilontarkan pada waktu perkahwinan yang melibatkan ijab dan qabul. Pengumuman
perjanjian boleh dibuat dengan tiga cara berikut:
Aku bersetuju untuk menikahi mu
Aku bersetuju untuk menikahimu
secara sementara
Aku bersetuju dengan pernikahan
ini
Dan pengumuman perjanjian tidak
berlaku melainkan dengan tiga cara ini, sama seperti pengumuman untuk sewaan,
pemberian dan pemilikan.
Penerimaan/ qabul: Adalah
sebarang perkataan yang menunjukkan kepuasan hati terhadap perjanjian tersebut.
Contohnya seperti “aku terima pernikahan ini” atau “aku terima nikah
sementara ini”, walaupun sekadar menyebut “aku terima” maka ia mencukupi. Jika
si lelaki memulakan dengan qabul, seperti “aku menikahi dia” maka si wanita pun
mengucapkan perkara yang sama, maka ia mencukupi.
Aqad ini perlu mempunyai
saksi ATAU diumumkan. Syarat minimum saksi adalah dua orang. Jika mahu membuat
pengumuman, maka ia perlulah selepas kontrak selesai namun sebelum hubungan
kelamin. Ia boleh dilakukan dengan cara samada memberi tahu orang ramai, atau
mengadakan kenduri atau memastikan orang ramai tahu dengan apa sahaja cara.
Ruang Linkup Syarat
Syarat sah seorang isteri
adalah seorang Muslim, atau Ahlul Kitab (Nasrani atau Yahudi), dan si suami
harus menghalang si isteri dari melakukan perkara haram.
Seorang wanita dilarang menikah
secara sementara melainkan dengan seorang lelaki Muslim. Dan seorang
lelaki dilarang dari menikahi seorang wanita yang mensyirikkan Allah, atau
musuh Islam dan Ahlulbait a.s seperti golonngan Khawarij.
Seorang lelaki juga dilarang
menikahi seorang amah sedangkan dalam masa yang sama beliau mempunyai seorang
isteri yang bebas, tanpa kebenaran si isteri. Jika beliau melakukannya tanpa
kebenaran, maka kontrak pernikahan menjadi bathil. Juga tidak dibenarkan
menikahi anak saudara perempuannya, tanpa kebenaran si isteri.
Adalah sangat mustahab calon
isteri itu adalah seorang wanita yang terhormat. Dan sangat makruh jika si
wanita itu adalah seorang penzina, namun jika benar, maka si suami harus
melarangnya dari terus melakukan zina.
Juga menjadi satu perkara
makruh adalah jika mengahwini anak dara secara sementara, namun jika tiada
pilihan, tiada masalah dan tidak makruh.
Mahar
Ia adalah syarat yang
disebutkan dalam perkahwinan, khususnya pernikahan sementara. Jika tiada,
maka pernikahan ini tidak sah. Disyaratkan untuk mahar sesuatu yang dapat
dikenal pasti kuantitinya, samada berat, atau ukuran atau pemerhatian atau
sifat. Mahar haruslah dipersetujui bersama, samada besar atau kecil nilainya,
walaupun sekadar segengam gandum, maka ia harus di bayar seperti dalam
perjanjian.
Jika si suami melepaskan si
isteri sebelum tamat tempoh kontrak tanpa melakukan hubungan kelamin, maka si
suami harus membayar separuh dari mahar. Jika sudah melakukan hubungan kelamin,
maka wajib ke atasnya bayaran penuh.
Jika pernikahan terbatal atas
sebab yang membatalkan perkahwinan (seperti si wanita itu sudah berkahwin, atau
merupakah wanita yang haram dikahwini dan sebagainya), jika berlaku
sebelum hubungan kelamin, maka wanita itu tidak layak untuk apa-apa mahar. Jika
si wanita sudah mengambilnya, maka si suami boleh mengambil semula. Jika
pernikahan disedari terbatal setelah hubungan kelamin, maka si isteri boleh
menyimpan berapa banyak yang telah diberi, dan si suami pula tidak berkewajiban
membayar lebihan mahar, jika belum selesai bayarannya.
Tempoh
Ini adalah syarat wajib dalam
pernikahan sementara, jika tidak disebutkan dalam kontrak, maka pernikahan
akan menjadi daim/kekal. Penentuan tempoh adalah terpulang kepada pasangan,
samada panjang atau pendek, namun minimum adalah 6 bulan.
Ia harus disebutkan dan
dilindungi dari penambahan atau pengurangan tempoh. Jika mereka menentukan
tempoh kurang dari 6 bulan, maka pernikahan akan batal. Jika si suami
BERNIAT untuk melepaskan si isteri sebelum tamat tempoh 6 bulan, dan si suami
berniat sedemikian sebelum akad, maka pernikahan ini juga batal.
Perkahwinan tidak akan terputus
melainkan tamat tempoh kontrak atau si suami melepaskan si isteri. Orang
yang sama, boleh mengahwini semula si isteri dalam tempoh iddahnya.
Hukum Berkaitan
Jika mahar dan tempoh
ditetapkan dalam akad, maka akad ini menjadi sah. Jika si suami melanggar
perjanjian mahar, juga tempoh, maka perkahwinan menjadi batal. Jika tempoh
tidak disebutkan, maka ia menjadi perkahwinan kekal, bukan sementara.
Setiap syarat perlu ada ijab
dan qabul. Tiada hukum berkaitan dengan apa yang disebutkan sebelum kontrak,
selagi ia tidak disebutkan di dalam kontrak, dan begitu juga dengan apa yang
disebutkan selepas kontrak. Ia tidak dikira sebagai kontrak. Selagi ia
disebutkan di dalam kontrak, maka ia tidak perlu di ulang. Penyebutan di dalam
kontrak adalah memadai
Seorang wanita dewasa yang
rational dan matang (yang sudah mencapai umur 18 tahun) boleh menikahkan
dirinya sendiri, dan ibu bapanya serta walinya tidak mempunyai hak untuk
membantah. Ini samada wanita itu masih dara atau tidak.
Tidak mengapa jika disyaratkan
kepada isteri untuk mendatangi dirinya di siang atau malam.
Si suami boleh melakukan
pencegahan kehamilan, dan tidak memerlukan kebenaran si isteri untuk
melakukannya. Jika si wanita hamil walaupun pencegahan di lakukan, maka anak
akan mengambil nama bapanya.
Tiada penceraian berlaku.
Pernikahan tamat apabila tamatnya tempoh. Namun li’an berlaku, zihar juga
berlaku dan begitu juga Eela’. Haram hukumnya meninggalkan si isteri tanpa
hubungan kelamin melebihi 4 bulan, sama seperti isteri daim.
Tiada harta diwariskan,
melainkan harta warisan dijadikan sebagai syarat di dalam kontrak. Maka ia
wajib dilaksanakan.
Jika perkahwinan tamat setelah
hubungan kelamin, maka tempoh iddahnya adalah dua bulan haid berturut-turut.
Jika tiada haid terjadi dan beliau belum menopause, maka tempohnya adalah 45
hari. Iddah akan terjadi jika si suami meninggal, walaupun tanpa hubungan
kelamin, dan tempohnya adalah 4 bulan 10 hari jika tidak hamil. Jika hamil,
maka iddahnya adalah mana tempoh yang paling panjang antara dua iddah tersebut.
Jika beliau seorang amah, maka tempoh iddahnya jika tiada kehamilan adalah dua
bulan 5 hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan